Kenapa dalam syaitan dibelenggu, masih ramai yang
berperangai seperti syaitan?
Persoalan ini boleh dijawab dengan alasan yang banyak,
tapi saa fokuskan jawapan kepada satu, iaitu kerana nafsu masih wujdu?
Apa itu nafsu? Ini persoalan yang akan timbul.
Nafsu adalah asalan arab, membawa maksud diri.Dalam istilah
arab, nafsu yang dikenali masyarakat melayu sebenarnya adalah disebut ‘hawa’
iaitu kecenderungan diri.
Hawa nafsu sebenarnya tidak jahat, ia lahir mengikut
fitrah manusia. Ia akan cenderung kepada sesuatu mengikut didikan yang diberi.
Apabila ia dididik dari awal dengan cahaya al-quran dan kebaikan, ia akan
mengajak tuannya sentiasa mencintai kebaikan. Tetapi apabila ia tidak
dipelihara, syaitan akan menipu dan merekrut nafsu supaya cenderung ke arah kejahatan.
Itulah nafsu.
Jadi tidak pelik kita melihat ada orang yang boleh
mendirikan sehingga 1000 orang tanpa rasa penat, sebaliknya rasa penuh lazat
dan khusyu` sehingga tidak sedar ap berlaku di dunia fana. Itu kerana nafsunya
merasa seronok dengan perbuatan tersebut.
Namun hasutan hawa nafsu yang jahat tetap berbeza dengan
hasutan syaitan. Menurut pengarang kitab Risalah Qusyairah, hawa nafsu hanya bermatlamat
untuk mendapatkan satu perkara yang dihajati, dan akan terhenti jika matlamat
itu tercapai selagi syaitan tidak menghasut untuk mencipta matlamat lain.
Sebagai contoh, jika nafsu mengajak untuk minum arak, ia akan mencipta beribu
alasan dan godaan supaya kita meminum juga. Walau kita buat amalan lain, yang
jauh lebih dahsyat dari minum arak seperti murtad atau membunuh, nafsu akan
tetap menghasut untuk minum arak sehinggalah dapat.
Syaitan pula hanya menghasut demit matlamat menyesatkan
manusia. Jika dia tidak berjaya menghasut untuk minum arak, dia tidak kisah
untuk beralih hasutan kepada perbuatan lain sepeti mencuri, menipu dan
sebagainya selagimana ianya boleh menyesatkan. Apabila manusia itu mengikut
perbuatan yang dihasut, dia akan menambah hasutan kepada yang lebih dahsyat dan
akan kekal menghasut sehingga manusia benar-benar menjadi syaitan kalangan
manusia.
Bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk mendidik nafsu
supaya kembali kepada fitrah, kerana syaitan tidak boleh mengganggu saat ini. Malang
pula bagi mereka yang hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha membaiki hawa nafsu
yang teruk terpengaruh dengan syaitan dalam bulan yang lain.
8 RAMADHAN/ 17 JULAI /SURAU GONG KIJANG
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....