KHUTBAH PERTAMA
الحمد لله
الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الملك وله
الحمد وهو قاهر فوق عباده وهو السميع البصير
وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله هو الإمام المتقين وسيد الدعاة والمجاهدين وهو المبعوث رحمة
للعالمين
اللهم صل وسلم
وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم
الدين. أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya
berpesan pada diri dan sidang
jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu
mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk
mereka yang beriman.
Allah SWt telah berfirman di dalam
kitabNya:
يا أيها الذين آمنوا كلوا
من طيبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون
Wahai sekalian orang yang beriman! Makanlah daripada
setiap yang baik, yang telah aku rezekikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada
Allah, jika kamu mengabdikan diri hanya padaNya. [alBaqarah:172]
Sidang jumaat sekalian!
Ayat tersebut adalah suatu arahan dari
Allah SWT kepada sekalian hambanya yang beriman, bahawa mereka dibenarkan untuk
memakan apa sahaja yang ada di dunia ini, yang memberikan kebaikan buat mereka.
Dan dengan maksud yang lain, semua yang baik untuk manusia adalah halal di sisi
Islam. Ini disokong oleh sebuah lagi Firman Allah SWT dalam surah yang sama
pada ayat sebelumnya:
يا أيها الناس كلوا مما في
الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari segala yang di
dunia ini, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu menjejaki langkah syaitan,
sesungguhnya mereka itu adalah musuhmu yang nyata. [al-Baqarah:168]
Sebagai umat Islam, kita wajib beriman
bahawa setiap apa yang dihalalkan islam itu adalah baik dan bermanfaat bagi
manusia, dan sebaliknya, setiap yang haram itu adalah buruk dan memberi mudarat
kepada kehidupan manusia walaupun kajian manusia meramalkan terdapat kebaikan
pada yang diharamkan Allah. Pegangan kita dalam isu halal haram adalah seperti
yang dinyatakan oleh imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah sejak berkurun dahulu: