YANG PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملاوهو العزيز الغفور.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا وشفيعناوقدوتنا وإمامنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم الدين. أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya
berpesan pada diri dan siding jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan
erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya.
Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman
Betapa beruntungnya kita menjadi orang
islam, kerana berada dalam agama fitrah, agama yang meraikan tuntutan semula
jadi manusia. Antara tuntutan-tuntutan tersebut adalah menyambut perayaan. Hari
ini kita pula kita dianugerahi dengan satu lagi perayaan iaitu hari raya
Qurban/Aidil Adha
Muslimin dan muslimat sekalian!
Sambutan AidilAdha ini disyariatkan Allah SWT bagi mengenang sejarah korban
yang dilakukan oleh Khalilullah Nabi Ibrahim AS. Baginda berkorban apa saja
demi mematuhi perintah Allah SWT:
Firman Allah SWT dalam surah as-Saffat:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِين
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيم
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِين
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيم
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur
sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku
Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar".
103. Tatkala keduanya Telah berserah diri dan
Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104. Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105. Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu.
Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat
baik.
106. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang
nyata.
107. Dan kami tebus anak itu dengan seekor
sembelihan yang besar.
Bayangkanlah wahai saudaraku sekalian,