Antara perkara yang
sabit menerusi al-Quran, Sunnah dan Ijma`: Jihad membebaskan negara islam yang
diserang dan dijajah musuh islam adalah kewajib\pan utama dan kefardhuan yang
suci bagi setiap umat islam bermula daripada penduduk tanah yang diserang,
kemudian kepada penduduk di sekitar negeri tersebut sehinggalah kepada seluruh
umat islam.
Jika ini adalah
asasnya, bagaimana pula bumi yang diserang itu merupakan kiblat pertama umat islam,
bumi isra dan mikraj, dan bumi bernaungnya Masjidil Aqsa yang diberkati Allah
sekitarnya?
Bagaimana pula jika yang menyerang itu merupakan musuh ketat orang
islam zaman berzaman?
Bagaimana lagi jika sekutu utamanya adalah negara paling
berkuasa di dunia?
Tak perlu diulas lebih
panjang. Anda sudah terlebih arif tentang konflik yang sedang berlaku di
Palestin. Sesungguhnya inilah antara kewajipan paling utama umat islam zaman
ini. Umat islam itu bersaudara, mereka adalah satu akidah, satu syariat, satu
kiblat dan satu umat seperti yang disebut dalam al-Quran
إن هذه أمتكم أمة واحدة [الأنبياء:92]
Sesungguhnya umat
kamu ini adalah umat yang satu [al-Anbiya`:92]
Dan sabdanya:
المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه ولا
يخذله [رواه مسلم]
Orang islam adalah
saudara sesama orang islam, mereka tidak menzalimi, membiarkan dan mengecewakan
sesama mereka. [hr Muslim]
Dan bertolong menolong
sesama islam adalah kewajipan yang dikira berdosa jika tidak menunaikannya
apatah lagi apabila ia diminta. Firman Allah SWT
وإن استنصروكم فى الدين فعليكم النصر [الأنفال:72]
Apabila kamu
diminta tolong dalam urusan agama maka wajib ke atas kamu menghulur pertolongan
[al-Anfal:72]
Antara pertolongan
yang mampu dilaksanakan oleh seluruh umat islam; boikot barangan Israel dan Amerika.
Sesungguhnya setiap sen yang dibelanjakan itu pada akhirnya akan bertukar
menjadi peluru yang menembusi dada-dada adik-beradik dan anak-anak kita di
Palestin.
Menolong mereka dengan
membeli produk keluaran mereka adalah bertolong menolong dalam perkara haram
dan permusuhan yang dilarang dalam islam sebagaimana Firman:
وتعاونوا على البر والتقوى ولا وتعاونةا على
الإثم والعدوان [المائدة:2]
Bertolong
menolonglah kamu dalam urusan kebajikan dan ketaqwaan, serta jangan bertolong
menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. [al-Maidah:2]

Amerika adalah sekutu
rapat Israel zaman berzaman. Amat pelik jika Israel yang hanya mendiami satu
juzuk dari tanah islam yang amat kecil, boleh hidup dan berkuasa walaupun
dikelilingi negara islam yang cukup besar seperti Iraq, Syria, Lubnan, Jordan,
Saudi dan Mesir. Semuanya adalah kerana perlindungan yang diberikan Amerika
disamping bantuan ekonomi yang tidak putus-putus disalur. Amerika adalah Israel
kedua!
Kata Imam Ali RA: Musuh
itu ada tiga macam; Musuhmu, rakan musuhmu dan musuh rakanmu.
Oleh kerana kurangnya
peka umat islam terhadap saluran ekonomi satu masa dulu, hari ini barangan
Amerika telah menembusi setiap ruang pasaran negara islam dalam setiap inci
keperluan bermula dari makanan, pakaian, perhubungan, ubatan sehingga ke alatan
kosmetik.
Namun masih belum
terlambat untuk menyesalinya. Islam hari ini membentuk jumlah penganut agama
paling ramai seantero dunia, meninggalkan Kristian di tempat kedua sejak tahun
2003. Bilangan ini juga membentuk pengguna teramai barangan di pasaran dunia
mahupun tempatan. Bayangkan jika sehari umat islam tidak berbelanja terhadap
semua produk Israel atau Amerika, sudah tentu lumpuh serta merta perniagaan
mereka. Sebab itulah McD begitu takut sehingga mengumumkan burger-burger
percuma buat anjing-anjing kurap di kalangan orang islam Malaysia yang
kelaparan.
Lalu mereka yang
menggunakan barangan Israel dan Amerika sedangkan terdapat alternatif lain
pasaran, maka mereka telah melakukan satu perkara yang haram, dan menerima dosa
yang amat nyata kepada Allah.
Bagi yang tinggal di
Amerika atau Israel pula, mereka punya hukum tersendiri kerana telah berada
dalam keadaan dhorurah.
Mereka seharusnya
memilih perkhidmatan dari syarikat yang paling rendah sumbangannya terhadap
Israel dan mengelak sehabis boleh dari berurusan dengan kompeni sebegini.
Jika ianya adalah
sebegitu, maka membeli produk mereka untuk tujuan perniagaan, membuka francais,
bekerja di bawah mereka, atau menjadi wakil pengedar barangan mereka sudah
tentulah terlebih haram dan terlebih besar dosanya.
Senjata boikot
merupakan suatu senjata ampuh zaman berzaman. Puak Musyrikin menggunakannya
sebagai senjata melemahkan orang islam. Mereka tidak dibenar menjual barang
terhadap orang islam dan enggan membeli keluaran orang muslim. Akibatnya umat
islam terpaksa memakan daun-daun kayu untuk hidup.
Sahabat juga pernah
menggunanya di zaman Madani seperti Thumamah bin Athal AlHanifiy yang memaksa puak
musyrikin mengutus surat kepada Rasulullah minta dihentikan boikot tersebut.
Mahatma Gandhi,
pejuang kemerdekaan India juga melaungkan seruan boikot barangan Inggeris yang member
impak besar kepada kemerkdekaan India satu masa dahulu.
Nelson Mandela, tokoh pembebasan Afrika Selatan in juga mendapat 'syafaat' untuk keluar dari penjara kerana rahmatnya kesan boikot terhadap barangan rejim 'apartheid' berkulit putih.
Terkini, usaha boikot telah mula menampakkan kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka. Coca-Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika, israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka; juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, Insya Allah!
![]() |
Kredit kepada Sabasun yang berani memboikot sebahagian daripada barang israel disamping giat berkempen. |
Boikot adalah senjata
yang sudah dimiliki di tangan setiap individu kerana kerajaan tidak berhak
memaksa individu membeli barangan jenama tertentu.
Selain dari itu,
boikot sebenarnya mempunyai makna yang cukup mendalam selain dari tujuan
ekonomi. Ianya adalah sebuah tarbiyyah untuk memdidik jiwa meninggalkan sesuatu
yang disukai demi kebahagaiaan orang lain. Ianya mempunyai makna persaudaraan
yang sejati iaitu ‘Ithar’. Semakin susah kita terpaksa mencari produk alternatif
lain yang kadang-kadang tidak menepati selera, spesifikasi atau keselesaan yagn
ada pada produk zionis, semakin besar ganjaran pahala yang Allah kurniakan dan
akan membentuk sebuah jiwa yang kental dalam menerima setiap takdir Allah.
Inilah keperluan mukmin sejati!
Firman Allah SW:
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبوا
Takkan dapat
digapai kebaikan itu sehingga kamu mengorbankan apa yang kamu suka.
Ya! Susah untuk boikot
semua barangan Zionis ini terutamanya Nokia, Nestle, Maggi, Johnson N Johnson,McDonalds
dan KFC. Sebab itu saya cadangkan agar kerja boikot dilakukan mengikut keutamaan
dan strateginya adalah menumpukan kempen kepada satu jenama sahaja terlebih
dahulu. Saya lihat kempen boikot McD membawa kesan positif kepada pemahaman
masyarakat terhadap bahaya syarikat tersebut dan masyarakat mula mengkaji kaedah
pembiayaan mereka kepadaZionis. Apabila satu ini berjaya dilumpuhkan,
mungkin kita akan beralih kepada syarikat seterusnya seperti Nokia atau Nestle
mengikut peratus sumbangan mereka.
Akhirnya, saya menyeru
pada setiap pemimpin politik, ahli pemikir, tokoh masyarakat dan professional untuk
membentuk sebuah organisasi/NGO yang melakukan mengkaji barangan-barangan yang
perlu diboikot, strategi boikot dan mewujudkan barangan alternatif dalam
pasaran umat islam disamping menerangkan keperluan boikot, bahaya serangan
ekonomi zionis, kuasa boikot serta menjawab kekeliruan orang ramai berhubung
boikot kepada orang ramai.
Rujukan:
Fatawa Muasoroh; Dr Yusof Qardawi: Maktab Islami Beirut
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....