Alhamdulillah isu nama Allah telah diambil perhatian sewajarnya oleh Majlis Syura Ulama PAS. Walaupun umum sudah mengetahui media kuda kerajaan akan menggunakan apa sahaja isu tanpa mengira sensitiviti agama demi matlamat politik mereka, Pas melihat ia wajar diletakkan pada landasan yang sepatutnya.
Saya sokong penuh keputusan majlis syura itu. Tindakan yang diambil ibarat memandu ke hadapan dengan turut memerhatikan cermin sisi dan cermin pandang belakang.
Di kesempatan ini saya ingin selitkan beberapa persoalan berkaitan, antaranya:
1. Kenapa Bible tidak dibenar? bukankah bukan islam bebas guna Allah?
Tidak dinafi kalimah itu memang bersifat universal dan bebas disebut oleh sesiapa pun, tetapi dalam soal memilih kalimah Allah untuk digantikan dengan bahasa asal bible, ia sesuatu yang berbeza.
Kalimah ALLAH tidak pernah disebut dalam teks bahasa Greek dan bahasa asal Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Bible). Dalam bahasa Greek, tuhan ialah ‘Theos’ manakala bahasa Hebrew/Ibrani (bahasa asal Kitab Taurat) memakai El, Eloh, Elohim dan Yhwh untuk tuhan. Ismu ALLAH tidak pernah diguna pakai oleh mana-mana mazhab Kristian kecuali Koptik yang dianuti orang Arab. Aliran utama Kristian seperti Katolik, Protestan, Lutheran, Methodist dan Jehovah Witness tidak pernah menggunakan Ismu ALLAH untuk Bible mereka.
Dalam Bible berbahasa Inggeris, tuhan disebut sebagai God, dan bukan ALLAH.
Maka bahasa lain tidak mampu diterjemahkan dengan perkataan Allah seperi disebut dalam keputusan majlis syura PAS
2. Allah adalah kata nama khas. God, lord pula adalah katanama am. Justeru itu menterjemah God dalam bahasa melayu memberi maksud tuhan, bukan Allah. Dalam bahasa arab god bermaksud ilah, bukan Allah.
3. Media telah berjaya putar belit isu menyebabkan kita tak kenal mana ubat mana racun. Isu penggunaan nama Allah yang sepatutnya ditakuti pengamal agama bukan islam(kerana memudahkan urusan dakwah apabila istilah arab/islam digunapakai) menjadi perkara yang paling ditakuti umat islam Malaysia. Dahulu gereja katolik pernah bergaduh besar dengan tuntutan gereja ortodoks dengan permintaan mengguna nama Allah dalam bible kerana bagi mereka, ia akan melemahkan dakyah trinitynya.
Sekadar hiasan |
PAS tukar slogan dari membangun negara islam ke membangun negara berkebajikan: PAS lari dari perjuangan
PAS benar bukan islam guna Allah: PAS jual islam
Tak guna istilah pun salah, guna pun salah.
~media
4. Berkait dengan istilah dan terjemahan, pernah timbul (masih wujud sekarang) isu larangan penggunaan istilah Akum, Helo, Pikachu, teletubbies, salam dan macam-macam lagi dengan alasan ia bermakna negatif mengikut bahasa lain. Ini satu lagi peluru musuh islam yang berjaya tembusi dada-dada mereka yang tidak punya perisai akidah yang utuh. Kita sengaja dimomokkan perkara-perkara sebegini untuk mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang berlaku. Umat islam diheret supaya menumpukan dakwah berkenaan hal-hal kecil yang kadang-kadang tiada tegahan pun didalam islam. Kenapa kita perlu peduli apa bahasa lain maksudkan? Adakah dengan mengucapkan Akum (singkatan kepada Assalamualaikum) akidah kita akan terjejas? Lalu mereka nasihatkan supaya tukar akum kepada salam. Tapi hari ini tulis Salam juga dipertikai sebab ada makna dalam bahasa lain yang negatif.
Kasihan melihat orang yang termakan dengan was-was syaitan ini sehingga sanggup menulis ucapan salam penuh dalam setiap pesanan mesej yang dihantar tanpa disingkat. Ini suatu pembaziran kerana mesej yang terlalu panjang akan dikenakan caj lebih. Akhirnya orang yang menulis ucapan salam panjang itu futur, tidak lagi menulis langsung salamnya pada permulaan mesej. Baginya baik tidak ucap salam dari singkatkannya. Nah! dek kerana tidak kenal tipudaya, belaian pun boleh dianggap tamparan dan musuh berjaya susahkan orang islam.
4. Berkait dengan nama Allah, dalam kitab Bidayatul Hidayah karya Imam al-Ghazali menyatakan apabila bangun dari sujud kedua selepas duduk istirahah(duduk sekejap) atau selepas tahiyyat awal, perlu bangun untuk sambung rakaat seterusnya sambil melafazkan takbir sebaik-baiknya bermula dari bangun dan berterusan sehingga hampir untuk berdiri tegak/separuh rukuk (baca takbir panjang). Takbir itu perlu selesai dibaca sebelum tubuh berdiri tegak. Tapi kenapa? apa hikmah?
Kerana takbir itu terkandung lafaz ALLAH. perbuatan menghabiskan takbir sebelum berdiri tegak sebagai simbolik untuk menunjukkan tunduknya hamba terhadap Allah. Besar sungguh penelitian alim ulama`.
5. Dalam kitab itu juga, menyatakan perlu diangkat jari telunjuk kanan ketika lafaz 'AllAH' disebut dalam syahadah bacaan tahiyyat.
Ikrar pelajar PASTI dengan simbol ahad |
Ia bukan simbol 1Malaysia yang baru diperkenal era transformasi ini. Ia lambang 'TAUHID' yang ada sejak zaman kenabian lagi. Sebelum Malaysia tertubuh, simbol itu telah menjadi lambang keutuhan iman dalam mentauhidkan Allah sepertimana yang terekod dalam kisah penyiksaan Bilal bin Rabbah sewaktu di Mekah. Dalam suatu riwayat, ketika kafir Quraisy menyeksa batang tubuh beliau dengan dipaksa berbaring di atas padang pasir kontang dibawah terik bahang mentari, dihempap pula sebiji batu besar di atas dadanya dengan tujuan melemahkan iman didadanya. Namun pegangannya tetap teguh tidak berganjak. Hanya tangannya digenggam kemas dan telunjuknya diarah ke langit seraya melafaz 'Ahad..Ahad..' (Esa.)
6. Pesanan buat yang bakal menerima titah perlantikan sebagai ahli DUN atau Parlimen pasca PRU13 nanti. Jangan anda tunduk sembah dihadapan raja dengan tunduk yang lebih rendah dari separuh rukuk rukuk kerana tunduk itu hanya untuk Allah. Apatah lagi sujud di kaki makhluk Allah. Ia sama sekali dilarang. Hadis nabi SAW:
"لو كنت آمرا أحدا أن يسجد لأحد لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها"
Sekiranya aku dibenarkan untuk menyuruh seseorang sujud pada sesorang, nescaya akan aku suruh para wanita sujud kepada suami-suami mereka.
Perkara berkaitan adalah menggayakan tangan seperti gambar berikut:
Dari mana datang adat ini? Jika ia belum pernah digayakan oleh mana-mana agama dan ia cuma satu adat menghormati orang lain, bagi saya ia tiada masalah. Tetapi jika ia mengikut perbuatan mana-mana agama seperti Hindu maka ianya amat ditegah. Sabda Rasulullah SAW:
من تشبه بقوم فهو منهم
Sesiapa yang menyamai perbuatan sesebuah kaum maka mereka tergolong bersamanya.
P/S:Bukan semua adat melayu itu boleh diikut.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....