Terlewat
post..bukan lupa tapi semput bermasa..
KRONOLOGI:
11/2/13
1pm:
waktu itu
umi baru balik dari mesyuarat. Marah-marah sebab umah bersepah. Biasalah tengah
letih. Mula melangkah masuk rumah dia tanya menantunya balik ke tidak? sugul muka bila
jawapan yang diterima adalah tidak.
2pm:
Tengah layan
FB, tiba-tiba terbaca ucapan birthday edi kepada Ummi..Baru tahu hari ini hari
jadinya. Rasa bersalah menyelubungi. Hari pentingnya disambut dengan rumah
bersepah, anak menantu tiada di rumah, dapur masih tak berasap.
Terus turun
ke dapur melihat apa yg berlaku. Masih tak tahu macamana nak memaknakan hari
ini. Tengok umi sedang panaskan lauk-pauk yang ada. Kebetulan hari itu bawa
balik keropok lekor untuk santapan. Kata umi "Siapa wat balik kuih
birthday ummi ni." Sambil menyuap kedalam mulut, dia menyanyi "Happy
birthday to me..happy birthday to me.." Rasa nak menitis airmata.
Bersalahnya aku. Hari dah melewati separuh usia tapi aku masih belum tahu cara
ucap birthdaynya. Adik2 pula bila umi balik hanya tunggu umi ke dapur sediakan
makanan. Sepatutnya anak2 la yg layan dia hari ni. tapi alMaklumla, yg
perempuan hanya athirah di rumah.
Mendapat
idea untuk mengumpul ahli keluarga, rasa belum terlewat untuk hadiahkan
something untuk umi. Terus menelefon emi yg berada di rumah abg teh bertanyakan
adakah dia tahu tarikh hari ini. Kemudian minta emi balik dan belikan apa2 utk
rai umi mlm ini
Kebetulan
Along di rumah, terus ingatkan dia tentang hari ini dan minta dia balik n
belikan apa2 yg patut..
Sebelum jimi
pergi kerja, bgtau dia mlm ni kita ada event special 4 umi, minta die balik
kejap. Apabila ditanya adakah ini surprise party, timbul pula idea untuk
jadikannya 'surprise'.
Call my
lovely wife, bagitahu tentang rancangan dan minta dia bersiap utk pulang.
Alhamdulillah segala urusan setakat itu mendapat persetujuan semua.
4pm:
Start
motor,balik ke rumah sana, kebetulan kereta buat hal. Sampai Ru Dua terus bawa
balik Minah n Miyaz.. Perjalanan baik sehingga di separuh jalan, hujan mula
menyapa. Walaupun hanya gerimis tapi bimbangkan Miyaz yg baru menjangkau usia 4
bulan.Ini kali pertama kali balik bertiga dari Ru Dua ke Bkt Tunggal dengan
motor. Makan masa hampir 1 jam dengan 3 kali berhenti. Sempat tempah kek di Ziq
Bakery Jln Kamaruddin. Kek Choc Cheese dipilih.
6pm:
Sampai ke
rumah, sembunyikan terus Choc Moist free dlm peti ais jauh dari pengetahuan
umi. Terkejut umi tengok cucunya berhujan balik, mungkin nak marah pun ada
sebab mengundang bahaya tapi terubat dengan senyuman manja Miyaz saat dipeluk
erat eyangnya. Rindu betul dua insan ini.
6.45pm:
Umi dapat
mesej mengejutkan. Ceramah Ust Mohd Khairuddin At-Takiri di Serdang perlukan
petugas hidangan. Umi minta aku hantarnya lepas Maghrib ke sana.
"Damn.."
getusku. Terhidu plan seakan menemui kegagalan. Pikir punye pikir, terpaksa
send sekeping text "Lepas manghrib kami ada something special untuk
umi." Serentak mesej sampai, senyuman kehairanan terukir dibibirnya, serba
salah dia dibuatnya. Akhirnya dia menganjak sedikit jadual kehadirannya ke
depan. Senyuman harapan tu sedikit melegakanku. Tapi plan masih belum selesai.
7.45pm:
Bersama
along ke Mydin Mall, tinggalkannya disana untuk beli fast food sementara aku ke
Ziq Bakery mengambil kek.
"KAMI
SAYANG UMMI" berbunga hati melihat merah tulisan di dada pastri itu.
Apalah reaksi umi nanti.
8.15pm:
Hujan lebat
dalam perjalanan pulang. emi masih belum sampai. Plannya ingin masuk serentak
membawa kek dan makanan dengan nyanyian Birthday. Wa makaru wamakarallah,
tersadai kami sebentar di kedai kopi yg sudah ditutup, berlindung dari hujan
sambil menunggu kancil merah emi. Text pada wife supaya bagitahu adik2
bersedia.
8.30pm:
Emi sampai.
makanan disumbat dalam kancil kerana masih hujan. Terus meluru ke rumah dan
pabila pintu dibuka, masing2 tercengang. Barulah teringat plannya untuk
menyanyikan lagu. Tapi umi tiada di ruang tamu. Terpaksa ubah plan. Takdir
tuhan juga Papa Shukrimun Shamsudin yg biasa tak lekat di rumah ada ketika itu.
dia terpinga2 melihat baby Ayyush pulang di malam hari.
Plan baru.
Susun makanan di meja kopi. Minta Athirah lengahkan supaya jgn keluar dari
bilik sehingga preparation done.
Banyak juga
plan asal yg rosak. Jimi yg tak dapat pulang bersama menghantar msg pada ummi,
"H.Bday, maaf abg tak leh balik ni,kerja banyak" Umi makin kehairanan
dlm bilik. Siapa pula minta dia balik.
Athirah pula
meluru ke bilik. Dengan penuh lurusnya dia bagitahu umi "Jangan keluar
lagi." Tambah syak umi dari bilik, mujurlah dia sedang bersiap memakai
baju. Papa belum tahu itu surprise. Selambanya dia melaungkan "Eyy..Ayyush
balik." Beliau dukung Miyaz ke tepi Ayyush dan minta ambil gambar dengan
kamera yg dipegang edi. Semua itu jelas kedengaran dari bilik umi.
Aduhhhh...ramai
pulak yg mengantoikannya..
Persiapan
selesai. Masing2 menunggu di sofa penuh debaran, menantikan daun langsir
diselak penghuni bilik itu. tak sampai 5 minit, kain langsir ditolak. Masing2
jadi tergamam. Dengan Bismillah aku mulakan
"Happy
Birthday to you...Happy Birthday to you.. Happy birthday to ummi. Happy
birthday to me...". Riuh teratak kami dengan nyanyian itu dari semua adik
beradik. Umi tak dapat menahan sebak. Ditekup mukanya dengan kedua belah
tangan. Papa juga macam kesat sesuatu di alis mata. Athirah paling tersentuh.
Teresak2 dia menangis. Si kecil itu memang selalu begitu. Tak dapat lihat umi
kesayangannya menangis, mesti dia turuti. Gembiranya aku dalam sebak. inilah
surprise party pertama keluarga kami. Walau tampak ringkas tapi cukup
bermakna.ujay yg demam di tingkat atas segera didukung turun oleh edi untuk
bersama majlis. Doa dibaca tanda syukur tuhan masih beri kesempatan untuk
berbakti pada org tua.
Bunga
bahagia mulai dirasa. Papa dengan sinis bersuara:
"Bulan
5 hari jadi papa pulok"
Ehem
ehem...Dah sedia untuk next surprise my dear brader n sista?????????????????..
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....