KHUTBAH PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، (9)
و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.
فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، رحمة للعالمين وأعزة على الظالمين.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، البدر الدجى والرحمة
المهداة، وقائد الدعاة والمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة.
أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai
hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada
kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut
segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.
Muslimin
dan muslimat sekalian!
Setinggi
tahniah dari mimbar ini kepada semua, atas kejayaan menyempurnakan sebulan
ibadah di bulan Ramadhan. Semoga segala hikmah daripada bulan mulia tidak pergi
begitu saja dengan perginya bulan Ramadhan yang lalu. Yang terpenting adalah
hikmah taqwa sebagai asas kepada semua keperibadian islam yang lain.
Firman
Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الذِينَ آمَنُوا
كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَذِينَ مِن قَبْلِكُم لَعَلَّكُم
تَتَّقُونَ
Wahai
orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan ke atas umat yang lebih dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[al-Baqarah:148]
Sebuah
kata-kata hikmah ada menyebut:
كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ
رَمَضَانِيًا
Jadilah hamba Allah, jangan
jadi hamba Ramadhan semata-mata
Perkataan
ini adalah bermaksud amal-amal baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan,
seperti puasa, solat malam, bersedekah, membaca Al-Quran, menjaga lidah dari
mengumpat dan sebagainya, perlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Ramadhan
hanyalah ibarat bilik darjah yang mengajarkan kita segala ilmu dan pendidikan.
Kita tidak akan selama-lamanya hidup dalam bilik darjah itu, kerana ia hanya
dicipta untuk melakukan persiapan bagi menghadapi hidup setelah tamat sesi
pembelajaran tersebut.
Dewan
peperiksaan kita yang sebenarnya juga adalah pada 11 bulan yang berikutnya.
Semoga kita tidak melupakan segala pengajaran yang diperolehi semasa di bilik
darjah Ramadhan, InsyaAllah.