YANG PERTAMA
الحمد لله
الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا
إله إلا الله وحده لا شريك له. له الملك وله الحمد وهو قاهر فوق عباده وهو السميع
البصير
وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله هو الإمام المتقين وسيد الدعاة والمجاهدين وهو المبعوث رحمة
للعالمين
اللهم صل وسلم
وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم
الدين. أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah
sekalian, saya berpesan pada diri dan sidang jemaah
sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan erti kata yang sebenarnya,
iaitulah dengan mentaati segala perintahNya serta menjauhi laranganNya.
Hari ini kita berada di pertengahan
bulan Ramadhan. Sedar atau tidak, sudah 13 hari Ramadhan berlalu. Marilah kita
bermuhasabah, kita tanya pada diri kita sendiri, apakah perubahan yang telah
berlaku kepada aku? Apakah hasil tarbiyah tuhan yang aku jalani pada bulan
Ramadhan ini? Adakah aku masih sama dengan aku yang dahulu? ataupun aku
sudahpun berubah ke arah yang lebih baik?
Amat malang bagi mereka diberi
peluang untuk berada pada bulan Ramadhan, tetapi mengsia-siakan peluang ini,
dengan berbagai aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.
Ramadhan kali ini cuma ada
29 hari dalam setahun. Masa inilah sepatutnya kita gunakan untuk belajar
mencintai amal-amal soleh, sebelum syaitan kembali dilepaskan dari belenggu,
lalu akan mengganggu kita kembali, sehingga sukar untuk kita lakukan amal-amal
yang dituntut dalam Islam.
Namun, berapa ramai yang
sedar tentang perkara ini. Ramadhan berlalu saban tahun, tapi sikap kita masih
sama seperti dulu. Lebih malang, kita jadi lebih teruk dari diri kita sebelum
ini. Ramadhan yang dilalui tiap-tiap tahun langsung tidak mendidik kita menjadi
lebih bertaqwa kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
ويل لمن أدرك رمضان فلم يغفر له
Celakalah bagi mereka
yang sempat dengan Ramadhan, namun dia tidak mendapat keampunan Allah. [HR Ibnu
Khuzaimah].
Hadirin sidang jumaat
sekalian,
Bersempena denga bulan
Ramadhan ini juga, marilah kita menghayati maksud Firman Allah SWT:
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من
الهدى والفرقان
Bulan
Ramadhan yang diturunkan padaNya al-Quran, menjadi petunjuk kepada manusia, dan
keterangan-keterangan daripada pentunjuk dan mejadi pembeza antara kebenaran
dan kebatilan. [alBaqarah:185]
Bulan Ramadhan juga
digelar sebagai bulan al-Quran, kerana padanya Allah turunkan al-Quran daripada
Luh Mahfuz ke langit dunia, sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi
kita Muhammad SAW.
Hari ini, bukan cerita
nuzul Quran yang kita ingin tumpukan. Tetapi isi kandungan al-Quranlah yang
lebih layak untuk kita perhatikan. Sebagaimana ayat yang kita bacakan tadi,
al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk ke jalan yang selamat,
untuk dunia kita mahupun akhirat kita.
Al-Quran adalah bukti
rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Allah tahu bahawa hamba-hambaNya ini
adalah makhluk yang lemah, yang terhad ilmu pengetahuannya. Manusia tidak dapat
berfikir lebih dari apa yang Allah SWT bataskan kepada mereka. Manusia juga
tidak dikurniakan kuasa untuk mengetahui perkara-perkara ghaib dan perkara yang
belum berlaku.
Justeru itu manusia dengan
sendirinya tidak akan mampu untuk mencari kebenaran, jika tidak dibantu oleh
satu kuasa lain, kuasa yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Oleh kerana itu, Allah
kirimkan kepada manusia sebuah kitab, yang menjadi petunjuk buat manusia untuk
hidup sejahtera samada untuk dunia mahupun akhirat. Itulah dia kitab Al-Quran
yang disebut oleh nabi SAW:
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله
، وسنة نبيه - صلى الله عليه وسلم
Aku
tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak sesat selama-lamanya, seandainya kamu
berpegang kepada kedua; iaitulah Kitab Allah, dan Sunnah NabiNya, SAW [HR Imam
Malik]
Namun,
tidak semua orang menyedari hakikat ini. Ramai manusia lebih selesa mengikut
acuan dan telunjuk manusia itu sendiri, yang lemah sifatnya lagi jahil akalnya.
Sedangkan al-Quran itu sifatnya lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan, baik
ibadat, jualbeli, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kebajikan, sukan, makanan,
urusan peribadi mahupun kenegaraan. Allah SWT telah meletakkan garis panduan
yang lengkap lagi sempurna untuk manusia menjalani kehidupan di dunia ini.
Akibat
dari menggunakan peraturan dan undang-undang yang digubal oleh manusia sendiri,
hari ini kita melihat kegagalan sistem-sistem itu. Masalah-masalah yang di
hadapi tidak berkurangan langsung, malahan semakin bertambah dari sehari ke
sehari.
Muslimin
yang diredhai Allah sekalian,
Al-Quran
seperti yang disifatkan oleh Firman Allah tadi, juga merupakan al-Furqan, iaitu
pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya
kedua-dua perkara ini selama-lamanya tidak akan bercampur sekali. Kerana itulah
hari ini kita melihat pertempuran antara pejuang kebenaran dan pejuang
kebatilan sentiasa berlaku.
Oleh
itu, sesuai dengan bulan penurunan al-Quran, Allah SWT juga menetapkan Ramadhan
sebagai bulan jihad. Pada awal pengsyariatan puasa iaitu bulan Syaaban tahun
kedua hijrah, pada tahun yang sama juga Allah SWT memerintahkan umat Islam buat
kali pertama dalam sejarah umat Nabi Muhammad, iaitu keluar berperang di lembah
Badr.
Peperangan
pertama ini menyaksikan umat Islam memperolehi kemenangan besar ke atas kuffar,
walaupun umat Islam dalam serba kekurangan. Seekor unta terpaksa ditunggangi
bergilir seramai 5-6 orang, dengan jumlah mereka yang hanya 314 seperti yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dibandingkan dengan kuffar yang jumlahnya
mencecah 1000 orang.
Selain
dari itu, Pembukaan kota Mekah yang menghancurkan sebuah kerajaan kuffar juga
berlaku di bulan puasa. Selain itu juga peperangan Qadisiah antara Islam dan Parsi,
di zaman Umar al-Khattab, pembukaan kota Andalus, Sepanyol di bawah pimpinan
Tariq bin Ziyad, Peperangan Ain Jalut dibawah kepimpinan Sultan Qutuz, yang
menumbangkan tentera ganas Mogol. Semua ini berlaku pada bulan puasa.
Kita
juga tidak akan sekali-kali lupa di bulan Ramadhan juga, Sultan Salahuddin
al-Ayyubi membebaskan kota Palestin dalam peperangan Hittin atau lebih dikenali dengan
perang Salib tahun 1187. Pada tahun 1973, sekali lagi umat Islam mengejutkan
dunia, dengan gerak gempur mengharungi terusan suez dan meletupkan armada kapal
perang tentera Zionis Israel.
Saudaraku
sekalian,
Hari
ini, Israel sekali lagi melampaui umat Islam di Gaza. Sedarkah kita dalam
keasyikan perlawanan Piala Dunia, sehingga ada yang menangis kerana kumpulan
pilihannya kalah, pada waktu yang sama anak-anak kecil dan ibu-ibu tua juga menangis
diserang oleh tentera Israel. Dengan sempadan ketat Israel disebelah Timur, sempadan
Mesir yang ditutup oleh tentera jahat Al-Sisi di sebelah selatan, dan
kapal-kapal perang di sepanjang perairan Palestin sebelah barat, penduduk Gaza
benar-benar telah dikepung dari semua sudut.
Akan
tetapi, Ramadhan adalah bulan jihad. Briged al-Qassam pimpinan HAMAS tidak akan
sekali-kali undur menyerah kalah. Skuad Amfibian yang baru berumur setahun,
yang mempunyai kepakaran berperang dari dasar laut mengejutkan dunia dengan
serangan-serangan dahsyat mereka ke atas armada perang Zionis.
Buat
kali pertama dalam sejarah juga, Israel mengumumkan, roket HAMAS telah jatuh di
satu titik di Tel Aviv, yang paling jauh daripada Gaza. Ini menandakan, tiada
lagi tempat yang tidak boleh di capai teknologi roket HAMAS. Pertama kali dalam
sejarah juga, siren kecemasan di Kota Tel Aviv dibunyikan. Tentera HAMAS juga telah
berjaya melumpuhkan ekonomi Israel dengan bantuan tentera Saraya al-Quds apabila
jalanraya di bandar utama Israel itu lengang seperti bandar berhantu,
sekolah-sekolah dan premis perniagaan ditutup serapat-rapatnya.. Ini semua menjanjikan satu perkara baik buat
masa depan bumi al-Quds.
Sidang
hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menghulurkan pertolongan buat saudara
kita disana. Yang paling penting ialah berdoa untuk kekuatan mereka.
Selitkanlah dalam setiap doa yang kita bacakan di setiap hari, agar Allah menetapkan
kaki-kaki mereka, dan juga hati mereka, untuk tidak sekali-kali gentar
menghadapi Israel laknatullah alaihim. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,
الدعاء في ظهر الغيب مستجاب
Doa
seorang saudara kepada saudaranya dengan tidak diketahui oleh saudara itu,
adalah mustajab.
Kita
juga berharap, kepada mereka yang diberi rezeki oleh Allah SWT untuk turut
berjihad dengan menginfakkan harta mereka di jalan Allah seberapa banyak yang
mungkin, supaya melicinkan lagi gerakerja membebaskan kota suci Al-Quds. Inilah
Firman
Allah SWT:
إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا
وجاهدوا
بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصادقون
Sesungguhnya
mereka yang benar-benar beriman, hanyalah mereka yang mempercayai Allah dan RasulNya,
kemudian mereka tidak meragui kepercayaan tersebut, seterusnya mereka berjihad
dengan harta mereka, dan juga diri mereka di jalan Allah, merekalah orang yang
benar dengan imannya. [al-Jumuah:15]
Janganlah
kegilaan bola sepak itu menghakis peduli kita tentang ummah. Janganlah kita
lebih bergembira dengan kemenangan Jerman atau Argentina, melebihi kegembiraan
kita dengan kemenangan HAMAS. Dan juga, janganlah kesedihan kita terhadap pasukan
Brazil ataupun Belanda, menghilangkan kesedihan kita terhadap nasib anak-anak
kecil dan ibu-ibu tua di Palestin.
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA
الحمد لله
الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin
sekalian!
Marilah
pada hari ini kita menghayati maksud Taqwa yang juga menjadi hikmah diwajibkan
kita ini berpuasa. Antaranya seperti mana yang disebut dalam surah al-Baqarah
ayat 1-4:
الم ( 1 ) ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين ( 2 ) الذين
يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون (3)
Alif
Lam Mim. Inilah dia kitab yang tiada ragu lagi padanya, ia menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitulah mereka-mereka yang beriman dengan
perkara ghaib, dan mendirikan sembahyang, serta mereka sedekahkan apa yang
Allah SWT rezekikan kepada mereka.
Pada
bulan yang amat dituntut untuk kita ini bersedekah, marilah kita buktikan kita
adalah orang yang bertaqwa, seperti yang disebutkan dalam ayat yang kita
bacakan tadi. Suburkan sifat TAQWA ini dengan mendidik hati, tidak sayang kepada
harta benda dunia, dengan mendermakan seikhlas mungkin harta yang direzekikan
oleh Allah SWT kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Ketahuilah,
bahawa segala harta yang kita ada ini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Allah
akan menariknya kembali bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh itu, tukarkanlah
harta tersebut menjadi pahala-pahala berterusan yang akan menyelamatkan kita di
hari yang Allah SWT sebutkan:
يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم
Hari
yang tidak berguna lagi segala harta benda dan anak-pinak, melainkan mereka
yang datang mengadap Allah dengan hati yang penuh sejahtera. [As-Shuaraa:88-89]
Sejahterakanlah
hati kita dengan amalan-amalan yang menjanjikan pahala yang lumayan.
Bersempena
dengan ini juga, saya mewakili Maahad Darul Quran Rusila, datang ke tempat
saudara sekalian untuk memohon sumbangan jihad, bagi menyiapkan asrama lelaki untuk
menempatkan anak-anak kita yang semakin ramai tagihkan ilmu agama.
Semoga
apa yang sumbangkan ini, dinilai sebagai suatu perniagaan menguntungkan seperti
yang Allah SWT sebutkan dalam FirmanNya:
Wahai
orang-orang yang beriman, mahukah kamu, supaya aku tunjukkan sebuah perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitulah dengan beriman
kepada Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah, dengan harta-harta
kamu, dan diri-diri kamu. Itulah yang terbaik untuk kamu, seandaiknya kamu
mengetahui. [al-Saff:10&11]
Seterusnya
saya menyeru dihari dan bulan yang penuh barakah ini, dengan rasa lapar yang
dikurniakan Allah ketika ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib dengan
kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria, Palestin,
Mesir, Iraq dan Burma.
Sabda
Rasulullah SAW:
لا يؤمن أحدكم
حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Tidak
beriman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya. Sepertimana mereka
mengasihi diri mereka sendiri. [HR Bukhari dan Muslim]
Selain
itu, marilah juga, kita sama-sama menjalankan jihad boikot, dengan tidak
membeli barangan-barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan
sekutu-kutunya. Ketahuilah, bahawa setiap sen yang kita belanjakan keatas
barangan-barangan produk Israel dan sekutunya Amerika, akan bertukar menjadi
peluru-peluru yang akhirnya akan menembusi tubuh-tubuh saudara kita di sana.
Jika
kita tidak mampu untuk menyumbangkan harta kepada pejuang Allah, janganlah pula
kita sumbangkan untuk musuh Allah.
Sidang
hadirin sekalian,
Pada
hari ini juga marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas pemimpin
jihad kita sepanjang zaman, iaitulah Nabi Muhammad s.a.w, sebagai mematuhi
perintah Allah di dalam al-quran:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka
wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan
sesungguhnya. [al-Ahzab:56]
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما،
وفي سوريا وفي مصر و في كل مكان.
اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم
على أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما،
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....