KHUTBAH PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، (9)
و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.
فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، رحمة للعالمين وأعزة على الظالمين.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، البدر الدجى والرحمة
المهداة، وقائد الدعاة والمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة.
أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai
hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada
kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut
segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.
Muslimin
dan muslimat sekalian!
Setinggi
tahniah dari mimbar ini kepada semua, atas kejayaan menyempurnakan sebulan
ibadah di bulan Ramadhan. Semoga segala hikmah daripada bulan mulia tidak pergi
begitu saja dengan perginya bulan Ramadhan yang lalu. Yang terpenting adalah
hikmah taqwa sebagai asas kepada semua keperibadian islam yang lain.
Firman
Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الذِينَ آمَنُوا
كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَذِينَ مِن قَبْلِكُم لَعَلَّكُم
تَتَّقُونَ
Wahai
orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan ke atas umat yang lebih dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[al-Baqarah:148]
Sebuah
kata-kata hikmah ada menyebut:
كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ
رَمَضَانِيًا
Jadilah hamba Allah, jangan
jadi hamba Ramadhan semata-mata
Perkataan
ini adalah bermaksud amal-amal baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan,
seperti puasa, solat malam, bersedekah, membaca Al-Quran, menjaga lidah dari
mengumpat dan sebagainya, perlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Ramadhan
hanyalah ibarat bilik darjah yang mengajarkan kita segala ilmu dan pendidikan.
Kita tidak akan selama-lamanya hidup dalam bilik darjah itu, kerana ia hanya
dicipta untuk melakukan persiapan bagi menghadapi hidup setelah tamat sesi
pembelajaran tersebut.
Dewan
peperiksaan kita yang sebenarnya juga adalah pada 11 bulan yang berikutnya.
Semoga kita tidak melupakan segala pengajaran yang diperolehi semasa di bilik
darjah Ramadhan, InsyaAllah.
Muslimin
dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian.
Hari
ini pula adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Ianya juga adalah hadiah
daripada Allah SWT sebagaimana Firmannya:
ولتكملوا
العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون
Dan
sempurnakanlah tempoh sebulan berpuasa, dan bertakbirlah kepada Allah dengan
apa yang telah dihadiahkan olehNya kepadamu dan semoga kamu berada dikalangan
orang yang bersyukur.
[al-Baqarah:185]
Menjadi
sunnah pada hari ini untuk kita bergembira dan bersyukur. Rasulullah SAW
sendiri bergembira pada hari ini, dengan mengenakan pakaian belum pernah
dipakainya, berwangian, menikmati juadah dan menggembirakan kanak-kanak.
Bersempena dengan hari ini juga, seluruh umat Islam yang berkemampuan menyambut
lebaran diwajibkan membayar zakat fitrah kepada mereka yang tidak berkemampuan,
supaya mereka juga mampu berkongsi kegembiraan bersama kita. Inilah konsep
ukhuwwah Islamiah yang Islam ingin terapkan.
Firman
Allah SWT:
إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَينَ أَخَوَيْكُم
Sesungguhnya
orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu.
[al-Hujurat:10]
Mengasihi
mereka adalah bukti keimanan kita kepada Allah dan rasulNya.
Sabda
Rasulullah SAW.
لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم
حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Tidak
beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka
mengasihi diri sendiri.
[HR
Bukhari dan Muslim]
Muslimin
dan muslimat sekalian,
Pada
hari bahagia ini juga, marilah kita sedari bahawa ukhuwwah Islamiah tidak
dibatasi dengan sempadan kampung, daerah atau negeri sahaja. Sesungguhnya
persaudaraan kita tidak dibatasi dengan sempadan geografi, keturunan mahupun
warna kulit, tetapi persaudaraan sesama Islam itu sempadannya ialah kalimah La
Ila ha Illa LLah!
Dimana
saja manusia itu berada, baik di Malaysia, Asia, Eropah malah di angkasaraya
sekalipun, selagi ada lidah yang melafazkan kalimah tauhid La Ila ha Illa LLAh,
mereka adalah saudara kita, yang berhak kita kasihi dan sayangi.
Saya
ingin mengajak para hadirin sekalian, dalam kegembiraan kita hari ini dapat
bersama sanak saudara, sahabat taulan yang lama berpisah, menikmati juadah hari
raya yang lazat dan enak, marilah kita juga mengingati nasib umat Islam di
negara-negara lain. Mungkin pada hari bahagia ini, mereka tidak sebahagia kita.
Dalam seronok kita bergelak ketawa di sini saudara-saudara kita seperti di
Gaza, Syria, Mesir dan Myanmar mungkin berhari raya dalam tangis dan darah.
Allah
SWT takdirkan ujian berbentuk ancaman keselamatan buat mereka. Kita juga sedang
diuji, tetapi dengan ujian kesenangan hidup. Kedua-dua keadaan ini semuanya
adalah ujian dari Allah. Menghadapi ujian ini adalah dengan bersatu padu
seperti konsep zakat yang kita sebutkan tadi. Yang senang diwajibkan bersyukur
dengan membantu yang susah, dan yang susah diwajibkan bersabar dan berdoa,
supaya kedua-duanya beroleh bahagian dunia dan akhirat.
Sidang
hadirin sekalian,
Sebagaimana
Ramadhan digelar sebagai bulan jihad, Syawal pula dikenali sebagai bulan
kemenangan. Mungkin yang kita biasa fahami dari ungkapan ini adalah, Ramadhan
sebagai bulan jihad melawan nafsu makan, minum dan syahwat, Manakala Syawal
pula meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Ya, ini adalah
salah satu definisinya.
Tetapi
tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sedarkah kita, Ramadhan juga adalah bulan
jihad melawan musuh Allah zaman berzaman. Bermula dengan perang pertama Islam
iaitu peperangan badar, mereka berperang di bulan Ramadhan, dan menyambut
kemenangan pada bulan Syawal. Pada perang khandaq juga, mereka berjihad
menggali parit di bulan Ramadhan, dan menang di bulan Syawal. Pada Fathu
Makkah, mereka berjihad membebaskan kota Mekah di bulan Ramadhan, dan menjulang
kemenangan besar itu di bulan Syawal.
Begitulah
keadaan selepas Nabi wafat. Hari raya di zaman Umar al-Khattab adalah lebih
menggembirakan, apabila mereka berjaya mengalahkan Parsi yang kejam dalam jihad
bulan Ramadhan. Pejuang-pejuang
Umawiyyah berjaya membuka kota Andalus pada bulan Ramadhan. juga Sultan Saifuddin
Qutuz, yang menewaskan tentera gila Tatar pada perang di Mesir, lalu disambut
penuh kegirangan pada bulan Syawal. Inilah makna sebenar kemenangan di bulan
Syawal.
Hari
ini umat Islam di Palestin sekali lagi diperintah untuk berjuang melawan
serangan Zionis bermula pada bulan Ramadhan. Serangan ini masih berterusan
sehingga hari ini, dan kita perlulah yakin, bahawa Syawal ini bakal menjanjikan
kemenangan buat pejuang kita disana.
Ini
disebut sendiri oleh seorang jurucakap Briged al-Qassam yang menggelar diri
sebagai Abu Ubaidah. Beliau menyatakan, bahawa tanda-tanda kemenangan itu telah
jelas, apabila Zionis memilih Ramadhan untuk menyerang Gaza, dan memulakan
serangan darat pada 10 hari terakhir Ramadhan.
Muslimin
dan muslimat sekalian,
Mungkin
perkara ini tidak disebut secara meluas dalam mana-mana akhbar atau televisyen
tempatan. Saudara kita di Gaza khususnya Briged Izzudin Al-Qassam daripada
Parti Hamas telah memberikan penentangan yang amat sengit kepada Zionis.
Sehingga ke hari ini, sudah lebih 50 orang tentera Zionis terbunuh, beratus
yang lain cedera, sementara berbelas kereta kebal berjaya diletupkan, dan
beribu-ribu roket Hamas menghujani tanah haram Israel. Kem tentera laut Zionis
di Barat Gaza juga berjaya diserang oleh skuad elit amfibian al-Qassam, yang
baru setahun ditubuhkan.
Dulu
Israel berbangga dengan Iron Dome, suatu sistem pertahanan berbentuk seperti
kubah, yang memayungi Zionis daripada serangan roket Hamas. Namun, Allah SWT
tetap bersama umat Islam. Hamas berjaya memintas teknologi tersebut dengan satu
teknologi yang boleh mengelirukan radar Zionis sehingga mereka tidak sedar
roket Hamas masuk sehingga ke pusat pentadbiran mereka, iaitu Tel Aviv. Roket
Hamas juga telah menghujani lapangan terbang antarabangsa mereka, sehingga
pesawat-pesawat terpaksa membatalkan penerbangan ke Israel. Ini bermakna pintu
keluar masuk Israel telahpun dikepung oleh Hamas.
AllahuAkbar!
Tuan
puan sekalian,
Terbaru,
Ramadhan yang lepas menyaksikan kejayaan tentera Hamas menawan seorang tentera
Zionis bernama Syaol Aron, yang lengkap beruniform dan senjata. Sejarah perang
Badar kini berulang kembali. Perang Badar dahulu umat Islam yang juga serba
kekurangan dibanding dengan musuh yang sempurna kelengkapannya, mampu menawan
70 orang Kuffar, di samping 70 orang lagi berjaya dibunuh.
Sesungguhnya
penawanan seorang tentera ini adalah satu impak yang besar dalam situasi perang
sebegini, kerana Briged Al-Qassam, yang serba kekurangan, dengan Gaza yang
luasnya ibarat sebuah kampung jika dibandingkan dengan tanah haram Israel,
dikepung pula sejak berpuluh tahun dari segenap sudut laut mahupun darat,
tiba-tiba mampu menculik seorang tentera Zionis yang lengkap dengan senjata,
kereta kebal dan puluhan ribu bala tentera. Ianya membuktikan lemahnya sistem
pertahanan Zionis yang selama ini dianggap tentera terkuat di dunia.
Perkara
ini amat ditakuti Zionis, kerana seorang tawanan ini mampu mendedahkan beribu
rahsia mereka. Mereka lebih rela askar mereka mati daripada hidup sebagai
tawanan.
Namun
yang lebih menakutkan Zionis, Hamas berjaya mencipta teknologi drone, iaitu
pesawat tanpa pemandu, siap membawa peluru berpandu, masuk sehingga ke ruang
udara Tel Aviv tanpa berjaya dikesan oleh sistem satelit Zionis. Kita sendiri
hairan, bagaimana sebuah kampung kecil seperti Gaza, mampu membangunkan sebuah
teknologi sehebat itu, walaupun dikepung dan diawasi seluruh kuasa besar dunia.
Zionis
sudah tiada pilihan lain, kecuali terus menyerang dan menyerang, sebelum Hamas
berjaya mencipta berbagai lagi senjata yang akan menghancurkan mereka.
Muslimin
dan Muslimat sekalian,
Inilah
keadaan yang tidak diceritakan oleh media utama kita. Mereka lebih rela
menyajikan cerita kematian, kekalahan dan rintihan umat Islam di sana, supaya
umat Islam ini sentiasa berasa takut, dan tidak bersemangat untuk terus memberi
sokongan buat pejuang di sana.
Percayalah
tuan-tuan dan puan-puan, perang yang digelar sebagai perang Asful Ma`kul ini,
akan mencapai satu kemenangan yang besar, yang memberikan laluan baru buat masadepan
bumi Masjidil Aqsa. Sesungguhnya Bumi al-Aqsa telah dijanjikan oleh Allah akan
dibebaskan suatu masa nanti. Nabi SAW telah menyebutkan dalam sebuah hadis
riwayat Imam Muslim:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يختبئ اليهودي وراء
الحجر والشجر فيقول الحجر والشجر:
يا مسلم يا عبد الله
هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلاّ الغرقد
Tidak
akan berlaku kiamat, sehinggalah kamu memerangi orang-orang yahudi, sehinggalah
orang-orang Yahudi terpaksa bersembunyi di balik batu-batu dan pohon-pohon,
maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok, wahai orang Islam, wahai hamba
Allah, dibelakangku ada orang YAhudi maka kemarillah bunuhlah dia, kecuali
pohon Gharqad"
Kita
melihat pada hari ini, orang-orang Yahudi di sekitar Palestin telah menanam
pokok ini disekeliling rumah mereka kerana melihat kemaraan umat Islam sudah
tidak mampu disekat lagi. Penganut Yahudi Ortodoks sendiri membantah penubuhan
negara haram Israel ini, dengan menyatakan tindakan Zionis membawa masuk
penganut Yahudi seluruh dunia ke negara itu adalah ibarat menggali kubur mereka
sendiri. Mereka tahu, riwayat mereka akan berakhir di bumi itu juga suatu hari
nanti.
Tidakkah
tuan puan gembira dengan berita-berita sebegini?
Disamping
kita bersedih dengan nasib umat-umat Islam di sana, janganlah ianya sampai
mematahkan semangat kita untuk menuntut janji kemenangan dari Allah. Sepatutnya
bersempena dengan Syawal ini, kita merasakan gembira dengan kemenangan yang
bakal dicapai oleh pejuang di Gaza InsyaAllah. Kita harus yakin dengan janji
Allah, bahawa kemenangan itu adalah untuk Islam sebagaimana FirmanNya:
ألا إن حزب الله
هم المفلحون أولئك حزب الله.
Merekalah
tentera Allah. Ketahuilah, bahawa tentera Allahlah yang akan beroleh
kemenangan.
[Al-Mujadalah:22]
Ingatlah
kembali sejarah pembebasan Palestin. Umat Islam Palestin belum pernah kalah
dalam perang yang berlaku pada Ramadhan. Sultan Salahuddin Ayub, berjaya
membebaskan Palestin dari tentera Salib dalam peperangan Hittin pada Ramadhan tahun
1187M. Sekali lagi pada tahun 1973, pakatan tentera Mesir dan Syria menyerang
Zionis pada bulan Ramadhan, dengan menggelarkan peperangan itu sebagai operasi
Badar, yang menyaksikan 2688 orang Zionis terbunuh, kira-kira 10,000 yang lain
cedera, dan 295 orang berjaya ditawan Mesir dan Syria. Akhirnya Sinai, Terusan
Suez, dan sebahagian Bukit Golan telah diserahkan kembali kepada umat Islam.
Saudara
sekalian,
Saya
tertarik dengan kajian NIC iaitu (National Intelligence Council), satu badan
dibawah CIA yang mendapati bahawi Islam akan bangkit pada abad kita ini. Pada
awalnya, mereka menyatakan bahawa sebuah daulah Islamiah bakal tertegak seawal
tahun 2020! Tetapi setelah berlaku arab-spring pada hari ini, mereka terpaksa
menilai kembali kajian itu, kerana kemungkinan daulah Islam bakal tertegak
sebelum 2020! Allahu Akbar!
Semoga
kemenangan Syawal ini, membuka peluang kepada seluruh umat Islam dunia, untuk
menziarahi bumi Palestin, dan bersembahyang di dalam Masjidil Aqsa, yang
menjanjikan pahala yang ketiga terbesar selepas Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi. Sabda Rasulullah SAW:
لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد:
المسجد الحرام، ومسجد الرسول صلى الله عليه وسلم،
ومسجد الأقصى
Janganlah
kamu bersungguh berjalan menuju ke mana-mana masjid (kerana pahalanya sama
sahaja) melainkan kepada tiga masjid: Masjidil Haram di Mekah, Masjid Rasulullah
di Madinah, dan Masjidil Aqsa di Palestin. [HR Bukhari dan Muslim]
اللهم ارزقنا صلاة في مسجد الأقصى!
Ya Allah! Kurniakanlah kepada
kami solat di Masjidil Aqsa!
Akhirnya
para hamba Allah sekalian, marilah kita pastikan, nama kita juga dicatat oleh para
malaikat sebagai salah seorang yang turut menyumbang kepada kemenangan di
Palestin. Teruskan jihad kita dengan berdoa kepada Allah, menderma kepada Hamas,
dan juga memboikot produk yang menyumbang kepada Zionis. Marilah kita berbisnes
dengan Allah SWT, dengan suatu bisnes yang dijamin tidak rugi selama-lamanya, sebagaimana
Firman Allah SWT:
Wahai
orang-orang yang beriman, mahukah kamu, supaya aku tunjukkan sebuah perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitulah dengan beriman
kepada Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah, dengan harta-harta
kamu, dan diri-diri kamu. Itulah yang terbaik untuk kamu, seandaiknya kamu
mengetahui. [al-Saff:10&11]
بارك الله لي ولكم
في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم
ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH
KEDUA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
الله أكبر، الله أكبر،(7) ولله الحمد،
أشهد أن لا إله
إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز
المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin
dan muslimat sekalian!
Marilah
pada hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang
dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan
islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يَا أَيُّهَا الذين آمَنُوا
اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَ أَنتُم مُسلِمُونَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan
beragama islam.
[Ali
Imran:102]
Allah
SWT masih tidak lupa untuk mengurniakan ganjaran kepada kita walaupun Ramadhan
telahpun menutup tirai. Nabi SAW bersabda:
مَن صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ
أَتبَعَهُ بِسِتٍّ مِن شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ"
Barangsiapa
yang berpuasa bulan Ramadhan, kemudian diikuti 6 hari bulan Syawal, seolah-olah
dia telah berpuasa selama setahun!
[HR
Muslim]
Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam
kita meneruskan tradisi bermaafan di hari mulia ini, perlulah dijaga adab dan
syariat islam dengan sebaiknya. Jangan sekali-kali kita bersalaman dengan bukan
muhrim kita sesuka hati. Sepupu, saudara sabit dan ipar duai adalah mereka yang
haram bersentuhan dengan kita.
Jagalah
aurat dan fitnah dalam kita berhias pakai di hari mulia ini. Setahun sekali
bukanlah alasan untuk kita melanggar adat dan syariat yang Allah SWT tetapkan.
Ketahuilah bahawa semua kecantikan yang diberikan pada kita itu hanyalah
sementara, boleh ditarik balik olehNya pada bila-bila masa sahaja. Janganlah
kita kemurkaan Allah di hari ini, sehingga Allah akan menarik kembali semua
kecantikan yang diberikan kepada kita.
Muslimin
dan muslimat sekalian!
Pada
hari yang mulia dan penuh barakah ini juga, marilah kita memperbanyakkan ucapan
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagai mematuhi perintah Allah
di dalam al-Quranul karim:
إنَّ اللهَ ومَلَائِكَتَهُ
يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيِّ، يَا أَيُّهَا الذِينَ آمَنُوا صَلُّو عَلَيهِ وَسَلِّمُوا
تَسْلِيمًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka
wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan
sesungguhnya. [al-Ahzab:56]
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت
على سيدنا إبراهيم وعاى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد،
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات
الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا وارحمهم كما ربونا
صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا
للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و
النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك
من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم
وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين،وفي
غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا،
وفي مصر و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم،
واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت
وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا
اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا
وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من
الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا
آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار،
و صلى الله على
سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....