Maaf diucap
pendahulu entri
Bukan marah
bukan membenci
Dr MAZA ku
sanjung tinggi
Menegur sekadar
mengamal demokrasi
Saya antara salah
seorang yang amat meminati tulisan-tulisan Dr MAZA. Beliau ada cara fikir
tersendiri, membawa kita supaya sama berfikir tentang isu-isu yang berlaku,
bukan hanya menunggu fatwa dan pandangan orang lain. Saya tidak pernah miss Sinar
Harian edisi jumaat kerana artikel Dr MAZA ada pada hari tersebut. Bahkan saya
menyantap artikelnya terlebih dahulu sebelum medengar kuliah jumaat Tuan Guru
Ayah Chik.
Banyak
pendapat-pendapat beliau yang saya setujui. Antara yang terbaru adalah harapannya
supaya Obama menewaskan Romney untuk kerusi presiden AS. Saya juga menerima
sepenuh hati teguran beliau supaya pemimpin PAS tidak jadi Ayatullah. Tak rugi
kalau kita terima sahaja apa teguran itu.
Artikel ini ditulis untuk
mengutarakan pendapat dan kritikan berhubung artikel terbaru beliau, baca sini.
Saya percaya beliau bukanlah seorang Ayatullah sehingga tidak boleh menerima
kritikan ini. Biarlah kita cambahkan suasana ilmiah ini untuk mencari kebenaran
semata-mata.