Tuesday, June 18, 2013

TAADUD JEMAAH (تعدد الجماعات)

SYLLABUS USRAH THANAWI 4
SIRI III:

Sebelum ini, islam bernaung di bawah satu khilafah yang memusatkan segala gerakerja islam dengan tersusun mengikut hierarki. Namun apabila khilafah islamiyah terakhir (Uthmaniyyah) jatuh, umat islam di seluruh dunia seolah-olah hilang tempat bernaung.

Melihat kepada kekurangan besar ini, dengan pihak musuh yang sedang bersatu untuk melenyapkan islam di muka bumi ini, Allah SWT ilhamkan beberapa orang hambanya untuk menubuhkan jamaah islamiah bagi menampung peranan khilafah. Maka lahirlah jemaah islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat islami Pakistan , Hamas Palestin, Sarekat Islamiah dan Masyumi di tanah melayu dan beberapa lagi di serata dunia. Semua pada awalnya tertubuh atas dasar jihad dan bekerja demi mengembalikan khilafah islamiah. Masing-masing bangkit meniup kembali kesedaran untuk bersatu di atas satu wadah dan bergabung dengan jemaah di negara-negara lain dengan cita-cita dan dasar yang sama.

Namun gejala baru yang timbul setelah berdekad jemaah-jemaah ini bergerak di tempat masing-masing adalah munculnya jemaah-jemaah baru diasaskan orang islam sendiri didalam kawasan dan masyarakat yang telah wujud jemaah sedia ada. Kebanyakannya ditubuhkan kerana merasakan jemaah sedia ada tidak menjalankan gerakerja mengikut cara yang betul dan banyak kekurangan.
Lebih malang apabila jemaah baru ini menumpukan gerakerja kepada ruang yang tertentu sahaja tanpa meluaskan skopnya, iaitu tidak bersifat syumul seperti amar makruf tanpa nahi mungkar, dakwah fardi tanpa dakwah jamaai, dakwah tanpa siasah, siasah tanpa tarbiyah serta berbagai lagi kekurangan. Mereka menganggap islam itu boleh tertegak dengan cara-cara yang tertentu sahaja dan menolak cara yang digunakan pihak lain.


CONTOH-CONTOH JEMAAH ISLAM YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN SEMPIT

1.    POLITIK
      Gerak kerja mereka hanya tertumpu untuk menang dalam pilihanraya walau apa cara sekalipun. Kadang-kadang menghalalkan apa yang ditegah dalam islam. Soal pemantapan akidah, pemerkasaan ibadah dan penjelasan fikrah islamiah dikesampingkan.
2.    DAKWAH FARDI
      Percaya bahawa islam akan tertegak dengan berdakwah mengikut cara nabi dahulu, iaitu pintu rumah ke rumah dan mengajak manusia kembali ke jalannya dengan wasilah bersemuka sahaja dan mengabaikan faktor lain.
3.    SUFI
      Menurut mereka, islam akan tertegak dengan sendiri jika masing-masing orang islam menumpukan soal pembersihan jiwa dari sebarang perkara dunia. Mereka memencilkan diri dari urusan sesama manusia dan hanya melakukan amalan-amalan yang melibatkan diri dengan Allah sahaja seperi zikir, wirid, solat, puasa, tilawah al-Quran dan bermunajat sahaja.
4.    KEBAJIKAN
      Dengan membantu manusia yang memerlukan, mereka akan menyebabkan kebaikan islam itu tersebar dengan sendiri lalu diterima seadanya. Menolong golongan susah, menyediakan makan minum dan tempat tinggal, mendirikan rumah-rumah kebajikan merupakan metod dakwah yang ampuh bagi mereka. Dengan menawarkan kesenangan dunia, mereka menarik hati masyarakat. Pendekatan ini juga diamalkan kebanyakan machinery kristian.
5.    PENDIDIKAN
      Golongan ini pula menjurus ke arah pemerkasaan pengetahuan islam. Mereka menumpukan untuk dibina pondok-pondok, madrasah dan sekolah, menghidupkan masjid surau dengan pengajian agama, dan membiayai golongan yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Bagi mereka, dengan berterusan memberikan pemahaman islam orang akan menerima akhirnya dan islam akan tertegak dengan mudah. Barangkali musuh yang selama ini menyimpan dendam untuk menghancurkan islam juga bakal insaf dengan pendekatan ini.
6.    PEPERANGAN
      Islam tidak tertegak kecuali dengan mata pedang. Inilah yang menjadi motto perjuangan mereka. Tiada istilah muajahah silmiyyah kerana berpendapat politik.diplomasi tiada diamalkan Rasulullah SAW. Yang ada hanya peperangan.

KESAN-KESAN TAADUD

1.       KERJA YANG SAMA BERULANG.
Boleh jadi sesebuah program, kajian, perbincangan yang dianjurkan oleh sesebuah jemaah turut dianjur oleh jemaah yang lain. Ia mungkin melibatkan sasaran audiens yang sama. Pembaziran boleh berlaku.
2.       KERJA YANG TERLEPAS PANDANG.
Dengan tiada perbincangan, mungkin sesuatu bentuk dakwah akan terabai tanpa disedari kerana menumpukan beberapa perkara yang sama.
3.       MATLAMAT PERJUANGAN SUKAR TERCAPAI.
Ia juga akan mambawa kepada lambatnya hasil tarbiyah dan dakwah terhadap masyarakat kerana masalah-masalah pertindihan gerakerja dan terlepas pandang.
4.       PERMUSUHAN ANTARA JEMAAH.
Akan timbul suasana kritik-mengkritik antara jemaah, masing-masing mengakui jemaah merekalah yang terbaik, berlaku perebutan ahli dan yang paling ditakuti adalah sabotaj sesama jemaah islam.
5.       KEKURANGAN TENAGA KERJA
Secara automatik jawatan yang harus disandang oleh para amilin menjadi banyak kerana taadud ini. Jawatan bendahari yang boleh digabungkan dalam satu akaun terpaksa dipecahkan kepada akaun-akaun berlainan mengikut setiap jemaah.
6.       MUSUH LEBIH MUDAH MENYERANG.
Dengan kelemahan-kelemahan yang ada ini menyebabkan musuh mudah untuk menyelinap seterusnya mengatur langkah memusnahkan jemaah islam satu persatu. Inilah pendekatan yang digunakan penjajah dalam memusnahkan negara-negara islam termasuk Malaysia dahulu.

LANGKAH MENGATASI

Dalam isu ini ulama juga berkhilaf adakah berbilang jemaah ini suatu perkara yang dibolehkan islam. Secara ringkasnya ia lebih kepada tidak membenarkan kerana kerugian yang terlalu jelas.

Namun dalam mengatasi fenomena yang sudah berlaku ini, kita boleh mengambil pendekatan yang hampir kepada pendapat Dr Yusof Qardhawi iaitu:

1.       Mana-mana jemaah yang belum berlaku taadud jemaah, maka haram ditubuhkan pertubuhan baru.
2.       Jika telah berlaku taadud jemaah, kita perlu mengiktiraf sesebuah jemaah itu menjadi jemaah induk yang menaungi jemaah lain. Jemaah lain bertindak dilapangan tertentu mengikut kemahiran mereka disamping sentiasa melakukan penyelarasan agar tidak ada pertindihan gerakkerja ataupun terlepas pandang.

Yang terpenting adalah mengiktiraf seeorang itu menjadi ketua bagi semua jemaah yang wujud. Ketua ini harus diberi ketaatan dan wala` sepenuhnya padanya. Sebarang arahan yang bertembung dengan ketua itu tidak boleh digunapakai. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi SAW:


Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA
SESI 2013

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....