Tuesday, June 18, 2013

KEPENTINGAN ILMU (أهمية العلم)

SYLLABUS USRAH IDADIE 1
SIRI III:

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan manusia akan ditentukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh mereka. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Allah S.W.T telah berfirman :
ÎA÷sムspyJò6Åsø9$# `tB âä!$t±o 4 `tBur |N÷sムspyJò6Åsø9$# ôs)sù uÎAré& #ZŽöyz #ZŽÏWŸ2 3 $tBur ㍞2¤tƒ HwÎ) (#qä9'ré& É=»t6ø9F{$# [البقرة:269]
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Allah S.W.T telah berfirman :
ö@è% ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3 $yJ¯RÎ) ㍩.xtGtƒ (#qä9'ré& É=»t7ø9F{$# [الزمر:9]
Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةِ أَشْيَاءَ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. [رواه مسلم]
Maksudnya :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

                                                                                                                                                               
ANTARA KELEBIHAN ILMU

1.       Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah. Firman Allah taala yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (Al-mujadalah :11)
2.       Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah taala yang bermaksud : “Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang Yang berilmu.” (Al-fathir :28)
3.       Orang yang mempelajari ilmu agama dimurahkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Barangsiapa memahami agama Allah niscaya dicukupkan Allah akan kepentingannya dan diberikanNya rezeqi diluar dugaannya”          (HR. Al-khatib dari Abdullah bin Juz'i Az-Zubaidi)


Sepertimana telah diceritakan bahawa Fathul-Mausuli ra bertanya : "Bukankah orang sakit itu apabila tak mahu makan dan minum, akan mati?". Orang dikelilingnya menjawab: "Benar!”
Lalu beliau menyambung: "Begitu juga hati, apabila tidak mahu kepada hikmah dan ilmu dalam masa tiga hari, maka matilah hati itu"

Orang yang tidak berilmu, hatinya menjadi sakit dan pasti hatinya akan mati. Tetapi, dia tidak menyedari demikian, kerana cinta dan kesibukannya dengan dunia, menghilangkan perasaan itu. Sebagaimana rasa takut yang melampau kadangkala akan menghilangkan kepedihan luka seketika, meskipun sebenarnya luka itu masih ada.

Kata Ibnu Mas'ud ra : "Haruslah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adalah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaan-Nya!. Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama. Karena melihat kemuliaan ulama itu.

Diceritakan pada zaman dahulu bahawa ada seorang yang sangat kuat ibadatnya tetapi malas untuk menimba ilmu. Datang seorang lelaki ingin mengujinya lalu berkata: “Wahai hambaku! Akulah tuhanmu. Kau telah beribadat padaku siang dan malam. Maka hari ini aku telah menerima segala amalanmu. Engkau tidak perlu lagi beribadat!”. Jawab lelaki yang kuat ibadah itu. “Itulah yang aku impikan selama ini”. Kerana jahil tentang hakikat tuhan, lelaki tersebut terus menjadi kafir kerana mempercayai kata-kata orang yang mengaku tuhan itu.

Kemudian lelaki yang sama pergi pula ke sebuah rumah milik seorang alim namun sering minum arak. Lelaki itu berkata. “Wahai pelaku maksiat! Kau telah menderhakai Aku. Datanglah padaku sekarang dan mohonlah keampunan!”. Lelaki alim yang sedang mabuk itu menghunuskan pedangnya seraya berkata. “Engkau adalah syaitan! Pergi dari sini sebelum aku memenggal lehermu!.” Lelaki ini terselamat dari kufur walaupun berdosa besar dihadapan Allah.

Akhirnya, Sabda Nabi S.A.W :
خَيرُكُم مَن تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“ Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya”

Rujukan :
-Ihya’ Ulumuddin, bab Ilmu

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA

SESI 2013

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....