SYLLABUS USRAH IDADIE 2
SIRI III:
Lidah adalah antara nikmat
besar yang dikurniakan oleh Allah tanpa batas. Hanya dengan lidah kita mampu
berbicara, mengucapkan janji, membaca Al-quran, merasai nikmat makan dan
sebagainya. Oleh itu, lidah yang dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab
mendapat redha Allah dan dengan lidah juga kita mungkin mendapat murka dari
Allah S.W.T kerana setiap ucapan yang keluar darinya akan dicatat samada pahala
atau dosa.
Firman Allah S.W.T :
$¨B àáÏÿù=t `ÏB @Aöqs% wÎ) Ïm÷ys9 ë=Ï%u ÓÏGtã ÇÊÑÈ
Tidak
ada sebarang perkataan Yang dilafazkannya (atau perbuatan Yang dilakukannya)
melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan
menulisnya).
BAHAYA
LIDAH
Diantara bahaya lidah yang sukar dikawal manusia ialah :
1. Al-Ghibah (الغيبة) : Mengumpat iaitu menyebut tentang
seseorang apa yang tidak disukainya tanpa diketahui.
2. Al-Naminah (النميمة) : Mengadu domba iaitu memburukkan
sebelah pihak dihadapan sebelah pihak lain bertujuan membangkitkan perasaan
benci satu sama lain.
3. Mengfitnah iaitu mereka cerita yang tidak benar tentang
seseorang bertujuan memburukkannya
4. Memuji diri
5. Berbalah hal
yang tidak menguntungkan islam seperti memperdebatkan perkara-perkara sunat atau harus.
6. Mengutuk/mempersenda/
menggelar dengan
tujuan bergurau atau menyakitkan hati seseorang.
Hukum jenayah-jenayah lidah ini adalah haram
dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil
dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya antaranya :
×@÷ur Èe@à6Ïj9 ;otyJèd >otyJ9 ÇÊÈ [الهمزة:1]
Celakalah (pergi mati) bagi tiap-tiap pencaci,
pengeji.
Telah diceritakan bahawa suatu hari seorang lelaki
datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si
fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga
terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah
Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".
Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . " [HR. Muslim]
Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . " [HR. Muslim]
Walaupun seseorang itu ahli
ibadah, banyak solat, puasa, tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari
memfitnah, berbohong dan hasad, amalannya tersebut hanya sia-sia.
KEUTAMAAN DIAM
Tidak ada cara yang lebih baik
untuk memelihara lidah melainkan dengan diam. Nabi S.A.W bersabda :
من صمت نجا [رواه الترمذي]
"Barangsiapa
yang diam, niscaya ia terlepas (dari bahaya)". [HR. At-Tirmizi]
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليسكت [رواه البخاري ومسلم]
"Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam".
Imam Syafie menjelaskan
bahawa maksud hadis diatas adalah apabila seseorang ingin berkata sesuatu
hendaklah dia berfikir terlebih dahulu. Jika dirasakan ucapannya tidak akan
membawa mudharat, maka berbicaralah. Tetapi, jika dia merasa ucapannya akan
membawa mudharat atau ragu-ragu samada ia akan membawa mudharat atau tidak,
maka hendaklah dia tidak berbicara”.
Mungkin ramai yang mampu memelihara diri dari minum arak, tapi bagaimana
dengan memelihara lidah? Ucapan yang kita keluarkan tanpa peduli bakal menyakiti
hati insan lain, berjanji tanpa tunai, mengkeji dalam marah tanpa sedar,
menghukum tanpa nilai adalah antara perkara dosa yang akan dilakukan oleh lidah
setiap waktu jika tidak dikawal dengan Iman. Oleh itu, bersama kita lafazkan Astaghfirullah
al-‘aziim dan sentiasa bertaubat dan berdoa agar kita tidak tergolong
dalam kalangan hamba yang dimurkai Allah hanya kerana lidah.
Ingatlah pada Hadis Rasulullah S.A.W yang memberi peringatan kepada kita
:
إن
العبد ليتكلم بالكلمة، ينزل بها في النار، أبعد ما بين المشرق والمغرب [رواه البخاري]
“Sesungguhnya seorang
hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa kesannya akan
membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur
dengan barat”
Rujukan
:
-Al-Muatta’
Imam Malik
-Ihya’
Ulumuddin : Imam Ghazali
Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA
SESI 2013
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....