Friday, November 1, 2013

BEBERAPA HUKUM DAN PANDUAN MUSAFIR



1. Azan – Wajib azan jika ingin mendirikan sembahyang di tempat yang tidak ada azan sebelumnya (hutan/ highway).

2. Tidak tahu kiblat/ kiblat sering berubah-ubah (seperti dalam kenderaan) – solat wajib pada waktunya. Solat dibolehkan mengikut kemampuan. Harus solat diatas kerusi kapal terbang walaupun tidak menepati kiblat. Tidak perlu qadha kerana solat itu sah.

3. Tiada air untuk mengambil sembahyang – Solat wajib pada waktunya. Boleh dilewatkan sedikit jika masih dalam usaha mencari air. Jika tiada, bertayamum dengan tanah yang suci. Tidak perlu ulang kecuali apabila berjumpa air semasa masih berada dalam waktu solat menggunakan tayamum tersebut.

4. Jarak musafir yang membolehkan jamak dan qasar – 83KM jarak jalan.

5. Had minimum untuk qasar dan jamak – Sebaik sahaja keluar dari permukiman (kampung).

6. Had maksimum untuk qasar dan jamak – Sebelum masuk kembali ke permukiman (kampung).

7. Musafir lebih dari tiga hari – Harus untuk si musafir mengamalkan keringanan-keringanan syarak walaupun lebih dari tiga hari jika masih belum tentu tempoh musafir.

8. Keringanan syarak dalam musafir ( dengan syarat tidak bermusafir untuk melakukan maksiat)

  • Solat empat rakaat boleh dipendekkan (qasar) kepada dua rakaat
  • Puasa Ramadhan boleh ditinggalkan dan diganti pada hari lain.
  • Menyapu air pada khuf dalam tempoh tiga hari.
  • Menghimpunkan (jamak) dua waktu sembahyang dalam satu waktu iaitu waktu zohor bersama asar, dan Maghrib bersama Isyak.
9. Berpindah ke negeri lain – Tidak harus lagi mengamalkan keringanan-keringanan syarak apabila sampai di tempat tinggal barunya (berpindah/asrama/posting). Tetapi dia boleh bermusafir jika keluar dari permukiman itu walaupun menuju ke tempat tinggal asal yang sudah tidak didiami lagi. (Kampung halaman/ Rumah mertua.).

Bagi yang tinggal di tempat sementara kerana bertugas atau belajar, tempat tinggal asal mereka masih dianggap kediaman yang tidak boleh diamal keringanan syarak.

10. Hukum solat jemaah tetap sama antara musafir dan mukim.



11. Tidak harus qasar sembahyang apabila berimamkan seseorang yang bermukim.

12. Harus bagi yang qasar sembahyang mengimami solat si mukim dan mereka perlu menyempurnakan sembahyang seperti biasa apabila imam selesai solatnya.

13. Cara sembahyang di dalam penerbangan:

  • Jika sekiranya masuk waktu ketika dalam penerbangan, haruslah melewatkan sembahyang sehingga kapalterbang mendarat sekiranya jadual mendarat masih didalam waktu sembahyang tersebut kecuali jika ada ruang yang cukup untuk sembahyang dengan sempurna(megikut kiblat, berdiri dsb).
  • Jika diluar waktu sembahyang tersebut, tetapi masih dalam waktu yang boleh dijamak dengan sembahyang tersebut, harus lewatkan sembahyang dan jamak taakhir sewaktu kapal mendarat.
  • Jika diluar kedua-dua waktu itu, sembahyanglah mengikut kemampuan yang ada. Berada dalam keadaan yang paling dekat dengan kedudukan sembahyang semampu mungkin. (seperti hukum solat orang sakit).


14. Solat jumaat – Solat jumaat wajib bagi lelaki walaupun dalam permusafiran sekiranya beliau berada di tempat yang didirikan sembahyang jumaat pada waktunya dan tiada masyaqqah untuk menghadirinya.

15. Solat-solat sunat – Boleh dikerjakan segala solat-solat sunat yang dituntut selain solat rawatib Zohor, Asar, Maghrib dan Isya`.

16. Doa naik kenderaan:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ * وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
“Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menundukkan kendaraan ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat).                                                                                                            [Surah azZukhruf:13&14]

17. Niat Solat Jamak dan Qasar:

Jamak Taqdim dan Qasar


i) Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar dan jamak kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar dan jamak kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

ii) Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar dan jamak kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar

i) Asar-Zuhur

أٌصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَكْعَتَينِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيهِ الظُهْرَ أَدَاءً لِلهِ تَعَالَى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar dan jamak bersama zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُهر رَكْعَتَينِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيهِ العَصْرَ أَدَاءً لِلهِ تَعَالَى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dan jama` kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

ii) Isyak-Maghrib

أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءَ رَكْعَتَينِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيهِ المغرب أَدَاءً لِلهِ تَعَالَى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar dan jamak kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dan jamak kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

18. Sunat solat dua rakaat sebelum musafir.



Rujukan dan dalil: 
Kitab Fiqh Manhaji ; Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Mahyudin Dib Mastoo (Fiqh Syafie)
Kitab Tahzib Syarh Matn Abi Syuja` ; Dr Mustafa Bugho (Fiqh Syafie)
Kitab Hidayah Syarh Bidayatul Mubtadi ; al-Murghinani (Fiqh Hanafi)
http://www.saaid.net/mktarat/egazh/32.htm
www.ustaznoramin.com

URL gambar: 

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....