Guru adalah insan yang paling
layak dihormati dan dimuliakan selepas kedua ibu bapa. Ini kerana, merekalah orang
yang memberikan ilmu kepada kita dengan tidak mengenal erti penat dan jemu.
Meskipun pelbagai dugaan yang datang, mereka tetap mencurahkan ilmu tanpa
meminta balasan sedikitpun.
Allah S.W.T telah meninggikan peranan
seorang guru dengan menyebut dalam firman-Nya :
y‰Îgx© ª!$# ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd èps3Í´¯»n=yJø9$#ur (#qä9'ré&ur ÉOù=Ïèø9$# [ال عمران:18]
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan
dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan
malaikat-malaikat serta ahli ilmu.
Rasulullah SAW bersabda :
فضل العالم
على العابد كفضلي على أدناكم ثم قال رسول
الله : إن الله وملإكته وأهل السماوات والأرضين حتى النملة في حجرها وحتى الحوت
ليصلون على المعلم الناس الخير [رواه
الترمذي]
“Kelebihan orang alim (ulama) atas
ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di
antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi : Sesungguhnya para malaikat dan
penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya
berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan
kepada manusia.”
DI ANTARA ADAB-ADAB MENGHORMATI GURU
1. Menurut
perintah dan melaksanakan arahan mereka.
2. Masuk
ke kelas sebelum guru datang dan berdiri apabila guru masuk ke kelas.
3. Meninggalkan
perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah.
4. Memberi
tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar dan tidak melakukan kerja lain seperti
menconteng, membaca buku lain dan sebagainya
5. Berusaha
menyiapkan semua tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
6. Tidak
berbual ketika guru sedang mengajar.
7. Belajar
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
8. Mengucap
salam setiap kali bertemu guru
9. Bercakap
dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
10. Manis
muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru.
11. Meminta
izin sebelum melakukan setiap perkara seperti ke tandas, bertanya soalan atau
hendak minum.
12. Menghargai
ilmu yang diberi oleh guru.
13. Memberi
pertolongan ketika mereka memerlukan
14. Bertanya
khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
15. Menziarahi
guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit.
16. Tidak
memusuhi guru.
KESAN TIDAK MENGHORMATI GURU KEPADA DIRI DAN ILMU
1. Ilmu
yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2. Tidak
bermoral dan rendah budi pekerti
3. Susah
mengingati dan mengikuti ajaran guru
4. Mudah
terpengaruh dengan unsur-unsur nagatif.
5. Ilmu
yang dipelajari tidak akan memberi manfaat kepadanya
6. Sukar
mengikis sifat mazmumah dalam diri
7. Sukar
menjawab soalan peperiksaan.
8. Tidak
terasa bertambah ilmu malah semakin berkurang.
9. Menanggung
dosa sekiranya guru terasa hati dengan sikap kita dan sukar untuk memaafkannya.
10. Tidak
mudah untuk berjaya.
Didalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang ditulis oleh
Imam Ghazali ada menyebut : "Adalah penting bagi seorang pelajar
untuk menyerahkan dirinya ke tangan gurunya seolah-olah seorang pesakit yang
menuruti arahan doktor yang
merawatnya."
Bahkan Saidina Ali pernah berkata : "Aku
adalah hamba kepada orang yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf. Jika dia
mahu, dia boleh menjual atau menjadikanku sebagai hambanya."
Pernah diceritakan juga bahawa Imam Syafie
sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah
kepada ribuan pelajarnya, masuk seorang badwi yang amat comot serta amat busuk
sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada
memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam
anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu.
Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah
anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam
Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu
ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut
sebagai cara menghormati guru. Terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu
tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Padahal as-Syafie hanya
belajar daripadanya cara membezakan anjing yang cukup umur dan tidak.
Pepatah arab ada menyebut:
لَوْ لَا
مُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي
Tanpa pendidikku, nescaya takkan ke kenal
tuhanku
Rujukan
- Ihya' Ulumuddin: Adab pelajar dan pengajar; Imam ghazali
- Aujazul Masalik, Syarah Al-muatta' Imam Malik; Syeikh Zakariyya al-Kandahawi
mohon share...
ReplyDeletesaudara saya mohon copy...
ReplyDeletemohon copy...
ReplyDeleteIzinkan saya copy & share. Terima kasih.
ReplyDelete