SYLLABUS USRAH THANAWI 1
SIRI III:
Kefarduan Dakwah
Ulama berselisih dalam menentukan hukum dakwah. Ada yang menyatakan
Fardu Ain bagi setiap umat islam seperti Fardu sembahyang. Sesiapa yang
meninggalkan dakwah adalah berdosa di sisi Allah. Firman Allah SWT:
من رأى منكم منكرا
فليغيره بيده فإن لم يستطيع فبلسانه فإن لم يستطيع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Barangsiapa yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan
lisannya, jika tidak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah
iman.
Ada yang menyatakan Fardu Kifayah, berdasarkan
ayat:
`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôt n<Î) Îösø:$# tbrããBù'tur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztur Ç`tã Ìs3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd cqßsÎ=øÿßJø9$#
[ال عمران:104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak (bukan
semua) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang
salah ( buruk dan keji ). dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya.
Namun apabila melihat kepada realiti zaman
sekarang, dakwah itu telah menjadi fardu bagi setiap umat islam untuk
menyampaikan kesedaran islam mengikut kemampuan masing-masing kerana kerosakan
yang berlaku amatlah banyak.
Harus difahami fardu kifayah bukan bererti cukup
dengan seorang yang melakukannya. Ia sebenarnya bermaksud satu perbuatan jika
ada yang menunaikannya dengan sempurna, barulah gugur kewajipan terhadap orang
lain. Jika seorang masih belum cukup, orang lain masih berdosa jika tidak
menunaikannya.
Zaman ini, kita lihat orang yang sesat lebih
ramai dari orang yang sedar. Justeru itu mengkhususkan segolongan sahaja untuk
berdakwah tidak mencukupi untuk menyempurnakan tanggungjawab itu kerana mungkin
ramai yang tidak akan sampai padanya dakwah tersebut.
Di samping itu, islam amat melarang seseorang
mendiamkan diri dari menyampaikan petunjuk yang telah diperolehinya, Firman
Allah SWT:
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqßJçFõ3t !$tB $uZø9tRr& z`ÏB ÏM»uZÉit7ø9$# 3yçlù;$#ur .`ÏB Ï÷èt/ $tB çm»¨Y¨t/ Ĩ$¨Z=Ï9 Îû É=»tGÅ3ø9$# y7Í´¯»s9'ré& ãNåkß]yèù=t ª!$# ãNåkß]yèù=tur cqãZÏ軯=9$# [البقرة:159]
Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada
manusia di aalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.
Sasaran Dakwah (مدعو)
1.
Al-Mala` (Golongan berpengaruh) – ini adalah
golongan terpenting dalam masyarakat. Keputusan, tuturkata dan keperibadian
mereka boleh mempengaruhi orang lain seperti pemimpin, kerajaan, ketua kampung,bos,
tauke-tauke, artis, selebriti, ketua samseng, guru, doktor, imam dan
orang-orang berada.
2.
Al-Jumhur (Masyarakat Awam) – Mereka
merangkumi setiap orang dan mempunyai berbagai ragam dan biasanya mewakili
golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
3.
Al-Munafiq – orang yang
berpura-pura mencintai agama tetapi mempunyai niat tersendiri yang lain dari
matlamat menegakkan agama islam di bumi.
4.
Al-Fasik (Pelaku maksiat) – Golongan yang
jauh dari kesedaran agama, dosa pahala dan ibadah.
5.
Non-Muslim – Golongan yang
belum menerima islam
Dakwah perlulah mengsasarkan semua golongan ini dan tidak memilih
golongan tertentu sahaja. Kerana itulah para daie perlu bergerak di bawah satu
jemaah yang tersusun supaya semua golongan diatas tidak terabai. Memilih
sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan satu jenayah
terhadap dakwah.
Cabaran Dakwah
1.
Manusia berpaling dari dakwah – kita akan
merasai betapa dakwah yang kita bawakan tidak diminati orang, ditolak
mentah-mentah dan akan lari dari seruan kita. Kuliah dan tazkirah yang diatur
kosong tanpa pendengar. Nasihat ibarat mencurah air ke daun keladi malah ada
yang akan menarik muka masam.(Surah Nuh 5-9)
2.
Diperolok-olok,diejek dan dibenci – Kita juga
akan menerima kritikan, hinaan dan berbagai lagi caci maki yang boleh
meruntuhkan perasaan. Mereka akan menyentuh semua perkara bukan sahaja tentang
isi dakwah yang kita sampaikan, tetapi turut menghina peribadi, kisah silam dan
keluarga. Ada yang menggunakan hujah ilmiah dan tidak kurang juga yang
mengarut.
3.
Reka cerita – Kita akan
difitnah, cerita yang tidak betul akan disebar luas untuk membangkitkan
kebencian terhadap kita dan memporak perandakan kehidupan kita.
4.
Penyeksaan – Sampai satu
tahap kita akan disakiti fizikal dan mental. Penjara, batu, peluru, besi dan
rantai akan menjadi sang pendakwah. Keluarga kita akan turut menerima ancaman
sama walaupun tidak terlibat. Mereka akan menakutkan, mengugut sehingga setiap
kehidupan yang akan kita lalui ditabur dengan duri penuh ranjau.
5.
Kesenangan dunia – Musuh akan turut
menyogok kita dengan harta benda untuk menghentikan kita dari dakwah. Mereka
akan tawarkan jawatan, hadiah, bantuan, harta dan kuasa demi menyekat kemaraan
islam.
6.
Kesusahan hidup/ Kerjaya – kesempitan
hidup mula akan terasa lebih-lebih lagi jika musuh itu lebih berkuasa dari
kita. Mereka akan memecat kita dari pekerjaan, tidak memberikan kemudahan dan
bantuan seperti masyarakat lain.
7.
Keluarga – golongan ini
juga bakal menghalang jalan dakwah. Ibubapa tidak membenarkan kita terlibat, si
isteri memujuk, anak-anak ingin bapanya seperti bapa yang lain, kaum kerabat
tidak menyetujui penglibatan kita dan jiran tetangga turut menunjukkan rasa
tidak senang terhadap cara kita menguruskan rumah tangga.
8.
Orang munafik/ musuh dalam selimut – Mereka adalah
golongan yang berpura-pura bersamamu dalam perjuangan dakwah, namun memendam
perasaan permusuhan denganmu yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkanmu.
Semua ini perlu dilalui oleh semua yang bergelar daie satu persatu.
Inilah juga yang dihadapi oleh para anbiya` dan pewaris-pewarisnya. Kesabaran
yang amat tinggi diperlukan untuk memperoleh ganjaran pahala dan syurga.
Semakin kuat imannya, semakin kuat cabaran dan ujian untuknya. Firman Allah
SWT:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا
يُفْتَنُونَ [العنكبوت:2]
Adakah
kamu menyangka manusia itu akan ditinggalkan begitu
saja
setelah mereka berkata “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belumpun diuji?
Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH, MAAHAD
DARUL QURAN RUSILA, SESI 2013
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....