Saturday, July 20, 2013

BERITA BUAT WANITA

Islam dalam sejarahnya yang panjang telah memperkenalkan kepada dunia martabat dan kebebasan kaum wanita sehingga hari ini ia menjadi satu hak asasi yang mesti dipatuhi oleh semua penduduk bumi. Tanpa islam, mungkin kaum hawa hari ini terus dianggap sebagai bukan manusia, hamba lelaki dan tempat pemus nafsu semata-mata sepertimana yang berlaku di setiap belahan dunia sebelum cahaya islam bersinar.

Antara bukti adalah daripada lisan rasulullah SAW:
إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها دخلت جنة ربها
“Jika seorang wanita itu menjaga solat lima waktunya, berpuasa di bulan ramadhannya, menjaga kehormatan dirinya,dan taat akan suaminya, maka masuklah dia ke syurga tuhannya.”

Salah satu hadis yang khusus buat wanita. Nabi membuka jalan yang cukup mudah buat wanita untuk menggapai syurga, satu cita-cita yang semua agama inginkan. Mereka tidak perlu membeli tiket
pengampunan dari pope atau father kristian, tidak perlu menyeksa diri seperti hindu, tidak perlu berpantang makan apa-apa,  cuma lakukan 4 perkara yang sudah menjadi kewajipan semua mukallaf.

Berbeza dengan lelaki, mereka ada tanggungjawab lain yang banyak. Dibahu mereka kewajipan untuk menanggung isteri, memastikan anak-anak mengikut syariat islam, memelihara ibubapa andai mereka audah tidak berdaya, juga keluar berdakwah di medan masyarakat menyatakan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Seorang lelaki tetap tidak akan terlepas dari dosa dan penyesalan jika mereka cuma beramal dengan menjaga sembahyang, puasa dan jaga kehormatan diri semata-mata.

Satu lagi hadis berbunyi:
أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة
Mana-mana wanita yang mati, dalam keadaan suaminya redha akannya, nescaya masuk syurga.

Mudah bukan wahai wanita?

Namun begitu wahai wanita! Sentiasalah berwaspada kerana yang mudah inilah biasanya orang terlepas pandang. Nabi SAW ada memperingati wanita dengan sebuah hadis:

اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها النسا
(ketika dimikraj ke langit tertinggi) Aku memperhatikan syurga maka aku melihat kebanyakan ahlinya adalah golongan fakir, dan aku memperhatikan neraka maka aku melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita.                                                                                                                                                                   [HR Muslim]

Pilihan di tangan anda, wahai sang inas!
Madu di tangan kanan racun di tangan kiri.
Meneguknya memang mudah tapi awas!
Silap teguk menyesal tiada henti…

Rujukan:Bimbingan Mu`minin; Jamaluddin al-Qasimy

11 RAMADHAN/19 JULAI/ MASJID KG DENGIR, KUALA BESUT

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....