Wednesday, July 17, 2013

JIHAD BELAJAR

Allah SWT berfirman:

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون
Bukanlah semua orang beriman itu perlu keluar berperang semuanya. Perlu ada bagi setiap kumpulan itu satu golongan, untuk mendalami agama dan terus memperingati kaumnya apabila pulang (dari belajar), moga-moga mereka berawas.
                                                                                                                                                                                [al-Taubah:122]
Ayat ini diturunkan untuk menegur golongan yang terlalu bersemangat untuk berperang, sehingga meninggalkan Rasulullah SAW dan orang-orang lemah di Madinah.

Daripada ayat ini kita fahami bahawa jihad itu bukan bermaksud perang, tetapi menjadi dalil bahawa jihad membawa erti setiap perkara yang dilakukan bersungguh demi cita-cita islam. Kerana Allah SWT sendiri menyatakan, walau dalam situasi musuh islam keliling pinggang, ditambah kekuatan umat islam masih di peringkat percubaan, tanpa pemimpin yang berpengalaman sekalipun, jangan hilang mereka yang menuntut ilmu agama.

Ayat ini juga menggambar peri penting tarbiyah islamiah dalam jihad. Wajib bagi pendokong gerakan islam menurut nasihat mereka yang mendalami agama dalam gerakerja jemaah islam.

Disinilah islam mengajar formula fardu kifayah bahawa setiap muslim perlu memenuhi lapangan tugas yang ada untuk menguatkan jemaah. Namun posisi terpenting adalah ulama`. Teguran mereka perlu bersifat arahan. Amaran mereka bersifat larangan, bukan hanya pendapat. Kerana itulah mereka perlu menjadi pemimpin bukan sekadar penasihat yang boleh diterima atau ditolak.

Justeru itu, mendokongi institusi pengajian agama supaya cukup fasiliti dan kelengkapan juga menjadi fardu ain masyarakat. Perlu diperuntukkan jumlah khusus dari pendapatan kita untuk sekolah-sekolah agama, pondok atau pengajian masjid supaya ianya berjalan lancar.Islam sendiri meletakkan golongan ini dalam asnaf zakat walaupun mereka berasal dari keluarga berada, atas nama fisabilillah.

Sabda Rasulullah SAW:
من جهز غازيا فقد غزى
Siapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang pergi berperang, maka pahalanya seolah dia sendiri yang berperang.

Firman Allah SWT:

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم

Bandingan orang menginfakkan harta mereka di jalan Allah seperti seorang yang menanam sebiji benih. Lalu tumbuh darinya tujuh tangkai, setiap tangkai punya seratus biji benih, dan Allah akan mengganda (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, Allahlah yang Maha Luas Pemilikan lagi Maha Mengetahui.

"seorang mujahid boleh melahirkan seorang pencinta syahid iaitu dirinya, tetapi seorang alim boleh melahirkan beribu syuhada`"

7 RAMADHAN/ 15 JULAI /SURAU BINJAI KEMAMAN

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....