Daripada Jabir
Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda :
''Perumpamaan
aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan
unggunan api maka banyaklah belalang dan rama-rama yang menjatuhkan diri ke
dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang
tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku (Rasulullah SAW) berusaha
memegang simpulan kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka,
namun ramai di kalangan kamu yang masih juga hendak melepaskan diri daripada
peganganku''.
[HR Muslim]
Dan dalam hadith
yang lain riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah SAW
bersabda :
''Semua umatku akan masuk ke dalam syurga,
melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya : ''Ya
Rasulallah, siapa yang tidak suka masuk ke syurga?'' Rasulullah SAW menjawab :
''Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk Syurga dan sesiapa yang
menyalahi ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk ke syurga''.
[HR Bukhari]
Umat Islam
adalah umat yang dirahmati oleh Allah SWT, dan Nabi Muhammad SAW adalah
bergelar Nabiyyur Rahmah ertinya Nabi yang membawa rahmat bagi sekelian alam.
Sebelum Nabi SAW
diutus ke dunia ini, seluruh alam adalah hidup dalam suasana Jahiliah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia telah kehilangan pegangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah, dan yang kaya memeras yang miskin. Masyarakat sudah banyak kehilangan nilai Insaniyyah (Berperikemanusiaan) dan yang lebih dan yang lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan mereka.
diutus ke dunia ini, seluruh alam adalah hidup dalam suasana Jahiliah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia telah kehilangan pegangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah, dan yang kaya memeras yang miskin. Masyarakat sudah banyak kehilangan nilai Insaniyyah (Berperikemanusiaan) dan yang lebih dan yang lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan mereka.
Maka dalam
keadaan yang gelap gelita itu tiba-tiba datanglah Nur yang dibawa oleh
junjungan kita Nabi Muhammad SAW, maka dunia yang gelap gelita tadi telah berubah
menjadi alam yang terang-benderang. Kesesatan telah berubah menjadi petunjuk.
Manusia telah mengerti dan memahami tujuan kehidupannya di atas muka bumi ini.
Umar bin
Al-Khattab yang dahulunya hanya pengembala kambing di lereng bukit Makkah itu
telah berubah menjadi pemimpin umat yang disegani oleh kawan dan lawan. Tanah
Makkah yang kering kontang itu telah berubah menjadi pusat Tamadun Islam yang
agung hingga ke akhir zaman. Manusia yang rakus, kejam, lagi bengis itu telah
berubah menjadi yang zuhud, tawadhuk dan menangis dalam kegelapan malam.
Namun jiwa yang
sakit tidak dapat menerima rahmat ini dan hati yang telah dibalut oleh selaput
''3 ta'' (cinta akan harta, cinta akan takhta, cinta akan wanita) telah menjadi
kebal, bahkan panggilan kebenaran dianggap sebagai loceng petanda berakhirnya
kekuasaan hawa nafsu dan syahwat.
Oleh itu, mereka tetap memilih jalan syaitan
dan merasa bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di
lautan kemaksiatan yang akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan
mereka ke pintu api neraka.
(Petikan kitab 40 hadis penawar hati; Syeikh Fahmi
Zamzam )
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....