Dua hari sudah
kita melalui fasa kedua dalam fasa tarbiyah bulan ramadhan. Sudah tentu graf
semangat untuk beribadat semakin menurun. Jemaah terawih mulai kurang dengan
mendadak sekali, digantikan dengan jalanraya yang mulai disesakkan dengan
jemaah terawih fasa pertama. Lekaslah mencari ubat penyakit ini.
Berkaitan dengan
maghfirah (keampunan), suka saya kaitkan dengan peristiwa yang berlaku ketika
ramadhan pada zaman nabi, iaitu perang badar. Badar adalah saksi pertama
kekuatan islam yang membuka mata semua kuasa rejim berdekatan waktu itu. Sebuah
kumpulan yang dianggap picisan berjaya memalukan Quraisy yang sebelum ini amat
digeruni seluruh tanah arab.
Lalu apa
kaitannya dengan maghfirah? sidang jemaah sekalian,
ingatkah lagi akan kata-kata nabi berkenaan Hatib bin Abi Baltaah, seorang ahli Badr yang telah melakukan kesilapan?
ingatkah lagi akan kata-kata nabi berkenaan Hatib bin Abi Baltaah, seorang ahli Badr yang telah melakukan kesilapan?
لعل الله اطلع على أهل بدر فقال اعملوا ما شئتم
فقد غفرت لكم
Boleh jadi
Allah memerhatikan ahli Badr lalu berkata “Lakukanlah apa yang kamu mahu, sesungguhnya
Aku telah mengampunkan kamu.”
[HR Bukhari]
Allah SWT telah
memberikan mereka sifat `ismah yang hanya diberi kepada nabi-nabi. Mereka bebas
lakukan apa saja kerana mereka telahpun maksum. Dosa tidak terkira lagi
walaupun mereka dijatuhkan hukuman oleh pemerintah di dunia.
Persoalan kedua,
kenapa mereka diampun sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan kerana iman
yang dimiliki oleh ahli badr adalah iman yang paling berkualiti dikalangan umat
islam. Keyakinan dan keberanian mereka tiada tandingan sepanjan zaman.
Bayangkan disaat
itu Allah SWT perintahkan untuk berperang, dalam keadaan mereka tidak pernah
berperang sebelum ini. Ditambah dengan seorang panglima (nabi) yang tidak
berpengalaman, kelengkapan perang sangat-sangat tidak mencukupi (seekor unta
dikongsi 7-8 orang penunggang, batu dan kayu menjadi senjata.), juga dalam
bilangan tiga kali ganda lebih sedikit dari musuh. Mereka bermula dengan 0!
Tidak cukup
dengan itu, bulan itu Allah SWT mengharamkan makan dan minum di siang hari
peperangan itu, sebagai rukun baru bagi bulan Ramadhan yang menjadi tahun
pertama pengsyariatannya.
Tanpa iman yang
teguh, amat payah untuk membentuk suatu keberanian luar biasa seperti mereka. Diatas
kertas terang-terang mereka tiadk mampu menang. Belum ada arab yang mampu
mengalahkan Quraisy, inikan mereka yang sejuta kekurangan.
313 itu bukan
calang-calang pahlawan. Merekalah yang digelar sebagai pejuang asal, perintis
jalan juang dan penebas denai yang sanggup menjadi perisai untuk generasi islam
terkemudian. 313 itu bukan jumlah semua umat islam yang ada waktu itu. Masih
ada muslim yang tidak ikut serta dan tinggal di Madinah, malah masih ada saki
baki yang menetap di Mekah, tidak langsung ikut berhijrah atas kepentingan
tertentu yang hanyadiketahui oleh Allah.
Semangat inilah
yang saya ingin seru daripada muslimin dan muslimat sekalian. Jadilah pejuang
asal, jadilah orang beriman yang sejati, binalah keberanian yang sejati, yakini
janji Allah. Jangan tunggu islam kuat baru kita ingin bersama perjuangan. Jangan
harap kekuatan yang dibina orang lain, dan kita hanya menumpang. Jangan tunggu
islam menang baru ingin menunjukkan kelibat. Barulah maghfirah Allah itu setanding
ahli Badr.
Firman Allah
SWT:
لا يستوي منكم من أنفق من قبل الفتح وقاتل أولئك
أعظم درجة من الذين أنفقوا من بعد وقاتلوا
Tidak sama antara
kamu golongan yang menginfak harta di jalan Allah dan keluar berjihad sebelum
kemenangan islam; mereka lebih besar pahalanya dibandingkan dengan mereka
menginfak dan berjihad selepas kemenangan islam.
[al-Hadid:10]
12 RAMADHAN/20 JULAI/ SURAU ARRAHMAN KG GONG KIJANG
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....