Riya` merupakan salah satu antara dosa hati yang membinasakan
dalam diam mengikut hadis:
Tiga perkara yang membinasakan;
1.
Kedekut yang ditaati
(Hasad)
2.
Hawa nafsu yang
dituruti (Riya`)
3.
Bangga seseorang
terhdapa dirinya.(Ujub)
Riya` secara umumnya bermaksud segala amal kebaikan yang
dilakukan, bertujuan selain dari kepada Allah SWT. Ia termasuklah melakukannya
untuk mendapat gelaran manusia, memikat hati, bodek, jawatan, habuan dunia dan
sebagainya.
Riya’ juga dikenali dengan syirik kecil menurut hadis
nabi SAW.
Persamaan syirik dan dan riya’ adalah kerana meletakkan
martabat Allah sama dengan makhluk. Jika syirik kita mempercayai ada kuasa
selain Allah yang boleh menentukan kejayaan kita di dunia, mengurnia rezeki
atau memudaratkan kita selainNya, riya’ pula
menyamakan Allah dengan makhluk pada niat dan tujuan melakukan suatu perkara.
menyamakan Allah dengan makhluk pada niat dan tujuan melakukan suatu perkara.
Riya` bukan hanya boleh terjadi pada mereka yang
melakukan amal, bahkan boleh juga hinggap di hati mereka yang mennggalkan amal
kerana manusia. Sebagai contoh jika ada yang meninggalkan ersedekah kerana
tidak mahu dipuji dermawan, meninggalkan berpakaian sunnah kerana malu digelar
budak baik.
Riya` lawannya adalah ikhlas. Kerana ikhlas bermaksud
melakukan setiap perkara baik hanya kerana Allah SWT. Ada yang silap faham
bahawa ikhlas ini adalah jujur dan tidak berniat jahat. Kata seperti “saya
ikhlas kerana awak nak berkawan ni. Saya takde niat lain pun” biasa digunakan
oleh pengurat-pengurat wanita tegar.
Akhirnya khusus buat pejuang islam, perkara ini haruslah
diinsafi sentiasa kerana kemenangan perjuangan hanya mengiringi mereka yang
berhati ikhlas. Sedangkan dalam perang zaman Rasulullah yang serba kekurangan
dan tanpa habuan dunia yang jelas pun masih ada mereka yang tidak ikhlas,
apatah lagi pejuang di medan politik yang dipenuhi berbagai ujian manis dan
empuk.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....