Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN DAN MANHAJ TARBIYAH ILAHI

Allah SWT sebenarnya telah menyusun manhaj pentarbiayahan yang amat sempurna buat hambaNya. MEnurut kerangka pentarbiyahan itu, ada 3 bentuk program utama yang ingin difokuskan iaitu:

1.       KHUTBAH JUMAAT: Ianya adalah program Liqa Fikr mingguan, bertujuan untuk memberi  pengisian fikrah mendepani serangan pemikiran musuh yang menjadi senjata utama zaman kini.

2.       RAMADHAN: Ramadhan pula ibarat Tamrin, Kursus, Kem tahunan atau apa jua bentuk program yang biasa kita lakukan di untuk membentuk para peserta mengikut jatidiri yang dikehendaki. Bertujuan melatih fizikal dan emosi supaya mampu menahan godaan musuh paling dekat iaitu syaitan, disamping menyediakan diri bagi menghadapi ujian yang dijanjikan buat setiap yang beriman.

3.       HAJI: umpama JAULAH atau REHLAH TARBAWI seumur hidup sekali. Bertujuan sebagai medan praktikal terhadap latihan Ramadhan dan pengisian-pengisian Liqa` Fikr  Jumaat, disamping menjadi sebuah pelancongan sambil belajar untuk mendidik jiwa berhijrah untuk mendapat redha Allah persis hijrahnya baginda SAW.

Manhaj in diakui dapat membantuk jatidiri muslim yang sejati, yang peka terhadap permasalahan semasa dan lebih kuat mendepani cabaran musuh, untuk terus maju menjadi pemacu kepada sebuah ketamadunan manusia yang lebih maju dan diredhai seperti yang ditunjukkan oleh khilafah islamiah zaman dahulu.


Seorang paderi kristian menulis dalam satu laporan tentang perkembangan kristianisasi di kalangan masyarakat muslim (khususnya di Mesir), beliau menyatakan bahawa islam akan terus kekal menjadi bongkah batu yang besar, yang akan menghalang pelayaran bahtera krisitanisasi selagimana empat perkara ini masih ada di kalangan mereka iaitu al-Quran, Universiti al-Azhar, Himpunan mingguan jumaat dan Muktamar tahunan haji.

1 RAMADHAN/ 9 JULAI /SURAU BANGGOL PAUH

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....