Tuesday, July 16, 2013

RAMADHAN YANG DERMAWAN

Berbeza dengan orang melayu yang selalu menybut Ramadhan al-Mubarak, orang arab biasa mengucapkan lafaz Ramadhan Kareem. Kareem sebagai sifat manusia merujuk kepada seseorang yang bersifat pemurah dan dermawan.

Ramadhan pula digelar kareem kerana pada bulan ini Allah SWT Maha Dermawan pada hambaNya yang mengerjakan kebajikan, kerana setiap perbuatan, hatta yang harus pun dikira sebagai ibadah yang beroleh pahala.

Nabi SAW bersabda dalam satu hadis fadail a`mal:

نوم الصائم عبادة، وسكوته تسبيح، ودعاؤه مستجاب، وعمله متقبل
Tidur orang puasa itu ibadah, diam mereka adalah tasbih, doa mereka mustajab, dan amalan mereka diterima.

Satu lagi hadis nabi SAW bersabda dengan maksud “Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka buka (walaupun hanya seteguk air) kepada orang yang ingin berbuka puasa, maka pahalanya sama dengan orang berpuasa penuh sehari.

Nabi SAW terkenal dengan sifat pemurahnya sepanjang hayat, bahkan sebelum kenabian lagi. Beliautidak pernah menghampakan permintaan seseorang. Tetapi nabi lebih segera menunaikan permintaan orang pada bulan Ramadhan.


Oleh itu tidak menjadi satu kerumitan andai kita berbelanja lebih pada bulan ini untuk bersedekah. Peruntukkan sejumlah khusus wang, kalau boleh ambil sebahagian dari simpanan yang ada semata-mata untuk melakukan kebajikan pada bulan ini. Pahala yang besar sedang menanti!

3 RAMADHAN/ 11 JULAI /MASJID MENGABANG TENGAH

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....