Sabda Rasulullah SAW:
للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح، وإذا لقي ربه فرح بصومه
“Bagi orang
berpuasa itu dua kegembiraan. Gembira bila tiba waktu berbuka, dan gembira bila
bertemu tuhannya.”
Ada ulama` menterjemah gembira pertama itu dengan
kegembiraan di hari raya. Namun kedua-dua maksud itu menggambar kegembiraan
sebenar mereka yang berpuasa.
Tanpa puasa kita mungkin lupa banyak nikmat dan rezeki
yang Allah SWT kurniakan saban hari pada kita. Langsung tidak gembira bila berada
di hadapan rezeki di bulan lainnya.
Seseorang akan melihat sebelah mata bila keretanya yang
diparkir di hadapan rumah masih ada di situ setiap hari. Cuba bayangkan
bagaimana perasaan mereka apabila suatu mereka keluar rumah, dan mendapati
kereta itu tidak ada?
Masa itulah baru mereka menyesal, susah hati dan mula
mengenangkan betapa besarnya jasa saat kereta itu masih wujud. Baru tahu nak
bersyukur?
Tiba-tiba selepas maghrib, kereta itu dijumpai semula
setelah ditinggalkan pencuri. Saat itulah barulah kita gembira yang teramat
dengan kereta itu, dan mula berjanji pada diri untuk sentiasa mengawasinya. Eh,
kenapa
masa ni gembira pula? Bukankah sebelum ini tiap-tiap hari berjumpa dengan kereta ini?
masa ni gembira pula? Bukankah sebelum ini tiap-tiap hari berjumpa dengan kereta ini?
Itulah perasaaan yang tuhan ingin terapkan dalam hikmah
berpuasa, supaya kita lebih menghargai apa yang ada mensyukuri nikmat yang tak
terhingga.
Namun, adakah cara kita berbuka itu menggambarkan kita
syukur? Manifestasi syukur antaranya membanyakkan ibadah, berkongsi nikmat
bersama manusia lain, tidak membazir dan mengembalikan pengiktirafan pada Allah
yang satu.
Sebenarnya berbuka merupakan petanda aras peribadi kita. Ianya
bukti zahir iman di dada. Adakah kita betul-betul beriman sehingga tuhan
berkenan untuk mengurniakan kemenangan islam pada tanah air kita ataukah kita
belum layak dengan ujian kemenangan itu.
Jika saat berbuka itu kemenangan melawan nafsu sepanjang
hari, kita kalah dengan nafsu dimeja berbuka, kita mudah melupakan adab makan,
kita tamak dalam memilih juadah, kita seolah ‘membalas’ dendam seharian
berlapar, kita belum layak menang.
Kerana orang seperti ini apabila mencapai kemenangan perjuangan
kelak, belum tentu berjaya kawal nafsu berada di kerusi pemerintahan. Tamakkan
kuasa, pelahap pujian, adab berjemaah dilupakan, seolah ‘membalas dendam’
terhadap kerugian material sepanjang perjuangan bakal terjadi.
Jika pahala puasa boleh hangus begitu sahaja dihadapan
meja makan, begitulah juga pahala perjuangan seumur hidup, boleh terbang begitu
sahaja diatas kerusi kemenangan.
Kambing golek, bazaar ramadhan, buffet berbuka 5 star,
Jualan Mega Sale hari raya..
Adakah itu semua menggambarkan iman rakyat Malaysia sudah
kukuh untuk menerima tanggungjawab kemenangan?
17 RAMADHAN / 25 JULAI/ SURAU GONG KIJANG
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....