Wednesday, July 17, 2013

TIGA PEMBINASA: HASAD DENGKI

 Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:

Tiga perkara yang membinasakan;
1.       Kedekut yang ditaati
2.       Hawa nafsu yang dituruti
3.       Bangga seseorang terhdapa dirinya.

Kata imam Ghazali, inilah penyakit asas yang perlu dibuang terlebih dahulu dalam projek pembersihan hati. Jika ini tidak berjaya dihindar, makin susahlah untuk menghindari penyaki-penyakit hati yang lain.

Adapun penyakit pertama adalah Shahihun Muto` (kedekut yang dituruti). Diguna istilah Shahih menggantikan Bakhil kerana Bakhil bermaksud kedekut untuk memberi apa yang kita ada. Shahih pula bermaksud kedekut untuk memberi apa yang bukan milik kita.

Itulah maksud hasad dengki iaitu tidak mahu dan tidak suka seseorang beroleh pemberian dari Allah walaupun ianya tidak mengganggu diri kita. Penyakit ini adalah barah yang jika tidak diubati, oleh boleh merebak sehingga menguasai hati, lalu mendorong kita melakukan perkara terlarang oleh agama, hanya kerana dendam dan sakit hati. Lalu timbullah kerja-kerja sabotaj, khianat, sihir dan permusuhan dalam diri.

SAbda Rasulullah SAW:

الحسد ياكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Hasad dengki memakan kebaikan seperti api memakan bahan bakar.  

Peringatan jua buat pejuang agama, janganlah benci kita terhadap musuh itu memuncak sehingga menjadi hasad. Setiap nikmat yang Allah SWT kurnia kepada musuh islam itu kita iri hati sehingga berasa gembira apabila mendengar mereka ditimpa bencana musibah. Kematian mereka kita harap-harapkan sehingga sujud syukur mendahului solat jenazah. Biarlah benci kita hanya pada sikap, bukan batang tubuh.


Rasulullah SAW ketika pulang dari Thaif, kota yang pernah menyakit Baginda sehingga tercedera, gugur darah mulia mencecah bumi buat kali pertama dalam sejarah perjuangannya, beliau tidak langsung mendendami mereka bahkan berdoa Allah SWT memberi hidayah buat penduduknya. Hasilnya, Seorang sahabat terkemudian berkata “Aku tidak pernah melihat orang yang paling baik mengamalkan islam selain dari penduduk Thaif”.

6 RAMADHAN/ 14 JULAI /SURAU HIJAU PULAU DUYONG

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....