Pasti ramai sudah berbicara mahupun menulis tentang
Nuzulul Quran. Tulisan ini bukan menambah semak, cuma membawa
perkongsian yang ada di dada.
Al-Quran adalah peta bagi mereka yang tidak pernah menuju
ke suatu destinasi yang dipanggil akhirat. Pemandu arahnya yang pernah melihat
hari akhirat hanya seorang, iaitu Nabi Muhammad SAW. Amatlah siapa yang
menjadikan al-Quran hanya sebagai bacaan bertajwid semata-mata, tanpa ambil
iktibar darinya.
Nabi sudah tiada. Tapi ditinggalkan bagi kita sebuah peta
lengkap menuju syurga. Kita tidak akan sesat sekali-kali.
Persoalannya adakah kita tahu membaca
peta itu? Jika tidak, ikutilah alim ulama yang lebih mengetahui. Jangan sekali-kali melakukan perkara yang bercanggah dengan saranan mereka. Merekalah pemandu arah kita hari ini.
peta itu? Jika tidak, ikutilah alim ulama yang lebih mengetahui. Jangan sekali-kali melakukan perkara yang bercanggah dengan saranan mereka. Merekalah pemandu arah kita hari ini.
Al-Quran juga adalah keajaiban (baca Mu`jizat) akhir
zaman. Allah SWT akan mengurnia mu`jizat kepada nabiNya mengikut keadaan kaum
sekeliling. Nabi Musa diberi tongkat ajaib dan tangan bercahaya kerana
masyarakatnya mengagungkan kepercayaan tahyul dan sihir. Nabi Isa bermu`jizat
menyembuhkan pelbagai penyakit kronik hatta menghidupkan semula orang mati,
kerana zamannya orang berbangga dengan ilmu perubatan.
Zaman kita adalah zaman ilmu dan teknologi, dan tentulah
mu`jizat al-Quran hanya dapat dihayati
oleh mereka yang berilmu dan berteknologi.
Akhirnya sebagai sebuah perkongsian, saya bawakan sebuah
kisah mengenai perbualan seorang jururawat lelaki (Medical Assistant) , (J) dengan
seorang pesakit (P) ketika sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
P: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah
lama ke kerja sini?"
J : "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.
Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman
yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
P: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa
eh?"
J: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
P: "Wah, apa dia?"
J: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal
dunia.
Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka
hinggalah ke urusan jenazah.
Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital
ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..
Sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau
jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.
Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.
Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat
baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.
Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan
air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas,
majoriti nak sangat sentuh al-Quran.
Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.
Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati
ini insaf.
Sedar satu perkara yang sangat penting."
P: "Hm. Apa dia?"
J: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih
sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak
datangnya sakit...
itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di
akhir hayat.
Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa,
sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita
nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?
Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari
sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau
mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir
nyawa kita..
kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita
sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
P: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya
al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari
kocek bajunya........................
(Kisah dari page FB Irma Hasmie)
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....