Sabda Rasulullah SAW:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ
فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan.
[HR Bukhari]
Sahur merupakan kunci Ramadhan. Tanpa sahur, puasanya tiada kualiti,
Ramadhannya sia-sia kerana keberkatan menurut istilah bermaksud pertambahan kebaikan.
Keberkatan juga merupakan tawaran utama Ramadhan al-Mubarak (Mubarak bermaksud
yang diberkati).
Allah SWT sengaja memilih untuk hamba waktu sahur pada
sepertiga akhir malam, supaya kita tidak hanya bangun untuk makan dan minum,
tapi bangun untuk bersama dengan Allah diwaktu yang disebut dalam hadis Qudsi,
bahawa tuhan akan turun ke langit dunia di sepertiga akhir malam, mencari
hambaNya yang sedang meminta-minta(doa dan keampunan) untuk diberikan pada
mereka.
Amatlah rugi jika kita bangun hanya untuk tujuan jasmani,
bukan rohani. Paling kurang pun solat 1 rakaat witir.
Dari sudut kesihatan pula,
sahur amatlah digalakkan bagi mereka yang ingin berpuasa kerana untuk menjalankan rutin harian, sistem badan memerlukan sedikit bahan bakar. Memakan sahur sebelum sepertiga akhir malam tidak membantu meningkatkan tenaga di siang hari kerana bahan makanan itu tetap diproses sewaktu kita tidur, malah boleh merosakkan sistem badan. Kereta yang dibiarkan hidup tanpa bergerak (idling) atau yang dipanaskan enjin melebihi 1 minit bakal memendekkan jangka hayatnya.
sahur amatlah digalakkan bagi mereka yang ingin berpuasa kerana untuk menjalankan rutin harian, sistem badan memerlukan sedikit bahan bakar. Memakan sahur sebelum sepertiga akhir malam tidak membantu meningkatkan tenaga di siang hari kerana bahan makanan itu tetap diproses sewaktu kita tidur, malah boleh merosakkan sistem badan. Kereta yang dibiarkan hidup tanpa bergerak (idling) atau yang dipanaskan enjin melebihi 1 minit bakal memendekkan jangka hayatnya.
Samalah juga dengan orang yang bangun sahur diawal pagi,
namun tidur sejurus mengerjakan sembahyang subuh atau lebih teruk, sebelum
sempat masuk waktu subuh. Tenaga hasil pemprosesan makan sahur dibazir begitu
sahaja, kerana mungkin ada makanan yang tidak masuk sempurna ke perut kerana kedudukan
kita yang berbaring. Ia juga boleh menyebabkan usus dan saluran tekak
tercedera. Sebab itulah orang yang terjaga dari tidur lepas sahur akan
merasakan kering tekak.
Sekurang-kurangnya tidurlah setelah masuk watu duha iaitu
selepas setengah jam dari waktu syuruq. Ketahuilah bahawa pada waktu sebelum
subuh itu terdapat gas ozon yang amat bermanfaat untuk pelbagai penyakit
kronik, terutamanya AIDS! Kita sendiri dapat merasai betapa segarnya udara pagi
yang belum dicemari gas-gas karbon dioksida dari manusia lain yang
kebanyakannya masih tidur.
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang lain:
بورك أمتي في بكورها
Diberkati umatku pada waktu awalnya.
Kata Ibnu Ataillah:
من أشرقت بدايته أشرقت نهايته
Barangsiapa yang bersinar permulaannya, maka
bersinarlah hingga penghujungnya.
[Hikam Ataillah]
Ibnu Abbas pada suatu hari melihat seorang sedang tidur
selepas solat subuh, maka katanya:
قم أتنام في الساعة التي تقسم فيها الأرزاق
؟
“Bangun!
Adakah kamu tidur pada waktu rezeki sedang dibahagi-bahagikan?”
[Zadul Maad:IBn Qayem]
16 RAMADHAN/ 24 JULAI/SURAU HJ ADAM KG BUKIT TUMBUH
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....