Tuesday, July 23, 2013

ISTIQAMAH (Ibadah smart not ibadah hard)




15 ramadhan bermakna kita berada di pertengahan, antara permulaan dan pengakhiran. Kalau mendaki bukit, bermakna kita sedang berpaut di lereng yang tinggi, namun masih punya seklai ganda perjalanan menuju penamat. Letih untuk berpatah balik adalah sama letihnya untuk menamatkan pendakian.

Sepeti tahun-tahun sudah, saat ini manusia sudah mula melompangi saf terawih. Istiqamah terus teruji. Azam terawih penuh, 30 juzuk quran, sedekah tetiap hari mulai pudar. Hal ini mengingatkan tentang ayat dalam surah Hud:

فاستقم كما أمرت
Istiqamahlah sepertimana kamu disuruh.

Beratnya maksud ayat ini menyebabkan rambut nabi beruban dan kelihatan tua. Masakan tidak, hati itu sifatnya sentiasa berbolak balik. Ada hari aktif, ada pasif. Ada semangat, ada terkulai.

Tambah pula tuhan ciptakan pada kita musuh yang amat hebat. Musuh yang
tidak pernah leka walau sesaat dari menyesatkan kita. Dan dia tidak akan berhenti menambah kesesatan walau kita dah sesat tahap dewa kayangan.

Kerana itulah tuhan juga ajari kita untuk istiqamah. Ibadah smart not ibadah hard.

Sabda Rasulullah SAW:

أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قل
Amalan yang aling disukai oleh Allah adalah yang berpanjangan walaupun sedikit.
[HR Muslim]

Buat apa sembahyang malam sampai tak tidur, tapi hanya untuk 3 hari. Tiada guna abaca quran sejuzuk sehari, tapi sampai hari ketiga langsung tak larat nak sentuh al-Quran. MEnderma seposen setiap hari lebih baik dari RM500 yang hanya one-off!

Juga perlu diingat, ibadah kita di bulan RAmadhan bukan hanya untuk ramadhan, tapi sebagai batu asas untuk kita istiqamah dalam bulan-bulan yang lain. Sebelum melakukan sesuatu ibadah, fikir dahulu adakah aku mampu kekalkan? Kalau tak mapu cuba kurangkan tempoh atau bilangannya. Yang penting adalah berterusan.

Sebuah kata hikmah ada menyebut:
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

Seorang guru saya juga pernah berpesan: Istiqamah itu jika ditinggalkan akan dibala dengan sering tertinggal!

Istiqamah terpenting adalah istiqamah hati dalam iman. JAngan sesekali sangka walau sejak kecil kita islam, kita terjamin mati dalam keadaan islam. Hidayah itu sentiasa perlu diusahakan, dan dikekalkan. Kelekaan saat akhir akan membuat amalan yang dibina sejak kecil terbang begitu sahaja.

Itulah nasihat nabi pada seorang sahabatnya yang meminta dinasihat. Sabdanya:

قل آمنت بالله ثم استقم!
Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! [HR Muslim]

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....