Sabda Rasulullah SAW:
"صوموا تصحوا"
Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.
Walaupun nabi itu tidak tahu membaca, tapi beliau boleh
bercakap daam semua bidang baik nasional, ekonomi, masyarakat, psikologi, astrologi
dan sebagainya. Hadis ini menggambarkan nabi ini tidak bercakap semberono, tetapi
ianya wahyu yang diturun.
Pakar sains perubatan moden hari ini semakin membongkar
betapa puasa itu sebenarnya suatu amalan yang mempunyai nilai kesihatan yang
tinggi samada sebagai langkah rawatan mahupun pencegahan.
Antara fakta menarik tentang puasa adalah:
1.
Puasa seolah memberi cuti
kepada sistem dalam badan. Kerana organ yang bekerja untuk memproses makanan
termasuklah hati, jantung, paru-paru, ginjal, usus, perut, salur darah dan
banyak lagi. Seperti sebuah jentera berenjin,
jika ianya dihidupkan tanpa rehat, ia boleh menyebabkan jangka hayatnya
pendek dan cepat rosak/ overheating.
2.
Awet muda; Kajian mendapati
faktor yang mempengaruhi tekstur fizikal manusia antaranya adalah kekerapan
sistem badan manusia bekerja. Dengan memberi rehat selama sebulan dalam
setahun, ditambah dengan amalan puasa sunat, manusia tidak perlu lagi berhajat
kepada supplement tambahan untuk membantu diet.
3.
Tugasan sistem penghadaman
manusia merangkumi tiga perkara utama. Pertama untuk memproses makanan menjadi
glukos yang kemudian disalir kedalam darah menjadi tenaga. Tugas kedua adalah
menyimpan sumber tenaga untuk keperluan masa hadapan. Ketiga pula adalah
memproses tenaga yang tersimpan dari makanan lama. Namun proses ketiga biasanya
akan dihasilkan apabila perut kosong melebihi enam jam disaat kita memerlukan
tenaga. Hanya dengan puasa kita dapat menggunakan tenaga simpanan itu. Apabila
tenaga-tenaga it uterus disimpan tanpa diguna, kemungkinan ia akan bertukar
menjadi lemak dan lebihan yang mengundang penyakit dalam jangkamasa panjang.
4.
Puasa adalah satu rawatan
terbaik untuk pesakit lemah jantung, diabetes, darah tinggi, salur darah
tersumbat dan buah pinggang
5.
Nabi SAW bersabda: Jadikan bagi perutmu itu
satu pertiga untuk makanan, stu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk
nafas. Bayangkan sebuah blender yang penuh dengan bahan untuk dikisar, tanpa
ruang secukupnya untuk ia berputar, sudah tentu hasilnya akan buruk dan blender
itu pula yang akan rosak.
6.
Rasa lapar adalah terapi
yang baik untuk memulihkan sindrom hilang selera makan. Dengan tempoh yang
diwajibkan untuk umat islam, ianya mampu untuk mengembalikan nafsu yang
diperlukan manusia untuk makan.
(Dipetik dari kitab Keajaiban
ilmu dari al-Quran dan Sunnah; Dr Ratib al-Nablusy)
9 RAMADHAN/18 JULAI/ SURAU PAK KATAK
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....