Tuesday, July 30, 2013

LAILATUL QADR

Nabi SAW jika datangnya 10 malam terakhir, dia akan mengikat kainnya (menjauhi isterinya dari tempat tidur), menghidupkan malamnya, dan mengejutkan ahli keluarganya,

Itu semua gara-gara meneka malam lailatul qadr. Tidak dinafikan nabi adalah hamba yang paling berkualiti amalannya. Namun dia tidak pernah melepaskan peluang mencari malam agung itu.

Satu malam bersamaan 83 tahun ibadat non-stop! Kita hidup di dunia pun belum tentu sampai 70 tahun. Jika sampai pun, bukannya kita beribadat sejak dari lahir. Mungkin ada yang baru kembali ke pangkal jalan pada usia 40an.

Hebatnya Lailatul Qadr! Dua rakaat pada malam itu mungkin dapat menampung segala dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan seumur hidup.

Lalu mengapakah tuhan sembunyikan malam itu dari kita?


Kalau kita pernah jadi penganjur sesebuah program terbuka pada orang ramai, bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin penyertaan, pasti kita akan mengadakan suatu slot atau pengisian yang mampu menarik perhatian mereka. Biasanya seperti jamuan makan, cabutan bertuah, penampilan khas selebriti ternama, atau mengagihkan duit BRIM.

Jika program tersebut panjang tempohnya, penganjur tidak akan menyatakan tentatif, bertujuan supaya peserta akan datang awal menunggu-nunggu bilakah slot istimewa itu.

Kalau slot menarik dibuat awal program, sudah tentu mereka akan terus angkat kaki selepas itu kerana yang menarik itu telahpun selesai.

Begitulah slot Lailatul Qadr, dirahsiakan tentatifnya. Boleh jadi diawal Ramadhan, boleh jadi pada akhirnya. Yang pasti ianya adalah anjuran Allah dalam program RamadhanNya.

Apa amalan paling minima bulan ini?


Mudah. Sesiapa bersolat jemaah Isya` telah pun dikira mendapat Lailatul Qadr. Tapi, takkan orang nak bagi RM sejuta, kita nak ambik RM sepuluh je kan?




No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....