Saturday, July 20, 2013

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN WANITA TUA.

Tika dahulu seorang lelaki soleh, Abdullah bin Mubarak berangkat untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, tika ingin menyambung perjalanan, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “Ya, ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah lantas memarahi perbuatan itu. “Apakah berani engkau
melanggar perintah rasulullah SAW, bahawa bangkai itu haram dimakan?”. Makcik hanya berdiam.

“Ya, saya sekali tidak menafikan kebenaran hukum itu. Akan tetapi saya dan anak-anak sudah tiga hari tidak makan apa-apa. Kami perlukan sesuatu untuk dimakan.” Ujar makcik penuh kesedihan.

Abdullah bin Mubarak lantas berkata. “Mak cik, haram tetap haram. Nah, mak cik ambillah segala harta yang saya bawa bawa ini.” Lalu diserahkan segala yang ada pada dirinya, kenderaan dan semua kelengkapan untuk menuju ke mekah. Tinggallah beliau sehelai sepinggang.

Abdullah terpaksa membatalkan hasrat untuk menuju ke tanah suci. Baginya derma itu lebih mustahak untuk dilakukan dan mak cik malang itu amat memerlukan pertolongan. Beliau akhirnya berpatah pulang ke negeri asalnya berjalan kaki.

Tentu sekali perjalanan itu memakan masa terlalu panjang sehingga rombongan yang diikuti pada asalnya telah selamat pulang ke negeri nya setelah mengerjakan haji. Hanya beliau yang tidak mengerjakannya.

Sesampainya di tanah air, beliau disambut sanak saudara seolah-olah beliau pulang ari mengerjakan haji. Perkara tersebut menyebabkan Abdullah terpaksa menjelaskan perkara sebenar.

“Maaf, saya sebenarnya tidak jadi mengerjakan haji.” Ujarnya pasrah.

“Mana mungkin begitu, sahabatmu ramai telah bercerita tentang peribadimu disana”. Balas keluarganya.

“Ya, kamu bersama kami mengerjakan haji, dan kamu sendiri telah menginfakkan harta yang banyak kepada golongan memrlukan disana. Sungguh hebat hajimu.” Sambung seorang lagi sahabatnya yang juga bersama rombongan ke tanah suci yang turut menyambut kepulangan Abdullah.

Abdullah semakin hairan. Penafiannya tidak diterima membuatkan seharian beliau memikirkan hal tersebut sehinggalah beliau tertidur.

Di dalam Allah SWT menerangkan perihal sebenar yang berlaku melalui mimpinya, bahawa Allah SWT telah menerima sedekah yang diberi kepada wanita itu, dan Allah SWT telah menurunkan seorang malaikat berupa sepertinya untuk mengerjakan haji bersama rakannya yang lain, sebagai balasan kepada perbuatan sedekah yang amat mulia itu. Amalan yang dilakukan malaikat itu menjadi pahala bagi Abdullah bin Mubarak.

Itulah salah satu daripada keajaiban dan kesaktian sedekah yang amat-amat dianjur didalam islam. Semakin seseorang itu berkorban sehingga mengenepikan kehendak diri, semakin hebatlah balasan yang Allah SWT akan kurniakan di dunia ini.

10 RAMADHAN/19 JULAI/ SURAU ALKAUTHAR, MARAS


No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....