KHUTBAH PERTAMA
الحمد لله
الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الملك وله
الحمد وهو قاهر فوق عباده وهو السميع البصير
وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله هو الإمام المتقين وسيد الدعاة والمجاهدين وهو المبعوث رحمة
للعالمين
اللهم صل وسلم
وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم
الدين. أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya
berpesan pada diri dan sidang
jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu
mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk
mereka yang beriman.
Allah SWt telah berfirman di dalam
kitabNya:
يا أيها الذين آمنوا كلوا
من طيبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون
Wahai sekalian orang yang beriman! Makanlah daripada
setiap yang baik, yang telah aku rezekikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada
Allah, jika kamu mengabdikan diri hanya padaNya. [alBaqarah:172]
Sidang jumaat sekalian!
Ayat tersebut adalah suatu arahan dari
Allah SWT kepada sekalian hambanya yang beriman, bahawa mereka dibenarkan untuk
memakan apa sahaja yang ada di dunia ini, yang memberikan kebaikan buat mereka.
Dan dengan maksud yang lain, semua yang baik untuk manusia adalah halal di sisi
Islam. Ini disokong oleh sebuah lagi Firman Allah SWT dalam surah yang sama
pada ayat sebelumnya:
يا أيها الناس كلوا مما في
الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari segala yang di
dunia ini, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu menjejaki langkah syaitan,
sesungguhnya mereka itu adalah musuhmu yang nyata. [al-Baqarah:168]
Sebagai umat Islam, kita wajib beriman
bahawa setiap apa yang dihalalkan islam itu adalah baik dan bermanfaat bagi
manusia, dan sebaliknya, setiap yang haram itu adalah buruk dan memberi mudarat
kepada kehidupan manusia walaupun kajian manusia meramalkan terdapat kebaikan
pada yang diharamkan Allah. Pegangan kita dalam isu halal haram adalah seperti
yang dinyatakan oleh imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah sejak berkurun dahulu:
ما حسنه
الشارع ولو قبحه العقل والقبح ما قبحه الشارع ولو حسنه العقل الحسن
Kebaikan adalah setiap yang dinyatakan oleh syarak
sebagai baik walaupun dinyatakan oleh kajian akal sebagai buruk, dan keburukan
itu ialah setiap yang dinyatakan oleh syarak sebagai buruk walaupun kajian
akal menyatakan ianya baik.
Wahai yang mengaku beriman sekalian! Janganlah kita berpegang seperti
mana yang didakwa oleh pemikir-pemikir Mu`tazilah, yang menyatakan bahawa
setiap apa yang difikirkan kajian akal bahawa sesuatu itu baik, maka ianya
adalah ajaran Islam walaupun bertentangan dengan zahir dan kefahaman nas.
Sesungguhnya akal manusia ini dibatasi oleh Allah SWT dari memahami semua
perkara. Yang mampu difikirkan manusia hanya sekelumit dari lautan ilmu Allah
SWT yang tidak bertepi. Atas kelemahan inilah Allah SWT membantu manusia
menentukan baik buruk sesuatu dengan syariat halal dan haramNya. Berjayalah
mereka-mereka yang mengikut panduan al-Quran an Sunnah baginda SAW.
Hadirin sidang jumaat sekalian!
Negara kita hari ini disibukkan dengan
isu halal dalam makanan yang dijual di pasaran. Ramai yang khuatir dan bimbang
akan perkara ini lalu mendesak beberapa pihak yang bertanggungjawab mengambil
tindakan dengan skala yang segera. Alhamdulillah, masyarakat kita masih
sensitif soal halal haram dalam makanan mereka.
Sebenarnya, Khinzir yang menjadi
perbualan hangat di dada akhbar mahupun di bibir-bibir masyarakat adalah
sejenis makhluk ciptaan Allah, yang juga dicipta untuk manusia, ini berasaskan
kepada umumnya Firman Allah SWT:
هو الذي
خلق لكم ما في الأرض جميعا
Dialah Tuhan, yang menciptakan untuk kamu, semua yang
ada di bumi. [al-Baqarah:29]
Ayat ini bertepatan dengan Maha bijaksananya Allah SWT. Dia tidak akan
mencipta sesuatu yang tiada tujuan. Semua ciptaanNya pasti ada guna.
Namun begitu sidang hadirin sekalian, janganlah kita fahami bahawa
setiap yang Allah ciptaan pada kita itu adalah untuk dimakan. Ada binatang yang
dicipta untuk dijadikan sebagai baja, sebagai binatang buruan, sebagai makanan
binatang lain, sebagai perhiasan yang menenangkan jiwa, sebagai pengawal
keselematan, dan juga sebagai ujian buat manusia. Bukankah bumi ini adalah
pentas ujian? Firman Allah SWT:
إنا
جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا
Sesungguhnya kami jadikan apa yang ada di atas muka
bumi ini sebagai perhiasan baginya, untuk kami uji mereka, siapakah antara
mereka itu yang paling baik amal perbuatannya. [al-Kahfi:7]
Justeru itu, Allah SWT menjadikan khinzir bukan sebagai makanan untuk
manusia. Firman allah SWT:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ
الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ
بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا
أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ
Diharamkan bagi kamu memakan bangkai, darah dan daging
khinzir dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Dan juga yang mati
tercekikk, mati dipukul, mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, dan
juga yang mati dimakan binatang buas, melainkan yang sempat kamu sembelih.
[al-Maidah:3]
Pakar-pakar kesihatan memperakui
bahawa sememangnya pada jasad seekor khinzir itu penuh dengan kuman dan virus
pembawa penyakit yang membahayakan kesihatan manusia. Ada sejenis virus yang
tidak akan lenyap walau direbus dan dibakar bagaimana cara sekalipun. inilah
hikmahnya umat islam tidak dibenarkan memakan khinzir.
Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia yang
bernaung dibawah OIC dalam persidanganya yang ke 15 yang berlangsung di
Makkatul Mukarramah akhir tahun 1998 telah menetapkan bahawa produk gelatin
yang berasaskan dari anggota khinzir dan juga haiwan-haiwan yang tidak halal
dimakan adalah haram hukumnya lagi najis samada untuk dimakan, diguna dan
dipasarkan untuk tujuan pemakanan bagi umat islam. Ini dapat difahami bahawa
setiap yang berasal dari makhluk tersebut adalah tetap haram, walaupun telah
berubah daripada sifatnya yang asal.
Muslimin sidang jumaat sekalian!
Allah SWT memberikan kepada kita
makanan halal yang terlalu banyak di atas muka bumi ini. Yang diharamkan
hanyalah beberapa jenis yang disebut dalam hukum syarak. Yang tidak dinyatakan
haram semuanya halal. Inilah yang menjadi kaedah feqah:
الأصل في
الأشياء الإباحة
Asal pada setiap
sesuatu ialah harus.
Sabda Rasulullah SAW:
إن الله فرض فرائض ، فلا تضيعوها
، وحد حدودا فلا تعتدوها ، وحرم أشياء ، فلا تنتهكوها ، وسكت عن أشياء رحمة لكم
غير نسيان ، فلا تبحثوا عنها
Sesungguhnya
Allah SWT telah mewajibkan beberapa kefarduan, maka janganlah kamu
mengabaikannya. Dan telah menetapkan beberapa batas hukum, maka janganlah kamu
melampauinya, dan telah mengharamkan beberapa perkara, janganlah kamu
mengerjakannya. Dan Dia telah mendiamkan banyak perkara dari menyebutnya,
sebagai Rahmat untuk kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah bersusah payah
mencarinya. [HR Dar Qutni].
Banyak lagi makanan-makanan lain yang
halal lagi bermanfaat untuk tubuh kita. Tinggalkan sahaja barang yang kita
khuatiri haram kepada yang halal di luar sana. Malaysia masih belum terdesak
untuk menggunakan barangan syubhah sebegini kerana negara cukup kaya dengan
pilihan makanan lain. Tiada alasan untuk kita menggunakan makanan haram mahupun
syubhah dan masih tidak
menjadi suatu mudarat seandainya barang berstatus syubhah dtinggalkan oleh umat
islam, bahkan ianya adalah suatu tuntutan agama sebagaimana sabda Rasulullah
SAW:
فمَنِ اتقى الشبهات استبرأ
لدينه وعرضه، ومَنْ وقَع في الشبهات وقع في الحرام، كالراعي يرْعَى حول الحمى،
يُوشك أن يقعَ فيه
Dan barangsiapa
yang menjaga diri dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya
dan maruahnya. Dan barangsiapa yang melakukan syubhah, seolah-olah dia telah
melakukan perkara yang haram, laksana pengembela yang mengembala hampir di
sempadan kawasan larangan, dibimbangi ternakannya akan termasuk ke dalam tempat
larangannya. [HR Bukhari dan Muslim]
Biarlah rasa yang halal itu tidak
sesedap makanan yang tidak halal, asalkan kita tidak melanggari batas kemurkaan
Allah SWT. Sesungguhnya nikmat yang Allah SWT janjikan pada mereka yang berjaya
menahan nafsu dari tarikan dunia adalah terlebih hebat dari apa yang ada di
alam sementara ini.
Firman Allah SWT:
ولَلآخرةُ خير لك من الأولى
Dan hidup Akhirat itu lebih baik bagi kamu, dari hidup di permulaan ini.
[ad-Duha:4]
Ayat
pengharaman khinzir dicatat sebanyak empat kali dalam al-Quranul Karim, iaitu
pada surah al-Baqarah ayat 173, surah al-Maidah ayat 3, Al-Nahl ayat 115 dan
al-Anaam ayat 145. Ianya sudah cukup untuk membuktikan betapa pentingnya umat
Islam berusaha sedaya upaya membebaskan sebarang unsur khinzir dalam kehidupan.
Ini turut
disokong dengan perbuatan Nabi Isa AS suatu hari nanti, apabila Baginda turun
kepada umat ini kelak. Sabda Rasulullah SAW:
والذي نفس محمد بيده
ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما مقسطا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية
ويفيض المال حتى لا يقبله أحد
Dan demi yang menggengam diri Muhammad, sudah hampir tiba saat Si Anak
Maryam diturunkan terhadap kamu, sebagai seorang pemimpin yang adil, maka dia
akan mematahkan salib, membunuh khinzir, menghapuskan cukai, dan
bertambah-tambahlah harta sehingga tiada seorag pun yang layak menerima zakat.
[HR Bukhari.]
Sepertimana
yang disebutkan didalam hadis tersebut, Nabi Isa antara lain bakal turun dengan
membawa misi membunuh khinzir, sebagai simbolik kepada masyarakat dunia bahawa
khinzir tetap haram selama-lamanya, walaupun pada waktu itu jumlah permintaan
dan keperluan khinzir sampai ke tahap UMUMU BALWA.
Akhirnya
saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian, saya ingin mengingatkan bahawa, bukan
hanya khinzir yang haram dimakan, tetapi ia turut melibatkan makanan yang
dibeli dari hasil yang haram seperti RIBA,
JUDI, RASUAH, jualbeli yang MENIPU DAN MEMPERDAYA, GAJI BUTA, hasil yang tidak dibayar
ZAKATNYA, menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran dan pengetahuan, harta
yang DIRAMPAS SECARA ZALIM, CUKAI yang dikutip terhadap mereka yang tidak
selayaknya, dan berbagai lagi salah laku terhadap masyarakat. Walaupun yang
dimakan ialah nasi, tetapi jika dibeli dengan sumber yang haram, nasi itu tetap
menjadi haram bagi dirinya.
Sesungguhnya
semua kesalahan yang kita sebutkan itu adalah lebih besar dosanya dari memakan khinzir,
kerana dosanya bukan hanya terhadap Allah, tetapi turut melibatkan hak orang
lain. Imam Nawawi menyebutkan dalam kitab Riyadus Salihin, bahawa sebarang kesalahan
terhadap Allah boleh dibersihkan dengan Taubat, tetapi kesalahan yang
melibatkan manusia perlu diselesaikan sesama manusia, tidak cukup sekadar
taubat. Ganti rugi perlu dibayar, kemaafan perlu dipohon dan hukuman dunia
perlu diterima. Jika tidak, perkara-perkara inilah yang bakal memufliskan
amalan baik kita di Akhirat kelak.
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA
الحمد لله الذي
أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin sekalian!
Marilah pada
hari ini kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan
kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja
yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون
Maksudnya: Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
[Ali Imran:102]
Seterusnya
saya menyeru dihari yang penuh barakah ini, kita mengenang mereka yang tidak
senasib dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti
Syria, Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi
pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa
mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang
Allah SWT janjikan kepada mereka.
Sabda
Rasulullah SAW:
لا يؤمن
أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه [رواه البخاري ومسلم]
Tidak beriman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya.
Sepertimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. [HR Bukhari dan Muslim]
Antara perkara
paling mudah yang mampu untuk kita lakukan ialah memboikot barangan yang
disahkan memberi suntikan dana untuk musuh Islam yang menyerang umat Islam. Khatib percaya, jika umat islam konsisten dengan kempen boikot ini, ia bukan
sahaja mampu melemahkan ekonomi musuh, tetapi dalam waktu yang sama mampu
menghindari diri dari termakan makanan-makanan yang diragui status halalnya.
Sehingga ke hari ini terlalu banyak produk syubhah dalam pasaran negara kita,
tetapi kita masih bertuah kerana banyak juga produk alternatif yang diyakini
halalnya.
Muslimin
sekalian!
Pada hari yang
mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita
setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada
baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di
dalam al-quran:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat
sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan
selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya. [al-Ahzab:56].
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب
تايلند،وفي بورما، وفي سوريا وفي مصر و في
كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم
أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا
من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما،
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....