YANG PERTAMA
الحمد لله
الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الأسماء
الحسنى والصفات العلى
وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والسراج المنير
اللهم صل وسلم
وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وإمامنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه
إلى يوم الدين
أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya
berpesan pada diri dan sidang
jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu
mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk
mereka yang beriman.
Allah SWt telah berfirman di dalam
kitabNya:
سبحان الذى أسرى بعبده
ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا إنه هو
السميع البصير [الإسراء:1]
Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya
pada suatu malam, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya bukti-bukti kekuasaan Kami. Dan
dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Sidang jumaat sekalian!
Allah SWT menceritakan kepada kita dalam
ayat tersebut suatu kebenaran yang berlaku pada zaman kenabian Muhammad SAW
iaitulah peristiwa Israk dan Mikraj. Sesungguhnya kisah Israk dan Mi`raj adalah
sebuah kisah yang benar dan sarat dengan pengajaran buat hamba-hambaNya di muka
bumi ini.
Kebanyakan sejarawan islam memilih 27
rejab tahun kedua belas kenabian sebagai malam Nabi diisrak dari Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa kemudian diMikrajkan dari Masjidil Aqsa ke Langit yang
ketujuh, seterusnya ke Sidratul Muntaha dan akhirnya berjumpa dengan Allah SWT.
Umat islam wajib mempercayai kisah ini dengan sepenuh hati walaupun ramai
pemikir-pemikir moden tidak dapat menerima kisah ini yang bertentangan dengan
akal mereka yang lemah. Oleh kerana itu, pada 30 Rejab hari ini, marilah
sama-sama kita menghayati beberapa noktah dalam peristiwa Israk dan Mikraj
baginda.
Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj
adalah satu anugerah dan hadiah yang besar buat perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana, sebelum peristiwa tersebut, Nabi mengalami satu ujian yang cukup
besar buat fizikal dan mentalnya. Dua orang yang amat dikasihi iaitu isterinya,
Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul
Mutalib telah diwafatkan oleh Allah SWT pada tahun yang sama.
Hadirin sidang jumaat sekalian!
Dua orang insan tersebut amat penting
dalam hidup baginda. Abu Talib adalah pendokong dakwah Nabi Muhammad SAW dan
menjadi benteng kepada baginda dari ancaman Kafir Quraisy. Selepas
kewafatannya, orang kafir semakin berani mengzalimi dan menyakiti baginda,
kerana tiada lagi pembesar Quraisy yang melindunginya seperti Abu Talib. Abu
Talib adalah pelindung luaran bagi Baginda SAW. Semua mengetahui bahawa Abu
Talib mengakhiri hidupnya dalam keadaan tidak dikurniakan hidayah oleh Allah
SWT, walaupun mendampingi nabi sepanjang hayatnya. Betapa mahalnya hidayah
Allah SWT sehinggakan Allah SWT menegur Nabi SAW dalam FirmanNya:
إنك لا
تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء
Sesungguhnya kamu wahai Muhammad, tidak mampu memberi
petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah jualah yang berhak
memberinya kepada sesiapapun yang Dia ingini.
[al-Qasas:56]
Saidatina Khadijah pula merupakan
pelindung dalaman bagi baginda. Beliaulah ratu hati yang selama ini menyokong
dan mendokong setiap inci perjuangan ini
dengan seluruh harta, jiwa dan raganya. Disaat Nabi kesedihan dan ketakutan,
beliau menjadi juru motivasi untuk membangkitkan kembali semangat juang
baginda. Inilah isteri-isteri bidadari syurga yang diidam-idamkan yang harus
dicontohi oleh setiap muslimah. Dengan kewafatannya, hanya Allah sahajalah
tempat baginda mengadu nasib dan mendamba belas.
Sesungguhnya wanita sebagai penenang
jiwa dan pelerai kekusutan sang lelaki adalah suatu amanah yang terpundak
dibahu srikandi islam. Walaupun Allah SWT menjadikan wanita itu lemah
fizikalnya, tapi wanita amat hebat dengan perasaan dan nalurinya. Perjuangan
Nabi membuktikan bahawa wanita banyak membantu lelaki dalam mencapai cita-cita
islam terutama dalam hal semangat dan perasaan. Benarlah Firman Allah SWT:
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف
وينهون عن المنكر
Dan orang beriman
lelaki serta orang beriman wanita; sebahagian mereka menjadi penolong kepada
sebahagian yang lain dalam kerja-kerja Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. [at-Taubah:71]
Para ulama menggelarkan tahun kedua belas
ini sebagai Aamul Hazan (tahun kesedihan). Dan atas sebab itu, Allah SWT menjemput
nabi untuk memberikan sentuhan tarbiahNya, dengan diajak menaiki kenderaan yang
paling pantas dan canggih dalam sejarah peradaban dunia. Dengan kenderaan yang
digelar Buraq itu, nabi dibawa ke Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya ke
langit ke Sidratul Muntaha lalu menemui Allah SWT pada kemuncaknya. Dengan
menghadap zat Allah, hilanglah segala kesedihan yang selama ini menghantui
dirinya sebagai seorang manusia. Allah SWT sengaja melakukan semua ini supaya
Nabi dan seluruh pejuang islam mengerti, bahawa perjuangan islam memerlukan
sikap tawakkal yang amat tinggi dan tidak meletakkan pergantungan kepada
makhluk, selain dari Allah SWT.
Sidang Jumaat sekalian,
Dalam peristiwa ini juga, Allah SWT
telah menghadiahkan suatu ibadah terbesar dalam islam, iaitu syariat solat lima
waktu. Sesuai dengan keadaan Nabi yang bersedih, tuhan anugerahkan suatu ibadah
yang boleh membuatkan baginda sentiasa kuat dan kebal menghadapi cabaran dunia.
Solat ialah satu ibadah yang melambangkan hubungan hambaNya dengan Allah.
Dengan solat yang khusyu`, umat islam bakal merasai seolah-olah beliau benar
sedang menghadap Allah dan menghayati setiap bacaan-bacaan yang diajar dalam
sembahyang, seolah- olah Allah SWT sedang berbicara dengan kita. Dengan solat
yang sempurna juga, mampu untuk menjadi benteng buat diri dari sebarang ancaman
dalaman mahupun luaran.
Firman Allah SWT.
إن
الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji
dan mungkar. [al-Ankabut:45]
Justeru itu, solat adalah antara ubat
bagi mereka yang sedang bersedih. Sucikanlah diri, angkatlah takbir dan mengadulah
nasib kepadaNya. Allah SWT senantiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya. Maka
akan terlupalah segala kesusahan dunia kerana hati sudah terisi dengan mengingati
Allah, dan mengecillah masalah di mata hamba, kerana melihat besar Allah yang
Maha Perkasa.
Firman Allah SWT:
إن الذين آمنوا وعملوا
الصالحات وأقاموا الصلاة وآتوا الزكاة لهم أجرهم عند ربهم ولا خوف عليهم ولا هم
يحزنون
Sesungguhnya mereka yang beriman dan
beramal soleh, serta mendirikan sembahyang dan mengerjakan zakat, maka bagi
merekalah pahala di sisi tuhan mereka, dan tiadalah lagi rasa takut mahupun
bersedih. [al-Baqarah:277]
Muslimin sidang jumaat sekalian!
Setelah menerima anugerah solat itu,
Rasulullah SAW dihantar pulang dan sampai ke rumahnya kembali sebelum sempat
fajar subuh menyinsing. Keesokan harinya baginda terus menceritakan kepada
kafir Quraisy tentang apa yang berlaku. Rasulullah sememangnya menjangkakan,
bahawa orang kafir tidak akan mempercayai cerita yang jauh dari logik akal
mereka, tetapi islam bukan terbina atas dasar rasionalisme.
Perbuatan Rasulullah yang tidak mempedulikan keadaan Quraisy yang belum meyakininya itu,
mengajar kita bahawa syariat Allah tidak boleh disembunyikan ataupun
ditangguhnya apabila datangnya perintah dan cukup syaratnya untuk dilaksanakan.
Tiada lagi istilah tidak kondusif, biar masyarakat faham dahulu, ataupun tidak
sesuai dengan masyarakat majmuk kerana semua ini hanyalah alasan kepada mereka
yang sememangnya tidak meyakini keberkesanan perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT:
فلا وربك
لا يومنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا
تسليما
Maka, Demi TuhanMu, tidaklah mereka disifatkan sebagai
beriman sehingga mereka menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) sebagai hakim (yang
memutuskan undang-undang) dalam perkara-perkara yang timbul dikalangan mereka,
kemudian hati mereka tidak merasa sukar untuk menerima apa yang telah
ditetapkan (oleh Islam), dan mereka menerima keputusan itu dengan setulus hati.
[al-Nisa:65].
Marilah kita insafi kembali diri kita semua. Apakah kita mahu mendakwa
alasan yang tercipta dalam akalan kita lebih benar dari sunnah yang ditunjukkan
oleh Nabi? Dalam mana-mana sejarah dunia pun, tiada undang-undang yang
dijalankan menunggu masa rakyat untuk faham dahulu dan sehingga undang-undang
hari ini berjalan sejak berpuluh tahun dahulu, masih ramai yang belum faham dan
tahu bagaimanakah ianya dilaksanakan. Sebenarnya ia hanyalah mainan akal untuk
menafikan kewajipan agama. Yakinilah Allah, turutilah Nabi, pasti semua itu
akan selesai.
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA
الحمد لله
الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم
على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin sekalian!
Marilah pada
hari ini kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan
kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja
yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmanNya:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون [ال عمران:102]
Maksudnya: Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
Seterusnya saya
menyeru dihari yang penuh barakah ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib
dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria,
Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi
pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa
mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang
Allah SWT janjikan kepada mereka.
Sabda
Rasulullah SAW:
لا يؤمن
أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه [رواه البخاري ومسلم]
Tidak beriman
seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya. Sepertimana mereka
mengasihi diri mereka sendiri. [HR Bukhari dan Muslim]
Antara perkara
paling mudah yang mampu untuk kita lakukan ialah memboikot barangan yang
disahkan memberi suntikan dana untuk musuh Islam yang menyerang umat Islam.
Khatib percaya, jika umat islam konsisten dengan kempen boikot ini, ia bukan
sahaja mampu melemahkan ekonomi musuh, tetapi dalam waktu yang sama mampu
menghindari diri dari termakan makanan-makanan yang diragui status halalnya.
Sehingga ke hari ini terlalu banyak produk syubhah dalam pasaran negara kita,
tetapi kita masih bertuah kerana banyak juga produk alternatif yang diyakini
halalnya. Masih tidak menjadi suatu mudarat seandainya barang berstatus syubhah
dtinggalkan oleh umat islam, bahkan ianya adalah suatu tuntutan agama
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
فمَنِ اتقى الشبهات استبرأ
لدينه وعرضه، ومَنْ وقَع في الشبهات وقع في الحرام، كالراعي يرْعَى حول الحمى، يُوشك
أن يقعَ فيه
Dan barangsiapa
yang menjaga diri dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya
dan maruahnya. Dan barangsiapa yang melakukan syubhah, seolah-olah dia telah
melakukan perkara yang haram, laksana pengembela yang mengembala hampir di
sempadan kawasan larangan, dibimbangi ternakannya akan termasuk ke dalam tempat
larangannya. [HR Bukhari dan Muslim]
Muslimin
sekalian!
Pada hari yang
mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita
setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada
baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di
dalam al-quranul karim:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat
sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan
selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya. [al-Ahzab:56]
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين،
اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا وفي مصر و في كل مكان. اللهم
قوعزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على
أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا
ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين.
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....