Sejujurnya saya sendiri terkesot hati apabila mendapat berita calon DAP adalah seorang muslimah free hair. Bertambah kecewa bila muslimah itu menolak perlaksanaan hudud. Ramai yang bertanya pada saya hukum mengundi dan berkempen untuk mereka. Saya tak boleh jawab. Fikiran saya dipengaruhi emosi yang kuat. Saya biarkan saja mana tahu ada pimpinan atau agamawan lain tampil mencerahkan kekusutan itu.
Namun soalan semakin bertambah. Rasa bersalah mendiamkan diri semakin menghantui. Akhirnya selepas emosi stabil, saya cuba berfikir dengan ilmu dan kewarasan yang ada, untuk dikongsi kepada yang turut kecewa.
Alhamdulillah, ada yang boleh terima pandangan saya. Dan memang ada yang menolaknya. Saya tidak kisah hal itu. Masing-masing punya cara fikir tersendiri.
Sebagai ahli gerakan, suka saya nyatakan pendirian ini melalui tiga perspektif; SIASAH, DAKWAH DAN TARBIAH. Jaga-jaga, perkongsian kali ini agak panjang.
1.SIASAH
Saya menulis artikel tersebut supaya kita mampu mengurus manusia bekerjasama, fokus untuk meminimakan jumlah seteru Islam. DAP mahupun Gerakan, dua-dua tolak hudud. Tapi adakah kita kuat untuk lawan kedua-dua mereka serentak? Manakah lebih mudah, dua lawan satu atau satu lawan satu?
DAP sendiri tahu bahawa mereka dan PAS bakal bermusuhan dalam bab hudud. Tapi mereka juga ada strategi. Nak hadapi kezaliman UMNO dan hudud PAS serentak atau satu-satu? Mereka berkongsi tujuan yang sama dengan PAS dan juga PKR buat masa ini iaitu singkirkan BN dari politik tanahair.
Kita pilih menghadap Gerakan dahulu kerana mengambil prinsip mudarat yang lebih kecil (أخف الضررين). Namun kita tak sesekali redha dengan pendirian DAP. Mereka tetap dharar. Cuma buat masa ini tidak sesuai menambah pertembungan. Nanti kita yang letih. Kesannya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Strategi sebegini Rasulullah amalkan dalam banyak siri perjuangannya samada di Mekah mahupun Madinah. Sewaktu pulang dari Thaif, Baginda dapatkan perlindungan dari Musyrikin untuk masuk ke Mekah. Baginda juga bekerjasama dengan Munafiqin di Madinah untuk perangi musuh, dan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianatan Abdullah bin Ubai walaupun dia jelas melakukan kesalahan, kerana meminimakan musuh dan menghalang fitnah.
Politik memang rencam. Sebab itulah ilmu Siasah Syariyyah banyak berkisar tentang kepimpinan dan maslahah. Dari sinilah aspek tarbiah seperti THIQAH, YAKIN, TAAT DAN WALA' perlu ditekankan dalam politik.
(تصرف الحاكم منوط بالمصلحة)
(تصرف الحاكم منوط بالمصلحة)
Kita seharusnya kuatkan diri dengan ILMU DAN AKHLAK untuk hadapi perkara ini.
Dari sudut ILMU, bincangkan dengan manhaj akademik yang kita pelajari. Gunakan ilmu usul fiqh untuk ijtihad dan istinbat hukum bagi menjelaskan kekusutan yang berlaku.
Bagi saya, ia perlukan bentuk ijtihad berpandukan nas naqli disokong oleh aqli. Saya bawakan contoh surah al-Rum dan prinsip Sulh Hudaibiah. Namun ia bersifat Dilalah Zonniah , dan boleh dipertikai dengan hujahan ilmiah yang setaraf.
Ada tiga keadaan sebenarnya:
-Jika anda boleh berikan hujah qat'ie, ataupun hujah zonni yang lebih bernas, saya akan tarik balik pendapat saya.
-Jika anda hanya mampu pertikai tapi tak datangkan hujah lain, jangan buang masa. Kita perlukan solusi bukan sekadar argumentasi.
-Dan jika anda ada hujah zonni, ianya akan menjadi khilaf antara kita dan adat berKHILAF, terpulang nak pakai yang mana.
(الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد)
-Jika anda boleh berikan hujah qat'ie, ataupun hujah zonni yang lebih bernas, saya akan tarik balik pendapat saya.
-Jika anda hanya mampu pertikai tapi tak datangkan hujah lain, jangan buang masa. Kita perlukan solusi bukan sekadar argumentasi.
-Dan jika anda ada hujah zonni, ianya akan menjadi khilaf antara kita dan adat berKHILAF, terpulang nak pakai yang mana.
(الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد)
Dan perlu kita fahami juga, perkara khilaf perlu diurus supaya tidak keliru. Caranya ialah TAQNIN
iaitu pemimpin memilih satu pendapat antara khilafiah yang ada, sebagai suatu ketetapan yang wajib dipatuhi semua.
Ini yang dilakukan oleh pemimpin Tanah Melayu dulu apabila berhadapan dengan khilaf mazhab fiqh. Mereka taqninkan Mazhab Syafie sebagai rujukan perundangan. Othmaniah di Turki juga TAQNINkan Mazhab Hanafi sebagai rujukan pemerintahannya.
Bila pemimpin memilih satu pendapat, jadi wajib yang lain taat walaupun berbeza pendapat. Orang bermazhab Hanafi pun kena ikut Syafie jika timbul masalah dalam masyarakat Tanah Melayu, kerana mentaati Ulil Amri.
AKHLAKNYA pula, perlu ada sifat THIQAH yang tinggi terhadap pimpinan. Sekli lagi kita perlu faham bahawa dunia politik memang terlalu mencabar fizikal, mental jua emosi. Ruang khilaf terlalu besar kerana contoh jelas dari al-Quran dan Sunnah terhad. Musuh pula amat licik dan sentiasa mencari peluang.
Ahli gerakan perlu SATUKAN FIKRAH supaya matlamat kepimpinan jemaah tercapai. Fikrah yang dikehendaki ialah berkongsi matlamat dan strategi yang sama dengan pemimpin. Sebab itulah nabi pesan pada Huzaifah RA supaya melazimi jemaah islam, dan KEPIMPINANNYA sekali.
Letak tepi dulu pandangan peribadi terutama yang bercanggah dengan pimpinan.TAAT dan WALA' lebih utama. Insyaallah ijtihad pimpinan itu lebih berkat dan diredhai Allah walaupun salah. Boleh jadi Allah memang mahukan kita silap, supaya kita belajar darinya.
Silap pun tak berdosa, bahkan dapat satu pahala.
Kalau nak persoal keputusan pimpinan, lakukan dalam keadaan tertutup dan beradab supaya tak timbul fitnah. Mereka bukanlah rejim kukubesi sampai tak boleh bawa bincang. Ruang itu sentiasa ada, bukan seperti dalam UMNO. Tiru akhlak Habib Ibn Munzir RA berdiskusi tentang strategi Badar.
Tapi ingat, selagi mereka tak ubah keputusan, selagi itu kita kena ikut.
Lagi yang perlu ditanam ialah KEYAKINAN pada janji Allah. Tuhan sememangnya akan berikan kemenangan pada Islam dengan jalan yang tak logik/disangka-sangka. Ayat seribu dinar menerangkan perkara ini. Ayat 214 dalam surah al-Baqarah juga menyatakan yang sama.
Keyakinan ini yang payah. Sahabat Nabi sendiri terkejut dan susah menerima tindakan nabi memeterai Perjanjian Hudaibiah yang seolah menjatuhkan izzah islam. Musyrikin mentertawakan Umat Islam. Padahal kalau ikutkab peperangan-peperangan yang lepas, mereka sentiasa menang ke atas Quraisy walaupun berjuang sendirian.
Hasil kesabaran sahabat mentaati ijtihad Rasulullah, dua tahun sudah dapat tawan Mekah, tanpa perang. Itu hebatnya ijtihad pimpinan atasan. Ijtihad mereka dipandu cahaya Ilahi, InsyaAllah.
Takkan hilang bisa ular menyusur akar. Takkan hilang Izzah Islam ditertawakan orang.
3.DAKWAH
Sentiasa perlu tanam dalam diri bahawa selain jemaah kita adalah mad'u yang perlu didekati. Mereka tolak islam hari ini, tidak bermakna mereka tolak islam sampai mati. Selagi ada ruang dakwah, jangan abaikan. DAP setakat ini lebih terbuka menerima penerangan dari semasa ke semasa.
Manfaatkan kepercayaan ini sebaiknya. Kalaupun pemimpin mereka cuma berpura-pura, mustahil seluruh ahlinya berpura-pura.
Dakwah juga satu yang ilmu yang amat seni. Kalau kita boikot PRK ini, hati mereka akan terguris, lalu menyebabkan terbentuknya mind-block tang menghalang dari menerima penerangan kita lagi.
Sebaliknya jika kita beri dahulu apa mereka perlu, mereka akan merasa dipeduli, dan akan membuka ruang mendengar apa kita mahu sampaikan. People dont care how much you know, until they know how much you care. And what you give, you will get back.
(كما تدين تدان)
(كما تدين تدان)
Rasulullah banyak menurut kehendak Arab Badwi walaupun mereka agak keterlaluan dan kurang menghormati Islam. Biasalah, orang tiada iman. Tapi dengan cara itu, mereka akhirnya melihat kebaikan islam.
Dalam perang Khaibar, umat Islam sekali lagi menghadapi Yahudi Bani Quraizhah yang terkenal sebagai musuh ketat yang banyak mengkhianati kepercayaan orang Islam. Mereka bergabung dengan penduduk Khaibar untuk memerangi Islam. Tapi ketika Saidina Ali diberi panji untuk masuk membebaskan Kubu Khaibar itu, Rasulullah sempat berpesan supaya terangkan dulu Islam pada mereka. Beri lagi mereka peluang walaupun ada kalangan mereka dah banyak mendengar tentang Islam ketika tinggal bersama orang Islam di Madinah dulu. Apakah DAP lebih jahat dari Yahudi?
Ada orang kata, biarkan DAP kalah supaya mereka sedar, jangan berani permainkan isu hudud kepada orang melayu.
Saya tidak bersetuju kerana fikirkan dakwah. Cara ini tidak membuat DAP menerima hudud, tapi bakal mengajar mereka berhelah. Mereka hanya akan sembunyikan penolakan terhadap hudud dan tetap tidak akan bersetuju. Islam bukan agama paksa dan ugut.
Lagipun, jika DAP kalah, Gerakan yang menang. Dalam prinsip mengurus mudarat, satu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mengguna mudarat yang sama taraf.
(الضرر لا يزال بمثله)
(الضرر لا يزال بمثله)
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....