Saidina Ali KAW pada suatu hari pulang ke rumahnya lalu
bertanya kepada isterinya Saidatina Fatimah RA
“Wahai wanita mulia, apakah ada sebarang makanan untuk suamimu
pada hari ini?”
Jawab Fatimah RA:
“Demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa, melainkan enam
dirham daripada Salaman al-Farisi sebagai upah menjahit. Aku akan belikan
makanan untuk Hasan dan Hussain.”
“Biar aku sahaja yang membelinya.” Pintas Saidina Ali.
Lalu keluarlah semula saidina menuju ke pasar untuk
menunaikan hasrat isterinya. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang
dalam kesusahan yang berkata,
"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan
yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, lantas Saidina Ali memberikan
kesemua enam dirham yang dimilikinya itu pada lelaki tersebut.
Beliau seklai lagi pulang dengan tangan kosong.
Fatimah yang melihat suaminya melangkah ke pintu rumah
dengan tangan kosong, tiba-tiba menangis.
“Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Fatimah?” tanya
Saidina Ali.
Jawab Fatimah, “Wahai Ali, kamu pulang tanpa membawa
apa-apa.”
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada
Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya
begitu, saya menyokong tindakanmu."
Lalu Ali keluar lagi, kali ini untuk berjumpa Rasulullah
SAW mengadu nasib. Di tengah perjalanan, beliau terserempak pula dengan seorang
badwi sedang menunggang unta. Badwi itu segera menghampirinya dan berkata,
“Wahai Abu Hasan, belilah unta ini!”
“Aku tidak punya wang. ” Balas Ali.
“Kalau begitu kau ambillah dahulu untanya dan bayar pada
bila-bila yang engkau mahukan.” Si badwi memberi tawaran.
“Berapa harganya?”S aidina Ali mula berminat dengan
tawaran itu.
“Tidak mahal, Cuma 100 Dirham.” Jawabnya ringkas.
Saidina Ali akhirnya bersetuju dan terus membawa unta itu
bersamanya. Tidak berapa jauh meninggalkan tempat tadi, datang pula seorang badwi
yang lain menghampiri beliau.
“Wahai Abu Hasan, adakah unta itu untuk dijual?” Tanya si
badwi.
“Ya.”Kata Ali.
“Berapa?” si badwi menambah soalan penuh minat.
"300 dirham," jawab Ali lagi.
"Baiklah saya beli," kata badwi itu dan terus
memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak
menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah
bertanya:
"Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hasan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan
harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," terang
saidina Ali.
Kemudian beliau pergi berjumpa nabi di masjidnya. Melihat
kelibat Ali nabi terus tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Hasan, adakah kamu ingin bercrita atau biarkan
aku yang bercerita?”
Saidina Ali kehairanan lantas menjawab:
“Engkau sahaja yang cerita wahai Rasulullah.”
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi
yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Soal
nabi memulakan bicara.
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang
lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan:
"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham
kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham
mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah
malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Firman Allah SWT:
Barang sesiapa yang meminjamkan pada Allah (hartanya)
dengan pinjaman yang baik, escaya Allah akan gandakan baginya (ganti) dengan
gandaan yang banyak, dan Allahlah yang menghalang dan memberi (harta) kepada
sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.
[al-Baqarah:245]
27 RAMADHAN/ 4 OGOS/ MASJID LAMA MERCHANG
Anda memerlukan pinjaman segera yang sah sentiasa menjadi masalah besar bagi keperluan kewangan pelanggan. Sila hubungi kami untuk bantuan kewangan segera atau segera, kami berbangga dengan komitmen kami kepada para pelanggan kami; Diakui
ReplyDelete* Adakah anda memerlukan pinjaman tulen,
* Adakah anda memerlukan pinjaman tidak bercagar
* Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi,
Adakah anda memerlukan pinjaman gadai janji
* Anda memerlukan pinjaman penyatuan
* Adakah anda memerlukan pinjaman 1 hari hutang,
* Adakah anda memerlukan pinjaman mendesak peribadi,
* Adakah anda memerlukan segera untuk menghapuskan hutang anda
* Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk pelaburan
* Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda
* Adakah anda memerlukan pinjaman jangka pendek untuk memulakan perniagaan * Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk memperbaiki perniagaan anda
* Adakah anda perlukan pinjaman cepat serius yang paling indah
* Pernahkah anda ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain?
* Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, dengan cepat menghubungi kami
Puan Alina Leho
Alamat e-mel syarikat: (guaranteetrustloan24hours@gmail.com)
Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti swasta dan individu dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (guaranteetrustloan24hours@gmail.com)
DATA PERMOHONAN
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negeri:
5) Seks:
6) Status perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
12) Tempoh pinjaman:
13) Tujuan pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh Lahir:
Terima kasih,