Dalam kita asyik menunaikan rukun islam ketiga iaitu
berpuasa Ramadhan, ada satu lagi rukun yang juga sinonim dengan Ramadhan iaitu
zakat.
Tahun ini tahun kedua saya menjadi pembayar zakat. Jika pada
tahun lepas tanggungannya adlaah 2 orang, tahun ini bertambah seorang lagi.
Zakat adalah suatu kewajipan yang digalas oleh golongan
berharta, untuk diagih kepada asnaf yang berhak. Ini adalah satu bentuk
penyeimbangan ekonomi yang diatur oleh Allah SWT supaya dapat meningkatkan
taraf hidup golongan bawahan, dan agar harta tidak hanya berlegar dikalangan
orang berada sahaja.
Zakat adalah sistem percukaian cara islam. Ia mendahului
sistem percukaian manusia dari sudut pengamalan mahupun kerelevanan. Kerana
cukai bawaan kapitalis tidak membantu bahkan menyusahkan golongan susah,
sedangkan zakat tidak diambil dari si miskin, bahkan diagihkan pula.
Saya percaya jika zakat mampu diurus sebaiknya oleh
Majlis agama, tidak akan ada golongan merempat dan gelandangan di Malaysia ini,
melihatkan kepada hasil bumi dan pendatapatan KDNK tahunan negara. Bahkan akan
berlaku pula lebihan yang boleh disalurkan kepada negara lain yang berdekatan.
Tapi malangnya institusi tersebut tidak berjalan seperti
yang diharap. Kontroversi dan penyelewengan selalu kedengaran. Pasti ada berita
amil yang tidak menyerah wang kutipan zakat, harta zakat diguna pada bukan
asnaf, dan hari ini kita mendengar isu tiada agihan zakat untuk fakir dan
miskin.
Dengan kutipan semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga
mencecah puluhan juta setahun bagi sesebuah negeri (itupun bukan semua yang
bayar), mengapakah masih wujud miskin tegar dan homeless?
Akhir kata, Zakat dan sedekah adalah satu bentuk penyucian
harta pencarian kita yang sentiasa bercamour baur anatar halal dan haram. Berzakatlah
kerana mereka yang tidak berzakat akan memakan harta haram dalam simpanan
mereka sendiri kerana padanya ada hak orang lain yang tidak diberikan. Sebab
itulah Umar al-Khattab RA pernah tidak memotong tangan mereka yang sabit
mencuri di zaman pemerintahannya, kerana mungkin harta yang dicuri adalah
memang milik pencuri miskin itu, yang tidak ditunaikan haknya oleh si kaya
kedekut.
Tanpa zakat, masyarakat akan porak peranda dan islam
tidak mampu bersaing dengan ummah lain. Maka tidak hairanlah Saidina Abu Bakar
RA memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat, sperti diperangi golongan
murtad walau mereka masih mengamalkan sembahyang, puasa dan ibadat lain.
25 RAMADHAN/ 2 OGOS/ SURAU ALMUSTAQIM KG BANGGOL PAUH
(Baca sini untuk kupasan lebih lanjut tentang zakat)
(Baca sini untuk kupasan lebih lanjut tentang zakat)
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....