Zakat, sepertimana juga puasa adalah antara rukun islam yang
wajib ditunaikan. Barangsiapa mengingkarinya maka terlucutlah pangkat islam di
dada secara automatik.
Zakat adalah bentuk cukai dalam islam. Tanggungjawab
memungut cukai adalah terletak dibahu pemerintah dan kerajaan. Ianya
berpaksikan Firman Allah SWT:
خذ من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم
بها...[التوبة:84]
Apa yang ingin saya
kongsikan adalah keindahan islam itu yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Dengan kewaijpan berzakat ini membuat saya lebih beriman bahawa agama islam ini
cukup sempurna. Ia bukan sekadar membicarakan aspek kerohanian adat istiadat
ritual ibadat semata-mata, malah turut merangkumi soal pentadbiran sesebuah negara.
Bahkan mendahului perundangan ideologi lain dari sudut kesaksamaan.
Zakat secara umumnya
akan dipungut dari orang kaya (harta simpanan melebihi jumlah yang ditetapkan)
untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan mengikut asnaf yang ditetapkan.
Semakin kaya seseorang itu, semakin besar jumlah zakat yang harus dibayar.
Islam tidak melarang
seseorang itu mencari kekayaan material bahkan islam menggalakkan lagi
berbisnes. Ianya sunnah Baginda SAW disamping mata pencarian yang paling tinggi
menjana pendapatan. Namun disana terdapat etika dan disiplin dalam berbisnes,
antaranya ialah berzakat. Ini yang membezakan dengan sistem manusia lain.
Sistem Kapitalis contohnya dengan slogan
‘government has no business to get in to the bussiness’, semua pemilikan
sesebuah Negara itu diswastakan kepada individu dan mereka bebas mentadbir
mengikut kemahuan tanpa batas. Maka berleluasalah sistem riba`, sistem
piramid/ponzi, penipuan, rasuah, judi yang menindas golongan lain. Persaingan
sihat tidak lagi berlaku dalam perniagaan malah bertukar kepada peperangan
ekonomi.
Sistem Sosialis pula
tidak membenarkan langsung rakyat mengaut keuntungan melebihi had yang
ditetapkan. Jika tidak, semua lebihan tersebut akan menjadi milik kerajaan.
Lahirlah pula golongan yang pasif dan tidak produktif dalam bisnes kerana
mereka hanya bekerja sedangkan keuntungannya untuk kerajaan. Rejim pemerintah
pula yang kaya raya hasil usaha keringat rakyat jelata.
Islam dengan sifat
wasatiyyahnya berada di tengah-tengah. Sektor-sektor asas dikekalkan dibawah tanggungjawab
pemerintah dan tidak dibisneskan seperti hartanah awam, air, petrol dan
elektrik. Selain dari itu rakyat bebas membuka perniagaan dengan syarat etika
yang ditetapkan itu dijaga.
Dengan kita giat
berniaga sehingga mengaut keuntungan berganda, secara tidak langsung kita
meningkatkan ekonomi umat islam melalui zakat. Kekayaan yang kita perolehi
turut dikecapai golongan tidak berkemampuan.
Bagaimana pula untuk
mengutip cukai daripada bukan islam? Itu tidak menjadi maslah. Islam kaya
dengan sistem pentadbiran. Bukan islam akan dikenakan cukai yang dipanggil
jizyah. Perkiraannya adalah mengikut peratus pendapatan.
Sedar atau tidak
sebenarnya kita tertanggung dengan beban cukai yang terlalu banyak. Kerperluan
asas pun tidak terkecuali. Kita ambil contoh gula. Harga sebenar tanpa cukai
RM1.50, tapi kerajaan menjual kepada peraih RM1.80, dengan 0.30 cukai tak
langsung. Daripada peraih ke pemborong, kepada peruncit sehinggalah sampai ke
tangan kita, harganya menjadi RM2.30! Secara tidak langsung cukai sebanyak RM0.30
ditanggung oleh pengguna.
Angka ini mungkin
tidak tepat, Cuma sekadar memberi gambaran keadaan.
Yakinlah saya dengan
mengerti peranan zakat ini bahawa tawaran Negara Berkebajikan sebenarnya mampu
membawa semula nama Malaysia di persada dunia dengan memperkenalkan sistem
islam seperti yang dibahaskan tadi. Tidak usah khuatir kepada non muslim yang
tdak mahu mengamalkan sistem islam di Malaysia kerana itu mungkin melanggar
kepercayaan agama mereka, dan kita harus menghormatinya. Cuma yang menjadi
masalah bila kita sendiri teragak-agak untuk mempercayai keupayaan sistem islam
mendepani modenasasi. Lagi besar masalah bagi mereka yang islam, lagi berkuasa
namun tetap menolak sistem islam.
Tak perlu ciplak
sistem orang lain mentadbir negara. Lupakah kita nenek moyang kita pernah
mentadbir keseluruhan dunia. Era muhammadi sahaja punya tiga dinasti agung
seperti Umawiyyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah. Era sebelumnya juga lebih hebat!
Kita ada Iskandar Zulkarnain yang kekuasaannya bermula dari ufuk terbitnya
matahari sehinggalah ke ufuk terbenamnya ke dasar dunia. Kita juga ada Nabi
Sulaiman yang memerintah seluruh makhluk tuhan termasuk jin, syaitan dan
binatang. Islam lebih sarat dengan pengalaman berbanding barat, tinggal kita
sahaja yang lupa daratan sehingga bahasa sendiri pun dianak tirikan.
Bagi saya, soal kenapa
non muslim menolak islam bukan kerana diskriminasi ajaran islam terhadap
penganut agama lain. Soal tidak memahami agama islam juga mungkin benar, tapi
mungkin dikalangan golongan pertengahan dan bawahan sahaja. Sebagai kalangan
yang celik maklumat dan peka sekeliling, golongan atasan dan pemimpin mereka
sepatutnya sudah mempunyai asas tentang agama islam. Cuma mereka tersekat dari
memahaminya secara jelas kerana prinsip islam berbeza dengan pengamalannya.
Rakan-rakan sepangkat mereka dari kalangan muslim tidak beramal dengan ajaran
mereka sendiri. Freehair, tonggang arak, langgan pelacur, menipu,
rasuah, riba serta banyak lagi dosa yang dilakukan membentuk persepsi meragukan
dalam kotak pemikiran non muslim. Lebih memarahkan lagi persepsi mereka
terhadadap islam apabila institusi yang bertanggungjawab untuk menjaga agama
turut diseleweng penganutnya sendiri seperti lembaga zakat, tabung haji dan
yayasan-yayasan lain.
Jika perkara ini dapat
diatasi, samada dengan pemerintah muslim mengubah akhlak mereka atau muslim
lain mengubah individu yang memerintah, saya yakin bukan islam bukan sahaja
boleh menerima, bahkan terpesona dengan islam lalu menjadi saudara baru kita.
Ini kerana non muslim di negara kita tidak berfikiran seperti melayu, mereka
tiada istilah perkauman sempit ataupun sifat ekstremis agama. Mereka berfikiran
terbuka berlandaskan pengetahuan dan kebaikan hidup secara keseluruhannya.
Apa-apa yang menguntungkan kehidupan mereka, pasti tidak teragak-agak untuk
memilihnya.
Sedarlah kita
sebenarnya belum ada lagi satu pun negara islam dapat mentadbir islam secara
menyeluruh untuk dijadikan role model kepada agama lain. Inilah penyebabnya
doktrin islamofobia masih menebal di benak manusia.
Benarlah ungkapan emas
dari Malik bin Nabi (atau mungkin Hasan AnNadawi) bahawa ”ruginya dunia kerana
lemahnya umat islam.”
Akhir kata, zakat
fitrah pula adalah zakat berkadar tetap dari setiap orang muslim yang mampu (bukan
hanya orang jaya). Asal disyariatkan membayarnya adalah bermula masuknya Syawal
sehingga sebelum sembahyang raya agar orang kurang upaya turut sama boleh beraya.
Tapi ulama` berfatwa boleh dibayar awal untuk mengelak kesukaran membayar.
Asal bentuk bayaran
pula adalah makanan asasi yang kita makan yang tidak terlalu murah dan terlalu
mewah. Namun melihat kepada peredaran masa dan keperluan semasa, adalah
terlebih baik untuk kita berzakat dengan wang ringgit mengikut harga semasa
sesebuah negeri. Mereka boleh memilih keperluan yang sepatutnya.
Kita boleh membayar terus
kepada asnaf yang ditetapkan, atau mewakilkan kepada amil yang bertugas. Saya
memilih untuk memberikan kepada amil kerana mereka lebih tahu siapa yang lebih utama
menerimanya. Tapi saya periksa dahulu
latar amil tersebut dan kemana zakat itu disalur. Bukan ingin terlalu
merumitkan urusan, tetapi bimbang sistem zakat tidak membantu meningkatkan
taraf umat islam jika tidak diurus dengan betul. Kadangkala saya lebih memilih amil
kampung di suaru-surau daripada yang bertauliah kerana tahun lepas di daerah
saya sahaja (Kuala Terengganu), 72 orang amil berdaftar tidak menyerahkan hasil
zakat kepada pusat pungutan zakat.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....