Wednesday, September 11, 2013

TIPS MENGUASAI MUFRADAT BAHASA ARAB

Bahasa arab adalah bahasa yang amat kompleks. Berlainan dengan bahasa melayu atau bahasa inggeris yang biasanya hanya mempunyai dua subjek persekolahan paling banyak (yang wajib hanya 1 subjek yang wajib), bahasa arab mempunyai hampir 10 subjek yang berkaitan dengan bahasa sahaja termasuklah Nahu, Sorof, Balaghah, Mantiq, Adab, Insya`,Mutalaah (Bahasa Arab harian), Arudh dan Imla`.



Justeru itu, menguasai perbendaharaan kata bahasa arab adalah antara kunci penting untuk membantu pelajar menguasai bahasa arab engan lebih mudah, terutamanya kepada pelajar jurusan agama yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara yang rata-ratanya akan mengikuti kuliah oleh penyampai berbahasa arab 100%

Mengikut pengalaman, juga perkongsian sesama rakan dan ustaz-ustaz dahulu
, di sini saya kongsikan dua cara mudah untuk menguasai mufradat (perkataan-perkataan) bahasa arab.

CARA SATU
1- Sediakan satu buku catitan kosong, tulis 1 huruf mewakili setiap mukasurat.
2- Hafal satu perkataan arab beserta makna sehari
3- Pilih perkataan yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita seperti makan, tidur, meja, kerusi, bantal dan sebagainya.
4- Jangan lupa untuk mencatit perkataan itu dalam buku catitan mengikut mukasurat abjad yang kita tulis. Contoh perkataan (أكل) ditulis pada mukasurat huruf Alif mewakili huruf permulaan perkataan.
5- Boleh juga jadikan 1 hari dalam seminggu (sebaiknya hari cuti) sebagai hari untuk mengulangkaji kembali 6 perkataan yang kita hafal sepanjang minggu.
5- Sentiasa bersama buku tersebut sebagai rujukan.

CARA DUA
1- Semasa membaca teks arab, cari sendiri dalam kamus makna perkataan yang tidak kita ketahui.
2- Tulis perkataan tersebut pada buku yang dibuat sama seperti cara satu.
3- Apabila terjumpa perkataan sama, kita tidak perlu lagi menulis makna perkataan pada kitab/ditepi teks arab tersebut, tetapi hanya membelek buku catitan itu untuk mengetahui makna.
4- Sentiasa bersama buku tersebut sebagai rujukan.

Nota:
- Biasanya perkataan yang digunakan dalam tulisan bahasa arab kebanyakannya sama. Dengan menulis satu buku catitan kita tidak perlu membuang masa membelek kitab setiap kali terjumpa pekataan yang tidak difahami dalam teks arab.
- Andai sentiasa merujuk buku tersebut, insyaAllah dalam masa setahun pelajar mampu menguasai sekurang-kurangnya 400 perkataan bahasa arab. Bayangkan pula jika kita istiqamah dengan cara ini tiga tahun.

SELAMAT BERAMAL.

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....