Friday, March 1, 2013

KONSEP DAKWAH (ماهية الدعوة)


SYLLABUS USRAH THANAWI 1
SIRI II

Pengertian Dakwah
Dakwah berasal dari perkataan دعا membawa erti ajak. Secara istilah, ia bermakna mengajak manusia kepada Allah. Mengajak kepada Allah ialah mengajak kepada agamaNya iaitu islam, yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.

Dalil Wajib berdakwah

1. Firman Allah SWT
 وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
 [ال عمران:104]   
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ).


2. Firman Allah SWT:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
 [سورة النحل 125]
Ajaklah kepada jalan tuhanmu dengan penuh bijaksana dan peringatan yang baik dan berbahaslah dengan dengan cara yang paling baik.

Istidlal: Setiap arahan (فعل الأمر)  yang terdapat dalam al-Quran menunjukkan kepada wajib sekiranya tiada dalil lain yang menyatakan ketidakwajipannya.

3. Nabi Muhammad SAW adalah ikon dakwah paling agung. Semua sirahnya adalah berkisar tentang kehidupan seorang pendakwah. Beliau berhadapan dengan berbagai mad`u termasuk bapa saudaranya, ahli keluarganya, isterinya, sahabatnya, orang islam, orang kafir, orang badwi, orang munafik, orang bukan arab, raja, ahli perniagaan dan sebagainya. 

4. Manusia itu berasal dari kata نسي  iaitu lupa. Orang lupa senantiasa perlu diingatkan. Dan manusia juga bersifat tidak tahu sehinggalah diberitahu. Justeru itu dakwah menjadi satu keperluan untuk memberitahu orang yang tidak tahu seperti orang kafir, dan mengingatkan orang yang lupa seperti orang islam yang melakukan maksiat. Tanpa kewajipan menyampaikan islam, sudah tentu islam tidak akan tersebar dengan sendiri.

Sumber Rujukan
Dakwah adalah arahan Allah SWT. Sudah tentulah setiap arahan tu mempunyai SOP (standard of procedure) atau cara melaksanakannya seperti juga arahan yang lain contohnya sembahyang, ia mestilah dilaksankan dengan rukun, tertib dan syarat-syaranya. Dakwah juga ada rukunnya, ada syaratnya, dan ada pantang larangnya.

Rukun, syarat dan pantang larang dakwah boleh dilihat didalam beberapa sumber yang disepakati. Sebarang perlaksanaan dakwah yang bercanggah dengan sumber-sumber ini tidak boleh digunapakai. Sumber-sumber ini adalah:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Sirah Rasulullah
4. Sirah al-Khulafa’ ar-Rasyidin
5. Pengalaman ulama dan pendakwah dalam menjalankan usaha dakwah

Rukun Dakwah
1. Pengisian Dakwah (موضوع الدعوة) 
Pengisian dakwah ialah perkara yang ingin disampaikan kepada sasaran. Tidak lain dan tidak bukan perkara yang ingin disampaikan ialah Islam.
2. Pendakwah (الداعي)
Pendakwah ialah orang yang menyampaikan dakwah. Mereka mempunyai ciri-ciri tertentu, akhlak yang baik dan persiapan yang rapi dalam menghadapi dakwah.
3. Sasaran dakwah (المدعو) 
Islam yang perlu disampaikan oleh pendakwah perlu mempunyai sasaran dan sasaran ini tidak terhad kepada sesuatu bangsa, malah meliputi semua orang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.
4. Cara dakwah (الأساليب) 
Rasulullah menyampaikan dakwah dengan menggunakan medium dan method pelbagai.  Gabungan kedua-dua ini dinamakan manhaj.

Kelebihan dakwah
Sabda Rasulullah SAW:
الدَال على الخير كفاعله
Orang yang menunjukkan jalan berbuat kebaikan, (beroleh pahala yang sama) seperti yang mengerjakannya.

Dan sabdanya:
لأن يهديك الله منك رجلا واحدا خير من الدنيا وما فيها
Sungguh, jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki disebabkan kamu, adalah terlebih berharga nilainya dari nilai dunia dan seluruh isi perutnya.
  
Rujukan:
Usul dakwah – Dr Abdul Karim Zaidan


No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....