Friday, May 30, 2014

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS ISRAK DAN MIKRAJ (KHUTBAH JUMAAT 30/5/2014 MASJID PULAU KETAM)


YANG PERTAMA

الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الأسماء الحسنى والصفات العلى

وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وإمامنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم الدين
أما بعد

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri dan sidang jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman.
Allah SWt telah berfirman di dalam kitabNya:

سبحان الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا إنه هو السميع البصير [الإسراء:1]
Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya bukti-bukti kekuasaan Kami. Dan dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Sidang jumaat sekalian!

Allah SWT menceritakan kepada kita dalam ayat tersebut suatu kebenaran yang berlaku pada zaman kenabian Muhammad SAW iaitulah peristiwa Israk dan Mikraj. Sesungguhnya kisah Israk dan Mi`raj adalah sebuah kisah yang benar dan sarat dengan pengajaran buat hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Kebanyakan sejarawan islam memilih 27 rejab tahun kedua belas kenabian sebagai malam Nabi diisrak dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian diMikrajkan dari Masjidil Aqsa ke Langit yang ketujuh, seterusnya ke Sidratul Muntaha dan akhirnya berjumpa dengan Allah SWT. Umat islam wajib mempercayai kisah ini dengan sepenuh hati walaupun ramai pemikir-pemikir moden tidak dapat menerima kisah ini yang bertentangan dengan akal mereka yang lemah. Oleh kerana itu, pada 30 Rejab hari ini, marilah sama-sama kita menghayati beberapa noktah dalam peristiwa Israk dan Mikraj baginda.



Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu anugerah dan hadiah yang besar buat perjuangan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, sebelum peristiwa tersebut, Nabi mengalami satu ujian yang cukup besar buat fizikal dan mentalnya. Dua orang yang amat dikasihi iaitu isterinya, Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib telah diwafatkan oleh Allah SWT pada tahun yang sama.
Hadirin sidang jumaat sekalian!

Tuesday, May 27, 2014

CADBURY; POLITIK ISU untuk menutup ISU POLITIK.

BN sememangnya pakar dalam bidang ini. Mereka kenal mentaliti rakyat Malaysia. Kononnya prihatin, tapi tak sedar sedang dipermain. 

Saya tidak bermaksud menghina sesiapa yang ambil cakna isu Cabbury, tapi inilah pentingnya pendidikan politik kepada masyarakat tidak kira agamawan, intelektual, profesional, mahupun orang biasa.

Kalau anda sedar, kita sekarang sibuk dengan isu Cabbury. Bagus atas keprihatinan itu. Rakyat Malaysia memang sensitif isu agama. Tapi ingatkah kita, sebelum isu ini meletus, ada beberapa isu berlaku:

1) Panda.
2) Bukit Gelugor.
3) Cukai pintu Terengganu.
4) Tariff eletrik.
5) GST.

Ini semua ISU-ISU POLITIK yang perlu diselesaikan. Tapi kita telah disibukkan oleh media dengan iu Cabbury sana-sini. Lalu peduli kita terhadap isu di atas sedikit teralih. Akhirnya yang tersengih puas ialah orang politik juga. Plan mereka berjaya. Inilah yang dinamakan POLITIK ISU.

Tak kiralah samada isu Cabbury ini sengaja direka atau tidak, yang pasti orang politik tidak akan lepaskan peluang untuk memanipulasikannya.

Kadangkala saya malu dengan agensi agama yang ada dalam negara. Kalau bab halal haram dalam makanan, memang bising. Tapi kalau bab halal haram dalam pengurusan negara, macam hukum sewa panda, hukum naik tarif eletrik, hukum cukai pintu, GST macam buat-buat pekak pula. Takkan mereka fikir urusan sebegini terpisah dengan agama? Racun sekularisme masih menular teruk.

Saya pun tak tahu macamana nak ubati 'penyakit' rakyat Malaysia ini. Senang sangat dibeli dengan propaganda. Saya juga mungkin salah seorang yang terpengaruh kalau saya makan Cabbury, mujurlah dah lama saya tak sentuh 'benda' tu sebab boikot jenama yang menyumbang untuk israel.

Kesedaran politik orang kita masih rendah. Kerajaan dengan parti pemerintah pun tak tahu nak beza lagi. Siapa ada cadangan nak selesaikan ini?

Friday, May 23, 2014

KISAH NABI YUSOF DALAM PENJARA MESIR

Ketika Nabi Yusof berada dalam penjara, beliau mendengar cerita dua orang banduan yang turut berada dalam sel yang sama. Dua orang ini menceritakan mimpi aneh yang mereka hadapi. Seorang mimpi sedang perah anggur. Seorang lagi mimpi burung makan roti yang ada atas kepalanya. Mereka cuba bertanya mungkin Nabi Yusof tahu maksud mimpi tersebut.

Nabi Yusof menyatakan, bukan setakat mimpi mereka, bahkan menu yang bakal disajikan pada mereka dalam penjara itu sudah diketahui oleh baginda, sebelum makanan itu dihidangkan lagi. Ini membuatkan mereka tertarik dan kagum dengan kemahiran Nabi Yusof.

Namun Nabi Yusof tidak terus menta'bir mimpi tersebut. Baginda mulakan dulu dengan memperkenalkan Allah dan Islam. Baginda nyatakan, semua kemahiran adalah kurniaan tuhanNya, dan oleh kerana itulah, beliau meninggalkan agama yang karut dan mengikut agama asal Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakub.

Setelah berbicara berkait dengan islam, barulah Nabi Yusof menta'bir mimpi mereka. Bacalah surah Yusof bermula ayat 36 untuk mendalami episod ini.

Moralnya, Nabi Yusof mengajarkan kita seni dakwah yang hebat iaitu menggunakan kemahiran yang ada untuk mengajak orang kenal islam.

Saya percaya masing-masing ada kemahiran dan bakat tersendiri. Ada yang pandai berpidato, pandai menulis, pandai IT, masak, membaiki, bertukang, menyanyi, berlakon, mengajar, meniaga, mengira, mengurus, berceloteh, main bola, badminton dan sebagainya. Dan semestinya ada orang mengagumi kelebihan yang kita ada, terutamanya mereka yang tiada sudut kelebihan yang kita ada.

Walaupun dia hanya mekanik, dia pasti akan dikagumi oleh orang yang memerlukan khidmatnya. Walau dia hanya seorang suri rumah, pasti ada orang yang mengagumi masakannya. Hatta walau dia seorang peniaga, pasti dia ada pengalaman berharga yang tiada pada orang lain. Itulah daya tarikan yang kita ada.

Nabi Yusof ajar kita gunakan daya tarikan itu untuk perkenalkan islam. Kalau boleh sampaikan melalui lisan, itu yang terbaik. Tapi kalau tak mampu nak cerita, kita buat cara lain. Pasang audio kuliah di premis, tampal poster islamik, pakai t-shirt islamik, sediakan papan kenyataan untuk tampal poster program-program sekitar dan sebagainya.

Atau setidaknya, perkenalkan islam melalui personaliti kita. Jujur, amanah, bertolak-ansur, jaga waktu solat, menutup aurat, jaga batas pergaulan dan sebagainya.

Jangan tumpukan sasaran dakwah kita hanya kepada orang dewasa. Kalau kita tak pandai bawa Islam untuk dewasa, pasti ada remaja, budak, kanak-kanak ataupun bayi yang sukakan cara kita.

Jangan tumpukan masyarakat luar sahaja. Dalam rumah kita masih ramai yang belum tahu apa yang kita tahu.

Bila orang puji kita dengan kemahiran yang kita ada, jawablah dengan jawapan Nabi Yusof, "Inilah semua adalah kurniaan Allah padaku." Dan apabila orang kagum dengan personaliti kita, jawablah dengan hati yang ikhlas,

"Inilah yang Islam ajarkan padaku!"

Dakwah tidak semestinya ceramah.
Kredit untuk Nabi Yusof!

PRK TELUK INTAN ANTARA SIASAH, TARBIYYAH DAN DAKWAH

Sejujurnya saya sendiri terkesot hati apabila mendapat berita calon DAP adalah seorang muslimah free hair. Bertambah kecewa bila muslimah itu menolak perlaksanaan hudud. Ramai yang bertanya pada saya hukum mengundi dan berkempen untuk mereka. Saya tak boleh jawab. Fikiran saya dipengaruhi emosi yang kuat. Saya biarkan saja mana tahu ada pimpinan atau agamawan lain tampil mencerahkan kekusutan itu.

Namun soalan semakin bertambah. Rasa bersalah mendiamkan diri semakin menghantui. Akhirnya selepas emosi stabil, saya cuba berfikir dengan ilmu dan kewarasan yang ada, untuk dikongsi kepada yang turut kecewa.

Alhamdulillah, ada yang boleh terima pandangan saya. Dan memang ada yang menolaknya. Saya tidak kisah hal itu. Masing-masing punya cara fikir tersendiri.

Sebagai ahli gerakan, suka saya nyatakan pendirian ini melalui tiga perspektif; SIASAH, DAKWAH DAN TARBIAH. Jaga-jaga, perkongsian kali ini agak panjang.

1.SIASAH
Saya menulis artikel tersebut supaya kita mampu mengurus manusia bekerjasama, fokus untuk meminimakan jumlah seteru Islam. DAP mahupun Gerakan, dua-dua tolak hudud. Tapi adakah kita kuat untuk lawan kedua-dua mereka serentak? Manakah lebih mudah, dua lawan satu atau satu lawan satu?

Wednesday, May 21, 2014

CALON DAP PRK TELUK INTAN

Dua soalan yang sering ditanya di musim ini.

1. Saya pengundi Teluk Intan. Nak undi yang mana ni? Calon DAP yang tak nak sokong hudud atau Gerakan?

2. Saya ahli PAS. Boleh ke berkempen untuk DAP yang menolak hudud?

Jawapan:

Bagi pengundi, anda ada tiga pilihan.
1.UNDI DAP
2.UNDI GERAKAN
3.TAK MENGUNDI

Kalau anda undi DAP, calon dia tolak hudud
Kalau anda undi Gerakan, calon dia tolak hudud
Kalau anda tak mengundi, pemenang akan tolak hudud juga.

Ok. Jadi kesannya sama. Seri. Bermakna dalam hal calon tolak hudud, tidak boleh dijadikan penilaian untuk memilih. Kita perlukan penilaian lain.

Kalau undi DAP, kita boleh melihat bagaimana adilnya mereka menerajui Pulau Pinang. Agama islam tidak ditindas bahkan mendapat keistimewaan yang tidak dapat di zaman pemerintahan BN. Pulau Pinang dinobat kerajaan paling bersih mengikut laporan audit. Kalau undi Gerakan, semua ini tidak akan berlaku.

Lagi, jika undi DAP, mereka sebahagian PR, dan di sana terdapat PAS yang memperjuang hudud. Sedangkan Gerakan yang berada dalam komponen BN, tiada langsung pejuang hudud. PR berpakat dalam resolusi konvensyen 2011 mahu sama-sama mentadbir dengan saling menghormati dasar parti, sedangkan dalam BN, MCA awal lagi mengugut untuk keluar BN andai UMNO menerima hudud.  Mana lebih baik?

Jadi, pilih DAP bukan sebab sokong pendirian mereka, tetapi pilih sebab tidak mahu Gerakan menang. Adakah kita lebih sanggup lihat Gerakan menang? Lalu apa tindakan kita untuk tidak benarkan Gerakan menang?

Al-Quran ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4:

Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.

Umat islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.

Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.

Bagi pengempen pula, jawapannya tidak jauh berbeza. Kita membantu bukan bermaksud menerima mereka, tetapi bantu mereka untuk menumpaskan musuh yang lebih bahaya. Rasulullah memeterai Sulhul Hudaibiah bagi membolehkan beliau berdakwah ke luar tanah arab dengan lebih mudah, bukan kerana redha terhadap kekufuran musyrikin Quraisy.

Selesaikan satu persatu dahulu. Lepas selesai hadap Gerakan/BN, baru kita fikir macamana nak hadap DAP pula.

Cuma kita perlu jaga batas dalam berkempen. Bagi lelaki, tak perlu bersalaman dengan calon. Tak perlu tampal poster yang mendedahkan auratnya. Tampal logo partinya sahaja. Jaga keselamatan mereka. Kempen rumah ke rumah untuk mereka. Itu tak mengapa.

Terpenting adalah niat. Tanamkan dalam diri, tujuan kita adalah tumbangkan Gerakan. Ini suatu peperangan yang menentukan kelangsungan mereka. Yang bertanding melawan Dyana adalah Presiden Gerakan. Kalau mereka kalah, besar kesannya terhadap BN sekaligus membri keuntungan besar buat perjuangan Islam.

Jangan ada niat lain dari itu jika mahukan pahala. Demi islam.

Thursday, May 15, 2014

YA HANANA UAI

Kalau perasan, program-program selawat untuk mengingati Rasulullah SAW berkembang dengan amat pesat di negara kita. Ia semacam menjadi suatu fenomena dalam industri hiburan, yang menambah pilihan untuk mengisi kekosongan jiwa buat anak muda selain dari mengunjungi konsert-konsert liar.

Alhamdulillah, program sebegini mendapat sokongan dari pihak pemerintah sehingga PM sendiri tidak melepaskan peluang turut ber ya hanana dan berselawat. Sanubari rakyat Malaysia tidak seperti masyarakat negara lain yang terlalu memandang serong terhadap agama.

Kalau anda masih belum tahu, kajian war room sebuah parti politik Malaysia mendapati budaya berselawat besar-besaran ini adalah reaksi kepada sebuah lagi fenomena besar terhadap anak muda, iaitu Ustaz Azhar Idrus. Rata-rata pengkaji tidak menafikan sama sekali aura beliau memberi impak agak besar dalam keputusan PRU-13 baru-baru ini khususnya di saluran muda. Kalau tiada usaha mengekang pengaruh beliau, tak mustahil kita bakal dapat pemerintah baru.

Program selawat benar-benar mampu menarik crowd. Dan alhamdulillah, persaingan sebegini memberi untung untuk umat islam Malaysia. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa menganjur program keagamaan untuk meraih sokongan politik. Kalau dulu, nak hadiri satu ceramah agama terpaksa merentas sungai dan berbagai bentuk permukaan bumi, hari ini boleh pilih mana satu program agama mengikut selera, macam memilih kuih di bazar ramadhan pula.

Walaupun menguntungkan, pencebur dakwah melalui ruang politik tetap perlu berwaspada. Hari ini mungkin belum nampak wajahya, tapi pengalaman lampau sudah terlalu banyak untuk menjadi pengajaran. Tunggulah angin PRU14 bertiup nanti, pasti akan timbul isu pertembungan antara 'Geng Ya Hanana' dan 'Geng Demokrasi' atau apa saja nama yang bakal mereka cipta. Isu adalah oksigen parti pemerintah. Kebimbangan sebegini perlu disimpan awal supaya kita sentiasa teliti untuk mengkritik. Salah kritik, pasti jadi isu.

Kalau di peringkat antarabangsa isu Sunni Syiah jadi agenda musuh,  isu Habib vs Harakis jadi agenda di peringkat nasional menjelang PRU nanti.

Pesan saya, jangan sesekali terlibat jika ada percik api pertembungan. Sentiasa berada di tengah dan jangan seolah cenderung ke mana-mana kelompok. Jika tidak, agama islam pula yang akan menjadi mangsa fitnah.

Sentiasa ingat prinsip pemerintah kita; if u cannot beat them, use them. >:)

ALI, ABU DAN ACHONG

Ali, Abu dan Achong. Tiga peniaga ini berpakat untuk membuka tiga buah gerai sederet milik masing-masing berhampiran sebuah pasaraya. Abu ingin membuka gerai buah, Ali gerai air dan Achong gerai keropok.

Dengan pakatan ini mereka berharap dapat menarik pembeli untuk singgah membeli di 'bazar' mini sederet yang mereka wujudkan itu. Mereka yakin jika masing-masing buka di tempat berasingan, pembeli tidak begitu tertarik untuk singgah kerana kurang pilihan.

Pendek cerita, bermulalah perniagaan mereka. Abu dengan penuh semangat melaung-laung promosi buahnya. Ali juga giat menghias dan mempamer air jualannya sehingga membuat orang tergiur. Achong pun sama-sama menunjukkan semangat menarik pelanggan. Bazar mereka mendapat sambutan amat baik sehingga menjejaskan kunjungan di pusat membeli belah di sebelahnya.

Tetapi Achong tiba-tiba berubah. Dia mula sibuk membantu Ali  menjual airnya. Achong hanya membuka gerainya sahaja tanpa mengemas cantik seperti sebelum ini . Masanya lebih banyak dihabiskan untuk mengempen keenakan air Si Ali.

Perkara ini menyebabkan pembeli sendiri kurang senang apabila datang mengunjungi gerai keropoknya. Asyik-asyik cerita pasal air. Nak beli keropok pun susah sebab tak tahu berapa harga, perisa apa yang ada dan apa kelebihan keropoknya. Pengunjung mulai bosan dan mula mencari tempat lain untuk membeli keropok.

Selepas beberapa bulan Achong terpaksa menutup gerainya kerana tidak lagi dikunjungi. Ia sedikit sebanyak melemahkan tarikan orang kepada dua lagi kedai rakannya. Achong kini hanya menjadi pembantu di gerai Ali

Akhirnya tidak sampai setahun, kesemua kedai mereka terpaksa ditutup setelah pembeli tidak lagi mengerumuni bazar itu. Pilihan yang ditawarkan tidak menepati citarasa pelbagai pihak seperti dulu.

In parallel universe,

PAS, PKR dan DAP adalah sebuah pakatan untuk menarik masyarakat memilih 'bazar' mereka mengatasi bazar lain. Masing-masing punya idea dan daya tarikan tersendiri. Masing-masing juga ada sebab tersendiri dalam berpakat iaitu untuk meningkatkan pendapatan dalam akaun politiknya.

Tetapi amat malang jika PAS mempromosikan rakan lain lebih dari parti mereka sendiri. Ia bukan sahaja merugikan PAS, tetapi turut menjejaskan PR.

Saya tidak mahu ulas panjang. Beleklah sendiri Harakah.

Saya cukup kecewa..

KONSERT LIAR

Patutlah banyak sangat konsert-konsert liar nak diadakan kat Malaysia sekarang. Rupanya Nabi dah sebut lama:

" لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ , يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا , يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ , يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ , وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ ".

Ada dikalangan umatku yang akan meminum arak, tetapi menamakannya sebagai bukan arak. Mereka minum sambil melayan muzik dan nyanyian-nyanyian wanita. Allah akan lingkupkan bumi mereka, dan menjadikan mereka sebagai kera dan khinzir.

1. Hari ini banyak terjual minuman mengandungi alkohol lagi mengkhayalkan, dipek seperti air minuman biasa dan dijual di kedai-kedai biasa, walaupun majoritinya penganut beragama islam.

2.Hari ini, ramai orang agama memutar belit pengharaman arak, dengan mengehadkan arak yang diharam hanya yang dibuat dengan anggur. Atau alkohol sedikit tak apa walaupun memabukkan. Tujuannya adalah untuk menghalalkan perbuatan golongan tertentu demi habuan.

3.Hari ini, banyak konsert-konsert yang menghilangkan nilai kemanusiaan dan budaya ketimuran dianjur. Artis wanita dijadikan ikon. Muzik-muzik techno dipasang dengan nada amat kuat sehingga menyebabkan pendengar 'mabuk' di alam fantasi. Ini yang haram. Kalau sekadar muzik dan nyanyian biasa, ia adalah nikmat Allah yang halal di dunia dan akhirat.

4.Hari ini, betapa ramai yang meletakkan martabatnya sebaris dengan kera dan khinzir, iaitu menganggap akal adalah bebanan sehingga memilih arak, dadah, muzik berat dan sebagainya untuk menghilangkan akal. Mulianya manusia adalah kerana akal. Tanpa akal, binatang adalah lebih mulia dari manusia.

5.Hari ini, kita terdedah kepada bala Allah kerana maksiat yang dilakukan sebahagian orang. Sahabat pernah bertanya nabi, adakah orang-orang soleh juga akan menerima bala kecelakaan Allah? Jawab Baginda Ya, jika kerosakan terlalu berleluasa.

6.Hari ini, ramai orang-orang soleh menyibukkan diri dengan majlis-majlis zikir tanpa menjalankan perintah Amar Maaruf Nahi Mungkar dari Allah. Dr Abdul Karim Zaidan menyatakan, apabila berlaku maksiat dan kerosakan, orang soleh yang berada di negeri itu turut terkena bala kecelakaan dari Allah SWT sebagai hukuman, kerana mereka tidak mencegahnya.

7.Hari ini, lepas satu-satu tanda akhir zaman berlaku. Tak insaf-insaf lagi?

ILMU VS PENGALAMAN

Sewaktu sesi kuliah di Masjid Lama Jambu Bongkok semalam, ada orang tanya berkenaan hukum aurat dan ketaatan isteri pada suami dalam iddah. Saya jawab sudah tiada ketaatan! Lalu seorang jemaah menegurnya. Dia mempersoal bukankah si isteri tetap kena jaga makan minum suami selama masih dalam iddah?

Saya tersedar ada yang tak kena dengan penjelasan saya tadi, namun belum mampu menjawabnya secara terperinci. Saya mohon maaf dan izin untuk menjawabnya pada sesi kuliah akan datang.

Selepas sahaja menamatkan kuliah, Allah bukakan hijab akal lalu mengingati kembali FirmanNya yang berbunyi:

وللمطلقات متاع بالمعروف
Dan untuk orang-orang yang dicerai itu diberi nafkah yang sepatutnya.

Allah. Barulah cerah kembali kekusutan tadi. Berdasarkan ayat di atas, apabila ayat si suami wajib menunaikan nafkah pada isteri, bermakna isteri masih berada bawah suami dan ketaatannya masih tidak berubah! Kehidupan mereka tetap sebagai suami isteri yang biasa selagi belum habis iddah. Jika bersetubuh, hukumnya jadi rujuk kembali.

Saya belum sempat nak jelaskan kembali pada jemaah. Tak mengapalah, kuliah seterusnya masih ada. Lagipun ada dua lagi soalan yang saya tangguhkan jawapannya ke kuliah akan datang.

Apa yang menariknya ialah kelebihan ilmu yang dicedok dari pengalaman. Dihadapan saya itu rasanya tiada yang belajar syariah bersistem seperti saya. Tetapi mereka mampu mengesan sesuatu yang tak kena pada penyampaian saya. Ini kerana kehidupan bermasyarakat mereka pernah menghadapi masalah seperti ini. Saya pula walaupun sudah belajar tentang perihal ahwal syakhsiah muslim secara ditil, saya boleh lupa kerana tidak pernah berada dalam masalah dan situasi seperti itu.

Kerana itu jugalah fatwa Imam Abu Hanifah lebih praktikal dalam bab Muamalah kerana dia sendiri seorang peniaga. Pengalamannya mengajar. Fatwa-fatwa Umar ibn Aziz dalam bab percukaian relevan dengan masakini kerana dia sendiri pernah menjadi seorang pemungut cukai (kerajaan).

Ilmu tanpa pengalaman boleh mengundang kesilapan. Imam Nawawi yang banyak mengajar hukum-hakam ibadat sendiri pernah tersilap masuk melalui pintu lain semasa pertama kali mengerjakan Haji, kerana belum berpengalaman.

Tidak hairanlah jika kita melihat ada kalangan ulama' muktabar yang kadang-kadang tidak tepat dalam mengeluarkan satu dua fatwa contohnya dalam isu pemerintahan. Puncanya kerana mereka tidak terlibat dalam selok belok pemerintahan.

Rasanya inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz apabila ditanya kenapakah beliau masih berkecimpung dalam politik walaupun usianya sudah lanjut. Katanya, penglibatan dalam politiklah yang mematangkan ilmunya.

Kalau baca al-Quran ada disebut orang beriman, orang munafik dan musuh islam ada di setiap zaman. Dengan menyertai politik, kita boleh melihat siapa itu orang beriman, orang munafik dan musuh islam zaman sekarang seperti yang diceritakan tuhan.

اللهم فقهنا في الدين..

PESAN TIGA MURABBI

Tiga pesanan murabbi pada saya dan pada semua abnaul harakah.

1.PAS bukan sekadar parti politik. PAS adalah gerakan islam- Ayahanda M.Shukrimun Shamsudin, YDP PAS Kuala Nerus sewaktu usrah DPPKN di rumah kami.

2.PAS bukan Ikhwanul Muslimin. PAS bukan PKS. PAS bukan HAMAS. PAS adalah PAS- Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sewaktu usrah dengan mahasiswa di rumahnya, sebulan sebelum beliau dipanggil oleh Ilahi.

3.Jangan ingat PAS akan kekal selama-lamanya. Yang tetap kekal ialah Islam - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sewaktu usrah DPPNT di Dewan Tok Guru, Kg. Rusila.

~Pesanan ayahanda mengingatkan kita supaya tidak meng'sekular'kan PAS dan menjadi ahli yang hanya bergiat untuk gerakerja politik semata-mata. Jangan meletakkan target sekadar untuk pilihanraya akan datang sebaliknya letakkan target untuk akhirat. Tidak mengapa jika menganjur program yang tidak menguntungkan politik, asalkan menguntungkan islam. Program tarbiah, dakwah harus selari dengan siasah.

Gerakan islam tulang belakangnya tarbiah, nadinya usrah. Tanpa tulang belakang, lumpuh dan tanpa nadi, mati. Walaupun cawangan PAS dilihat masih aktif dalam keadaan tiada pengisian tarbiah, tapi aktif hanya sebagai parti politik. Sebagai sebuah gerakan islam, ia lumpuh dan mati.

~Pesanan Ustaz Harun pula membuat kita meyakini bahawa PAS yang kita dokongi punya cara tersendiri dalam menangani permasalahan umat. PAS tidak perlu gusar jika cara mereka berbeza dengan pendekatan gerakan islam lain di dunia.

Kita tidak bernaung dengan mana-mana gerakan islam lain, sebaliknya kita bekerjasama sebagai rakan sejawat. Malahan banyak ijtihad baru pimpinan PAS lakukan mendahului mana-mana gerakan islam lain seperti penubuhan DHPP serta kerjasama PR. Gerakan islam luar juga banyak menerima tunjuk ajar kepimpinan PAS terutama dalam proses pilihanraya demokrasi kerana PAS merupakan gerakan islam paling lama bertahan dalam cabaran ini.

Tuan Guru Presiden sekarang dipanggil ke Algeria dan Maghribi. Anaknya juga sedang diperlukan di Yaman dan Syria. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan peranan pimpinan PAS sudah seperti khalifah dunia islam. Sungguh malang jika masih ada yang memperlekeh PAS kerana tidak meniru pendekatan gerakan islam negara lain. Starting point kita pun sudah jauh berbeza.
هم رجال ونحن رجال.

~Pesanan Ayah Chik memperbetulkan kembali allignment kita dalam perjuangan. Selagi PAS masih ada, PAS lah wadah perjuangan kita. Tapi jika suatu hari nanti andai PAS terkubur/diharamkan (nauzubillah) seperti yang menimpa FIS, Ikhwan, Jamaat al-Nur, Refah, tidak bermakna perjuangan telah berakhir. Kewajipan berjemaah tetap perlu diteruskan dan islah ummat secara syumul tetap menjadi keutamaan. Di sana juga masih ada amal fardi dan amal ijtimaie selain amal jamaie.

Nabi berpesan selagi ada jemaah islam dan kepimpinannya, menjadi fardu ain untuk umat islam menyertainya dengan erti kata sebenar. Jika jemaah islam sudah lenyap, fardu ain kita pertahankan iman didada walaupun terpaksa membawa diri hingga memakan akar kayu.

اللهم ثبتنا في الدين..

Kenapa kita menentang TPPA?

Ambil satu lagi analogi mudah. Ali seorang peniaga runcit di sebuah pulau. Dia biasa borong barang jualan dengan seorang tauke dari tanah besar iaitu Samad.

Tiba-tiba Samad bina supermarket tepi kedai Ali.

-Samad jual barangan sama harga dengan apa yang dia jual pada Ali dulu. Ali jual mahal lagi sebab nak ambil untung. Agak-agak penduduk pulau beli yang mahal ke murah?
-Dengan pilihan dan stok yang lebih banyak di supermarket Samad, agak-agak orang awam serbu mana?
-Samad dah tak nak jual pada Ali sebab dia sendiri nak jual pada orang awam. Habis Ali nak jual apa? Ali terpaksa lingkup.

GST: FAHAM SEBELUM BANTAH

Negara kita sebenarnya telah mengamalkan cukai sejak sekian lama. GST bukanlah cukai baru sebaliknya hnyalah penjenamaan semula terhadap cukai SST. Bezanya:

1.SST tidak dikenakan pada setiap kali transaksi. GST dikenakan pada hampir semua transaksi termasuk di peringkat runcit.

2.SST tidak dikenakan atas semua barangan. Hanya barangan mewah/bukan keperluan sahaja. GST dikenakan atas semua.

3.Kadar SST ialah 10&6% dan kadar rata GST 6%.

4.SST mudah dipungut kerana pembayarnya terhad. GST bakal menghadapi kesulitan dalam pemungutan kerana pembayarnya berbilang peringkat.

Hasil pemerhatian, GST wajib dibantah kerana:

1.GST lebih mesra pengeluar, kapitalis dan tauke-tauke besar tetapi amat tidak mesra pengguna. Dalam bahasa mudah, GST menambah keuntungan kroni dengan memeras pendapatan rakyat. Yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin. Yang sederhana juga akan miskin.

2.Akan berlaku berbagai salah laku dan penipuan dalam pemungutan GST. Bayangkan kastam perlu pastikan setiap premis-premis perniagaan termasuk gerai, kiosk, kaki lima dan kedai mini membayar cukai. Semua itu menambah kos pentadbiran.

3.Harga barang akan meningkat dengan mendadak sedangkan cadangan pelarasan gaji belum kedengaran. Nak membina negara maju sepatutnya harga barang meningkat kerana  dipengaruhi kuasa beli rakyat, bukan kuasa rakus politikus.

4.Corak perbelanjaan cukai tidak diterangkan dengan telus. Ke mana cukai kita disalur langsung tidak diketahui. Sepatutnya hasil cukai perlu dipisahkan dengan hasil bukan cukai kerana hasil cukai ibarat yuran yang rakyat bayar kepada kerajaan untuk menjaga kebajikan mereka di Malaysia. Hasil cukai mestilah digunakan untuk manfaat umum yang optimum bukan manfaat sebahagian golongan sahaja.

5. Dengan GST, negara akan mengalami kemunduran seperti zaman gasar dan Firaun dahulu. Raja-raja memungut cukai dengan semua petani-petani miskin kononnya untuk membuat binaan yang langsung tidak memberi faedah pada rakyat bawahan seperti istana, piramid, koloseum, dan sebagainya walaupun falsafahnya ingin meningkatkan taraf hidup rakyat.

6. Walaupun cuma 6%, tapi sebenarnya pengguna akhir bakal menanggung cukai bertindih versi baru! Kemungkinan kadar cukai langsung + tak langsung yang terpaksa ditanggung mencecah 20% (6%+6%+6%+6%+).

7. Pasaran gelap berleluasa. Perniagaan tidak berdaftar tumbuh bak cendawan selepas hujan kerana ingin lari dari cukai. Dengan kesedaran patriotik di kalangan rakyat semakin menipis, penjenayah akan jadi ramai. Sepatutnya didik rakyat kesedaran berkebajikan, bukan didik mementingkan diri sendiri seperti sekarang.

8. Penyeludupan bakal meningkat secara tak langsung. Ramai pengguna bawahan terpaksa membeli barang seludup kerana ianya lebih murah. Memang menjahanamkan sistem ekonomi negara.

TEORI TAJDID HUDUD

Saya tidak tahu jika tulisan ini bakal mengundang rasa tidak senang bagi mereka yang sudah lama berjuang menegakkan hudud. Namun mengambil semangat sabda Nabi "Addenn Nasihah", saya kemukakan jua tujuh nasihat. Semoga membawa manfaat untuk masa depan umat di tanah air ini.

1. Cuba hidupkan terma 'hudud hanya untuk penjenayah' sebagai pembaharuan kepada tagline 'hudud hanya untuk orang islam.' Saya kira perkataan kedua ini membina gap dan kurang kukuh kerana dengan mudah di'spin' kata islam tak adil sebab orang islam mencuri kena potong tangan, bukan islam kena penjara saja. Ramai benar yang terpengaruh.

Orang yang menolak hudud juga bakal dilihat membela non-muslim dari sudut keadilan berhukum. Islam kelihatan eksklusif dan bertentangan dengan slogan rahmat untuk semua. Terma tersebut terlalu umum bagi sebuah makna yang dalam.

Sebaliknya menggunakan terma hudud hanya untuk penjenayah boleh menyatukan muslim dan non muslim kerana kedua-dua golongan ini sememangnya menolak jenayah.

Saya tabik dengan pendekatan 'hudud hanya untuk muslim' untuk suatu ketika dahulu. Tapi seperkara yang perlu diakui ialah kita mesti sentiasa perbaharui bentuk promosi agar sentiasa mampu menambat hati pelanggan.

لاينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان والأمكان

2. Minimakan perkataan 'hukum' hudud. Dalam Bahasa Malaysia, hukum antaranya membawa maksud balasan atas kesalahan. Itulah makna paling dekat yang akan singgah dahulu dalam pemikiran apabila perkataan hukum disebut. Bunyinya seolah islam suka menghukum.
Padahal dalam bahasa arab, hukum membawa maksud kaedah dan balasan sebenarnya ialah 'uqubah' .

Amalan perundangan dunia memisahkan antara fasal jenayah, perbicaraan dan hukuman. Rang Undang-undang Jenayah Syariah yang diperjuangkan PAS merangkumi ketiganya bukan hanya hukuman semata-mata.

Lebih lunak jika diguna perkataan 'undang-undang jenayah' hudud.

Islam amat menjaga soal wording kerana implikasinya besar. Tengoklah teguran tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 102. Dia minta tukar perkataan Ra'ina kepada Nzurna.

لا تقولوا راعنا وقولوا انظرونا

3. Highlightkan isu 'jenayah'. Banyakkan forum dan wacana pendedahan ancaman krisis jenayah di Malaysia. Bina mood sedar dan peduli masyarakat terhadap keselamatan dalam Malaysia dahulu. Bawa perkara ini sehingga rakyat sedar ada sesuatu yang perlu dibaiki. Banyakkan mendengar disamping bercakap. People dont care how much you know until they know how much you care.

خاطب الناس على قدر عقولهم

4. Kempen hudud melalui iklan-iklan yang indah dan mesra. Font, coloring, effect, background, border semuanya perlu diteliti. Saya terkejut bercampur kesal dengan beberapa helai t-shirt yang terpampang perkataan hudud dihiasi dengan gambar pedang dan tulisan warna merah. Poster ceramah penerangan hudud juga nampak angkuh dan tegas. Maaf, ia tidak membantu menarik masyarakat yang sedang sceptical dengan hudud.

الحكم على شيء فرع عن تصوره

5. Ceritakan isi-isi perundangan jenayah hudud lebih dari namanya. Lihat contoh kajian melibatkan lingkungan 300 orang responden ini sebagai panduan:

Soalan pertama yang ditanya ialah adakah anda bersetuju dengan perundangan islam? Majoritinya menjawab tidak bersetuju.

Soalan kedua datang dalam bentuk masalah. Jika anda menjadi mangsa jenayah, apakah hukuman yang anda akan pilih? Samada A (penjenayah perlu membayar ganti rugi kepada mangsa) atau B (membayar denda kepada kerajaan). Hampir keseluruhannya memilih A dan itulah prosedur hukuman islam, bermatlamat membela mangsa bukan menyeksa pesalah.

Lupakan nama fokuskan isi. Nabi SAW tidak kisah perkataan bismillah dan namanya dipadam dari mukaddimah dokumen Perjanjian Hudaibiyah dan diganti dengan nama lain oleh Musyrikin Quraisy kerana isinya lebih penting dari nama. Ini strategi.

العبرة بالمسميات لا بالأسماء

6. Ceraikan keenam jenayah hudud (murtad, mencuri, menfitnah, merompak, zina dan minum arak) dan fokus kepada satu-satu. Brunei memisahkan perlaksaan kanun jenayah syariahnya kepada beberapa fasa. Fasa pertama menekankan undang-undang solat jumaat.

Saya maksudkan bukan hanya ceraian dari sudut perlaksanaan sahaja, tapi harus dimulai dengan promosi. Pilih bunuh dan mencuri dahulu sebagai kempen melihat kepada kritikalnya. Dari sudut lain juga, bunuh dan curi juga boleh diterima penganut semua agama berbanding arak dan zina. Semangat pengsyariatan berperingkat perlu diterapkan.

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا.

7. Jangan terus menolak hujah golongan yang menyatakan ketidak relevanan hudud atas alasan kondusifiti. Bersetuju dengan mereka dari satu sudut walaupun tidak bersetuju dari sudut lain. Sokong hujah kondusifiti sememangnya menjadi syarat hudud, kerana suasana yang tidak kondusif mengundang syubhat yang membatalkan perlaksanaan hudud seperti yang berlaku di hari-hari pemerintahan saidina Umar. Tetapi dalam waktu yang sama menerangkan hudud amat kondusif di Malaysia masa ini dengan permasalahan jenayahnya yang begitu kritikal dan tidak sama seperti di Tunisia, Mesir atau Turki.

أهل مكة أدرى بشعابها

Walaubagaimanapun, saya menyokong penuh tindakan kerajaan Kelantan mengaplikasikan hudud dalam ruang yang ada. Lidah praktikal lebih fasih dari lidah teori. Tetapi teori tetap tidak boleh dikesampingkan. Iman dan amal sentiasa seiringan dalam lafaz al-Quran. Iman itu tahu dan amal itu laku.

Kerajaan menghabiskan hingga RM200 juta hanya untuk membentuk persepsi baik masyarakat terhadap GST. Takkanlah kita tak boleh melaburkan fokus untuk merancang penerapan persepsi baik masyarakat terhadap hudud. Kalau sekadar cerita kaedah perlaksanaan dan dalil kewajipan, ulama' silam dah sediakan semuanya. Kita perlukan suatu gerak seterusnya yang lebih membumi ke Malaysia.

Jangan terus melenting jika hudud belum diterima. Itu lumrah dakwah. Kekalkan istiqamah jangan sekadar istimrar.

Dakwah umpama meniaga. Dalam dunia perniagaan, kalau anda tidur sehari orang akan tinggal anda berbatu-batu. Anda kena sentiasa kreatif menawarkan sesuatu dan menghasilkan sesuatu.

Dunia dakwah apatah lagi. Gerak tajdid perlu sentiasa berlaku dalam keadaan musuh sentiasa bersaing untuk merebut mad'u. Kita tidak memperlekeh cara orang lama berdakwah tetapi bak kata hukama', perkara yang betul pada masa yang salah adalah tetap salah.

Kita fundamentalis, tapi bukan konservatif!

Maaf jika tersalah bicara. Mohon berbincang.

SURAT TERBUKA BUAT YAB PERDANA MENTERI ANTARA GST DAN ZAKAT

Kehadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, semoga berada dalam naungan dan redha Allah sentiasa di samping isteri tercinta.

Izinkan saya selaku rakyat jelata yang 100% menjalani kehidupan dibawah kerajaan pimpinan YAB hadir untuk menyampaikan pendapat demi  penambahbaikan taraf hidup di Malaysia kita. Tentu sekali tuan suka mendengar cetusan aspirasi anak muda Malaysia untuk bersama tuan mencorak masadepan tanahair, sepertimana yang tuan selalu nyatakan dalam himpunan 1M4U sebelum PRU13 lepas.

Tuan, saya sehingga kini tidak melihat dimana kewajaran GST dilaksanakan. Dengan kadar kemiskinan semakin pesat meningkat, kenapakah pihak tuan masih mahu menambah beban? Bagaimana kadar kemiskinan boleh dikurangkan dengan mengambil hak mereka pula? Sudahlah belanja mereka untuk makan tidak cukup, tuan rampas lagi kemampuan mereka untuk berbelanja. 6% itu amatlah besar nisbahnya dengan pendapatan rakyat.

Kemajuan ekonomi bukan sekadar bangunan tinggi semata-mata. Bila tuan sempitkan kuasa beli mereka, permintaan dagangan akan berkurang, mereka tidak akan mampu beli apa yang mereka mampu beli selama ini, lalu mengakibatkan aliran tunai lembab kerana barang yang tak terjual, pelaburan terbantut, premis perniagaan kerugian dan gulung tikar, pengangguran bertambah lalu menambah jumlah fakir miskin. Justeru untuk terus hidup, penganggur dan fakir miskin terpaksa jadi penjenayah. Inikah yang disebut sebagai kemajuan ekonomi?

Amat pelik. Jika dibandingkan dengan kebanyakan negara lain, Malaysia adalah antara negara paling kaya hasil buminya. Langit, bumi, dasar bumi dan dasar laut semuanya sarat dengan harta. Tapi kenapakah masih ramai yang tidak punyai tepmat tinggal? Isunya bukan seperti Amerika, Singapura, Canada, Switzerland, Jepun dan negara yang maju kerana cukai. Mereka terpaksa pungut cukai kerana tiada hasil bumi. Kita sudah kaya. Soalnya ialah pengurusan dan pengagihan kekayaan itu.

Sebelum tuan tambah bentuk-bentuk cukai yang baru (terbaru kenaikan cukai pintu sehingga 200%), apakata tuan perkasakan dahulu cukai-cukai yang telah ada. Saya maksudkan ialah cukai islam iaitu zakat. Uruskan dahulu zakat menjadi wajib seperti cukai. Tubuh penguatkuasa yang boleh mengambil tindakan terhadap orang kaya yang liat membayar zakat seperti kastam atau LHDN. Cipta satu sistem pintar untuk selenggara kerja-kerja sebegini.

Tuan, kemajuan ekonomi yang dianjurkan islam ialah melalui sistem zakat. Orang-orang kaya sahaja yang dipungut cukai, bertujuan untuk diagihkan pada mereka yang memerlukan, supaya tidaklah kekayaan itu berlegar dikalangan orang kaya sahaja. Itupun hanya 2.5%.

Firman Allah SWT:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا ٌ

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
[At-Taubah:103]

Melalui ayat di atas, Allah SWT mewajibkan pengambilan zakat oleh kerajaan terhadap orang kaya. Tetapi yang berlaku, zakat di Malaysia tidak diwajibkan bayar. Yang wajib ialah cukai sahaja. Kenapa berlaku sedemikian?

Adakah kerana hasil zakat tidak boleh disentuh melainkan oleh 8 asnaf yang sahaja manakala hasil cukai pula boleh dicurahkan kepada orang-orang kaya dan kroni berada? Adakah ini punca kekayaan negara tidak tersalur pada rakyat bawahan?

Sedarlah tuan, apabila duit orang kaya mengalir pada orang miskin, kuasa beli mereka bertambah dan akan meningkatkan permintaan terhadap barang dagangan. Lalu tumbuhlah premis-premis perniagaan untuk menawarkan permintaan masyarakat, peluang pekerjaan meningkat dan pelaburan mencurah-curah. Hasilnya, bukan sahaja orang miskin boleh keluar dari kepompong kemiskinan, syarikat kaya juga bakal menambah hasil.

Saya yakin, dengan pengurusan yang betul bukan sahaja golongan susah di Malaysia akan terbela, malahan hasil Malaysia juga cukup untuk disalurkan sebagai bantuan kemanusiaan ke negara-negara bencana yang lain seperti Syria, Myanmar, Mesir, Palestin, dan negara-negara Afrika.

Dan saya yakin, kita tidak memerlukan lagi TPPA waktu itu kerana kita sudah mampu mengurus ekonomi kita sendiri. Pedulikan saranan-saranan Obama tempohari kerana Malaysia sendiri sudah cukup kaya dengan intelektual yang sedia berkongsi idea membangunkan Malaysia.

Saya harap agar tuan segera fikirkan saranan ini. Jangan sekadar lena di singgahsana Putrajaya dengan kemewahan hasil cukai sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas siang malam untuk menyara tuan anak beranak.

Maaf, Sekian.

Yang Ikhlas,
Anak Muda,
Generasi baru Malaysia.
(Alang Ibn Shukrimun)

SEPULUH BINTANG UNTUK AKP ZON TIMUR

Sepuluh bintang! Itulah respon yang boleh saya berikan untuk program AMILIN PERINGKAT ZON TIMUR yang diadakan pada 3&4 Mei 2014 lepas. Program anjuran Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ini melibatkan peserta yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan dalam negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan dan bertempat di Perdana Resort, Pengkalan Chepa, Kelantan . Dewan Pemuda PAS Kelantan diketuai Ustaz Ahmad Fadli Shaari turut terlibat secara langsung sebagai tuan rumah.

AKP adalah sebuah portofolio dibawah DPPM yang bertanggungjawab melatih dan membina keperibadian pemuda-pemuda sebagai pemimpin negara masa depan. Pemuda-pemuda yang menjadi peserta AKP ini diterapkan dengan nilai-nilai islam sebenar bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Untuk menjayakan matlamat itu, AKP DPPM menyusun beberapa program AMILIN mengikut lima peringkat di Malaysia seperti Zon Timur, Zon Barat, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara dan Sabah Sarawak. Program ini adalah yang ketiga selepas Zon Utara dan Tengah.

Aturcara yang bermula sejak petang jumaat itu menyajikan pengisian yang cukup bermakna. Rakan-rakan yang datang sejauh Kuala Krau dan Temerloh nyata tidak kecewa dan sangat berpuashati menikmati perkongsian yang ditawarkan. Dua hari satu malam di serambi Mekah itu lebat dengan taburan mutiara untuk ditadah pulang ke medan masing-masing.

Orientasi asas program ini mengsasarkan tiga objektif utama iaitu ADVANCE MANAGEMENT, ILTIZAM dan INFLUENCE. Saya kira orientasi sebegini amat wajar diketengahkan melihat kepada galur kejayaan pimpinan PAS zaman berzaman.

Apa yang menarik, program AKP ini menampilkan kelainan yang belum pernah kami temui. Walaupun ianya anjuran sayap kanan induk bagi sebuah entiti berobjektif seperti PAS, ia langsung tidak membicarakn soal pendapat dan teori tertentu. Sebaliknya kami diberi kebebasan serta keyakinan untuk terus beridea dan berinsiatif sendiri demi memajukan islam. Sesuai dengan jiwa muda yang idealistik dan agresif, kami juga diajar untuk terus kritis dan berani kehadapan mencorak tanah air ke arah yang lebih baik.

Kami juga diberi peluang mendekati masyarakat berbagai golongan dan agama dalam misi dakwah menerangkan islam di sekitar Pantai Cahaya Bulan.

Paling berbekas di lubuk hati saya ialah slot Influence. Kami diperkenalkan dengan tokoh-tokoh berpengaruh dari seluruh dunia.  Saya sangat tertarik mengenai AlMarhum Pak Hamid, aktivis PAS yang mungkin tidak dikenali ramai. Beliau meninggal ketika mengendalikan latihan kawad Jabatan Amal Malaysia. Sebelum meninggal, beliau sempat berucap dihadapan para pelatihnya dengan mengangkat sijil tauliah kawad yang diperolehi dari Kamunting.

"Ini sijil yang saya perolehi untuk ajar kamu. Saya dah ajar semuanya. Sekarang saya sudah tidak ada apa-apa hutang lagi dengan Allah." Selang beberapa detik, beliau terus rebah dan bertemu Ilahi dalam pakaian merahnya yang masih tersarung kemas.

Dengan tayangan gambar jasadnya yang bersih dalam kafan putih, wajahnya menguntum senyum. Dengan efek musik yang dimainkan, dalam tak sedar airmata saya mengalir deras.

Walaupun hayatnya tidak begitu dikenali, tetapi matinya menghidupkan semangat ahli untuk beramal kerana Allah. Matinya mempengaruhi sang hidup.

Saya kira seluruh peserta bersetuju Pak Hamid dinobat sebagai Tokoh Berpengaruh dalam program Amilin Zon Timur kali ini.

Berbalik pada perjalanan program, walaupun yang datang bukan dari latarbelakang yang sama; dari yang berjawatan penting di kawasan hingga yang tidak berjawatan, dari umur 20 an sehingga mencecah 40, dari puncak bandar hingga ceruk kampung, semuanya tidak kekok untuk duduk dan bermalam bersama. Tiada sesi suai kenal secara khusus diatur tetapi sepanjang program berlangsung, kami mampu untuk berkenalan sesama lebih 100 orang peserta!

Semua pengendali yang ditampilkan juga hebat belaka. Mereka terdiri dari pengusaha syarikat perunding berpengalaman yang telah banyak mengendalikan program-program bimbingan di syarikat swasta tempatan mahupun antarabangsa. Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia sendiri, Ir Hj Khairil Nizam, exco DPPM, Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden, Farid, Zaim, Nazir dan Kusyairi.

Saya cukup kagum dengan pengorbanan kesemua pengendali yang meninggalkan kerjaya mereka dan datang menjelajah setiap bucu Malaysia tanpa dijanjikan sebarang habuan material. Hanya Allah yang mampu menilai sebaiknya.

Sesi penutup diakhiri dengan ucapan inspiratif dari Ir Hj Kharil Nizam yang juga Pengarah AKP Pusat. Dengan penuh harapan beliau menyatakan, seorang ketua perlu sentiasa berkongsi wawasan dan matlamat bersama orang bawahan dalam setiap pertemuan agar mereka berasa dihargai dan diperlukan. Sebelum mengakhiri ucapan beliau sempat menyatakan untuk terus mengadakan siri-siri program AMILIN  yang seterusnya.

MUHAMMAD MARWAN BIN M.SHUKRIMUN
EXCO DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN KUALA NERUS
TERENGGANU
5/5/14 | 14.44

BEZA DUA MAQASID HUKUMAN

Hukuman dalam undang-undang jenayah konvensional bermatlamatkan MENYEKSA dan MEMBALAS. Undang-undang jenayah islam pula bermatlamat MENCEGAH dan MEMBELA.

1.HUDUD; ANTARA MENGUBAH DAN MENCEGAH.

Teori undang-undang konvensional jelas meletakkan hukuman yang diambil bersifat sakit dan menyeksa dengan alasan mereka akan menyesal dan takut untuk melakukannya lagi. Mereka anggap dengan hukuman tersebut, mampu mendidik pesalah untuk berubah.

Teori hudud pula bermatlamatkan pencegahan bukan penyeksaan. Tujuannya bukan untuk membaiki pesalah semata-mata tetapi untuk memberi amaran kepada yang lain. Sebab itulah hukuman dijalankan di khalayak umum.

Untuk hukuman mati, kaedah konvensional adalah menggantung leher sehingga mati. Mata yang terbeliak dan lidah yang terjelir kebiruan jelas menunjukkan seksanya si mati sebelum mati.

Kaedah hudud pula adalah pancung. Dengan pedang tajam dan percikan darah, ianya amat menggerunkan yang melihat. Tetapi pesalah akan mati dengan jalan yang paling mudah dan cepat, tanpa menanggung sakit sebelum mati. Jika ada jalan yang lebih mudah selain menggunakan pedang mengikut saranan pakar perubatan, ianya pasti akan diamakan.

Hukuman sebat konvensional pula dengan cara menelanjangkan bahagian punggung dan disebat menggunakan rotan tebal sekuat-kuatnya sehingga menceraikan isi dengan kulit. Dengan kecederaan yang menampakkan daging dan urat saraf, Pesalah tidak akan mampu menyarungkan kembali pakaiannya dan berisiko untuk menerima kecacatan kekal.

Hukuman sebat dalam islam pula tidak perlu menelanjangkan diri, hanya menggunakan rotan nipis dan dirotan tidak lebih dari kadar yang ditetapkan. Sekiranya terlebih, pesalah berhak menuntut ganti rugi.

Hukuman potong tangan juga tampak mengerikan, bertujuan menakutkan orang daripada melakukan pencurian. Hakikatnya, ia dijalankan dengan meminimakan rasa sakit. Zaman dahulu, tangan pesalah akan dicelup kedalam minyak panas khas untuk segera memberhentikan darah dan menghalang rasa sakit. Dengan teknologi bius hari ini, proses tersebut pasti bertambah mudah.

Pendek kata, kaedah konvensional zahirnya lembut tapi hakikatnya keras dan ganas sedangkan kaedah islam zahirnya menakutkan tapi hakikatnya ringan dan rahmat.

2.QISAS; ANTARA MEMBELA DAN MENYEKSA.

Hukuman konvensionl bertujuan hanya untuk membalas perbuatan buruk dengan akibat yang buruk tanpa mengambil kira nasib mangsa dan masyarakat. Hukumannya adalah mengikut apa yang ditetapkan undang-undang. Boleh jadi hukuman yang diterima lebih ringan dari jenayah yang dilakukan, menyebabkan mangsa tidak berpuashati dan mencari jalan untuk membalas dendam. Perkara ini boleh menjejaskan kestabilan dalam masyarakat.

Hukuman qisas pula tujuannya membela mangsa serta orang ramai. Mangsa diberi kuasa penuh samada membalas dengan setimpal, menuntut bayaran atau memaafkan begitu sahaja. Kerajaan boleh menjalankan hukuman alternatif jika mangsa memaafkannya begitu sahaja.

Kaedah qisas, nyawa di balas nyawa, telinga dibalas telinga, mata berbalas mata dan harta diganti harta kecuali dimaafkan mangsa. Dengan amalan qisas, hak asasi individu terpelihara dan keadilan sejagat terjaga.

KONDUSIF ANTARA KAHWIN DAN HUDUD

Saya tertarik dengan perumpaan seorang pimpinan PAS di Terengganu. Beliau menyamakan jenayah syariah dengan kahwin. Saya cuba luaskan lagi analogi itu dari dimensi yang berbeza.

Ramai antara kita yang pernah menempuh berbagai pengalaman semasa menuju ke gerbang perkahwinan. Ada yang terus berkahwin bila cukup sahaja syarat. Bila keinginan itu ada, dan kudrat zahir dan batin cukup, terus sahaja kahwin walaupun masih fresh graduate. Kerja tetap pun belum ada. Calon pun baru nak cari. Kursus kahwin pun baru daftar.

Ada yang lambat kahwin sebab merasakan keadaan masih tidak kondusif, seperti masih muda, nak tumpu belajar, nak ada kereta dulu atau rumah dulu, nak khidmat untuk keluarga dulu dan macam-macam. Semua perkiraan itu dibuat dengan andaian akal, walaupun tidak disyaratkan oleh syarak

Hasilnya, kita boleh lihat selepas mereka kahwin. Yang kata nak tunggu kondusif dulu, bila dah kahwin, rumahtangga porak peranda juga. Cerai berai masih berlaku walau majlis kahwin berhabis belasan ribu ringgit. Statistik kes perceraian berlaku di kalangan mereka yang berkahwin pada waktu yang mereka fikirkan 'kondusif' yang tidak disebut syarak.

Kebanyakan yang kahwin bila cukup sahaja syarat pula, walaupun kenduri kecil, walaupun hantaran sedikit, walaupun tanpa bulan madu, mampu kekal ke anak cucu.

Kenapa keadaan sebegini berlaku? Ianya sebab kebimbangan ciptaan akal melebihi keyakinan terhadap jaminan Allah.

Dalam perkahwinan, islam banyak mengajar supaya dipercepat dan permudahkan kahwin. Antaranya sabda-sabda Rasulullah SAW:

1. Apabila datang kepadamu (wahai wanita) seseorang yang kamu sukai agamanya, maka kahwinlah dengannya.

2. Apabila kalangan kamu ada kemampuan, maka kahwinlah.

3. Adakanlah jamuan, walau dengan hanya seekor kambing.

4. Berilah mas kahwin, walau dengan sebentuk cincin besi.

5. Perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling mudah mas kahwinnya (untuk ditunaikan).

Sekilas pandang, sabda-sabda diatas menafikan suatu kondusiviti yang dibentuk oleh akal, iaitu persediaan rapi terutama dari sudut material dan penerimaan masyarakat. Andaian-andaian akal manghantui bakal pengantin seperti kesempitan hidup, kesusahan mengurus rumah, kesukaran menghadapi karenah mertua, nasib anak-anak yang bakal lahir, mulut-mulut kenalan yang memperlekeh perkahwinan sebab muda sangat, ringkas sangat dan sebagainya.

Namun orang yang ikhlas berkahwin kerana menurut saranan baginda, lalu mengenepikan mainan akal yang mungkin dikuasai syaitan, nescaya tuhan bukakan pintu rezeki dan kemudahan seluasnya. Lepas kahwin, dapat kerja. Lepas kahwin, dapat beli kereta, beli rumah. Lepas kahwin, naik gaji. Lepas dapat anak, dapat pula kerja sampingan. ini semua berkat meletakkan keyakinan pada jaminan Allah.

Justeru, masih lagikah kita membelenggu akal dengan ketakutan kondusiviti? Sedang tuhan menjanjikan berbagai keberkahan kepada yang melaksanakan suruhan dengan penuh yakin.

Wallahualam.