Wednesday, July 31, 2013

KERANA MULUT BADAN BINASA


Daripada Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu (dalam sebuah hadith yang panjang) ...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:
''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''.

Kemudian Baginda SAW bersabda pula:
''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''.
[ HR Tirmizi]
  
Lidah merupakan anugerah Allah SWT yang besar kepada manusia. Ia walaupun kecil tetapi

Tuesday, July 30, 2013

LAILATUL QADR

Nabi SAW jika datangnya 10 malam terakhir, dia akan mengikat kainnya (menjauhi isterinya dari tempat tidur), menghidupkan malamnya, dan mengejutkan ahli keluarganya,

Itu semua gara-gara meneka malam lailatul qadr. Tidak dinafikan nabi adalah hamba yang paling berkualiti amalannya. Namun dia tidak pernah melepaskan peluang mencari malam agung itu.

Satu malam bersamaan 83 tahun ibadat non-stop! Kita hidup di dunia pun belum tentu sampai 70 tahun. Jika sampai pun, bukannya kita beribadat sejak dari lahir. Mungkin ada yang baru kembali ke pangkal jalan pada usia 40an.

Hebatnya Lailatul Qadr! Dua rakaat pada malam itu mungkin dapat menampung segala dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan seumur hidup.

Lalu mengapakah tuhan sembunyikan malam itu dari kita?

TIGA PEMBINASA: RIYA’

 Riya` merupakan salah satu antara dosa hati yang membinasakan dalam diam mengikut hadis:

Tiga perkara yang membinasakan;
1.       Kedekut yang ditaati (Hasad)
2.       Hawa nafsu yang dituruti (Riya`)
3.       Bangga seseorang terhdapa dirinya.(Ujub)

Riya` secara umumnya bermaksud segala amal kebaikan yang dilakukan, bertujuan selain dari kepada Allah SWT. Ia termasuklah melakukannya untuk mendapat gelaran manusia, memikat hati, bodek, jawatan, habuan dunia dan sebagainya.

Riya’ juga dikenali dengan syirik kecil menurut hadis nabi SAW.



Persamaan syirik dan dan riya’ adalah kerana meletakkan martabat Allah sama dengan makhluk. Jika syirik kita mempercayai ada kuasa selain Allah yang boleh menentukan kejayaan kita di dunia, mengurnia rezeki atau memudaratkan kita selainNya, riya’ pula

Saturday, July 27, 2013

MESIR DAN SEDEKAH

Bagi mereka yang celik isu semasa, pasti tahu apa yang berlaku hari ini di timur tengah. Dan bagi yang mengkaji hadis nabi, pasti mengimani kebenaran sabdanya bahawa umat nabi SAW akhir zaman ini akan dihurung musuh sebagaimana hurungan pemangsa terhadap makanannya dalam hadis yang berbunyi:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها
[HR Abu Daud dll.]

Hakikatnya mesir hari ini bukan hanya berhadapan dengan rakus junta tentera pimpinan al-Sisi, lebih dari itu mereka menghadapi gabungan kuasa besar kuffar dan munafiqin yang campur tangan dalam mempertahankan kerajaan haram itu. Saudi, UAE, Kuwait, Israel bahkan Amerika sendiri menjadi pemain utama di balik tabir kepada boneka tentera Mesir. Mereka menyuntik dana yang cukup besar sehingga 40 bilion bagi mendokongi agenda tentera Mesir meleraikan tumbukan ekspresi rakyat.

Benar jugalah apa yang Allah firmankan bahawa:

والذين كفروا بعضهم أولياء بعض
Dan orang-orang yang ingkar terhadap ajaran islam itu saling bertolong-menolong.
[al-Anfal:74]

Walaupun anutan mereka berbeza, tetapi bila menghadapi islam, mereka bersatu. Musuh islam keliling pinggang sebagaimana digambarkan nabi.

Lalu apa tindakan kita? Hanya termangu menghitung nasib? Peristiwa mesir bukan sebuah filem.Ia adalah satu episod daripada sequel panjang perjuangan islam dunia. Episod seterusnya bakal kita lihat di tempat-tempat lain, dan semestinya negara kita

Friday, July 26, 2013

PERIHAL BERBUKA

Sabda Rasulullah SAW:

للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح، وإذا لقي ربه فرح بصومه
“Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. Gembira bila tiba waktu berbuka, dan gembira bila bertemu tuhannya.”
[HR Bukhari & Muslim]

Ada ulama` menterjemah gembira pertama itu dengan kegembiraan di hari raya. Namun kedua-dua maksud itu menggambar kegembiraan sebenar mereka yang berpuasa.

Tanpa puasa kita mungkin lupa banyak nikmat dan rezeki yang Allah SWT kurniakan saban hari pada kita. Langsung tidak gembira bila berada di hadapan rezeki di bulan lainnya.

Seseorang akan melihat sebelah mata bila keretanya yang diparkir di hadapan rumah masih ada di situ setiap hari. Cuba bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila suatu mereka keluar rumah, dan mendapati kereta itu tidak ada?

Masa itulah baru mereka menyesal, susah hati dan mula mengenangkan betapa besarnya jasa saat kereta itu masih wujud. Baru tahu nak bersyukur?

Tiba-tiba selepas maghrib, kereta itu dijumpai semula setelah ditinggalkan pencuri. Saat itulah barulah kita gembira yang teramat dengan kereta itu, dan mula berjanji pada diri untuk sentiasa mengawasinya. Eh, kenapa

ADA APA DENGAN AL-QURAN?

Pasti ramai sudah berbicara mahupun menulis tentang Nuzulul Quran. Tulisan ini bukan menambah semak, cuma membawa perkongsian yang ada di dada.

Al-Quran adalah peta bagi mereka yang tidak pernah menuju ke suatu destinasi yang dipanggil akhirat. Pemandu arahnya yang pernah melihat hari akhirat hanya seorang, iaitu Nabi Muhammad SAW. Amatlah siapa yang menjadikan al-Quran hanya sebagai bacaan bertajwid semata-mata, tanpa ambil iktibar darinya.

Nabi sudah tiada. Tapi ditinggalkan bagi kita sebuah peta lengkap menuju syurga. Kita tidak akan sesat sekali-kali.

Persoalannya adakah kita tahu membaca

Wednesday, July 24, 2013

SAHUR

Sabda Rasulullah SAW:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan.
[HR Bukhari]

Sahur merupakan kunci Ramadhan. Tanpa sahur, puasanya tiada kualiti, Ramadhannya sia-sia kerana keberkatan menurut istilah bermaksud pertambahan kebaikan. Keberkatan juga merupakan tawaran utama Ramadhan al-Mubarak (Mubarak bermaksud yang diberkati).

Allah SWT sengaja memilih untuk hamba waktu sahur pada sepertiga akhir malam, supaya kita tidak hanya bangun untuk makan dan minum, tapi bangun untuk bersama dengan Allah diwaktu yang disebut dalam hadis Qudsi, bahawa tuhan akan turun ke langit dunia di sepertiga akhir malam, mencari hambaNya yang sedang meminta-minta(doa dan keampunan) untuk diberikan pada mereka.

Amatlah rugi jika kita bangun hanya untuk tujuan jasmani, bukan rohani. Paling kurang pun solat 1 rakaat witir.

Dari sudut kesihatan pula,

Tuesday, July 23, 2013

ISTIQAMAH (Ibadah smart not ibadah hard)




15 ramadhan bermakna kita berada di pertengahan, antara permulaan dan pengakhiran. Kalau mendaki bukit, bermakna kita sedang berpaut di lereng yang tinggi, namun masih punya seklai ganda perjalanan menuju penamat. Letih untuk berpatah balik adalah sama letihnya untuk menamatkan pendakian.

Sepeti tahun-tahun sudah, saat ini manusia sudah mula melompangi saf terawih. Istiqamah terus teruji. Azam terawih penuh, 30 juzuk quran, sedekah tetiap hari mulai pudar. Hal ini mengingatkan tentang ayat dalam surah Hud:

فاستقم كما أمرت
Istiqamahlah sepertimana kamu disuruh.

Beratnya maksud ayat ini menyebabkan rambut nabi beruban dan kelihatan tua. Masakan tidak, hati itu sifatnya sentiasa berbolak balik. Ada hari aktif, ada pasif. Ada semangat, ada terkulai.

Tambah pula tuhan ciptakan pada kita musuh yang amat hebat. Musuh yang

Monday, July 22, 2013

KENAPA NERAKA YANG DIPILIH

Daripada Jabir Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda :
''Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api maka banyaklah belalang dan rama-rama yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku (Rasulullah SAW) berusaha memegang simpulan kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu yang masih juga hendak melepaskan diri daripada peganganku''.
 [HR Muslim]

Dan dalam hadith yang lain riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda :
 ''Semua umatku akan masuk ke dalam syurga, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya : ''Ya Rasulallah, siapa yang tidak suka masuk ke syurga?'' Rasulullah SAW menjawab : ''Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk Syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk ke syurga''.
[HR Bukhari]

Umat Islam adalah umat yang dirahmati oleh Allah SWT, dan Nabi Muhammad SAW adalah bergelar Nabiyyur Rahmah ertinya Nabi yang membawa rahmat bagi sekelian alam. Sebelum Nabi SAW

DIDIK ANAK BERPUASA


عن أبي جبيرة قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " الولد سيد سبع سنين ، وعبد سبع سنين ، ووزير سبع سنين ، فإن رضيت مكاتفته لإحدى وعشرين
[مجمع الزوائد - نورالدين الهيثمي]
Daripada Abi Jabirah berkata: Sabda Rasulullah SAW:
Anak itu adalah ketua selama tujuh tahun, hamba tujuh tahun dan menteri tujuh tahun. Jika kamu redha cukuplah (didikan) pada umur 21.

Bertitik tolak dari maksud hadis ini, bolehlah kita mempraktikkan kepada anak-anak mulai sekarang. Suka saya membawa contoh berkenaan puasa.

Diumur anak-anak fasa ‘ketua’ (0-7 tahun), kita hanya bertindak sebagai penasihatnya. Kehendak mereka perlu dituruti. Oleh itu janganlah

Saturday, July 20, 2013

FASA MAGHFIRAH DAN PERANG BADAR

Dua hari sudah kita melalui fasa kedua dalam fasa tarbiyah bulan ramadhan. Sudah tentu graf semangat untuk beribadat semakin menurun. Jemaah terawih mulai kurang dengan mendadak sekali, digantikan dengan jalanraya yang mulai disesakkan dengan jemaah terawih fasa pertama. Lekaslah mencari ubat penyakit ini.

Berkaitan dengan maghfirah (keampunan), suka saya kaitkan dengan peristiwa yang berlaku ketika ramadhan pada zaman nabi, iaitu perang badar. Badar adalah saksi pertama kekuatan islam yang membuka mata semua kuasa rejim berdekatan waktu itu. Sebuah kumpulan yang dianggap picisan berjaya memalukan Quraisy yang sebelum ini amat digeruni seluruh tanah arab.

Lalu apa kaitannya dengan maghfirah? sidang jemaah sekalian,

BERITA BUAT WANITA

Islam dalam sejarahnya yang panjang telah memperkenalkan kepada dunia martabat dan kebebasan kaum wanita sehingga hari ini ia menjadi satu hak asasi yang mesti dipatuhi oleh semua penduduk bumi. Tanpa islam, mungkin kaum hawa hari ini terus dianggap sebagai bukan manusia, hamba lelaki dan tempat pemus nafsu semata-mata sepertimana yang berlaku di setiap belahan dunia sebelum cahaya islam bersinar.

Antara bukti adalah daripada lisan rasulullah SAW:
إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها دخلت جنة ربها
“Jika seorang wanita itu menjaga solat lima waktunya, berpuasa di bulan ramadhannya, menjaga kehormatan dirinya,dan taat akan suaminya, maka masuklah dia ke syurga tuhannya.”

Salah satu hadis yang khusus buat wanita. Nabi membuka jalan yang cukup mudah buat wanita untuk menggapai syurga, satu cita-cita yang semua agama inginkan. Mereka tidak perlu membeli tiket

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN WANITA TUA.

Tika dahulu seorang lelaki soleh, Abdullah bin Mubarak berangkat untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, tika ingin menyambung perjalanan, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “Ya, ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah lantas memarahi perbuatan itu. “Apakah berani engkau

Wednesday, July 17, 2013

“PUASALAH, NESCAYA KAMU AKAN SIHAT!”

Sabda Rasulullah SAW:

"صوموا تصحوا"
 Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.

Walaupun nabi itu tidak tahu membaca, tapi beliau boleh bercakap daam semua bidang baik nasional, ekonomi, masyarakat, psikologi, astrologi dan sebagainya. Hadis ini menggambarkan nabi ini tidak bercakap semberono, tetapi ianya wahyu yang diturun.

Pakar sains perubatan moden hari ini semakin membongkar betapa puasa itu sebenarnya suatu amalan yang mempunyai nilai kesihatan yang tinggi samada sebagai langkah rawatan mahupun pencegahan.

Antara fakta menarik tentang puasa adalah:
1.       Puasa seolah memberi cuti kepada sistem dalam badan. Kerana organ yang bekerja untuk memproses makanan termasuklah hati, jantung, paru-paru, ginjal, usus, perut, salur darah dan banyak lagi. Seperti sebuah jentera berenjin,  jika ianya dihidupkan tanpa rehat, ia boleh menyebabkan jangka hayatnya pendek dan cepat rosak/ overheating.
2.       Awet muda; Kajian mendapati faktor yang mempengaruhi tekstur fizikal manusia antaranya adalah kekerapan sistem badan manusia bekerja. Dengan memberi rehat selama sebulan dalam setahun, ditambah dengan amalan puasa sunat, manusia tidak perlu lagi berhajat kepada supplement tambahan untuk membantu diet.
3.       Tugasan sistem penghadaman manusia merangkumi tiga perkara utama. Pertama untuk memproses makanan menjadi glukos yang kemudian disalir kedalam darah menjadi tenaga. Tugas kedua adalah menyimpan sumber tenaga untuk keperluan masa hadapan. Ketiga pula adalah memproses tenaga yang tersimpan dari makanan lama. Namun proses ketiga biasanya akan dihasilkan apabila perut kosong melebihi enam jam disaat kita memerlukan tenaga. Hanya dengan puasa kita dapat menggunakan tenaga simpanan itu. Apabila tenaga-tenaga it uterus disimpan tanpa diguna, kemungkinan ia akan bertukar menjadi lemak dan lebihan yang mengundang penyakit dalam jangkamasa panjang.
4.       Puasa adalah satu rawatan terbaik untuk pesakit lemah jantung, diabetes, darah tinggi, salur darah tersumbat dan buah pinggang
5.        Nabi SAW bersabda: Jadikan bagi perutmu itu satu pertiga untuk makanan, stu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk nafas. Bayangkan sebuah blender  yang penuh dengan bahan untuk dikisar, tanpa ruang secukupnya untuk ia berputar, sudah tentu hasilnya akan buruk dan blender itu pula yang akan rosak.
6.       Rasa lapar adalah terapi yang baik untuk memulihkan sindrom hilang selera makan. Dengan tempoh yang diwajibkan untuk umat islam, ianya mampu untuk mengembalikan nafsu yang diperlukan manusia untuk makan.


(Dipetik dari kitab Keajaiban ilmu dari al-Quran dan Sunnah; Dr Ratib al-Nablusy)

9 RAMADHAN/18 JULAI/ SURAU PAK KATAK

BEZA HASUTAN SYAITAN DAN NAFSU

 Kenapa dalam syaitan dibelenggu, masih ramai yang berperangai seperti syaitan?

Persoalan ini boleh dijawab dengan alasan yang banyak, tapi saa fokuskan jawapan kepada satu, iaitu kerana nafsu masih wujdu?

Apa itu nafsu? Ini persoalan yang akan timbul.

Nafsu adalah asalan arab, membawa maksud diri.Dalam istilah arab, nafsu yang dikenali masyarakat melayu sebenarnya adalah disebut ‘hawa’ iaitu kecenderungan diri.

Hawa nafsu sebenarnya tidak jahat, ia lahir mengikut fitrah manusia. Ia akan cenderung kepada sesuatu mengikut didikan yang diberi. Apabila ia dididik dari awal dengan cahaya al-quran dan kebaikan, ia akan mengajak tuannya sentiasa mencintai kebaikan. Tetapi apabila ia tidak dipelihara, syaitan akan menipu dan merekrut nafsu supaya cenderung ke arah kejahatan. Itulah nafsu.

Jadi tidak pelik kita melihat ada orang yang boleh mendirikan sehingga 1000 orang tanpa rasa penat, sebaliknya rasa penuh lazat dan khusyu` sehingga tidak sedar ap berlaku di dunia fana. Itu kerana nafsunya merasa seronok dengan perbuatan tersebut.

Namun hasutan hawa nafsu yang jahat tetap berbeza dengan hasutan syaitan. Menurut pengarang kitab Risalah Qusyairah, hawa nafsu hanya bermatlamat untuk mendapatkan satu perkara yang dihajati, dan akan terhenti jika matlamat itu tercapai selagi syaitan tidak menghasut untuk mencipta matlamat lain. Sebagai contoh, jika nafsu mengajak untuk minum arak, ia akan mencipta beribu alasan dan godaan supaya kita meminum juga. Walau kita buat amalan lain, yang jauh lebih dahsyat dari minum arak seperti murtad atau membunuh, nafsu akan tetap menghasut untuk minum arak sehinggalah dapat.

Syaitan pula hanya menghasut demit matlamat menyesatkan manusia. Jika dia tidak berjaya menghasut untuk minum arak, dia tidak kisah untuk beralih hasutan kepada perbuatan lain sepeti mencuri, menipu dan sebagainya selagimana ianya boleh menyesatkan. Apabila manusia itu mengikut perbuatan yang dihasut, dia akan menambah hasutan kepada yang lebih dahsyat dan akan kekal menghasut sehingga manusia benar-benar menjadi syaitan kalangan manusia.


Bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk mendidik nafsu supaya kembali kepada fitrah, kerana syaitan tidak boleh mengganggu saat ini. Malang pula bagi mereka yang hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha membaiki hawa nafsu yang teruk terpengaruh dengan syaitan dalam bulan yang lain.

8 RAMADHAN/ 17 JULAI /SURAU GONG KIJANG

JIHAD BELAJAR

Allah SWT berfirman:

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون
Bukanlah semua orang beriman itu perlu keluar berperang semuanya. Perlu ada bagi setiap kumpulan itu satu golongan, untuk mendalami agama dan terus memperingati kaumnya apabila pulang (dari belajar), moga-moga mereka berawas.
                                                                                                                                                                                [al-Taubah:122]
Ayat ini diturunkan untuk menegur golongan yang terlalu bersemangat untuk berperang, sehingga meninggalkan Rasulullah SAW dan orang-orang lemah di Madinah.

Daripada ayat ini kita fahami bahawa jihad itu bukan bermaksud perang, tetapi menjadi dalil bahawa jihad membawa erti setiap perkara yang dilakukan bersungguh demi cita-cita islam. Kerana Allah SWT sendiri menyatakan, walau dalam situasi musuh islam keliling pinggang, ditambah kekuatan umat islam masih di peringkat percubaan, tanpa pemimpin yang berpengalaman sekalipun, jangan hilang mereka yang menuntut ilmu agama.

Ayat ini juga menggambar peri penting tarbiyah islamiah dalam jihad. Wajib bagi pendokong gerakan islam menurut nasihat mereka yang mendalami agama dalam gerakerja jemaah islam.

Disinilah islam mengajar formula fardu kifayah bahawa setiap muslim perlu memenuhi lapangan tugas yang ada untuk menguatkan jemaah. Namun posisi terpenting adalah ulama`. Teguran mereka perlu bersifat arahan. Amaran mereka bersifat larangan, bukan hanya pendapat. Kerana itulah mereka perlu menjadi pemimpin bukan sekadar penasihat yang boleh diterima atau ditolak.

Justeru itu, mendokongi institusi pengajian agama supaya cukup fasiliti dan kelengkapan juga menjadi fardu ain masyarakat. Perlu diperuntukkan jumlah khusus dari pendapatan kita untuk sekolah-sekolah agama, pondok atau pengajian masjid supaya ianya berjalan lancar.Islam sendiri meletakkan golongan ini dalam asnaf zakat walaupun mereka berasal dari keluarga berada, atas nama fisabilillah.

Sabda Rasulullah SAW:
من جهز غازيا فقد غزى
Siapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang pergi berperang, maka pahalanya seolah dia sendiri yang berperang.

Firman Allah SWT:

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم

Bandingan orang menginfakkan harta mereka di jalan Allah seperti seorang yang menanam sebiji benih. Lalu tumbuh darinya tujuh tangkai, setiap tangkai punya seratus biji benih, dan Allah akan mengganda (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, Allahlah yang Maha Luas Pemilikan lagi Maha Mengetahui.

"seorang mujahid boleh melahirkan seorang pencinta syahid iaitu dirinya, tetapi seorang alim boleh melahirkan beribu syuhada`"

7 RAMADHAN/ 15 JULAI /SURAU BINJAI KEMAMAN

TIGA PEMBINASA: HASAD DENGKI

 Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:

Tiga perkara yang membinasakan;
1.       Kedekut yang ditaati
2.       Hawa nafsu yang dituruti
3.       Bangga seseorang terhdapa dirinya.

Kata imam Ghazali, inilah penyakit asas yang perlu dibuang terlebih dahulu dalam projek pembersihan hati. Jika ini tidak berjaya dihindar, makin susahlah untuk menghindari penyaki-penyakit hati yang lain.

Adapun penyakit pertama adalah Shahihun Muto` (kedekut yang dituruti). Diguna istilah Shahih menggantikan Bakhil kerana Bakhil bermaksud kedekut untuk memberi apa yang kita ada. Shahih pula bermaksud kedekut untuk memberi apa yang bukan milik kita.

Itulah maksud hasad dengki iaitu tidak mahu dan tidak suka seseorang beroleh pemberian dari Allah walaupun ianya tidak mengganggu diri kita. Penyakit ini adalah barah yang jika tidak diubati, oleh boleh merebak sehingga menguasai hati, lalu mendorong kita melakukan perkara terlarang oleh agama, hanya kerana dendam dan sakit hati. Lalu timbullah kerja-kerja sabotaj, khianat, sihir dan permusuhan dalam diri.

SAbda Rasulullah SAW:

الحسد ياكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Hasad dengki memakan kebaikan seperti api memakan bahan bakar.  

Peringatan jua buat pejuang agama, janganlah benci kita terhadap musuh itu memuncak sehingga menjadi hasad. Setiap nikmat yang Allah SWT kurnia kepada musuh islam itu kita iri hati sehingga berasa gembira apabila mendengar mereka ditimpa bencana musibah. Kematian mereka kita harap-harapkan sehingga sujud syukur mendahului solat jenazah. Biarlah benci kita hanya pada sikap, bukan batang tubuh.


Rasulullah SAW ketika pulang dari Thaif, kota yang pernah menyakit Baginda sehingga tercedera, gugur darah mulia mencecah bumi buat kali pertama dalam sejarah perjuangannya, beliau tidak langsung mendendami mereka bahkan berdoa Allah SWT memberi hidayah buat penduduknya. Hasilnya, Seorang sahabat terkemudian berkata “Aku tidak pernah melihat orang yang paling baik mengamalkan islam selain dari penduduk Thaif”.

6 RAMADHAN/ 14 JULAI /SURAU HIJAU PULAU DUYONG

SABAR DAN SYUKUR

Tuhan Maha Bijaksana dalam aturan ibadat yang dianjur. Jika diamati, hari-hari dalam Ramadhan adalah ujian untuk menilai tentang dua perkara iaitu sabar dan syukur. Sabar bererti mengawal diri tika kesusahan dan Syukur pula membawa maksud mengawal diri tika dalam kesenangan.

Siangnya menguji sabar. Iaitu dengan mengekang hawa nafsu daripada perkara-perkara yang dilarang. Walaupun yang terlarang itu adalah suatu rukun kehidupan seperti makan, minum dan memuaskan nafsu syahwat. Berbahagialah mereka yang berjaya mempraktik sabar dalam kehidupan mereka.

Malamnya pula menguji syukur. Bermulanya malam, ujian pertama adalah dimeja hidangan. Orang yang bersyukur adalah yang berbuka secara sederhana. Antara tanda syukur adalah berkongsi nikmat yang Allah SWT berikan dengan orang lain secara bersedekah atau belanja orang lain. Malamnya pula disuruh bersyukur memperbanyak ibadat kepadaNya dengan terawih, tadarrus dan qiamulail. Itulah erti syukur yang sebenar.

Malang hari ini ramai tidak menyedari dua hikmah ini. Siangnya tidak sabar mengekang nafsu amarah, nafsu berbelanja di bazaar dan nafsu melihat aurat bukan muhrim. Malam pula tidak menunjukkan tanda syukur seperti Nabi SAW dalam hadis riwayat Aisyah RA. Apabila Aisyah melihat Baginda terlalu lama berdiri untuk solat sehingga pecah-pecah tapak kakinya, beliau bertanya? “Apakah yang engkau lakukan? Bukankah Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan masa akan datang?”


Jawab Baginda SAW? “Tidak bolehkah aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur?”

5 RAMADHAN/ 13 JULAI /SURAU RHU RENGGEH

Tuesday, July 16, 2013

DIUSIR DARI TELAGA KAUTSAR


Sabda Rasulullah SAW:

أنا على حوضي أنتظر من يرد علي فيؤخذ بناس من دوني فأقول أمتي فيقال لا تدري مشوا على القهقرى قال ابن أبي مليكة اللهم إنا نعوذ بك أن نرجع على أعقابنا أو نفتن
Daripada Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhuma berkata : ''Rasulullah SAW bersabda : ''Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (telaga Al-Kauthar, iaitu pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang disekat daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ''Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?''. Maka dikatakan orang kepadaku: ''Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).'' Berkata Ibnu Abi Mulaikah (salah seorang di antara perawi hadith) : ''Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.'' (Hadith Riwayat Bukhari)

Telaga Al-Kauthar adalah telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti. Telaga ini beribu-ribu batu luasnya dan gelasnya adalah lebih banyak daripada bilangan bintang yang ada dilangit. Sesiapa yang sudah meminum daripadanya walaupun hanya seteguk sahaja, ia tidak akan merasakan kehausan untuk selama-lamanya. Semua umat nabi Muhammad SAW akan berpeluang meminum air telaga yang mulia ini.

Namun nantinya pada hari kiamat kelak akan ada orang-orang yang disekat oleh para malaikat daripada mendekati telaga ini walaupun mereka menganggap bahawa diri mereka layak untuk meminum daripada air telaga tersebut dan Rasulullah SAW sendiri sebelum mengetahui hakikat perbuatan mereka yang sebenarnya merasakan bahawa mereka layak untuk meminum daripada telaga tersebut. Maka apabila para Malaikat menyekat mereka, Nabi SAW berkata ''Bukankah mereka juga dari umatku''. Lalu malaikat menjawab : ''Ya betul, mereka pada mulanya adalah termasuk daripada golongan umatmu, tetapi mereka telah meninggalkan ajaranmu''. Maka ketika itu baru Nabi SAW memahami keadaan sebenar dan beliau pun menyetujui tendakan malaikat tadi sambil berkata (yang disebutkan dalam riwayat lain) : ''Suhqan, suhqan''. Ertinya : ''Mereka layak untuk diusir dari telagaku, mereka laya untuk diusir dari telagaku''.

Betapa sialnya golongan ini. Rasanya teramat malu sekali di hadapan khalayak ramai di tengah-tengah padang Mahsyar yang merupakan tempat perhimpunan seluruh manusia daripada zaman Nabi Adam A.S sampai ke generasi dunia yang terakhir sekali. Ya, apa boleh buat kalau itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mereka mengaku sebagai orang Islam, tetapi amal perbuatan mereka bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Mereka mengaku orang Islam tetapi mereka tidak mahu sembahyang, tidak mahu membayar zakat, tidak mahu berpuasa, tidak mahu menutup aurat dan begitulah seterusnya.

Hendaklah kita memohon kepada Allah SWT semoga Ia menguatkan iman kita dan memberikan kepada kita cucuran taufiq dan hidayah sehingga kita dapat mengamalkan segala tuntutan agama yang suci ini sampai ke akhir hayat dan mati dalam keadaan beriman. Amin.

(petikan kitab 40 hadis penawar hati; Syeikh Fahmi Zamzam)
4 RAMADHAN/ 12 JULAI /MASJID RUSILA

RAMADHAN YANG DERMAWAN

Berbeza dengan orang melayu yang selalu menybut Ramadhan al-Mubarak, orang arab biasa mengucapkan lafaz Ramadhan Kareem. Kareem sebagai sifat manusia merujuk kepada seseorang yang bersifat pemurah dan dermawan.

Ramadhan pula digelar kareem kerana pada bulan ini Allah SWT Maha Dermawan pada hambaNya yang mengerjakan kebajikan, kerana setiap perbuatan, hatta yang harus pun dikira sebagai ibadah yang beroleh pahala.

Nabi SAW bersabda dalam satu hadis fadail a`mal:

نوم الصائم عبادة، وسكوته تسبيح، ودعاؤه مستجاب، وعمله متقبل
Tidur orang puasa itu ibadah, diam mereka adalah tasbih, doa mereka mustajab, dan amalan mereka diterima.

Satu lagi hadis nabi SAW bersabda dengan maksud “Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka buka (walaupun hanya seteguk air) kepada orang yang ingin berbuka puasa, maka pahalanya sama dengan orang berpuasa penuh sehari.

Nabi SAW terkenal dengan sifat pemurahnya sepanjang hayat, bahkan sebelum kenabian lagi. Beliautidak pernah menghampakan permintaan seseorang. Tetapi nabi lebih segera menunaikan permintaan orang pada bulan Ramadhan.


Oleh itu tidak menjadi satu kerumitan andai kita berbelanja lebih pada bulan ini untuk bersedekah. Peruntukkan sejumlah khusus wang, kalau boleh ambil sebahagian dari simpanan yang ada semata-mata untuk melakukan kebajikan pada bulan ini. Pahala yang besar sedang menanti!

3 RAMADHAN/ 11 JULAI /MASJID MENGABANG TENGAH

KITA INSAN TERPILIH

Nabi SAW bersabda:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulanRejab dan Syaaban, dan berilah peluan kami untuk menjadi tetamu Ramadhan.

Membelek akhbar sinar harian semalam, sangat memilukan hati kerana ramai yang mati terbunuh di negara ini. Ada guru yang ditembak, ada yang dilibas pedang samurai, pengantin bau diculik sehingga dibunuh dan yang paling menyedihkan, mereka meninggal alam fana ini sebelum sempat menjadi tetamu Ramadhan, tentu sekali mereka bukan orang-orang yang terpilih untuk menjadi tetamuNya,  tersungkur di gerbang Ramadhan

Persoalannya adalah kenapa kita yang terpilih? Kenapa aku dan bukan mereka? Tentu sekali adalah kerana kita ini insan pilihan Allah. Allah masih menyayangi kita dan masih ingin memberi peluang kita merebut 1001 rahmat yang ada pada bulan ini, bagi menampung dosa-dosa yang kita lakukan.

Ketahuilah, pahala sehari berpuasa ramadhan itu tidak mampu ditandingi walau kita berpuasa seumur hidup pada bulan selainnya. Setiap amalan sunat diganjar seperti pahala amalan fardu, dan setiap amalan fardu itu diganjar dengan 70 kali ganda pahala.

Amat bertuahnya kita hidup dibulan ini. Bulan dimana setiap nafas yang diseduthembus oleh tubuhpun diberi pahala, tidur kita juga pahala, makan juga pahala.


Marilah kita gunakan yang diberikan ini untuk merubah diri. Berazamlah untuk memulakan kehidupan baru yang lebih bertaaqwa. Berkat bulan mulia ini, InsyaAllah semua cita-cita akan menjadi realiti, jika kita sentiasa yakin kepada Allah.

2 RAMADHAN/ 10 JULAI /SURAU PAK KATAK

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN DAN MANHAJ TARBIYAH ILAHI

Allah SWT sebenarnya telah menyusun manhaj pentarbiayahan yang amat sempurna buat hambaNya. MEnurut kerangka pentarbiyahan itu, ada 3 bentuk program utama yang ingin difokuskan iaitu:

1.       KHUTBAH JUMAAT: Ianya adalah program Liqa Fikr mingguan, bertujuan untuk memberi  pengisian fikrah mendepani serangan pemikiran musuh yang menjadi senjata utama zaman kini.

2.       RAMADHAN: Ramadhan pula ibarat Tamrin, Kursus, Kem tahunan atau apa jua bentuk program yang biasa kita lakukan di untuk membentuk para peserta mengikut jatidiri yang dikehendaki. Bertujuan melatih fizikal dan emosi supaya mampu menahan godaan musuh paling dekat iaitu syaitan, disamping menyediakan diri bagi menghadapi ujian yang dijanjikan buat setiap yang beriman.

3.       HAJI: umpama JAULAH atau REHLAH TARBAWI seumur hidup sekali. Bertujuan sebagai medan praktikal terhadap latihan Ramadhan dan pengisian-pengisian Liqa` Fikr  Jumaat, disamping menjadi sebuah pelancongan sambil belajar untuk mendidik jiwa berhijrah untuk mendapat redha Allah persis hijrahnya baginda SAW.

Manhaj in diakui dapat membantuk jatidiri muslim yang sejati, yang peka terhadap permasalahan semasa dan lebih kuat mendepani cabaran musuh, untuk terus maju menjadi pemacu kepada sebuah ketamadunan manusia yang lebih maju dan diredhai seperti yang ditunjukkan oleh khilafah islamiah zaman dahulu.


Seorang paderi kristian menulis dalam satu laporan tentang perkembangan kristianisasi di kalangan masyarakat muslim (khususnya di Mesir), beliau menyatakan bahawa islam akan terus kekal menjadi bongkah batu yang besar, yang akan menghalang pelayaran bahtera krisitanisasi selagimana empat perkara ini masih ada di kalangan mereka iaitu al-Quran, Universiti al-Azhar, Himpunan mingguan jumaat dan Muktamar tahunan haji.

1 RAMADHAN/ 9 JULAI /SURAU BANGGOL PAUH