Thursday, May 15, 2014

Kenapa kita menentang TPPA?

Ambil satu lagi analogi mudah. Ali seorang peniaga runcit di sebuah pulau. Dia biasa borong barang jualan dengan seorang tauke dari tanah besar iaitu Samad.

Tiba-tiba Samad bina supermarket tepi kedai Ali.

-Samad jual barangan sama harga dengan apa yang dia jual pada Ali dulu. Ali jual mahal lagi sebab nak ambil untung. Agak-agak penduduk pulau beli yang mahal ke murah?
-Dengan pilihan dan stok yang lebih banyak di supermarket Samad, agak-agak orang awam serbu mana?
-Samad dah tak nak jual pada Ali sebab dia sendiri nak jual pada orang awam. Habis Ali nak jual apa? Ali terpaksa lingkup.


-Lepas kedai Ali lingkup dan kedai-kedai sekitarnya lingkup, Samad mula jual ikut harga yang dia suka. Kalau penduduk pulau tak suka mereka nak beli mana lagi? Akhirnya penduduk pulau terbeban.
-Samad jual barangan ikut kehendak dia. Samad mula jual makanan tidak halal kepada penduduk pulau. Kalau penduduk tak beli, mereka nak beli di mana lagi?
-Bila kedai Ali lingkup, pekerjanya menganggur dan terpaksa kerja di kedai Samad. Begitulah nasib beberapa orang lagi pekerja kedai runcit yang lingkup. Ali sendiri terpaksa jadi pekerja di kedai Samad.
-Samad jadi tauke besar. Dia pegang semua keperluan orang kampung itu. Kebanyakan penduduk pulau itu adalah pekerjanya. Dia mula buat hal. Kalau orang pulau tu tak nak ikut cakap dia, dia tak nak jual kat mereka.

Samad ialah negara Kapitalis. Pulau itu ialah Malaysia. TPPA ialah perjanjian membenarkan Kapitalis berniaga secara langsung di negara kita.

Secara mudah, ia adalah bentuk penjajahan baru untuk menguasai Malaysia  melalui sudut ekonomi!

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....