Sunday, December 22, 2013

HUKUM UCAPAN MERRY KRISMAS/ SELAMAT HARI NATAL/ HAPPY HOLIDAY


Putaran waktu semakin menghampiri tarikh 25 Disember. Semakin ramailah bertanya soal keharusan mengucap tahniah sempena perayaan Krismas. Baik golongan berlatar agama, kurang beragama atau langsung tidak beragama, semua bersikap ingin tahu.

Masing-masing punya pandangan sendiri asalkan tidak terpesong dari nas syarak. Ulama yang berhukum haram kerana beralasan ia seolah mengiktiraf agama lain. Hukum sebegini nyata lebih mudah untuk diputuskan. Saya kira ini salah satu pendekatan ulama salaf yang lebih selamat.

Bagi mereka yang bergiat dalam ruang dakwah kontemporari, pandangan sebelum meletakkan hukum perlu lebih meluas. Di samping nas, soal siasah syariyyah dan fiqh waqi' juga harus diambil sebagai timbangan. Mereka harus melihat gaya ulama khalaf menangani permasalah pada zamannya yang lebih berhikmah. Kata ulama:
" Pandangan salaf adalah lebih selamat dan pandangan khalaf adalah lebih berhikmah".



Monday, November 25, 2013

6 CATITAN PEMERHATIAN MUKTAMAR AGUNG PAS Ke-59


1-Trend pemilihan dikalangan perwakilan telah berubah selari dengan perubahan passion calon untuk bertanding. Kempen menjadi faktor penting dalam memastikan kemenangan. Populariti juga menjadi faktor disamping faktor penyandang sesi lepas. Apa yang menarik adalah ahli semakin peka dan ternanti-nantikan penuh debaran siapakah pimpinan baru mereka. Jika dahulu, ahli tak kisah siapa di atas. Dalaman PAS mengalami kemajuan demokrasi disaat dalaman UMNO dan negara sendiri semakin terhakis.

2-Dengan kepimpinan baru ini, yang dilihat agak sengit persaingannya, yang menang tidak banyak majoriti dan yang kalah penuh bermaruah, ahli perlu bersedia untuk patuh dan setia pada kepimpinan mengikut syura ini.

Ada yang menganggap tidak perlu wala' kerana pemilihan meragukan. Mengambil teladan dari peristiwa khilafah Imam Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah, tanggapan tersebut amat perlu dihakis. Saidina Muawiyah dan penduduk islam di Syam juga tidak beri ketaatan pada Saidina Ali kerana menganggap pemilihan tidak sah kerana ada sahabat-sahabat tidak membuat pemilihan sewaktu pengundian jawatan khilafah disebabkan mereka berada di luar Madinah. Akibatnya, zaman Imam Ali menjadi zaman penuh kontroversi dan era gelap dalam khulafa arRasyidin. Perang sesama islam berlaku begitu marak. Kebencian yang tercetus mengakibatkan jemaah islam waktu itu berpecah belah, sehingga mewujudkan beberapa kumpulan baru yang tidak sealiran dengan ahlu sunnah wal jamaah.

Perkara ini sepatutnya menjadi tauladan buat seluruh ahli PAS. Jika benarpun ada yang tidak kena dengan tindakan sebahagian golongan, bahtera ini tetap perlu bergerak kehadapan.

3-Kesilapan dalam pemilihan; Syabas diucap kepada Jawatankuasa pemilihan yang berani mengaku salah dan meminta maaf. Itu menunjukkan kejujuran dan ketelusan. Khusus buat Pengarah JK Pemilihan ini, you are the man bro. Boleh kuat untuk naik umum kali kedua keputusan pemilihan walau dah banyak orang luar kondem. Semoga kesungguhan itu tuhan bayar cash di akhirat nanti.

Tahniah juga buat perwakilan yang tidak mempamerkan aksi baling kerusi atau hempas mikrofon walaupun pemilihan terpaksa dilakukan dua kali. Jumlah hampir 100% pemilih yang keluar memilih menunjukkan wala' dan taat mereka pada ketetapan jemaah.

Namun kesilapan itu juga harus kita kesali. Ia merupakan suatu yang amat sensitif. Kesalahan itu juga kalaupun ianya teknikal, tapi ia major. Kesannya besar. Sepatutnya ia menjadi fokus utama dalam post mortem Panitia Muktamar nanti. Perlu suatu jawapan konkrit dan tindakan 360 darjah untuk meyakinkan ahli dan pemerhati umumnya bahawa kesilapan sebegitu tidak akan berulang lagi.

Sunday, November 3, 2013

RESPON TERAKHIR BUAT YB KS

Terima kasih sekali lagi kepada YB KS atas kesudian membalas tulisan saya dan Imran. Semoga pengorbanan masa dan fikiran untuk sebuah artikel balas itu mendapat balasan setimpalnya dari Allah.

Alhamdulillah, bagi saya tulisan YB KS itu telah jelas menunjukkan titik perbezaan antara kita dan bagi saya, kita telah berjaya tanganinya secara sihat. Saya juga rasakan perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi dan harus diakhiri dengan ukhuwwah.

Sebagai penutup memandangkan YB sendiri menyatakan ia respon terakhir bagi saya, mungkin ada beberapa point sebagai nota untuk YB.

1. Pertembungan idea

Saya berpendapat untuk jawatan timbalan presiden memerlukan seorang pakar politik serta pakar agama. YB pula hanya meletakkan pakar politik sebagai syarat tunggal dan bakinya hanya nilai tambah. OK. Kita berhak untuk berbeza.

Saya melihat demikian kerana PAS adalah sebuah gerakan islam (bukan parti politik semata) berbeza dengan negara lain yang memisahkan secara terpaksa antara gerakan mereka dan parti seperti Ikhwanul Muslimin Mesir yang bertanding atas tiket Freedom and Justice Party. YB pula melihat PAS memainkan peranan secara core bussiness di lapangan politik.

2. Perjanjian hudaibiah

Jika YB bawa fakta bahasa untuk menyangkal hujah saya, maka YB terlebih dahulu perlu melihat lafaz 'man' dihadapan. Man dalam bahasa arab adalah lafaz nakirah yang umum meliputi mufrad,muthanna atau jamak dan muzzakkar atau muannas.

Satu lagi, kebanyakan ayat al-Quran datang dalam lafaz muzakkar. Contohnya ayat:

وأقيموا الصلاة
Dan dirikanlah oleh kamu akan solat.

Bentuk arahan itu menggunakan dhamir muzakkar, apakah itu bererti wanita tidak wajib mendirikan solat?

Contoh ayat lain:
ولا تشرك بالله
Dan janganlah kamu mengsyirikkan Allah

Adakah larangan yang mengguna dhamir muzakkar bermaksud wanita boleh untuj syirikkan Allah?

Saya boleh terima ini sebagai perbezaan pandangan antara ulama', jika YB boleh datangkan sumber pendapat tersebut dan tidak hanya copy gambar pernyataan sebaris yang entah dari mana datangnya.

Ini sahajalah yang saya fikir boleh untuk ditulis sebagai menyahut hasrat YB untuk menghentikan perbahasan kita. Jika dipanjangkan lagi, mungkin akan mempengaruhi perwakilan yang akan menjadi pemilih pada Muktamar nanti. Keduanya, mungkin secara tidak sedar kita akan membuka rahsia-rahsia parti yang sulit terutamanya melibatkan nama-nama individu. Lagipun YB antara kepimpinan utama parti. Bimbang pendapat peribadi disalah ertikan sebagai mewakili parti.

Saya harapkan kita boleh ber'wacana' lagi dalam isu seterusnya tanpa menyentuh aspek senoriti dan jawatan.

Sebelum terlupa, takziah saya ucapkan andai laporan dalam Malaysian Insider berhubung keputusan mahkamah terhadap YB itu benar. Saya doakan YB terus istiqamah memacu PAS dengan panduan al-Quran dan sunnah setepatnya dan menyingkirkan segala panduan yang tidak menepati keduanya.

Terima kasih, Allahu Akbar!

Saturday, November 2, 2013

HIJRAH ; ASAL USUL , TUJUAN DAN MANIFESTASINYA.



ASAL-USUL/ SEJARAH PERMULAAN TAQWIM HIJRI

Mengikut sejarawan, taqwim hijri diasaskan oleh Umar al-Khattab pada tahun 17 hijra; , 6 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ideanya tercetus apabila Saidina Umar menerima surat dari salah seorang gabenornya, Abu Musa al-Asyari RA yang tidak bertarikh, membuatkan beliau sukar untuk mendokumentasikan surat tersebut. Lalu dikumpulkan ahli mesyuaratnya (ahli syura) untuk dicipta suatu tarikh bagi melicinkan pentadbiran (kerajaan Rom sudah mempunyai tarikh surat waktu itu mengikut perhitungan Masihi).

Perkara utama yang dibincang adalah tarikh permulaan kiraan tahun. Cadangan-cadangan yang dilontar adalah dari empat peristiwa iaitu:

1. Dari tahun kelahiran nabi SAW
2. Dari tahun diangkat Rasulullah SAW menjadi Nabi.
3. Dari tahun penghijrahan Rasulullah ke Madinah.
4. Dari tahun kewafatan baginda SAW.

Akhirnya Umar bersetuju dengan cadangan ketiga iaitu bermula tahun penghijrahan Rasulullah SAW kerana baginya, peristiwa hijrah adalah titik permulaan pemisahan hak dan bati

Friday, November 1, 2013

BEBERAPA HUKUM DAN PANDUAN MUSAFIR



1. Azan – Wajib azan jika ingin mendirikan sembahyang di tempat yang tidak ada azan sebelumnya (hutan/ highway).

2. Tidak tahu kiblat/ kiblat sering berubah-ubah (seperti dalam kenderaan) – solat wajib pada waktunya. Solat dibolehkan mengikut kemampuan. Harus solat diatas kerusi kapal terbang walaupun tidak menepati kiblat. Tidak perlu qadha kerana solat itu sah.

3. Tiada air untuk mengambil sembahyang – Solat wajib pada waktunya. Boleh dilewatkan sedikit jika masih dalam usaha mencari air. Jika tiada, bertayamum dengan tanah yang suci. Tidak perlu ulang kecuali apabila berjumpa air semasa masih berada dalam waktu solat menggunakan tayamum tersebut.

4. Jarak musafir yang membolehkan jamak dan qasar – 83KM jarak jalan.

5. Had minimum untuk qasar dan jamak – Sebaik sahaja keluar dari permukiman (kampung).

6. Had maksimum untuk qasar dan jamak – Sebelum masuk kembali ke permukiman (kampung).

7. Musafir lebih dari tiga hari – Harus untuk si musafir mengamalkan keringanan-keringanan syarak walaupun lebih dari tiga hari jika masih belum tentu tempoh musafir.

8. Keringanan syarak dalam musafir ( dengan syarat tidak bermusafir untuk melakukan maksiat)

  • Solat empat rakaat boleh dipendekkan (qasar) kepada dua rakaat
  • Puasa Ramadhan boleh ditinggalkan dan diganti pada hari lain.
  • Menyapu air pada khuf dalam tempoh tiga hari.
  • Menghimpunkan (jamak) dua waktu sembahyang dalam satu waktu iaitu waktu zohor bersama asar, dan Maghrib bersama Isyak.

Thursday, October 24, 2013

KEBERSIHAN DALAM ISLAM (النظافة في الإسلام)

SYLLABUS USRAH IDADIE 1
SIRI V

Islam adalah agama yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia daripada sebesar-besar perkara melibatkan pemerintahan dunia, hinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti adab di dalam tandas. Kerana itulah islam perlu difahami sebagai cara hidup (way of life).

Antaranya, Islam sangat mengutamakan soal kebersihan ummatnya, samada kebersihan dalaman atau luaran. Firman Allah taala :


 () يا أيها المدثر () قم فأنذر () وربك فكبر () وثيابك فطهر () والرجز فاهجر

1.Wahai orang yang berselimut (Nabi Muhammad)
2.Bangun, dan berilah peringatan
3.Dan pada tuhanMu, maka perbesarkanlah
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.                                    [Al-Muddatssir : 4-6]

Sabda Nabi S.A.W :

اَلطَّهُوْرُ شَطْرُ الْاِيْمَان       
“Bersuci (kebersihan) adalah sebagian dari iman” [HR. Muslim]



Nabi SAW semasa kecilnya telah dicuci hatinya oleh Malaikat Jibril. Sewaktu peristiwa Isra` dan Mikraj, hati baginda dicuci sekali lagi. Ianya sebagai simbol betapa islam amat mementingkan kebersihan diri dalaman serta luaran.

Saturday, October 19, 2013

FIQH SIASAH SEKULARISME

Semua orang tau, nak belajar fiqh ibadat kena la belek kitab fiqh karangan ulama2 fiqh seperti kitab imam nawawi, imam syafie, imam abi syuja'. Mane boleh paham quran dan hadis ikut sedap akal kita saja. Nanti jadi Muktazilah dan Zohiriah pulak.

Tapi, kenapa bila bicara soal siasah syariyyah, terutama bab pemilihan pemimpin mereka tak belek kitab2 imam al-mawardi,kitab imam haramain, aljuwaini, tapi terus berikan pandangan ikut akal sahaja? 

Soal ulama atau bukan ulama sebagai pemimpin, jgn bersuara dulu sebelum rujuk pd sumber hukum hakam kita. Kalau nak rujuk pun tak mampu, tak menjadi satu dosa kalau kita tidak bersuara dalam hal ni.

Jaga-jaga. Manhaj orientalis sedang menular

Wednesday, October 9, 2013

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL ADHA 2013/ 1434 H: ROH TARBIAH DALAM IBADAH HAJI DAN KORBAN.


YANG PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

ألله أكبر كبيرا و الحمد الله كثيرا

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.

فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ونبيورسوله

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الأشرف، الرحمة للعالم، الصادق في الكلام،المنقذ من الظلام، سيد السلام، والقائد للدعاة وذي الهمم، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيام،

 أما بعد.

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah yang dirahmati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Alhamdulillah, Allah SWT masih berikan kesempatan kepada kita,untuk sama-sama berada pada hari yang penuh barakah ini. Hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita sama-sama bergembira disamping mengenang harga sebuah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihima salam.

Tahniah dan syabas kita ucapkan di kejauhan ini pada saudara mara yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT untuk melakukan ibadah haji di tanah suci mekah. Sempurnalah bagi mereka rukun islam kelima. Sabda Rasulullah SAW:

من حج لله فلم يرفث ولم يفسق، رجع كيوم ولدته أمه

Barangsiapa yang mengerjakan haji, dalam keadaan dia tidak bercakap keji dan berbuat kesalahan, nescaya dia akan pulang seperti hari dia dilahirkan ibunya. [HR Bukhari dan Muslim]

Semoga Allah juga bakal mengurniakan pada kita keizinan untuk menurut jejak langkah mereka-mereka yang sedang beribadah di tanah suci ketika ini.

Ibadah haji yang mereka tunaikan itu adalah selaras dengan tuntuan Allah SWT menerusi FirmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 196:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ 

Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.


Allah SWT tidak akan sekali-kali mengsyariatkan sesuatu perkara melainkan disana ada kebaikan untuk manusia baik dunia dan akhirat. Ia termasuklah pengsyariatan haji. Para alim ulama menyatakan antara hikmah perintah haji dilakukan adalah untuk mentarbiah diri umat islam itu sendiri.

Tuesday, October 8, 2013

RESPON KEDUA BUAT YB KHALID SAMAD

Terima kasih tidak terhingga pada YB KS atas respon terhadap pandangan saya. Ternyata YB amat terbuka dalam membincangkan perkara ni walaupun kita saling tidak mengenali.

Pada mulanya apabila saya dapat tahu respon saya tempohari dijawab oleh YB (sini), saya amat bersyukur kerana respon itu tidak dibakulsampahkan. Dan saya tidak berfikir untuk membalasnya sekali lagi. Cukuplah mesej pertama saya didengari oleh YB.

Setelah membaca tulisan tersebut, dirasakan ada maklumat yang perlu untuk dibahaskan. Oleh kerana tulisan ini turut dibaca oleh pelayar maya, ada baiknya untuk saya percambahkan lagi perbincangkan demi manfaat bersama.

1.QIYAS

Terima kasih atas penjelasan beserta contoh yang YB terangkan. Pada mula saya membaca artikel pertama YB, saya cuba untuk tidak memahami maksud qiyas YB dengan cara sedemikian kerana saya fikir tak mungkin ini yang YB maksudkan. Ianya tidak layak bagi seorang yang hebat seperti YB.

Alasan paling mudah, jika sekadar pilih dari sudut keahlian yang YB maksudkan, kenapa sampai perlu dikait dengan pemilihan Khalid al-Walid? Sedangkan ia turut boleh dikaitkan dengan jawatan Gabenor kepada Saidina Ali, jawatan Imam pada Abu Bakar, jawatan panglima perang orang lain. Kenapa Khalid al-Walid yang kontroversi itu menjadi pilihan?

BERPENGETAHUAN TINGGI (مثقف الفكر)

SYLLABUS USRAH IDADIE 3
SIRI V

Islam adalah agama yang amat mementingkan ilmu sehingga mengsyaratkan keilmuan dan kefahaman sebagai asas untuk diterima segala amalan. Bahkan enam rukun iman yang menjadi tonggak kepercayaan umat islam itu juga merupakan ilmu yang wajib ada pada seseorang sebelum bergelar muslim.

Islam juga meletakkan golongan berilmu lebih tinggi dari manusia lain. Firman Allah SWT:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
 [الزمر:9]
Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

‏‏يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ‏ ‏
[‏المجادلة‏:‏ 11]
Allah SWT mengangkat mereka yang beriman dan berilmu dikalangan kamu dengan beberapa darjat.

Justeru itu, perlulah bagi seorang muslim itu menyusun manhaj pembelajaran mereka sebaiknya supaya mereka mampu untuk menjadi pejuang agama Allah yang berperanan dan tidak ditipu oleh muslihat musuh.

CABANG ILMU PENGETAHUAN
1. Pengetahuan islam
2. Pengetahuan sejarah
3. Pengetahuan bahasa dan sastera
4. Pengetahuan sains sosial
5. Pengetahuan sains tulen.
6. Pengetahuan isu semasa.



Pengetahuan yang paling penting adalah pengetahuan islam yang merangkumi ilmu tauhid, al-quran, hadis, fiqh, akhlak, dan sebagainya. Itulah asas sandaran bagi segala ilmu pengetahuan yang lain. Namun sebelum memahami pengetahuan ini mereka perlu terlebih dahulu menguasai pengetahuan bahasa terutamanya bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Balaghah dan Adab supaya dapat memahami al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ulama dahulu dengan baik.

Disamping itu umat islam juga perlu mempelajari ilmu-ilmu moden seperti
1. Pengetahuan sejarah; bertujuan supaya mereka
memahami sebab-sebab kemajuan dan kejatuhan sesebuah bangsa
melihat kebenaran cerita-cerita al-Quran dan janji-janji Allah kepada sesebuah kaum.
Menjadi rujukan penting untuk memahami realiti semasa
Mengambil semangat & mencontohi perjuangan tokoh-tokoh dahulu dalam mempertahankan islam
2. Pengetahuan sains sosial; iaitu berkaitan undang-undang, ekonomi, psikologi, kebudayaan supaya:
Memahami cara berfikir golongan bukan agamawan
Mampu membandingkan sistem ciptaan manusia dengan sistem ciptaan Allah.
3. Pengetahuan sains tulen; melibatkan ilmu kajian tentang hukum alam semulajadi seperti matematik, fizik, kimia, biologi, geografi, ilmu falak dan teknologi supaya para agamawan:
Tidak ketinggalan dengan arus semasa yang boleh menjatuhkan keizzahan.
Menangkis dakwaan kajian-kajian songsang yang menyalahi fakta al-Quran seperti teori Darwin.
Membawa manusia memahami agama dengan fakta sains.
4. Pengetahuan isu semasa antaranya
perkembangan negara umat islam lain
perkembangan musuh islam dunia
perkembangan agama-agama semasa
perkembangan badan-badan politik semasa
perkembangan gerakan islam semasa
perkembangan ideologi moden
perkembangan ajaran-ajaran sesat
perkembangan masyarakat setempat

Sebenarnya mempelajari ilmu pengetahuan moden terutama bahasa inggeris dan ilmu-ilmu diatas adalah dituntut amat dalam islam, sebagaimana dalam satu athar:

الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا
Ilmu kebijaksanaan itu adalah barangan tecicir milik orang islam, maka dimana sahaja mereka jumpainya, mereka lebih berhak mengambilnya. [Riwayat Tirmizi]

Kata Saidina Umar RA:
من تعلم لغة قوم أمن مكرهم
Barang siapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu, maka mereka telah selamat dari muslihatnya

USRAH SEBAGAI MEDAN PENGUMPULAN MAKLUMAT
Untuk memahami kesemua perkara ini adalah agak mustahil bagi seorang manusia biasa, jika sekiranya dia mencarinya sendirian. Oleh itu mereka perlu mengusahakannya secara berkumpulan. Disinilah perlunya kepada usrah di setiap peringkat.

Dengan berusrah, seseorang itu boleh membahagikan tugasan sesama mereka untuk mempelajari bidangan ilmu-ilmu yang pelbagai, lalu dibentangkan dalam usrah tersebut. Cara itu mampu menjimatkan masa seseorang daripada menghabiskan masa yang lama membaca dan mengkaji semua ilmu-ilmu diatas satu persatu sehingga membantutkan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةِ أَشْيَاءَ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. 
[رواه مسلم]
 “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Sumber:
Thaqafah ad-Daiyah – Dr Yusof al-Qardawi

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH, MAAHAD DARUL QURAN, SESI 2013

Thursday, October 3, 2013

ISU SEBENAR BUKAN ULAMA VS PROFESIONAL?

Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini terutamanya oleh Ust Mokhtar Senik, pertembungan sebenar adalah pro-ulama dengan anti ulama' kerana ada kalangan bukan ulama yang bersama dengan aspirasi agamawan. Sebaliknya wujud juga golongan bertaraf ulama' tidak bersama aspirasi tersebut. Ia bukan golongan ulama vs golongan profesional seperti yang digembar gemburkan selama ini.

Lalu apakah hakikat sebenar pertembungan yang berlaku dalam PAS ini? Kenapakah mereka bertembung?

Untuk memahami hakikat ini, kita perlu membelek kembali lipatan sejarah sedari penubuhan PAS. Penubuhan Parti Islam Semalaysia ( dahulunya Persatuan Islam Se-Tanah Melayu) adalah kesinambungan daripada gerakan-gerakan islam sebelumnya ditanah melayu seperti Sarekat Islam dan Hizbul Muslimin Malaya.

Gerakan-gerakan islam ini pula ditubuhkan bertujuan untuk menggalas peranan khilafah setelah pemerintahan Khilafah Uthmaniah Turki dilemahkan oleh kuasa imperialis barat. Walaupun kuasa politik islam hilang, tugas menjaga kepentingan umat islam seperti pendidikan, dakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad, kebajikan dan sebagainya tidak berakhir begitu sahaja.

Ulama' mujaddidin waktu itu berijtihad bahawa untuk mengembalikan semula khilafah islamiah dan membawa gagasannya, tidak dapat tidak perlunya kepada kuasa politik, lalu mewajibkan gerakan islam mendaftarkan diri sebagai sebuah parti, maka tertubuhlah PAS.

Perlu disedari walaupun PAS itu adalah sebuah parti politik, ia bukan semata-mata berpolitik, tetapi hakikatnya sebuah 'gerakan islam' yang turut menggunapakai wasilah selain politik dalam usaha meneruskan kewajipan-kewajipan islam. Orientasi sebenar PAS adalah tarbiah (pendidikan), dakwah, dan siasah (politik).

Konflik awal telah berlaku dikalangan penyokng PAS yang terkeliru dengan nama PAS yang didahului dengan perkataan 'parti'. Tidak sedikit yang memahami perjuangan PAS adalah sekadar terlibat dalam bidang politik. Ramai juga yang beraliran kiri menyertai PAS sebagai proksi untuk menghapuskan aliran liberal bawaan british yang memonopoli kerajaan waktu itu.

Dato' Mustafa Ali, bekas Ketua
Dewan Pemuda Pas tahun 1982

Setelah beberapa dekad, usaha memurnikan pemikiran sebegini telah berhasil. Gagasan kepimpinan ulama' hasil desakan Dewan Pemuda di zaman Dato' Mustafa Ali berjaya memahat wawasan pengasas PAS terdahulu dalam jiwa-jiwa ahli. Zaman itulah kita boleh melihat agenda tarbiah merupakan makanan asasi bagi ahli. Cawangan subur dengan usrah. Masjid dan surau dimakmurkan. Institusi pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hingga sarjana tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ahli-ahli sanggup berjalan melewati kilometer untuk mendengar amanat-amanat tuan guru dan ulama'. Prestasi ukhuwwah, pengorbanan, thiqah dan wala' berada tahap tertinggi yang pernah dicapai.

Aura ini tidak hanya berlaku dalam masyarakat biasa. Ia turut terbias ke universiti dalam dan luar negara. Mahasiswa begitu pro-aktif membawa kesedaran tarbiah walaupun bukan dalam aliran agama. Kegemilangan zaman ini telah melahirkan tokoh-tokoh politik negara yang ada sekarang. Di luar negara, mahasiswa Timur Tengah dan Barat juga tidak terkecuali.

Walaupun kesedaran islam ini begitu pesat, ia tidak dapat lari pertembungan pendapat. Selain daripada ahli PAS, kebanyakan mahasiswa dan pemikir berpendapat politik demokrasi Malaysia bukanlah ruang yang baik untuk islam. Bahkan ramai juga yang berpendapat menyertai politik adalah satu bidaah yang tidak diharuskan agama. Antara kumpulan yang tidak sependapat dengan ijtihad PAS ini diperingkat awalnya adalah ABIM, IRC dan kumpulan ekstremis yang mengamalkan pendekatan muwajahah bilquwwah.

Apabila generasi idealistik ini tamat pengajian dari kampus, mereka membaca suatu hakikat baru apabila menempuh medan masyarakat, iaitu perlunya pengaruh politik dalam menyebarkan idea mereka kepada umum.

Ringkas cerita merekapun membuat permohonan untuk menyertai PAS yang dahulunya dianggap 'musuh ketat' dari sudut fikrah. Kepimpinan PAS begitu mengenali individu-individu yang berada dalam jemaah yang bertembung dengan fahaman PAS ini, tetapi dasar keterbukaan PAS dalam menerima ahli membuatkan kepimpinan meluluskan jua permohonan ahli mereka. Kepimpinan waktu itu bersangka baik bahawa mereka akan mengikut sesi pentarbiahan PAS dari bawah kembali untuk memahami hakikat perjuangan gerakan tersebut.

Namun ia bukanlah seperti yang diharap. Mereka yang sebelum ini telah melalui percambahan fikrah dari anutan sebelumnya cukup payah menundukkan diri menerima konsep yang dibawa PAS. Pada mereka, PAS tidak lain melainkan sebuah parti yang berjuang demi kuasa politik sama seperti parti-parti yang lain. Mereka juga menghantar wakil untuk berada dalan parti-parti politik lain termasuk UMNO, dan terkini PKR.

Lalu perjuangan mereka didalam PAS tidak lain selain memastikan PAS berjaya di persada politik, secara tidak langsung mengepikan aspek tarbiah dan dakwah. Mereka seolah-olah meletakkan kuasa politik sebagai syarat utama sebelum dakwah dan tarbiah. Selagi kuasa belum diperoleh, kerja tarbiah dan dakwah kepada masyarkat tidak menjadi wajib selain kepada ahli mereka sendiri.

Apabila golongan ini berada dalam PAS, mereka sedaya upaya meraih sokongan ahli supaya diangkat menjadi pemimpin parti. Ditambah dengan sikap tawadhu' sesetengah pemimpin dari kalangan agamawan, kerja-kerja pendakian mereka untuk ke kemuncak jawatan bertambah mudah.

Bermulalah zaman malap bagi sebuah gerakan islam induk Malaysia. Tarbiah tidak lagi menjadi agenda wajib cawangan. Dakwah pada rakyat bukan lagi suatu kelaziman. Ceramah-ceramah umum tidak lagi bercakap soal iman, syurga neraka, ayat-ayat Quran hanya sekadar pembuka majlis, sirah-sirah anbiya' sudah dianggap suatu retorik yang membosankan. Core businessnya hanya bercakap soal strategi politik, pendedahan urus tadbir kerajaan, isu-isu semasa dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, ada yang menyedari perkara ini. Gerakan memperbetulkan kembali allignment perjuangan mula dipergiat. suara-suara mengadu ketandusan tarbiah bergema dalam siri-siri muktamar dan ijtima negeri. Peranan ulama' kembali didamba bagi meniupkan angin kesedaran islam yang hampir menyembah bumi.

Pertembungan agresif tercetus apabila 'orang baru' dalam PAS itu tidak senang dengan kesedaran ini. Maka wujudlah program-program membawa dua fikrah berbeza ini kepada masyarakat terutamanya ahli PAS. Program semakin rancak menjelang pemilihan parti. Ada yang mengimport pemain-pemain luar parti untuk membantu merelevankan gagasan yang dibawa. Taktik kotor dan sabotaj juga terpilih menjadi senjata untuk bertahan dan menyerang.

Untuk kembali pada landasan asal, tarbiah adalah bengkelnya. Hidupkan kembali usrah, liqa fikr, tamrin, nadwah dan sewaktu dengannya. Itulah paksi syakhsiah muslim sejati.

Ada yang menafikan perkara ini. Mereka lihat realiti PAS semakin gagah mendaki ke puncak politik. Sokongan pihak luar semakin bertambah, keahlian berduyun-duyun. Kerusi-kerusi DUN bertambah setiap kali PRU walaupun diakui tarbiah semakin pupus. Bagi mereka tarbiah bukanlah faktor utama kekuatan PAS.

Benar, PAS akan tetap gagah sebagai sebuah parti politik tanah air. Tapi sebagai sebuah gerakan islam, PAS amat tenat. Aspirasi politik semakin utuh, tapi kesedaran Islam semakin luruh. Peranan khalifah yang mati tidak lagi diwarisi. Yang diperjuangkan sekarang hanyalah kuasa, kuasa dan KUASA!

Jika tiada sebarang langkah untuk memandang cermin sisi dan belakang diambil, kemungkinan gerakan islam ini akan terus mati.

Justeru itu memahami susur pertembungan secara adil adalah perlu. Ia bukan melibatkan perbezaan profesion semata-mata. Ia adalah pertembungan fikrah! Antara fikrah sebuah gerakan, dan sebuah parti.

Disebelah pihak memang meletakkan ulama' sebagai pemuka hadapan, disamping tidak melupakan peranan profesional lain dibelakang. Di sebelah pihak yang lain juga melibatkan peranan ulama', tetapi lebih sekadar tempat bertanya apabila berhadapan pihak satu lagi.

Pertembungan ulama profesional hakikatnya tidak wujud. Ia hanyalah satu propaganda untuk memburukkan golongan yang ingin mengembalikan asolah dakwah, seolah-olah mereka ini tamakkan jawatan. Sebelum pemilihan 2011, agamawan dan profesion bekerja secara kolektif di bawah kepimpinan yang satu. Tiada blok profesional yang tidak sebulu dengan ulama'. Pernah ketiga-tiga Naib Pres, bukan dikalangan ulama', tetapi itu tidak menjadi isu kerana yang bukan ulama' bersama membawa aspirasi asal.

Siapa pun boleh jadi driver walaupun tidak tahu jalan, asalkan orang yang tahu membaca peta tidak diingkari. Kadang-kadang skil pemanduannya lebih mantap berbanding pembaca peta. Tetapi jika driver yang dilantik senang-senang mengubah arus panduan peta walaupun ia memiliki skil pemanduan yang hebat, sudah tiba masanya stereng itu bertukar tangan.

Membantutkan perjalanan? Tak mengapalah. Untuk bertukar pemandu memang perlu berhenti sekejap. Itu lebih baik dari tersasar jauh dari destinasi asal.

Tuesday, October 1, 2013

HAPPY BIRTHDAY UMI!

Terlewat post..bukan lupa tapi semput bermasa..


KRONOLOGI:

11/2/13

1pm:

waktu itu umi baru balik dari mesyuarat. Marah-marah sebab umah bersepah. Biasalah tengah letih. Mula melangkah masuk rumah dia tanya menantunya balik ke tidak? sugul muka bila jawapan yang diterima adalah tidak.

2pm:

Tengah layan FB, tiba-tiba terbaca ucapan birthday edi kepada Ummi..Baru tahu hari ini hari jadinya. Rasa bersalah menyelubungi. Hari pentingnya disambut dengan rumah bersepah, anak menantu tiada di rumah, dapur masih tak berasap.

Terus turun ke dapur melihat apa yg berlaku. Masih tak tahu macamana nak memaknakan hari ini. Tengok umi sedang panaskan lauk-pauk yang ada. Kebetulan hari itu bawa balik keropok lekor untuk santapan. Kata umi "Siapa wat balik kuih birthday ummi ni." Sambil menyuap kedalam mulut, dia menyanyi "Happy birthday to me..happy birthday to me.." Rasa nak menitis airmata. Bersalahnya aku. Hari dah melewati separuh usia tapi aku masih belum tahu cara ucap birthdaynya. Adik2 pula bila umi balik hanya tunggu umi ke dapur sediakan makanan. Sepatutnya anak2 la yg layan dia hari ni. tapi alMaklumla, yg perempuan hanya athirah di rumah.

3pm:

ALI AL-ASYMAWI; KISAH SEBUAH KESETIAAN (WALA).

Satu kisah yang diceritakan oleh YDP Kuala Nerus sewaktu belajar di USA dahulu amat menarik untuk dikongsi. Ia mengajar erti ukhuwwah/ persaudaraan, thiqah/ kepercayaan, dan wala`/ kesetiaan. Kisahnya berkenaan dengan salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Beliau bernama Ali Asymawi, antara enam orang pengasas gerakan rahsia yang ditangkap pada awalnya atas tuduhan percubaan menghidupkan kembali gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir. Turut ditangkap bersama beliau adalah al-Shuhada' Syed Qutb, Maryam Jameelah dan Abdul Fattah Ismail.

Asymawi (berdiri) dan Syed Qutb
(depan sekali) sewaktu perbicaraan
Setelah perbicaraan, mereka berenam dihukum penjara selama enam belas tahun. Namun secara tiba-tiba kerajaan Mesir telah membebaskan Ali Asymawi berseorangan enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman.

Dari satu sudut berita itu diterima dengan penuh syukur. Ianya mungkin satu bukti kekuasaan Allah mengatasi keputusan makhlukNya. Tetapi dari sudut yang lain, pembebasan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan kepimpinan IM. Kenapakah kerajaan Mesir boleh membebaskan beliau seorang sedangkan yang lain masih menjalani hukuman? Apakah jasa atau khidmat yang mungkin diberikannya kepada kerajaan Mesir sebagai bayaran pembebasannya?

Andaian demi andaian menjengah kepala ahli Ikhwan lain.
Curious...

Antara percaya atau tidak, akhirnya IM mengambil keputusan untuk meminggirkan beliau daripada jemaah. Satu keputusan yang cukup berat untuk diambil bagi sebuah gerakan Islam. Tetapi itulah hakikat apabila berpegang kepada prinsip agama. Menjaga maslahah jemaah lebih penting dari maslahah individu. Nabi juga pernah meminggir sahabatnya yang enggan keluar ke perang Tabuk.

Saturday, September 28, 2013

JIHAD KONTEMPORARI (الجهاد المعاصرة)

SYLLABUS USRAH THANAWI 1
SIRI V

KEFARDUAN JIHAD

Jihad adalah wajib/fardu bagi semua umat islam tanpa khilaf. Tetapi kefarduannya terbahagi mengikut keadaan:

a)      Fardhu kifayah sekiranya tiada arahan untuk berjihad dari pemimpin. Pada waktu ini, seorang wanita tidak boleh menyertai jihad tanpa izin suami dan seorang anak tidak boleh keluar berjihad tanpa izin ibu bapanya kerana menunaikan kewajipan terhadap suami dan ibu bapa adalah fardhu ain.

b)      Fardhu ain jika :
     i) Sekiranya tentera Islam bertembung dengan tentera kuffar. Haram seseorang itu lari dari medan perang.
     ii) Sekiranya orang kuffar mencerobohi negara Islam untuk tujuan perang.
     iii) Sekiranya pemimpin mengarahkan untuk keluar berjihad.

Pada waktu ini, dibolehkan untuk keluar menyertai jihad bagi seorang anak tanpa izin ibu bapanya dan seorang isteri tanpa izin suaminya.

JIHAD MASAKINI

Theodor Herzl, pengasas gerakan zionis yanng merancang kejatuhan Khilafah Uthmaniah

Semasa pemerintahan Uthmaniah Turki,musuh islam membuat suatu rumusan baharu bahawa islam tidak mampu disekat dengan serangan fizikal seperti perang kerana mereka ditanam dengan sifat cintakan syahid. Lalu mereka melancarkan serangan terbaru iaitu serangan pemikiran (غزوة الفكر)  bertujuan untuk memasukkan fahaman-fahaman yang songsang dalam pemikiran umat islam supaya umat islam terpesong dari ajaran islam sebenar. Kejayaan terbesar serangan ini adalah berjaya menjatuhkan khilafah islamiah sehingga lenyap ke hari ini.

Justeru itu antara ruang terbesar jihad di zaman sekarang adalah untuk melawan serangan pemikiran ini, kerana sebenarnya ia lebih merbahaya dari peperangan fizikal yang hanya memudaratkan anggota badan, sedangkan serangan pemikiran memudaratkan akidah.

Antara agenda yang digunakan dalam melaksanakan serangan tersebut adalah menguasai politik umat islam. Mereka berusaha memastikan umat islam yang telah dididik dengan fahaman-fahaman barat memegang jawatan tertinggi dalam negara umat islam.

Mereka juga menggunakan media massa seperti suratkhabar, majalah, internet dan sebagainya untuk menyebar luaskan fahaman barat disamping memperkenalkan islam dengan gambaran yang salah.

Dalam bidang pendidikan, secara halus mereka menyisihkan pendidikan agama dari sekolah-sekolah dan menggantikannya dengan pendidikan konvensional supaya generasi umat islam jauh dari agamanya.

Disamping itu, mereka juga memasukkan unsur-unsur hiburan yang terlampau supaya umat islam lalai dari mengamalkan islam.

Ruang-ruang lain yang turut mereka gunakan antaranya dalam sudut menguasai ekonomi, menggiatkan kerja-kerja kebajikan, dan mereka juga tidak lupa untuk menyelinap masuk ke dalam gerakan islam untuk meruntuhkan organisasinya dari dalam.

Untuk menghadapi serangan ini, kita juga mestilah giat menceburi bidang-bidang politik, pendidikan, penerangan, hiburan, ekonomi, sosial dan kebajikan.



Dr Yusof Qardawi menditilkan ruang jihad masakini melalui tiga jalan iaitu:
1)      Jihad membebaskan negara islam dari penjajah.
2)      Jihad merubah undang-undang kuffar.
3)      Jihad menyampaikan dakwah ke seluruh dunia.

JIHAD BERJEMAAH

Melihat kepada serangan hampir dari semua penjuru kehidupan manusia, umat islam perlu membentuk suatu jemaah yang mampu menangani semua serangan-serangan ini secara tersusun dan berstrategi. Jika tidak perkara ini adalah mustahil untuk dikekang.

Jemaah ini sebenarnya sudah wujud kebanyakan negara umat islam seperti Mesir yang mempunyai organisasi Ikhwanul Muslimin, Palestin iaitu Hamas, Jemaat Islami di Pakistan, dan tidak terkecuali PAS di Malaysia. Umat islam sepatutnya melibatkan diri dengan jemaah-jemaah seperti ini untuk memastikan amanah jihad di bahu mereka terlaksana sebaik mungkin.



PERSIAPAN JIHAD

Menurut imam Hasan AlBanna, seorang muslim yang ingin bekerja untuk perlulah menghiaskan diri mereka dengan sifat-sifat berikut:
1.       Memperbetulkan niat ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. (سليم العقيدة)
2.       Melazimi ibadah-ibadah wajib dan sunat. (صحيح العبادة)
3.       Berusaha meninggalkan maksiat dan mengurangkan perkara makruh. (مجاهدة لنفسه)
4.       Sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan ilmu agama dan pengetahuan lain. (مثقف الفكر)
5.       Berhias dengan akhlak yang baik. (متين الخلق)
6.       Memperbaiki pergaulan dengan masyarakat agar mudah untuk mendekati dan didekati. (نافع لغيره)
7.       Mengekalkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga.(قوي الجسم)
8.       Berdisiplin dengan masa dan gerakerja. (حريص على وقته)
9.       Mahir dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. (منظم في شؤونه)
10.   Memastikan keadaan kewangan yang tidak akan mengganggu kerja dakwah dan jihad. (قادرا على الكسب)

Rujukan:
Fiqh Jihad – Dr Yusuf Qardhawi.
Fiqh Islami wa Adillatuhu – Dr Wahbah AzZuhaily
Ghazwatul Fikr – al-Madinah International University
Risalah Taalim – Imam Hasan al-Banna

Disediakan oleh:

BADAN TARBIAH DAN DAKWAH, MAAHAD DARUL QURAN RUSILA, SESI 2013

Tuesday, September 24, 2013

RESPON BUAT KHALID SAMAD PULA

Saya sebenarnya keberatan untuk menulis entri ini kerana ianya melibatkan pimpinan jemaah sendiri. Tetapi kebejatan pelayar maya yang bercakap hal ini tanpa batas membawa diri ini mencoret juga sejalur tegur di dinding sesawang agar tidak ditanya oleh Allah apa perananmu dalam memurnikan hal ini.

Sehingga kini saya masih fikir tidak layak berhujah dalam hal ini yang melibatkan prinsip parti dan orang besar. Tapi apabila KS menyebut istilah-istilah seperti qiyas dan ijithad (sini) yang menjadi tajuk penting dalam pengajian syariah islam, rasa diri ini terpanggil mencanting lagi kanvas perbincangan yang terbentang. Sekurang-kurang ilmu yang ditabur di fakulti dulu boleh disegarkan kembali.

1.QIYAS

Setakat yang difahami, mengqiyaskan jawatan Timb. Pres dengan Panglima Perang adalah menyamakan jawatan no. 2 dalam jemaah islam dengan jawatan panitia program-program tertentu dalam jemaah. Ini jelas qiyas maal fariq. Mengqiyaskan asas pemilihan khalid al-walid dengan asas pemilihan Timb pres juga qiyas maal fariq.

Bagi yang belum memahami qiyas, ia bermaksud menyamakan hukum bagi sesuatu yang tiada di dalam nas syarak dengan sesuatu yang ada di dalam nas kerana kaitan-kaitan tertentu.
Qiyas perlu ada empat rukun iaitu - :

Sunday, September 15, 2013

RESPON BUAT DR AGUS

Terima Kasih pertamanya kepada Dr Agus Yusoff yang telah bersuara usai resolusi multaqa ulama dimeterai 2 hari lepas. Ini membuktikan betapa perjalanan PAS mendapat perhatian berbagai golongan.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tulisan Dr Agus, yang kebanyakannya adalah ahli PAS sebelum era reformasi. Bagi saya, apabila PAS terjun ke kancah politik, ahli PAS perlu terbuka menghadapi respon dan kritikan pemerhati politik yang lain walaupun mereka itu bukanlah dikalangan agamawan. Inilah namanya politik. Sebaliknya pula ahli PAS harus melayani golongan sebegini mengikut ruang pemikiran mereka.

Bukankah Nabi kita mengajar khitabunnas ala qadri Uqulihim?

Dr Agus memberi respon dalam rangka pemikiran politik Malaysia, ini jelas dilihat dengan rangkap pertama beliau menyebut "kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan politik negara".



Bagi saya,

Friday, September 13, 2013

QIYAS TIMBALAN PRES DAN KHALID ALWAID QIYAS MAAL FARIQ

Kenapa Imran Al-Malizi menyanggah qiyas timb. Pres dgn panglima perang dakwaan Khalid Samad?

Nah,ini kerana qiyas itu tidak menepati syarat. Sifatnya tidak sama. Jawatan panglima perang hanya menjalankan arahan khalifah sahaja. Beliau tidak boleh memutuskan rancangan baru. Jawatan itu boleh disamakan dengan Jeneral tentera pada hari ini yang hanya bertindak mengikut arahan eksekutif, dibawah undang-undang perlembagaan.

Sedangkan Timb presiden itu luas tugasnya. Beliau berhak berijtihad, memutus tanpa bincang dan menjalankan semua bidang kuasa Presiden semasa ketiadaannya.

Kalau sekadar jawatan panglima yg menurut arahan, bkn sahaja bkn ulama', wanita bahkan non-muslim pn harus hukumnya menjawat jawatan itu.

Sebelum nabi wafat, nabi pilih usamah bin zaid, pemuda bwh umur sbagai panglima perang. Sewaktu nabi wafat, yh memangku jawatan nabi bkn beliau, tetapi ulama sahabat yg bergelar Abu Bakar AsSiddiq.

Tapi timb pres. Perlulah tarafnya org no.2 paling layak menjawat jawatan presiden dari sudut kebolehan berijtihad dan taqwa.

Tgk sahaja jawatan gabenor yg nabi lantik, yang diberi kuasa memutus walaupun terhad. Semuanya dikalangan ulama seperti Ali Abi Talib, Abdullah ibn Mas'ud dan Muadz bin Jabal. Bkn calang2 sahabat boleh memegang jawatan penting itu.

Wednesday, September 11, 2013

TIPS MENGUASAI MUFRADAT BAHASA ARAB

Bahasa arab adalah bahasa yang amat kompleks. Berlainan dengan bahasa melayu atau bahasa inggeris yang biasanya hanya mempunyai dua subjek persekolahan paling banyak (yang wajib hanya 1 subjek yang wajib), bahasa arab mempunyai hampir 10 subjek yang berkaitan dengan bahasa sahaja termasuklah Nahu, Sorof, Balaghah, Mantiq, Adab, Insya`,Mutalaah (Bahasa Arab harian), Arudh dan Imla`.



Justeru itu, menguasai perbendaharaan kata bahasa arab adalah antara kunci penting untuk membantu pelajar menguasai bahasa arab engan lebih mudah, terutamanya kepada pelajar jurusan agama yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara yang rata-ratanya akan mengikuti kuliah oleh penyampai berbahasa arab 100%

Mengikut pengalaman, juga perkongsian sesama rakan dan ustaz-ustaz dahulu

Sunday, September 8, 2013

MEMELIHARA PANDANGAN (غض البصر)

SYLLABUS USRAH IDADIE 2
SIRI IV

Memelihara atau menundukkan pandangan disebut didalam bahasa arab sebagai البصر غض. Dari segi bahasa, ia berasal dari kata غَضّ , yang bererti menahan, mengurangi atau menundukkan.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan bahawa, yang dimaksudkan dengan menundukkan adalah menahan pandangan mata dari perkara-perkara yang haram dilihat. Dalil yang memerintahkan manusia agar menundukkan pandangan pada ayat berikut.

Firman Allah taala :

30. Katakanlah kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka… [An-Nur:30-31]





Ayat ini antara lain menyebutkan tentang pemeliharaan aurat bagi wanita, yang menjadi punca kepada berlakunya kepayahan untuk si lelaki menjaga mata. Dosa mereka yang membiarkan aurat mereka ditatap adalah lebih besar dari yang melihatnya.

HUKUM YANG MELIBATKAN PANDANGAN MATA

1. Memandang aurat orang lain yang tidak ditutup adalah tidak boleh, samada disertai syahwat ataupun tidak.

2. Memandang lawan jantina dengan tujuan taladzdzudz (memuaskan nafsu) adalah tidak boleh walaupun menutup aurat.

3.Pandangan seketika yang tidak disengaja terhadap lawan jenis adalah dimaafkan.

4.Apabila ada keperluan syar’iyyah atau dharurat maka diperbolehkan memandang lawan jantina dengan sebabmemenuhi keperluan atau dharurat tersebut. Contoh  keperluan syar’iyyah tersebut adalah seperti melamar, bersaksi, mengubati, dan mengajar.

Perlu diingat bahawa hukum-hukum ini tidak hanya dikhususkan bagi yang memandang aurat lelaki, wanita atau perkara yang dilarang ketika berhadapan sahaja, tetapi juga dalam permasalahan media elektronik dan social seperti FB, TV, Majalah, internet dan sebagainya.

HIKMAH MENJAGA PANDANGAN
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah telah menyebut dalam kitabnya tentang faedah dan kelebihan memelihara pandangan. Di antaranya :

1. Membersihkan hati dari rasa perit kekesalan kesan daripada memandang perkara yang tidak mampu dimilikinya.

2. Mewarnai hati dengan cahaya (nur) dan sinar yang terang, lalu terzahir pada mata, wajah dan anggotanya.

3. Dapat menajamkan firasat kerana hati tidak melihat perkara yang dilarang.

4. Dapat membuka jalan-jalan dan berbagai pintu ilmu pengetahuan serta memudahkan tercapainya pengetahuan.

5. Memperkuat, memperteguh, dan membuat hati menjadi berani.

6. Menjadikan hati gembira, lapang, jiwa lebih hebat daripada keindahan dan kegembiraan yang terhasil daripada pandangan. Kegembiraan ini adalah atas kejayaan memerangi hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.

7. Membebaskan hati daripada menjadi tawanan syahwat.

8. Menjadi benteng penghalang daripada pintu neraka jahannam.

9. Menguatkan akal, menambahkan dan menthabatkannya.

10. Menyucikan hati daripada keinginan syahwat dan kelalaian daripada mengingati Allah dan hari akhirat.

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan umatnya didalam sebuah hadith:

إن الله كتب على ابن آدم حظه من الزنا ، أدرك ذلك لا محالة ، فزنا العين النظر ، وزنا اللسان المنطق ، والنفس تمنَّى وتشتهي ، والفرْج يصدق ذلك كله ويكذبه
”Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla menetapkan bagi anak Adam bahagiannya daripada zina . Mata berzina, dan zinanya ialah memandang. Dan lidah berzina, dan zinanya ialah berkata-kata. Dan hati bernafsu dan berangan-angan, dan kemaluan (faraj )lah yang akan membenarkannya atau mendustakannya.”
[HR Bukhari dan Muslim]



Oleh itu, sama-samalah kita beramal dengan sifat ini kerana kitalah yang akan memimpin ummah dan menyelamatkan mereka yang mungkin terkapai-kapai kelemasan dek kefasadan yang diundang oleh mereka sendiri. Walaupun perkara ini nampak remeh dan kecil, namun kerosakan yang besar hakikatnya bermula daripada memandang remeh perkara yang kecil.

لاَ صَغِيْرَةَ مَعَ الإصْرَار

Tidak lagi disebut dosa kecil jika (perbuatan maksiat itu) dilakukan terus menerus.
  
Rujukan:
-Raudhatul Muhibbin- Ibnu Qayyim Al-Jauzi
-Fatawa Muasarah, Dr. Yusuf Al-Qardhawi
- Halal dan haram, Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA
SESI 2013

TOLONG-MENOLONG (التعاون)

SYLLABUS USRAH IDADIE 1
SIRI IV

Ta’awun  adalah perkataan bahasa arab (تعاون) yang bermaksud tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu sesama manusia.

Manusia tidak dilahirkan mampu menguruskan keperluan hidupnya tanpa bantuan orang lain. Justeru, secara asasnya manusia memerlukan pertolongan dari orang lain bagi melengkapkan kehidupan mereka.

Pakaian yang kita pakai hasil buatan orang lain. Sayuran, buahan, serta makanan yang kita makan ditanam, dipetik dan dijual oleh orang lain. Dari kecil lagi kita berhajat kepada bantuan orang lain untuk menguruskan diri,dibela, diajar sehingga dewasa.

Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [Al-Maidah : 2]





  Ayat diatas menunjukkan bahawa tidak semua bentuk tolong-menolong itu baik, melainkan ada juga yang tidak baik. Tolong-menolong yang baik adalah apabila ia menjurus kepada kebaikan dan ketaqwaan sesuai apa yang diajarkan dalam islam. Tolong-menolong dalam masalah dosa dan permusuhan pula termasuk perkara yang dilarang agama. Tolong-menolong bebas dilakukan dengan siapapun (termasuk non muslim).

Sabda Rasulullah SAW:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا, ويشبك بين أصابعه
"Mukmin yang satu dengan yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling memperkuat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. (Sambil Rasulullah SAW memasukkan jari-jari tangan ke sela jari-jari lainnya) [HR Bukhari dan Muslim]

KONSEP TOLONG MENOLONG DALAM ISLAM

Antara perkara yang termasuk dalam kategori kebaikan (al-birr) adalah :

Seorang yang berilmu membantu manusia dengan ilmunya.
Seorang yang kaya membantu orang lain dengan hartanya.
Seorang yang berani membantu dengan keberaniannya berjuang di jalan Allah swt.
Saling nasihat-menasihati di dalam kebenaran dan kesabaran.
Menghilangkan kesusahan sahabat-sahabat seperti menutup aib mereka, mempermudah urusan mereka, menolong mereka dari orang yang berbuat aniaya, menghibur atas duka cita mereka,mengunjungi ketika sakit.
Mendoakan kesejahteraan mereka.

Sabda Nabi S.A.W :
والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه
Allah akan menolong seorang hamba selagimana hamba itu menolong saudaranya. [HR Muslim]

Saidina Ali KAW pada suatu hari keluar rumah untuk mencari makanan. Beliau cuma ada enam dirham. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang dalam kesusahan yang berkata "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Saidina Ali memberikan kesemua enam dirham yang dimilikinya itu pada lelaki tersebut lalu pulang dengan tangan kosong.

Fatimah yang melihat suaminya melangkah ke pintu rumah dengan tangan kosong lalu menangis membuatkan Saidina Ali keluar lagi, kali ini untuk berjumpa Rasulullah SAW mengadu nasib. Di tengah perjalanan, beliau terserempak pula dengan seorang badwi sedang menunggang unta.

Badwi itu segera menghampirinya dan menawarkan untanya untuk dijual. Ali pada mulanya tidak mahu membeli kerana tidak punya wang, tetapi orang badwi itu mengizinkannya untuk bayar pada bila-bila masa yang lain setelah memperolehi wang.

Saidina Ali akhirnya bersetuju dan terus membawa unta itu bersamanya. Tidak berapa jauh meninggalkan tempat tadi, datang pula seorang badwi yang lain menghampiri beliau bertujuan untuk membeli unta tersebut. Saidina Ali menjualnya dengan haraga 300 dirham. Sekelip mata saidina Ali berjaya memperoleh keuntungan 200 dirham.

Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Fatimah menyarankan agar beliau terus berjumpa nabi menceritakan hal terbabit.

Setibanya di masjid, nabi yang sedang beribadah terus tersenyum dan berkata:
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Soal nabi memulakan bicara.

Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan:
"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Barangsiapa yang tidak menghiraukan nasib umat islam lain maka dia bukanlah dikalangan umat islam.

Rujukan:
-Tafsir Ibnu Kathir
-Riyadhus Salihin, Imam nawawi

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA
SESI 2013

Friday, September 6, 2013

JASMANI YANG KUAT (قوي الجسم)

SYLLLABUD USRAH IDADIE 3
SIRI IV

Jasmani yang kuat ialah mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kekuatan jasmani tersangat penting buat seseorang yang bernama pejuang agama Allah. Bebanan perjuangan ini amatlah berat sebagaimana Firman Allah SWT:

إنا سنلقي عليك قولا ثقيلا
Sungguh kami akan memberikan keatas kamu kata-kata yang amat berat (kandungan al-Quran)
[al-Muzzammil:5]

Cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka hanya boleh dihadapi oleh mereka yang kuat, dalaman dan luaran secara seimbang.

Sabda Rasulullah SAW:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الل من المؤمن الضعيف
"Orang mu`min yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi allah dari mu`min yang lemah." [HR Muslim]
Bermula dari bangun malam untuk qiamullail, solat subuh, berangkat ke sekolah, menghadiri mensyuarat, program, usrah, masjid dan urusan seharian yang lain tentu memerlukan stamina yang tinggi. Masakan boleh kita melakukan itu semua jika kita terlantar di hospital.



Antara disiplin yang wajib dijaga dalam memastikan kesejahteraan badan adalah:

1. Mengawal diet pemakanan
- Diet bukan bermaksud kurang makan, tetapi mengawal pemakanan supaya semua zat yang diperlukan tubuh mencukupi setiap hari.
- Segera makan sejurus bangun tidur malam (dalam 30 minit yang pertama) walaupun sedikit.
- Makan lebih kurang setiap 4 jam.
- Pastikan kita memakan makanan yang seimbang. Tiga nutrisi utama yang diperlukan ialah
karbohidrat (50%) - nasi, bijirin, buahan dan sayuran.
protein (30%) – sumber haiwan
lemak (20%). – kuih muih, biskut.
- Banyakkan minum air mineral/masak.

2. Rehat secukupnya
- Rehat terbaik adalah tidur.
- Tidur 6-8 jam sahaja sehari
- Tidak tidur kurang dari dua jam selepas makan.
- Jangan menterbalikkan hukum alam dengan berjaga malam dan tidur siang. Khasiat sejam tidur malam menyamai tiga jam di siang hari.
- Tidur berlebihan akan menyebabkan malas, lapar, dan mudah sakit.

3. Riadhah yang teratur
- Riadhah baik untuk si kurus atau gemuk untuk mengembalikan berat badan yang ideal.
- Sebaik-baiknya riadhah seperti jogging 3 kali seminggu, 30-45 minit sekali bagi yang sihat, atau 15-25 minit bagi yang kurang berat badan. Boleh juga dibuat setiap hari dengan 10-15 minit sekali.
- Sentiasa melakukan senaman regangan otot/streching.
- Riadhah yang berlebihan pula akan menyebabkan keletihan sehingga tidak mampu melakukan aktiviti lain.

4. Mempelbagai bentuk aktiviti harian seperti banyakkan berjalan, menggunakan tangga, tidak tidur pagi, berqailulah, berpuasa, berkebun, mengemas rumah, berziarah, mempelajari seni beladiri dan banyak lagi.

Tubuh badan umpama sebuah kenderaan berenjin. kita perlu sentiasa menukar minyak hitam, memanaskan enjin terlebih dahulu, mengisi bahan bakar secukupnya, menukar tayar,rantai/timing belt dan sebegainya.

Jika sesuatu kenderaan itu tidak mengikut disiplin ini, ia tidak mampu bertahan lama.

Hari ini ramai manusia yang jatuh sakit bukan kerana serangan musuh, bukan sangat kerana bencana alam, tetapi yang memalukan adalah kerana diri mereka sendiri yang tidak mengawal makan, tidak rehat secukupnya, tidur berlebihan atau tidak pernah bersukan!

Tubuh badan adalah amanah Allah, perlulah kita bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, dan haram sekali-kali kita membiarkan diri ini sakit dan binasa.

Firman Allah SWT:

ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة
Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan. [al-Baqarah:195]



Sumber:
Internet
Wasoya al-Tabib
Khuttah al-Barraqah ; Dr Solah Abdul Fattah al-Kholidi

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN 
SESI 2013

KONSEP JIHAD (ماهية الجهاد)

SYLLABUS USRAH THANAWI 1
SIRI 4

PENGERTIAN JIHAD

Jihad berasal dari perkataan جُهْدُ  dengan maksud kepayahan atau جَهْدُ  dengan maksud kekuatan. Dari segi istilah pula jihad adalah merangkumi setiap perbuatan yang dilakukan secara bersungguh memerah keringat demi matlamat menegakkan agama islam.

Asas kepada kewajipan jihad adalah untuk memelihara perjalanan dakwah.

DALIL WAJIB BERJIHAD

1. Firman Allah SWT:

وجاهِدوا فى الله حق جهاده
Dan berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihadnya. [al-Hajj:78]

2. Firman Allah SWT:



إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصادقون
Hanyasanya oranh yang yang benar-benar beriman itu adalah mereka yang yakin kepada Allah dan rasulNya, kemudian tiada sangsi dalam imannya, dan berjihad dengan harta dan nyawa mereka ke jalan Allah. Merekalah orang-rang yang benar. [al-Hujurat:15]

3. Sabda Rasulullah SAW:

جاهدوا الكفار بأيديكم وألسنتكم
Berjihadlah keatas orang kafir dengan tangan dan lidah kamu [HR Ahmad]

4. Kita telah mempelajari bahawa berdakwah itu adalah wajib kepada semua golongan termasuk penjenayah, kerajaan, pelaku maksiat dan sebagainya. Sudah tentulah akan ada mereka yang tidak senang dengan teguran islam, lalu berusaha untuk menyekat dakwah pan permusuhan akan berlaku. Oleh kerana itu jihad menjadi wajib untuk melawan serangan musuh supaya terus disebar.

GAMBARAN JIHAD ZAMAN NABI.
Secara umumnya perjuangan nabi dalam menyebarkan islam dirangkum secara empat peringkat:

ERA MAKKI
1- Dakwah secara sembunyi; bermula dari wahyu pertama turun sehingga tahun ketiga menjadi nabi. Penyebaran islam hanya dilakukan kepada kaum kerabat terdekat jauh dari pengetahuan umum dan penuh rahsia.

2- Dakwah terang-terangan; bermula dari turunnya ayat فاصدع بما تؤمر وأعرض عن المشركين (Maka terus-teranglah menyampaikan suruhanku, dan jangan pedulikan tentangan musyrikin)[al-Hijr:94] sehingga nabi berhijrah ke Madinah. Apabila umat islam agak ramai, mereka diperintah untuk menyebarkan islam secara terbuka kepada masyarakat sekeliling tetapi tidak dibenarkan melawan musuh yang mengasari.

ERA MADANI
1- Jihad dengan peperangan mempertahankan diri/counter attack; Bermula dari penubuhan negara islam pertama Madinah sehingga peristiwa perjanjian Hudaibiah. Umat islam diizinkan untuk melawan musuh yang menyerang umat islam dan mereka juga diizin untuk menuntut bela ke atas kejahatan yang dilakukan musuh.

2- Jihad melawan sesiapa yang menolak islam; Bermula dari termeterainya perjanjian Hudaibiyah tahun ke-6 hijrah sehingga wafatnya Baginda SAW. Allah SWT mengizinkan supaya umat islam menyebarkan agama ke seluruh dunia dan melawan sesiapa sahaja yang tidak mahu membenarkan islam tersebar.

BENTUK JIHAD DARI AL-QURAN DAN SUNNAH

1. Jihad peperangan – Firman Allah SWT:

كتب عليكم القتال وهو كره لكم
Diwajibkan ke atas kamu pergi berperang, sedangkan ianya amat kamu benci.            [al-Baqarah:216]

2. Jihad di bidang ilmu – Firman Allah SWT:

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون
Bukanlah semua orang beriman itu perlu keluar berperang semuanya. Perlu ada bagi setiap kumpulan itu satu golongan, untuk mendalami agama dan terus memperingati kaumnya apabila pulang (dari belajar), moga-moga mereka berawas. [al-Taubah:122]

3. Jihad dakwah dengan lidah – Firman Allah SWT:

وجاهدهم به جهادا كبيرا
Dan berjihadlah dengannya (al-Quran) dengan jihad yang besar [al-Furqan:52]

4. Jihad harta: Firman Allah SWT:

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
Bandingan orang menginfakkan harta mereka di jalan Allah seperti seorang yang menanam sebiji benih. Lalu tumbuh darinya tujuh tangkai, setiap tangkai punya seratus biji benih, dan Allah akan mengganda (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, Allahlah yang Maha Luas Pemilikan lagi Maha Mengetahui.
[al-Baqarah:261]

5. Jihad melawan hawa nafsu – Sabda Rasulullah SAW:

والمجاهد من جاهد نفسه في طاعة الله عزوجل 
Pejuang itu adalah mereka yang berjuang melawan nafusnya untuk mentaati Allah.
[HR Tirmizi]

KELEBIHAN JIHAD

1- Jihad adalah amalan paling afdal selepas amalan Fardu Ain. Pernah Rasulullah ditanya tentang siapakah manusia yang paling baik? Sabdanya: 

مؤمن مجاهد في سبيل الله بنفسه وماله
Orang beriman yang menjadi pejuang di jalan Allah dengan dirinya dan hartanya.
[HR Bukhari & Muslim]

2- Pahala bertambah sehingga kiamat; selamat dari seksa kubur; Sabda Rasulullah SAW:

رباط يوم في سبيل الله خير من صيام شهر وقيامه، وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله، وأجرى عليه رزقه، وأمن الفتان
Jihad menjaga sempadan (tempat pertembungan antara islam dan musuh) di jalan Allah lebih baik dari puasa sebulan beserta dengan Qiamullailnya. Jika mereka mati dalam keadaan sedang melakukan amalan itu, akan terus berjalan pahala amalan itu, dan terus diperjalankan rezekinya, dan aman daripada fitnah kubur. 
[HR Muslim]

3- Syurga Firdaus; Sabda Rasulullah SAW:

قال : إن في الجنة مائة درجة ، أعدها الله للمجاهدين في سبيله ، كل درجتين ما بينهما كما بين السماء والأرض ، فإذا سألتم الله فسلوه الفردوس ، فإنه أوسط الجنة ، وأعلى الجنة ، وفوقه عرش الرحمن ، ومنه تفجر أنهار الجنة
Sesungguhnya syurga itu ada 100 darjat, yang disediakan untuk pejuang di jalannya, jarak antara dua darjat adalah seperti langit dan bumi. Maka apabila kamu memohon, pohonlah syurga firdaus. Ianya adalah syurga yang paling baik dan paling tinggi, daripadanyalah punca aliran sungai-sungai syurga.
[HR Bukhari]

Rujukan:
Fiqh Jihad – Dr Yusuf Qardhawi.
Fiqh Sirah Nabawiyah – Dr Ramadhan al-Buti

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH
MAAHAD DARUL QURAN RUSILA

SESI 2013


Monday, August 5, 2013

KISAH SAIDINA ALI, MALAIKAT DAN UNTA

Saidina Ali KAW pada suatu hari pulang ke rumahnya lalu bertanya kepada isterinya Saidatina Fatimah RA

“Wahai wanita mulia, apakah ada sebarang makanan untuk suamimu pada hari ini?”

Jawab Fatimah RA:
“Demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa, melainkan enam dirham daripada Salaman al-Farisi sebagai upah menjahit. Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Hussain.”

“Biar aku sahaja yang membelinya.” Pintas Saidina Ali.

Lalu keluarlah semula saidina menuju ke pasar untuk menunaikan hasrat isterinya. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang dalam kesusahan yang berkata,

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, lantas Saidina Ali memberikan kesemua enam dirham yang dimilikinya itu pada lelaki tersebut.

Beliau seklai lagi pulang dengan tangan kosong.

Fatimah yang melihat suaminya melangkah ke pintu rumah dengan tangan kosong, tiba-tiba menangis.

“Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Fatimah?” tanya Saidina Ali.

Jawab Fatimah, “Wahai Ali, kamu pulang tanpa membawa apa-apa.”

Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."

Lalu Ali keluar lagi, kali ini untuk berjumpa Rasulullah SAW mengadu nasib. Di tengah perjalanan, beliau terserempak pula dengan seorang badwi sedang menunggang unta. Badwi itu segera menghampirinya dan berkata,
“Wahai Abu Hasan, belilah unta ini!”

“Aku tidak punya wang. ” Balas Ali.


Saturday, August 3, 2013

TAUBAT RAMADHAN SEBELUM BERMAAFAN SYAWAL

Kata ulama, taubat adalah wajib bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Syarat sah taubat ada tiga perkara
1-      Meninggalkan maksiat
2-      Menyesali maksiat ang dilakukan
3-      Berazam untuk tidak kembali pada maksiat itu semula

Jika kesalahan yang dilakukan melibatkan manusia yang lain, syaratnya perlu ditambah dengan menunaikan kembali hak orang tersebut. Jika melibatkan harta mereka (mencuri, merampas, menipu harta), serahkan kembali atau ganti dengan yang sama nilainya. Jika melibatkan fizikal (kecederaan, pembunuhan ) minta dibalas dengan hukum Qisas atau pohon dimaafkan dari si mangsa. Jika melibatkan maruah, pohon kemaafan atau dikenakan hukum qazaf.

Jika mangsa meminta kita melakukan sesuatu kepada mereka sebagai ganti kerugian yang mereka tanggung, samada fizikal, maruah, atau material, kita wajib melakukannya selagi ia tidak keterlalulan.

Tiada amalan khusus untuk diterima taubat seperti yang didakwa sesetengah pihak seperti wajib sembahyang taubat, wajib menderma jumlah tertentu atau sebagainya. Cuma islam menyarankan supaya dilakukan kebajikan bagi memadam dosa yang dilakukan. Sedekah juga mampu memadam kesalahan seperti air yang memadam api.

Tiada waktu khusus untuk taubat. Boleh dilakukan bila-bila saja, dimana sahaja dalam apa jua keadaan.

Namun waktu paling baik adalah di sepertiga akhir malam, disaat manusia sedang tidur, kita bangun menghadap Allah membawa semua kesalahan untuk diampuni.

Tempoh paling akhir untuk bertaubat adalah sebelum nyawa berada di tengkuk, atau sebelum matahari terbit dari arah barat, yang disebut sebagai tanda kiamat terbesar.

Allah SWT mampu memaafkan semua jenis kesalahan walau menggunung tinggi mencecah langit. Beliau Maha Pengampun terhadap hambaNya, tiada dendam malahan ihsan, asalkan datang membawa diri penuh sesal dan ikhlas.




[Rujukan hadis-hadis Rayadussalihin; Imam Nawawi]

26 RAMADHAN/ 4 OGOS/ SURAU PDANG MACHANG MANIR