Monday, March 25, 2013

MACAMANA NAK SEBUT WHATSAPP?


“Macamana nak sebut WhatsApp? Dengan ejaan baku ‘Wasap’ ke ‘Wats ep’?”

Sebelum penulis bagi pandangan dalam hal ini, ingin rasanya untuk memperkenalkan beberapa fakta berkenaan dengan sebutan perkataan.

     1.       Jenama seluar jeans terkenal, Levi`s berasal dari Levi Strauss, nama seorang pemuda penjahit seluar dari San Francisco. Apabila seluar buatannya itu masyhur dikalangan pelombong emas, namanya secara automatic menjadi bualan dan perbualan yang biasa apabila ditanya akan si pemakai seluar, buatan siapakah yang kamu pakai, mereka akan menajawab “It`s Levi`s” dengan maksud itulah seluar buatan Levi. Dari itulah terbentuk jenama ‘Levi`s’

Mengikut ejaan namanya, ia disebut dengan ejaan baku ‘Lé-vi’. Tetapi apabila menjadi sebuah nama khas baharu, sebutannya bertukar menjadi ‘Li-vas’.

Friday, March 1, 2013

PAS SEBAGAI HARAKAH ISLAMIAH (حزب الإسلامي الماليزي)


SYLLABUS USRAH THANAWI 4
SIRI II

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.


Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Kesedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1998 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.
------------------------------------
1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Dasar PAS
Islam

Seruan PAS
ALLAHUAKBAR

Tujuan PAS ialah :
- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
- Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Usaha-usaha PAS :
- Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
- Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
- Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
- Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
- Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
- Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
- Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
- Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
- Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
- Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
- Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

SENARAI AJK PAS PUSAT


PENGERUSI LAJNAH-LAJNAH PAS PUSAT SESI 2011– 2013

1. Lajnah Politik dan Pilihanraya
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan : Hj Mohamad Sabu
Setiausaha : Dato’ Mustafa Ali

2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Pengarah : Ustaz Idris Ahmad
Tim. Pengarah : YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali

3. Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi : Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan 2 : Ustazah Nuridah Salleh

4. Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Timbalan 1 : YB Dato’ Dr. Haji Hasan Mohd Ali
Timbalan 2 : Hj Affandi Mohammad

5. Lajnah Pendidikan
Pengerusi : Dato’ Ustaz Abu Bakar Chi
Timbalan 1 : YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah
Timbalan 2 : YB Dr Halimah Ali

6. Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi : Mazlan Aliman

7. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
Pengerusi : Hj Anuar Tahir

8. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi : Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Timbalan 1 : YB Dr Mohamad Fadzli Dato' Hassan
Timbalan 2 : YB Dr Ismail Salleh

9. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud

10. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi : YB Dato' Kamaruddin Jaafar

11. Lajnah Pengguna
Pengerusi : YB Dato' Haji Mahfuz Omar

12. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : Haji Asmuni Awi
Timbalan : Sdr Mohamed Hanipa Maidin
Setiausaha : Sdr Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

13. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Hj Zulkefly Mohamad Omar

14. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : YB Dato' Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa

15. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi : YB Dr. Dzulkefly Ahmad

16. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi : YB Salahuddin Ayub
Timbalan : YB Khalid Abd Samad

17. Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi
Pengerusi : Hj Mohamad Sabu
Timbalan : YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

18. Lajnah Pertanian
Pengerusi : YB Ir Dato’ Amirudin Hamzah

19. Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi : Dr Ahmad Zahidi Marzuki

20. Lembaga Pemegang Amanah ( Perlembagaan Fasal 78 (1)
Pengerusi : Presiden
Ahli : Setiausaha Agung
: Bendahari

21. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : YB Dato’ Haji Husam Musa

22. Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Ketua Pengarah : YB Dr Mohd Hatta Md Ramli

23. Jabatan Presiden
Setiausaha Politik Presiden : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Akhbar Presiden : Sdr Nasaie bin Ismail

24. Jawatankuasa Kewangan ( Perlembagaan Fasal 76 (2).)
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha : YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli : Dato’ Mustafa Ali

25. Jawatankuasa Disiplin Parti
Pengerusi : Dato’ Hj Wan Mutalib Embong
Timbalan : Hj Muhammad Burok

Sumber:
www.pas.org.my 


KONSEP DAKWAH (ماهية الدعوة)


SYLLABUS USRAH THANAWI 1
SIRI II

Pengertian Dakwah
Dakwah berasal dari perkataan دعا membawa erti ajak. Secara istilah, ia bermakna mengajak manusia kepada Allah. Mengajak kepada Allah ialah mengajak kepada agamaNya iaitu islam, yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.

Dalil Wajib berdakwah

1. Firman Allah SWT
 وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
 [ال عمران:104]   
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ).


2. Firman Allah SWT:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
 [سورة النحل 125]
Ajaklah kepada jalan tuhanmu dengan penuh bijaksana dan peringatan yang baik dan berbahaslah dengan dengan cara yang paling baik.

Istidlal: Setiap arahan (فعل الأمر)  yang terdapat dalam al-Quran menunjukkan kepada wajib sekiranya tiada dalil lain yang menyatakan ketidakwajipannya.

3. Nabi Muhammad SAW adalah ikon dakwah paling agung. Semua sirahnya adalah berkisar tentang kehidupan seorang pendakwah. Beliau berhadapan dengan berbagai mad`u termasuk bapa saudaranya, ahli keluarganya, isterinya, sahabatnya, orang islam, orang kafir, orang badwi, orang munafik, orang bukan arab, raja, ahli perniagaan dan sebagainya. 

4. Manusia itu berasal dari kata نسي  iaitu lupa. Orang lupa senantiasa perlu diingatkan. Dan manusia juga bersifat tidak tahu sehinggalah diberitahu. Justeru itu dakwah menjadi satu keperluan untuk memberitahu orang yang tidak tahu seperti orang kafir, dan mengingatkan orang yang lupa seperti orang islam yang melakukan maksiat. Tanpa kewajipan menyampaikan islam, sudah tentu islam tidak akan tersebar dengan sendiri.

Sumber Rujukan
Dakwah adalah arahan Allah SWT. Sudah tentulah setiap arahan tu mempunyai SOP (standard of procedure) atau cara melaksanakannya seperti juga arahan yang lain contohnya sembahyang, ia mestilah dilaksankan dengan rukun, tertib dan syarat-syaranya. Dakwah juga ada rukunnya, ada syaratnya, dan ada pantang larangnya.

Rukun, syarat dan pantang larang dakwah boleh dilihat didalam beberapa sumber yang disepakati. Sebarang perlaksanaan dakwah yang bercanggah dengan sumber-sumber ini tidak boleh digunapakai. Sumber-sumber ini adalah:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Sirah Rasulullah
4. Sirah al-Khulafa’ ar-Rasyidin
5. Pengalaman ulama dan pendakwah dalam menjalankan usaha dakwah

Rukun Dakwah
1. Pengisian Dakwah (موضوع الدعوة) 
Pengisian dakwah ialah perkara yang ingin disampaikan kepada sasaran. Tidak lain dan tidak bukan perkara yang ingin disampaikan ialah Islam.
2. Pendakwah (الداعي)
Pendakwah ialah orang yang menyampaikan dakwah. Mereka mempunyai ciri-ciri tertentu, akhlak yang baik dan persiapan yang rapi dalam menghadapi dakwah.
3. Sasaran dakwah (المدعو) 
Islam yang perlu disampaikan oleh pendakwah perlu mempunyai sasaran dan sasaran ini tidak terhad kepada sesuatu bangsa, malah meliputi semua orang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.
4. Cara dakwah (الأساليب) 
Rasulullah menyampaikan dakwah dengan menggunakan medium dan method pelbagai.  Gabungan kedua-dua ini dinamakan manhaj.

Kelebihan dakwah
Sabda Rasulullah SAW:
الدَال على الخير كفاعله
Orang yang menunjukkan jalan berbuat kebaikan, (beroleh pahala yang sama) seperti yang mengerjakannya.

Dan sabdanya:
لأن يهديك الله منك رجلا واحدا خير من الدنيا وما فيها
Sungguh, jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki disebabkan kamu, adalah terlebih berharga nilainya dari nilai dunia dan seluruh isi perutnya.
  
Rujukan:
Usul dakwah – Dr Abdul Karim Zaidan


IBADAH YANG SAH (صحيح العبادة)


SYLLABUS USRAH IDADIE 3
SIRI II

Ibadah berasal perkataan (عبد) bermaksud tunduk dan patuh.Mengikut istilah, ibadah adalah tunduk patuh mengerjakan syariat Allah SWT dengan penuh kecintaan terhadapNya.

Ibadah merupakan tujuan asal diciptakan Manusia. Firman:
وَمَا خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدُونِ
 [الذاريات:56]
‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (semata-mata)’

Imam Ibnu Taimiyah pernah ditanya apakah itu ibadah yang dituntut? Jawabnya dalm kitab al-Ubudiyyah :
“Ibadah merupakan semua perara yang disukai dan diredhai Allah dalam setiap perbuatan dan pertuturan, zahir mahupun batin.”


Imam Nawawi dalam syarah Hadis 40 menggambarkan bahawa setiap amalan yang diniatkan kerana Allah SWT, semua itu boleh menjadi ibadah termasuklah perbuatan semulajadi manusia seperti makan, tidur, gembira, qadha hajat dan sebagainya.

Ibadah adalah lambang keislaman seseorang. Ibadah yang paling tinggi adalah mengucapkan dua kalimah syahadah. Secara zahir seseorang boleh dihukum beriman jika dia mengucap, sembahyang, puasa, zakat dan haji.

Tujuan islam mensyariatkan ibadah adalah untuk menjaga iman dan akidah. Barangsiapa yang tidak mengerjakan ibadah, beliau digelar fasik (pelaku maksiat). Hatinya akan menjadi hitam dan semakin hitam, lama kelamaan akan tertutup hatinya dari kebenaran lalu akan terjatuh ke lembah kekufuran tanpa disedari. 

Jika iman adalah akar, maka batang dan dahan itu ibadat. Jika Kuning telur itu iman, putih itu ibadatnya.

Syarat untuk setiap perkara yang dilakukan itu sah sebagai ibadah ada dua. Pertamanya, mestilah amal itu ikhlas dilakukan kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا الأَعمَالُ باِلنِّيَاتِ وَإِنّما لِكلٍّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَن كَانَت هِجرَتُه إِلى اللهِ وَرَسولِه فَهِجرَتُه إلَى اللهِ ورسولِه ومَن كانت هجرته لِدُنيا يُصِيبُها أو امرأةٍ يَنكِحُها فهجرتُه إلى ما هاجَرَ إليه
 [رواه البخاري ومسلم]
Setiap perbuatan itu mestilah disertai dengan niat. Dan bagi setiap seseorang itu (ganjaran) mengikut apa yang dikerjakan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya maka hijrah akan beroleh (pahala kerana) Allah dan rasulnya. Barangsiapa berhijrah bagi kerana dunia yang dikejari atau wanita yang (ingin) dinikahinya maka hijrahnya (hanya) beroleh apa yang diingini (sahaja).

Kedua, mestilah menepati cara dan manhaj yang ditunjukkan oleh sunnah. Sebarang amalan yang bersalahan dengan usul syara` adalah tertolak walaupun ikhlas. 

Sabda Nabi SAW:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمرِنَا هذَا مَا لَيسَ مِنهُ فَهُوَ رَدّ
 [رواه البخاري ومسلم]
Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka ianya ditolak.

Dalam islam, ibadah yang dituntut amatlah banyak, meliputi hak Allah, hak diri dan hak kepada manusia lain. Justeru itu dalam mengerjakan ibadah perlulah dipilih mana yang lebih afdal supaya mendapat ganjaran yang lebih.

Perlulah didahulukan yang wajib ke atas yang sunat. Dan jika bertembung perkara wajibdengan kewajipan lain, perlulah dahulukan Fardu kifayah yang tergalas di bahu kita daripada fardu `ain. Jika kita tidak melakukannya, orang lain turut berdosa tetapi jika fardu kifayah itu telah sempurna dilakukan oleh orang lain, maka fardu kifayah itu telah menjadi sunat ke atas kita dan perlulah mendahulukan perkara wajib yang lain.

Jika bertembung antara sunat dan sunat yang lain, dahulukan yang paling banyak pahalanya. Dan amalan sunat yang paling afdal adalah menuntut ilmu sepertimana yang disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya`nya.

Tidak perlu memaksa diri untuk beribadat dengan keras, bimbang mudah jemu selepasnya. Amalan yang sedikit tetapi diamalkan secara istiqamah adalah lebih baik dari melakukan banyak amalan yang tidak istiqamah. Sabda Rasulullah SAW:

أَحَبُّ الأَعمَالِ إِلى اللهِ: أَدْوَمُهَا وَإِن قَلَّ
 [رواه مسلم]
Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.

Keterangan ini terlalu ringkas dan memerlukan pengajian yang lebih khusus terutama dalam ilmu Fiqh. Pelajar perlu sentiasa memantapkan diri dari sudut ilmu supaya tidak melakukan ibadah yang sia-sia atau terlebih mengutamakan ibadah yang tidak penting dari yang lebih penting.

Rujukan:
Al-Ibadah Fil Islam; Dr Yusof al-Qardawi – Muassasah Risalah


IKHLAS (إخلاص)


SYLLABUS USRAH IDADIE 2
SIRI II


PENGERTIAN IKHLAS

Ikhlas berasal daripada kata (خلص) yang bermaksud bersih,suci, murni iaitu tidak bercampur dengan unsur-unsur yang lain. Dari segi istilah, ikhlas bermaksud melakukan setiap hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata.

Firman Allah S.W.T :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ [الزمر:11]
Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat kepadanya;

Firman Allah S.W.T :
 وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء
[البينة:5]
Tidaklah kamu diperintah kecuali untuk beribadat kepada Allah semata-mata dengan agama yang suci

Sabda Rasulullah S.A.W :
إِنَّمَا الأَعمَالُ باِلنِّيَاتِ وَإِنّما لِكلٍّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَن كَانَت هِجرَتُه إِلى اللهِ وَرَسولِه فَهِجرَتُه إلَى اللهِ ورسولِه ومَن كانت هجرته لِدُنيا يُصِيبُها أو امرأةٍ يَنكِحُها فهجرتُه إلى ما هاجَرَ إليه
 [رواه البخاري ومسلم]
Setiap perbuatan itu mestilah disertai dengan niat. Dan bagi setiap seseorang itu (ganjaran) mengikut apa yang dikerjakan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya maka hijrah akan beroleh (pahala kerana) Allah dan rasulnya. Barangsiapa berhijrah bagi kerana dunia yang dikejari atau wanita yang (ingin) dinikahinya maka hijrahnya (hanya) beroleh apa yang diingini (sahaja)

Abu Fudail bin ‘Iyyadh memberikan pandangannya  tentang makna ikhlas secara umum dengan berkata : “Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’. Dan beramal karena manusia adalah syirik. Dan ikhlas ialah, apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya”


Justeru itu tiada niat yang ikhlas selain dari mengharap keredhaan Allah SWT. Jika seseorang yang bukan muhrim itu ingin berkenalan dengan kita atas dasar ikhlas, dia telah berbohong kerana tuhan tidak meredhai perbuatan itu. Maka orang kafir tidak boleh menggunakan perkataan ikhlas kerana tidak mempercayai tuhan.

PRAKTIKAL IKHLAS

Ikhlas adalah syarat utama setiap amalan dan ibadah. Barangsiapa yang melakukan sesuatu kewajipan secara tidak ikhlas, maka dia akan beroleh pahala dari kewajipan tersebut.

Menghadirkan ikhlas bukanlah semudah mengucapkannya dibibir. Para ulama’ juga telah menegaskan bahawa rasa ikhlas amat payah untuk di praktikkan kecuali bagi mereka yang dipermudahkan Allah.

Imam Sufyan As-Thauri berkata, ”Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat daripada mengubati niatku, kerana ia sentiasa berbolak-balik pada diriku.”

Kerana itulah Rasulullah S.A.W mengajarkan kita supaya berdoa:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.

Pada zaman Rasulullah, Bilal bin Rabbah dikenali sebagai muazzin bagi umat islam. Suaranya tidaklah semerdu mana tapi beliau tetap azan saban hari kerana patuh akan arahan Rasulullah. Suatu hari ada seorang lelaki datang berjumpa nabi, meminta izin untuk azan pada subuh keesokan hari. Beliau menyatakan suaranya lebih merdu dan digemari orang. Rasulullah membenarkan sahaja menggantikan bilal pada subuh tersebut.

Memang benar setelah beliau azan, suaranya amat merdu sehingga azan subuh itu mendapat pujian ramai. Tiba-tiba datang malaikat bertemu nabi SAW dan berkata: “Kenapa kaummu tidak solat di subuh tadi?” Jawab Rasulullah: “Bahkan kami bersolat seperti biasa.” Kata malaikat lagi: “Aku tidak mendengar suara azan sampai ke langit sepertimana biasa.”

Ternyata azan yang dilaungkan lelaki tadi walaupun merdu tetapi tidak diterima penduduk langit kerana hanya berniat ingin menunjuk dan dipuji, bukan kerana Allah. Azan Bilal dengan suara biasanya lebih baik dari lelaki itu.

Dikisahkan bahawa ada seorang alim yang selalu solat di saf yang paling depan. Suatu hari dia datang terlambat, maka dia hanya dapat solat di saf kedua. Tiba-tiba di dalam fikirannya terselit rasa malu kepada para jamaah lain yang melihatnya. Maka pada saat itulah, dia menyadari bahawa sebenarnya kesenangan dan ketenangan hatinya selama ini ketika solat di saf pertama pada hari-hari sebelumnya adalah hanya kerana ingin dilihat orang lain.

Saidina Ali ketika dalam satu peperangan berjaya menewaskan seorang kafir dalam pertempuran, di saat sahabat itu berada di atas badan kafir untuk menikamnya, tiba-tiba si kafir itu meludah. Lalu dia pun tidak jadi menikamnya. Si kafir yang kehairanan itu lantas bertanya kenapa Ali tidak membunuhnya. Jawab Saidina Ali: Aku membunuh musuh dalam peperangan kerana Allah. Apabila kau meludah ke arahku, aku berasa marah lalu aku tidak mahu membunuhnya kerana perasaan marahku. Si kafir itu merasa kagum membuatkan dirinya memilih untuk memeluk islam.

Kisah-kisah ini membuktikan bahawa rasa ikhlas mesti sentiasa diperbaharui kerana ia bukanlah suatu perbuatan yang mampu dilihat oleh pandangan mata kasar. Boleh jadi seseorang itu ikhlas ketika solatnya, tetapi apabila selesai solat ada oran memuji menyebabkannya riya`, maka pahalanya akan ditarik balik dan tiadalah baginya pahala solat itu.

PEROSAK IKHLAS

1.      Riya’: Melakukan atau meninggalkan sesuatu demi manusia.
Contoh: Memukul adik kerana perasaan marah dia mengejek kita, tidak sembahyang tahajud kerana malu dipuji.
2.      Sumu’ah: Melakukan atau meninggalakan sesuatu untuk kemasyhuran dunia.
Contoh: Baca al-Quran kerana ingin dipuji.
3.      ‘Ujub: melakukan atau meninggalkan sesuatu kerana menyedapkan diri sendiri.
Contoh: Merasakan dirinya alim kerana banyak mengetahui ilmu.
4.       Terpaksa: melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman.
Contoh: Sembahyang jemaah kerana takut didenda, belajar kerana takut tidak lulus.


TANDA IKHLAS

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebut dalam kitabnya Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas mengenai tanda-tanda ikhlas. Diantaranya :
1.       Takut masyhur dan tersebarnya kemasyhuran tentang dirinya, lebih-lebih lagi jika dia adalah orang yang mempunyai pangkat tertentu.
2.       Beramal secara senyap-senyap, jauh dari hebahan orang lain.
3.       Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian.
4.       Berbuat selayaknya dalam memimpin : Amanah dan tidak mengharapkan kesenangan.
5.       Mencari keredhaan allah, bukan keredhaan manusia.
6.       Menjadikan keredhaan dan kemarahan yang dirasainya kerana allah, bukan kerana kepentingan peribadi
7.       Sabar dalam mengharungi dugaan sepanjang perjalanan hidup.
8.       Menghindari ujub.

Akhirnya, renungkan firman Allah taala ini :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي للَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ [الأنعام:162]
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
                                                                                                                               
Rujukan :
-       Tazkiyatun Naf; Dr Khair Fatimah, m/s. 15-17 – Maktabah Darul Khair
-       Al Majmu’ Syarhul Muhadzab; Imam Nawawi
-       An-Niyyah wal-Ikhlas; Dr. Yusuf Al-Qardhawi – web version

ADAB BERSAMA GURU (أداب مع المعلم)


Guru adalah insan yang paling layak dihormati dan dimuliakan selepas kedua ibu bapa. Ini kerana, merekalah orang yang memberikan ilmu kepada kita dengan tidak mengenal erti penat dan jemu. Meskipun pelbagai dugaan yang datang, mereka tetap mencurahkan ilmu tanpa meminta balasan sedikitpun.

Allah S.W.T telah meninggikan peranan seorang guru dengan menyebut dalam firman-Nya :

yÎgx© ª!$# ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd èps3Í´¯»n=yJø9$#ur (#qä9'ré&ur ÉOù=Ïèø9$#    [ال عمران:18]
  Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta ahli ilmu.

Rasulullah SAW bersabda :

فضل العالم على العابد كفضلي على أدناكم  ثم قال رسول الله : إن الله وملإكته وأهل السماوات والأرضين حتى النملة في حجرها وحتى الحوت ليصلون على المعلم الناس الخير    [رواه الترمذي]
 “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi : Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

DI ANTARA ADAB-ADAB MENGHORMATI GURU

1.       Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka.
2.       Masuk ke kelas sebelum guru datang dan berdiri apabila guru masuk ke kelas.
3.       Meninggalkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah.
4.       Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar dan tidak melakukan kerja lain seperti menconteng, membaca buku lain dan sebagainya
5.       Berusaha menyiapkan semua tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
6.       Tidak berbual ketika guru sedang mengajar.
7.       Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
8.       Mengucap salam setiap kali bertemu guru
9.       Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
10.   Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru.
11.   Meminta izin sebelum melakukan setiap perkara seperti ke tandas, bertanya soalan atau hendak minum.
12.   Menghargai ilmu yang diberi oleh guru.
13.   Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
14.   Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
15.   Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit.
16.   Tidak memusuhi guru.

KESAN TIDAK MENGHORMATI GURU KEPADA DIRI DAN ILMU

1.       Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2.       Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
3.       Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
4.       Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagatif.
5.       Ilmu yang dipelajari tidak akan memberi manfaat kepadanya
6.       Sukar mengikis sifat mazmumah dalam diri
7.       Sukar menjawab soalan peperiksaan.
8.       Tidak terasa bertambah ilmu malah semakin berkurang.
9.       Menanggung dosa sekiranya guru terasa hati dengan sikap kita dan sukar untuk memaafkannya.
10.   Tidak mudah untuk berjaya.

Didalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang ditulis oleh Imam Ghazali ada menyebut : "Adalah penting bagi seorang pelajar untuk menyerahkan dirinya ke tangan gurunya seolah-olah seorang pesakit yang menuruti arahan  doktor yang merawatnya."

Bahkan Saidina Ali pernah berkata : "Aku adalah hamba kepada orang yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf. Jika dia mahu, dia boleh menjual atau menjadikanku sebagai hambanya."

Pernah diceritakan juga bahawa Imam Syafie sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajarnya, masuk seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu.

Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Padahal as-Syafie hanya belajar daripadanya cara membezakan anjing yang cukup umur dan tidak.

Pepatah arab ada menyebut:
لَوْ لَا مُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي
Tanpa pendidikku, nescaya takkan ke kenal tuhanku

Rujukan
- Ihya' Ulumuddin: Adab pelajar dan pengajar; Imam ghazali
- Aujazul Masalik, Syarah Al-muatta' Imam Malik; Syeikh Zakariyya al-Kandahawi