Monday, March 25, 2013

MACAMANA NAK SEBUT WHATSAPP?


“Macamana nak sebut WhatsApp? Dengan ejaan baku ‘Wasap’ ke ‘Wats ep’?”

Sebelum penulis bagi pandangan dalam hal ini, ingin rasanya untuk memperkenalkan beberapa fakta berkenaan dengan sebutan perkataan.

     1.       Jenama seluar jeans terkenal, Levi`s berasal dari Levi Strauss, nama seorang pemuda penjahit seluar dari San Francisco. Apabila seluar buatannya itu masyhur dikalangan pelombong emas, namanya secara automatic menjadi bualan dan perbualan yang biasa apabila ditanya akan si pemakai seluar, buatan siapakah yang kamu pakai, mereka akan menajawab “It`s Levi`s” dengan maksud itulah seluar buatan Levi. Dari itulah terbentuk jenama ‘Levi`s’

Mengikut ejaan namanya, ia disebut dengan ejaan baku ‘Lé-vi’. Tetapi apabila menjadi sebuah nama khas baharu, sebutannya bertukar menjadi ‘Li-vas’.







2.       Nestlé, jenama makanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Perkataan nestle berasal dari nest iaitu sarang burung yang menjadi logo baginya. Tetapi apabila membentuk sebuah kata nama khas baru, ia tidak lagi berbunyi ‘nest-lé’ tetapi diubah kepada ‘nes-lé’ (huruf T tidak berbunyi.)

*Ia jenama yang menyumbang kepada negara Israel secara tak langsung dan perlu diboikot.

3.       Sign, dengan maksud tanda, dibaca dengan ejaan ‘sain’. Tetapi apabila menjadi perkataan signature dengan maksud tanda milikan disebut dengan ejaan ‘Sig-né-cher’, tidak lagi mengekalkan bacaan ‘sain’.

4.       Petronas, syarikat minyak terbesar milik rakyat Malaysia. Berasal dari perkataan petroliam nasional. Ia sepatunya dibaca dengan petro-nés kersns mengikut sebutan nésionel, tetapi realitinya tidak.

5.       Bernas juga begitu, asalnya dari beras nasional, tetapi tetap tidak mengikut sebutan nésionel.

Justeru itu ‘WhatsApp’, walaupun perkataan itu adalah gabungan dari Whats dan Application, ia tidak menjadi kelaziman untuk mengekalkan cara sebutan asal apabila membentuk kata nama khas yang baru.

Orang yang kata WhatsApp dibaca dengan Whats-ép kerana mengekalkan sebutan asal Application iaitu ’ ép-li-ké-shen’.

Bagi saya pula, Adalah lebih tepat disebut dengan ejaan ‘Wassap’ sahaja kerana hujah berikut:

1.    Nama asal tidak semestinya perlu dikekalkan dalam katanama khas baru. (seperti hujah-hujah diatas).
2.    Lebih mudah ditutur lidah
3.    Memahami maksud diletakkan jenama itu. Apabila menyebut wassap, ia lebih dekat dengan sebutan ‘Whats Up’. ‘Whats Up’ merupakan ayat yang biasa digunakan oleh orang Amerika untuk bertegur sapa dengan maksud ‘Apa khabar’.

Perisian WhatsApp pula adalah satu produk chatting (bual) alam maya yang pantas dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan telefon mudah alih dengan khidmat internet. Tegur sapa adalah objektif bagi semua produk-produk chatting yang ada. Dan perkataan whats up menjadi tagline tak langsung kepada produk ini.

4.    Whats up adalah teguran cara orang muda di Amerika dan sememangnya aplikasi whatsApp tidak menyasarkan produk ini kepada kanak-kanak atau warga emas yang tidak berminat dengan messenger.



Saya pernah keluarkan satu majalah di bawah Biro Penerangan PPMS yang diberi nama MySy. Saya cuba menerang tentang asal usul nama tersebut iaitu gabungan dari Malaysia dan Syria dan cara sebutnya adalah Mai-Sai. Tetapi berasa terkilan apabila pihak atasan dengan selambanya mengubah tanpa perbincangan nama  tersebut kepada sebutan Mai-Si kerana Syria disebut dalam ejaan Si-ri-ya. Mungkin penerangan ini membantu memahami hakikat bahasa dengan lebih tepat.

Maaf saya bukan pakar bahasa. Ini hanya sekadar analisis rawak dari apa yang terlintas di fikiran naïf.

1 comment:

  1. Free and unconstrained logic, but still based on intelectual rationalisation... i love this type of character...😀👍

    ReplyDelete

Guane gamok? komen skit....