Monday, October 6, 2014

IMUNISASI SECARA TAHNIK


Alhamdulillah. Sempat juga bawa baby girl ni bertahnik dengan ulama sedunia ini petang tadi. Ikutkan nak bawa hari ke tujuh nanti sebagai menuruti sunnah sekaligus bercukur dan menamakannya. Tapi Ayah Chik sudah mahu berangkat ke KL petang tadi. Esok mula sidang Parlimen. Minggu ini pula pembentangan bajet. Mungkin tak sempat untuk hari ke tujuh baby ni.
Semasa di Syria, saya pernah bawa anak seorang sahabat bertahnik dengan Syeikh Dr Mustafa Buhgo, tapi sudah terlewat dari hari ke tujuh. Syeikh tidak mahu mentahnikkannya kerana katanya, sunnah hanya setakat hari ke tujuh. Walaubagaimanapun beliau tetap dukung dan mendoakan anak itu di ubun-ubunnya.

Kenapa bertahnik? First of all kerana ianya Sunnah Nabi. 

Menurut perawi hadis, Siti Asma binti Abu Bakar Assidiq ketika melahirkan anak pertamanya, nabi minta anak itu dibawa padanya. Didukungnya kemudian diambil sebiji kurma, dimasukkan kedalam mulutnya yang mulia itu, dilembutkan dengan air liurnya yang  penuh berkat, kemudian diambil sedikit kurma itu dengan jari telunjuknya, dan memasukkan jari itu ke dalam mulut baby Siti Asma dengan mengosokkannya kiri dan kanan sehingga habis dihisap si anak yang amat bertuah itu.
Selesai menyuap kurma. Nabi mendoakan kebaikan untuk anak itu sambil dipegang ubun-ubunnya yang masih lembut. Nabi sangat gembira dengan kelahiran anak itu. Masakan tidak, itu anak pertama yang lahir dalam Islam!


Menurut sarjana Islam, boleh juga kurma diganti dengan benda manis yang lain seperti madu atau buah-buahan. Boleh juga menyuapkan terus hujung kurma untuk dihisap oleh anak yang baru lahir tanpa dilembutkan dahulu.

Menurut pakar sains pula, bertahnik terbukti memberi faedah yang besar terhadap kesihatan si anak. Ianya mampu meningkatkan paras gula dalam darah ke tahap yang amat diperlukan oleh seorang bayi di umur tersebut. Campuran kurma dan air liur orang dewasa yang sihat juga meningkatkan keupayaan sistem uminiti mereka. Malah, sunnah bercukur dan menggosok ubun bayi juga punya khasiat tersendiri yang tidak mampu saya tulis di kesempatan ini.

Itulah dia ajaran Islam. Panduan terbaik untuk hidup sempurna di dunia dan bahagia di akhirat.
Itu saya belum cerita bagaimana fungsi kalenjar timus dalam membentuk imunisasi anak-anak sebelum umur dua tahun dan juga membiarkan anak-anak bermesra dengan alam flora fauna. Semua itu adalah terapi terbaik untuk tumbesarannya. Bukan back to the future, tapi back to the nature.

Saya tak menafikan sumbangan sistem perubatan moden. Ianya juga sebahagian dari ajaran Islam. Tapi ada benda yang kita perlu teliti dahulu di zaman penuh kekeliruan ini, di zaman umat Islam menjadi sasaran utama senjata musuh.

InsyaAllah, anak kedua ini juga saya tidak akan ikuti jadual imunisasi hospital. Setakat yang saya mampu teliti, saya rasa cara ini lebih berkesan untuk anak-anak saya.

Kepada orang lain, jika tak mahu ikut jadual imunisasi, jangan ikut-ikut saya sahaja. Kaji dulu baik buruknya supaya anda tahu apa perlu dilakukan jika berlaku kes kecemasan terhadap anak anda. Terangkan juga dengan baik alasan anda tidak mahu diimunate kepada doktor dan nurse yang mengendalikan anak anda. Saya juga tak mahu pengamal perubatan moden terasa hati dengan sikap kita menolak khidmat ikhlas mereka.

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....