Wednesday, February 27, 2013

KE ARAH PENYATUAN FIKRAH (وحدة الفكر)

SYLLABUS USRAH THANAWI 4
SIRI I


Firman Allah SWT:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
 [ال عمران:16]
Berpegang teguhlah kamu di jalan Allah dan jangan (sesekali) kamu berpecah-belah

Sabda Rasulullah SAW:
تلزم جاعة المسلمين وإمامهم
[متفق عليه]
Bersamalah jemaah orang islam dan pemimpinnya.

Bekerja dalam satu jemaah menjadi kewajipan bagi setiap umat islam sebagaimana ayat-ayat dan hadis yang teramat banyak.



Logik akal sendiri mengakui bekerja berkumpulan itu adalah lebih berkesan dalam merencana gerakekrja dan kuat dalam menghadapi ancaman musuh. Allah berfirman menyatakan sifat orang-orang beriman:

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
[التوبة:71]
Dan orang-orang beriman lelaki dan wanita masing-masing adalah penolong bagi yang lain.

Amat tidak patut umat islam berpecah belah dan bekerja mengikut haluan sendiri sedangkan musuh pula bersatu antara satu sama lain. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
[الأنفال:73] 
Dan orang-orang kafir, masing-masing adalah penolong bagi yang lain.

Punca kejatuhan Khilafah Uthmaniah tahun 1924 adalah kerana perpecahan umat islam yang tidak mahu menolong sesama sendiri apabila diserang.  Dengan serangan fahaman nasionalisme sebagai senjata yang dicipta musuh, masing-masing menjadi sibuk menguruskan pentadbiran negara sendiri sehingga tidak sedar satu persatu negara umat islam lain dijajah.

Perlu diingat jemaah islam hari ini adalah bayangan khilafah islamiyah yang menggalas peranan pemerintahan islam. Fiqh harakah mula diasaskan oleh al-Imam Hassan al-Banna melihat kepada keperluan orang-orang islam untuk terus bersatu bagi melunaskan tuntutan menyebarkan islam. Ianya bergerak mengikut negara masing-masing.

Antara negara yang menyahut pendekatan Imam Hassan al-Banna.
-Mesir: Ikhwanul Muslimin
-Syria: Ikhwanul Muslimin
-Jordan: Ikhwanul Muslimin
-Palestin: Hamas
-Tunisia: el-Nahda
-Libya: FIS
-Indonesia: Masyumi/PKS
-Malaysia: PAS
-Pakistan: Jamiat Islami

Senarai di atas hanyalah sebahagian dari negara-negara yang mempunyai harakah islamiah yang menepati syarat mengganti khilafah. Adapun sifat Harakah islamiah yang dituntut mestilah:


1 . ASLI
Lahir kerana tanggungjawab dakwah dan bukan kerana tidak berpuashati terhadap cara pembawaan jemaah islam sedia ada yang telah menepati syarat.

2. RABBANI
Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai perlembagaan.

3. JIHADI
Bercita-cita untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi

4. TANZIMI
Dipimpin secara tersusun mengikut hierarki.

5. ALAMI
(keanggotaan menyeluruh) dan tidak dibuka hanya kepada gender tertentu, kelayakan pendidikan tertentu, keturunan tertentu atau memiliki jumlah harta tertentu. Juga menyantuni seluruh lapisan masyarakat

6. SYUMULI
Merangkumi seluruh aspek kehidupan yang tidak hanya terhad kepada pendidikan semata-mata, politik semata-mata, dakwah fardi semata-mata, atau penyucian jiwa semata-mata tetapi mencakupi seluruh elemen politik, tarbiyah, dakwah, ekonomi, kesihatan, kemasyrakatan dan kebajikan.

7. THUBUT
Bersikap teguh dan tidak mengubah dasar dan prinsip sesuka hati

8. MURUNAH
Menjauhi pertelingkahan masalah feqah yang bersifat furuiy.

KHUTBAH JUMAAT - KEPENTINGAN MAKLUMAT DALAM ISLAM


Masjid Pulau Ketam (22/2/13)



Khutbah Pertama

الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الأسماء الحسنى والصفات العلى

وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وإمامنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم الدين
أما بعد

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri dan sidang jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman.

Allah SWt telah berfirman di dalam kitabNya:
وتلك الأيام نداولها بين الناس [ال عمران:140]
Pada hari tersebut kami pergilirkan kuasa diantara manusia

Sidang jumaat sekalian!

Allah SWT menerangkan dalam ayat tersebut perihal kekuasaan di atas muka bumi Allah. Tiada kuasa yang kekal selama-lamanya selain kuasaNya. Samada kuasa itu ditadbir dengan adil ataupun zalim, semuanya pasti akan berakhir.