Thursday, January 24, 2013

AKIDAH YANG SEJAHTERA (سليم العقيدة)

SYLLABUS USRAH IDADIE 3
SIRI I:


Akidah berasal perkataan (عقد) bermaksud ikatan. Ia berkait rapat dengan pengertian iman yang menggambarkan ikatan manusia terhadap sesuatu kepercayaan yang darinya muncul segala kata-kata dan perlakuan. Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya:
 إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين [الأنعام:162]
‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’



Nabi Muhammad SAW membina akidah umat islam selama 13 tahun pada era makki. Tempoh ini umat islam tidak lagi diwajibkan berperang. Ayat yang turun pada waktu ini hampir kesemuanya membicarakan perihal akidah seperti pengisahan syurga, neraka, sifat-sifat tuhan, hari kiamat, kisah-dan kisah kaum terdahulu. Bahkan majoriti ayat yang terdapat dalam al-Quran adalah membicarakan soal-soal di atas, cuma sedikit ayat yang berkaitan dengan hukum hakam syariat. Ini menggambarkan kepentingan pemantapan akidah terhadap umat islam. Tanpa akidah yang sejahtera,umat islam akan mudah disesatkan oleh fahaman-fahaman musuh, perpecahan dalam saf umat islam akan berlaku dan takut untuk mempertahankan islam.

Akidah atau ilmu tauhid yang wajib dibina adalah kepercayaan yang mengesakan Allah serta mengetahui kekuasaanNya dan lima rukun iman yang lain secara ijmali. Adapun mempelajarinya secara tafsili maka ia adalah fardu kifayah dan digelar sebagai ilmu kalam.

Enam rukun iman adalah asas kepada ilmu akidah. Malaikat datang berjumpa nabi ketika baginda sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Beliau duduk betul-betul dihadapan nabi lalu meminta nabi menceritakan perihal iman. Maka jawab Rasulullah:

الإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ , وَكُتُبِهِ , وَرُسُلِهِ , وَالْيَوْمِ الآخِرِ ,وتؤمن وَالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ [رواه مسلم]
Iman itu adalah kamu percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat, dan percaya ketentuan baik burukNya.

Iman boleh diumpakan sebagai akar bagi pokok. Walaupun ia berada di dalam dan tidak terzahir di pandangan, tanpanya tidak akan tumbuh batang, dahan, ranting daun dah buah. Iman perkara yang ada di akal fikiran, tidak terzahir tetapi tanpanya seseorang tidak diterima ibadah dan seluruh amalannya oleh Allah.


Pernah diceritakan bahawa di Rusia ada seorang guru berfahaman athies (tidak mempercayai kewujudan tuhan) bertanyakan soalan:
“Adakah tuhan itu wujud? Jika benar tunjukkan pada cikgu mana tuhan kamu!”
Lalu bangun seorang pelajar muslim berkata:
“Cikgu tiada akal.” Guru itu berang dan berkata: “Kenapa kamu kata begitu pada cikgu?”
Jawab pelajar itu: “kalau benar cikgu ada akal, tunjukkan pada saya!”

Adapun rukun akidah yang enam itu secara ringkas adalah:

1. Percaya kepada Allah bererti mengakui segala sifat-sifat dan kekuasaanNya serta menghindar diri dari mempercayai bahawa ada kuasa dan aturan lain yang lebih relevan selain apa yang ditetapkan Allah.

2. Percaya pada malaikat bererti mengetahui bahawa ada makhluk yang tidak pernah melanggar perintah Allah yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera manusia. Juga percaya bahawa alam ghaib itu wujud termasuk pahala, syurga, roh, jin, dan syaitan

3. Percaya kepada kitab-kitab pula adalah mengetahui bahawa Allah menurunkan beberapa buah kitab kepada nabi-nabi terpilih sebagai petunjuk kepada manusia di dunia ini dalam meniti kehidupan termasuk al-Quran yang diturun khas kepada Nabi Muhammad SAW yang menasakhkan kitab-kitab yang lain. Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan petunjuk Quran adalah salah dan perlu dihindari walaupun logik akal membenarkannya.

4. Percaya pada rasul-rasul pula adalah mempercayai ada kalangan manusia dipilih oleh Allah untuk menjadi perantara dalam menerapkan ilmu-ilmu islam kepada penduduk bumi dan bersifat dengan benar, amanah, menyampai ilmu dan bijaksana. Penghulu segala nabi adalah Muhammad SAW dan syariatnya istimewa berbanding syariat nabi-nabi yang lain.

5. Percaya wujudnya hari akhirat dengan mengteahui aka nada kebangkitan semula sesudah mati untuk menilai keputusan ujian-ujian manusia ketika di dunia. Akhirat bersifat abadi yang tidak akan berakhir dengan kematian atau kemusnahan. Yang baik akan beroleh syurga dan berdosa akan dihumban ke neraka.

6. Percaya qada` dan qadar pula merupakan kepercayaan yang paling perlu diperkuatkan oleh setiap muslim. Ia bermaksud meredhai setiap ketentuan yang telah Allah pilih untuk hambaNya. Segala yang berlaku ada hikmahnya kerana Allah SWT tidak akan menentukan sesuatu yang sia-sia. Tidak ada apa yang perlu ditakuti jika Allah tidak mengizinkan sesuatu berlaku kepada kita. Apabila Allah ingin sesuatu itu berlaku, tiada yang mampu menghalang walau semua manusia cuba menghalangnya.

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....