Tuesday, January 1, 2013

KENAPA SEKULARIS KAFIR? (PART 1/2)




ERTI KUFUR

Kufur adalah lawan bagi iman. Jika beriman itu bermaksud mempercayai segala apa yang dibawa rasul dari sumber yang diyakini sahih secara relahati, kafir pula membawa maksud menolak kepercayaan dan keinginan sesuatu daripada apa yang dibawa oleh nabi yang sampai kepada kita secara sahih.

Maka iman itu tidak akan sah selagi tidak mempercayai tiap-tiap yang dibawa oleh Rasul kerana ia datang dalam satu pakej. Takkan dipanggil rumah jika tiada atap, dinding atau tiang. Ia merupakan rukun bagi rumah. Rukun bagi iman adalah kepercayaan yang enam itu (Allah, malaikat, quran, nabi, hari akhirat dan qadha qadar). Menolak satu bererti menolak semuanya (6-1=0). Justeru itu tiada pertengahan antara batas iman dan kufur.

Sebagaimana hitam itu bukan putih dan putih itu bukan hitam, begitulah juga iman dan kufur. Orang beriman bererti dia tidak kufur, dan barangsiapa yang jatuh kufur hukumnya, dia bukan lagi beriman.

IMAN=PERCAYA
KUFUR=TAK PERCAYA
IMANKUFUR

Firman Allah SWT

فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى [البقرة:256]
Barangsiapa yang kufur kepada golongan thaghut(pelampau) dan beriman pada Allah maka dia telah berpaut pada ikatan yang kukuh [al-Baqarah:256]
أفبالباطل يؤمنون وبنعمة الله يكفرون [العنكبوت:67]
Apakah dengan kebatilan kamu percayai dan nikmat Allah(Islam) itu kamu ingkari? [al-Ankabut:67]
فماذا بعد الحق إلا الضلال..[يونس:32]
Maka apakah ada selain kebenaran itu melainkan kebatilan (belaka) [Yunus:32]

BENTUK KUFUR

Maka jika iman itu perkara batin, yang boleh dinilai melalui zahir untuk dikira sebagai saudara muslim misalnya mengucap dan sembahyang mengikut ajaran islam, maka kafir juga boleh dihukum melalui zahir

Ia amat penting bagi orang alim, mufti dan pemimpin untuk menentukan mereka kafir atau tidak kerana pada hukum islam itu ada hak dan tanggungjawab berbeza mengikut agama. Mungkin ada yang dihukum kafir di dunia namun mungkin beliau itu beriman disisi Allah, contohnya Ammar bin Yaasir yang melafaz kata-kata kufur dihadapan penguasa Quraisy, Rasulullah mengfatwakan bahawa beliau masih beriman. Ada juga yang mengaku beriman, tetapi tuhan tidak mengira iman mereka kerana sebenarnya hati mereka tidak mempercayai ajaran Allah, sepertimana Abdullah bin Ubai Ibn Salul, tokoh munafik.
Secara ringkasnya kufur itu boleh terbahagi kepada tiga cara:

1. Kufur I`tiqadiy (secara kepercayaan).
Merupakan asal bagi setiap kekufuran. Ialah setiap kepercayaan yang bertentangan dengan mana-mana rukun iman yang enam atau bertentangan dengan kepercayaan islam yang bersumber yakin sah/mutawattir.

Antaranya adalah perkara yang bersangkutan dengan ketuhanan contohnya:

-          Tidak percaya Allah menjadikan alam
-          Tidak percaya salah satu dari sifatNya
-          Menyifatkannya dengan sesuatu yang tidak layak untukNya seperti Allah itu ada tiga (triniti). Allah itu berjisim seperti makhluk (mujassamah).
-          Allah tidak mampu buat sesuatu kepada hamba
-          Hukum ketetapan Allah tidak adil/sesuai kepada manusia.

Antara fahaman yang dimaksudkan adalah Atheism, Penyembah berhala, Majusi.

Antaranya juga adalah yang bersangkutan dengan kenabian seperti:

-          Tidak percaya adanya insan bergelar nabi Allah.
-          Tidak percaya kewujudan salah seorang dari rasul yang disebut dalam al-Quran atau hadith mutawattir.
-          Mendustakan/menolak ajaran nabi.
-          Menolak bahawa Nabi Muhammad diutus untuk seluruh manusia.

Antara fahaman itu adalah Brahmah, yang menolak kewujudan nabi, Yahudi yang menolak kenabian Isa dan Muhammad, Kristian yang menolak kenabian Muhammad.

Selainnya, perkara-perkara ghaib (tdak dapat dikesan melalui pancaindera) yang menyebabkan kufur termasuk:

-          Menolak kewujudan Malaikat, Jin, Syaitan.
-          Tidak percaya kitab dari langit termasuk al-Quran.
-          Menolak walau satu ayat dari al-Quran.
-          Menolak adanya dosa dan pahala.
-          Menolak adanya hari akhirat,syurga dan neraka.

Juga termasuk mereka yang menolak hukum-hakam yang sabit dari al-Quran da hadith mutawattir:

-          Pengingkar sembahyang, zakat, jihad, ibadat walau dia melakukannya.
-          Tidak bersetuju di atas pengharaman sesuatu seperti pengharaman zina, riba/faedah atas pinjaman, pembunuhan.
-          Tidak bersetuju sesuatu yang halal, seperti menolak keharusan nikah, menolak halalnya daging binatang.

Golongan ini berleluasa di zaman moden ini termasuk sekularis, komunis/sosialis, liberalis,pluralis dan darwinis.

Oleh yang demikian, sebarang penganut mana-mana bertentangan dengan akidah di atas di kira sebagai kafir dan dilayan oleh pemerintah islam dengan hak-hak kafir, dan jika mereka pernah mengaku islam,mereka dikira murtad.

2. Kufur Qauliy (secara kata-kata).

Iaitu setiap kata-kata yang mengiktiraf pegangan kufur di atas, atau
-          kata-kata yang menggambarkan penolakan terhadap akidah islam.
-          Yang menghina/memperlekeh agama islam, akidahnya atau syariatnya
-          Mengiktiraf tuhan atau agama selain agama islam (syirik)

Perkara ini mestilah dilakukan secara sukarela, bukan dipaksa, tersilap atau tanpa sedar.

3. Kufur Fi`liy (secara perbuatan).

Iaitu setiap perbuatan yang dianggap menghina islam mengikut adat seperti
-          mencarikkan al-Quran dengan penuh kebencian, melontar ke tempat keji.
-          Sujud kepada berhala atau manusia.
-          Menolak untuk menjalankan hukum Allah walaupun mampu kerana sebab pegangan (kafir I`tiqadi)
-          Menggantung lambang salib pada tengkuk

Perkara ini juga bergantung kepada kerelaannya tanpa paksaan, ataupun kerana maslahah negara islam seperti menjadi mata-mata yang terpaksa berlakon dalam negara kuffar yang memusuhi orang islam.
Namun jika dilakukan kerana jahil, tidak dikira kafir atau murtad tetapi tetap berdosa kerana tidak mempelajari ilmu Fardu Ain.

JENIS-JENIS KAFIR.

1. Kafir yang sesat

Kafir kerana mereka tidak mengerti apa yang diajarkan oleh islam seperti orang buta.

2. Kafir yang enggan – Jaahid

Kafir kerana menolak islam walau mereka sebenarnya sedar kebenaran islam, seperti kafir kaum Quraisy, kafir Zionis yang tahu kebenaran islam.

3.Kafir Muanid

Kafir yang bersetuju dengan islam dan mengiktiraf dengan lidah mereka kebenaran islam dan kekuasaan Allah, tetapi menolak untuk menjalankan syariat Allah atas sebab-sebab tertentu antaranya kebencian, sombong, tamakkan habuan dunia dan nafsu serakah. Selemah-lemah tahap kufur adalah kerana pengecut dari menyatakan kebenaran, seperti halnya Abu Talib.
4. Kafir Munafik

Kafir yang berlakon beriman. Inilah kafir yang paling teruk sehingga dijanjikan tempatnya pada neraka yang paling dalam. Ini kerana kemunafikannya samada disebabkan sesat (seperti no.1 ), Jaahid( no.2) atau Muanid (no.3).

Ulama menyatakan balasan neraka paling dalam itu bukan kerana kekufurannya, tetapi kerana huru-hara yang dicetuskan dalam saf orang islam.


Bersambung ke PART 2..

sumber:
Akidah Islamiyyah: Syeikh Dr Abdurrahman Habbanakeh, Dar Qalam
Akidah Islamiyah: Syeikh Dr Mustafa Khin,  Syeikh Mahyuddin Dibb Mastoo, Dar Kalimul Tayyib
Akidah Thohawiyyah: Imam atThohawi alHanafiy,

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....