Tuesday, January 1, 2013

JIHAD BOIKOT


Antara perkara yang sabit menerusi al-Quran, Sunnah dan Ijma`: Jihad membebaskan negara islam yang diserang dan dijajah musuh islam adalah kewajib\pan utama dan kefardhuan yang suci bagi setiap umat islam bermula daripada penduduk tanah yang diserang, kemudian kepada penduduk di sekitar negeri tersebut sehinggalah kepada seluruh umat islam.

Jika ini adalah asasnya, bagaimana pula bumi yang diserang itu merupakan kiblat pertama umat islam, bumi isra dan mikraj, dan bumi bernaungnya Masjidil Aqsa yang diberkati Allah sekitarnya? 

Bagaimana pula jika yang menyerang itu merupakan musuh ketat orang islam zaman berzaman? 

Bagaimana lagi jika sekutu utamanya adalah negara paling berkuasa di dunia?

Tak perlu diulas lebih panjang. Anda sudah terlebih arif tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Sesungguhnya inilah antara kewajipan paling utama umat islam zaman ini. Umat islam itu bersaudara, mereka adalah satu akidah, satu syariat, satu kiblat dan satu umat seperti yang disebut dalam al-Quran

إن هذه أمتكم أمة واحدة [الأنبياء:92]
Sesungguhnya umat kamu ini adalah umat yang satu [al-Anbiya`:92]


Dan sabdanya:

المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه ولا يخذله [رواه مسلم]
Orang islam adalah saudara sesama orang islam, mereka tidak menzalimi, membiarkan dan mengecewakan sesama mereka. [hr Muslim]

Dan bertolong menolong sesama islam adalah kewajipan yang dikira berdosa jika tidak menunaikannya apatah lagi apabila ia diminta. Firman Allah SWT

وإن استنصروكم فى الدين فعليكم النصر [الأنفال:72]
Apabila kamu diminta tolong dalam urusan agama maka wajib ke atas kamu menghulur pertolongan [al-Anfal:72]

Antara pertolongan yang mampu dilaksanakan oleh seluruh umat islam; boikot barangan Israel dan Amerika. Sesungguhnya setiap sen yang dibelanjakan itu pada akhirnya akan bertukar menjadi peluru yang menembusi dada-dada adik-beradik dan anak-anak kita di Palestin.

Menolong mereka dengan membeli produk keluaran mereka adalah bertolong menolong dalam perkara haram dan permusuhan yang dilarang dalam islam sebagaimana Firman:

وتعاونوا على البر والتقوى ولا وتعاونةا على الإثم والعدوان [المائدة:2]
Bertolong menolonglah kamu dalam urusan kebajikan dan ketaqwaan, serta jangan bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. [al-Maidah:2]

Membeli barangan mereka bermaksud menguatkan kuasa ekonomi mereka. Justeru menjadi kewajipan untuk melemahkan mereka semampu kita, disamping memperkuat saudara kita yang memerangi musuh di sana.

Amerika adalah sekutu rapat Israel zaman berzaman. Amat pelik jika Israel yang hanya mendiami satu juzuk dari tanah islam yang amat kecil, boleh hidup dan berkuasa walaupun dikelilingi negara islam yang cukup besar seperti Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Saudi dan Mesir. Semuanya adalah kerana perlindungan yang diberikan Amerika disamping bantuan ekonomi yang tidak putus-putus disalur. Amerika adalah Israel kedua!

Kata Imam Ali RA: Musuh itu ada tiga macam; Musuhmu, rakan musuhmu dan musuh rakanmu.

Oleh kerana kurangnya peka umat islam terhadap saluran ekonomi satu masa dulu, hari ini barangan Amerika telah menembusi setiap ruang pasaran negara islam dalam setiap inci keperluan bermula dari makanan, pakaian, perhubungan, ubatan sehingga ke alatan kosmetik.

Namun masih belum terlambat untuk menyesalinya. Islam hari ini membentuk jumlah penganut agama paling ramai seantero dunia, meninggalkan Kristian di tempat kedua sejak tahun 2003. Bilangan ini juga membentuk pengguna teramai barangan di pasaran dunia mahupun tempatan. Bayangkan jika sehari umat islam tidak berbelanja terhadap semua produk Israel atau Amerika, sudah tentu lumpuh serta merta perniagaan mereka. Sebab itulah McD begitu takut sehingga mengumumkan burger-burger percuma buat anjing-anjing kurap di kalangan orang islam Malaysia yang kelaparan.



Lalu mereka yang menggunakan barangan Israel dan Amerika sedangkan terdapat alternatif lain pasaran, maka mereka telah melakukan satu perkara yang haram, dan menerima dosa yang amat nyata kepada Allah.

Bagi yang tinggal di Amerika atau Israel pula, mereka punya hukum tersendiri kerana telah berada dalam keadaan dhorurah.

Mereka seharusnya memilih perkhidmatan dari syarikat yang paling rendah sumbangannya terhadap Israel dan mengelak sehabis boleh dari berurusan dengan kompeni sebegini.

Jika ianya adalah sebegitu, maka membeli produk mereka untuk tujuan perniagaan, membuka francais, bekerja di bawah mereka, atau menjadi wakil pengedar barangan mereka sudah tentulah terlebih haram dan terlebih besar dosanya.

Senjata boikot merupakan suatu senjata ampuh zaman berzaman. Puak Musyrikin menggunakannya sebagai senjata melemahkan orang islam. Mereka tidak dibenar menjual barang terhadap orang islam dan enggan membeli keluaran orang muslim. Akibatnya umat islam terpaksa memakan daun-daun kayu untuk hidup.

Sahabat juga pernah menggunanya di zaman Madani seperti Thumamah bin Athal AlHanifiy yang memaksa puak musyrikin mengutus surat kepada Rasulullah minta dihentikan boikot tersebut.

Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India juga melaungkan seruan boikot barangan Inggeris yang member impak besar kepada kemerkdekaan India satu masa dahulu.

Nelson Mandela, tokoh pembebasan Afrika Selatan in juga mendapat 'syafaat' untuk keluar dari penjara kerana rahmatnya kesan boikot terhadap barangan rejim 'apartheid' berkulit putih.

Terkini, usaha boikot telah mula menampakkan kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka. Coca-Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika, israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka; juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, Insya Allah!


Kredit kepada Sabasun yang berani memboikot sebahagian daripada barang israel disamping giat berkempen.

Boikot adalah senjata yang sudah dimiliki di tangan setiap individu kerana kerajaan tidak berhak memaksa individu membeli barangan jenama tertentu.

Selain dari itu, boikot sebenarnya mempunyai makna yang cukup mendalam selain dari tujuan ekonomi. Ianya adalah sebuah tarbiyyah untuk memdidik jiwa meninggalkan sesuatu yang disukai demi kebahagaiaan orang lain. Ianya mempunyai makna persaudaraan yang sejati iaitu ‘Ithar’. Semakin susah kita terpaksa mencari produk alternatif lain yang kadang-kadang tidak menepati selera, spesifikasi atau keselesaan yagn ada pada produk zionis, semakin besar ganjaran pahala yang Allah kurniakan dan akan membentuk sebuah jiwa yang kental dalam menerima setiap takdir Allah. Inilah keperluan mukmin sejati!

Firman Allah SW:
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبوا

Takkan dapat digapai kebaikan itu sehingga kamu mengorbankan apa yang kamu suka.

Ya! Susah untuk boikot semua barangan Zionis ini terutamanya Nokia, Nestle, Maggi, Johnson N Johnson,McDonalds dan KFC. Sebab itu saya cadangkan agar kerja boikot dilakukan mengikut keutamaan dan strateginya adalah menumpukan kempen kepada satu jenama sahaja terlebih dahulu. Saya lihat kempen boikot McD membawa kesan positif kepada pemahaman masyarakat terhadap bahaya syarikat tersebut dan masyarakat mula mengkaji kaedah pembiayaan mereka kepadaZionis. Apabila satu ini berjaya dilumpuhkan, mungkin kita akan beralih kepada syarikat seterusnya seperti Nokia atau Nestle mengikut peratus sumbangan mereka.

Akhirnya, saya menyeru pada setiap pemimpin politik, ahli pemikir, tokoh masyarakat dan professional untuk membentuk sebuah organisasi/NGO yang melakukan mengkaji barangan-barangan yang perlu diboikot, strategi boikot dan mewujudkan barangan alternatif dalam pasaran umat islam disamping menerangkan keperluan boikot, bahaya serangan ekonomi zionis, kuasa boikot serta menjawab kekeliruan orang ramai berhubung boikot kepada orang ramai.


Rujukan:
Fatawa Muasoroh; Dr Yusof Qardawi: Maktab Islami Beirut

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....